Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, December 3, 2010

kawan2 rapat dah kawen

27 November baru-baru ni, ada dua orang sahabat yang rapat since first year kat USM dah kahwin. Memandangkan both of them area kedah utara, which, sorang kat jitra n sorang kat kuala kedah, senang la kawan2 kat Johor, Melaka dan KL nak turun utara. Tak payah turun banyak2 kali. Boleh sekali harung saja. Kesian jugak, setiap kali turun habis beratus tu.

ini Nur Ilaihi. comel kan nama dia. Aku kenal dia since first day masuk USM. Sama2 menangis waktu orientation week sebab desasiswa bakti permai yang sangat hampeh tu. Macam tempat tahanan banduan dekat gua temala. Sedih sangat2 duduk di situ. Everytime aku jumpa dia, mesti aku menangis bersama sampaila kami dipindahkan ke Desasiswa Tekun. Di Desasiswa Tekun, setiap hari, balik kuliah mesti dia akan mai melawat aku kat bilik. Setiap hari dari first year sampai aku second year, tanpa selang sehari kecuali kalau balik kampung. Bila aku masuk third year, kan dah sibuk dengan final year projek, so, kami jarang jumpa. Lagipun, dia course cikgu, agak kurang sibuk dan dia punya course 4 tahun. Bia merajuk la jugak time tu sebab, katanya aku jarang spent time sama2 macam kami dulu2. Sampaikan waktu dia nak konvo, dia kata kalau aku tak pi, "dia akan duduk kat tangga stage, hentak2 kaki sebab dayah takmai"..eleh, macam la aku takkan pi. mesti la aku pi kalau kawan baik aku konvo. Nasib baiklah dia kahwin jugak dengan si Edi ni. Bercinta macam nak rak, sampai pening kepala aku nak handle. Selalu jugak kena usik dengan aku "ilai, kalau edi mati macam mana"..huhoooooohooo. nangis takut edi mati. Nasib baik la si Edi tak mati dan nak kawen ngn dia. Kalau tak, anak dara tua agaknya si Ilai ni. apapun, congrates n im happy for u..mmmuaaaxxchhh.

Ini pulak Asfarina. yang sebelah tu Anem a.k.a bobby. haha. kami bertiga sangat rapat dan sama2 kos kimia since first year sampai habis. sama2 nangis bila ada masalah, biasalah budak kimia selalu stuck dengan result yang sakit kepala nak pilih subject every semester. Walaupun selalu jugak gaduh2 tapi si Anem akan bertindak menyelesaikan masalah dengan cool-nya. Anem selalu kata, Dayah keras hati sebab jarang nak nangis depan depa and konon2 sangat kuat. haha. dulu selalu ingat aku kawen dulu, pastu anem n last sekali as. tapi, yela. rezeki masing-masing. As yang kawen dulu. Aku ngn anem masih lagi tak amik turn ni. camana dehhh.
sangat seronok bila boleh datang ramai-ramai kenduri kawan-kawan yang rasa susah senang kat uni dulu2. bila masing-masing dah ada kerjaya, dah ada pasangan (except me), dah ada pendirian masing2. respect each other more. masing2 tau bila muka akan dikaburkan bila dah kawen. kami akan kaburkan muka sapa yang dah kawen bila bergambar ramai2. tunggu turn jela.

sungguh sangat tak dapat menipu diri sendiri bila tengok as kawen. rasa lain. sebab kami bersama dari mula2 masuk USM. sama2 share rasa susah hati bila result teruk, bila projek tak meet target, macam mana nak urus family time konvo...haha. benda yang tak payah pikir pun kami pikir.

ada sekali tu, aku susah hati bila ada result yang tak boleh nak dimasukkan dalam tesis final yer, dan aku pendam sorang2 nih. pastu kami masuk la lab MR D'Silva. lab apa tah, sekali dengan adik2 junior. hanya kami bertiga yang amik lab tu. dalam lab tu aku asik kena marah dengan Mr D'Silva sebab dia kata aku berangan dan buat labwork main2. aku dah la tengah susah hati. muka dah masam dah. Mr tu pulak marah bukan pelan2, siap jerit2 lagi, dasar lelaki tak kawen (hahaha). malu la aku kena marah depan adik2 junior. then, as n anem ajak aku minum petang kat kafe lepas habih lab. depa pun start la tanya "hang ada problem ka? habaq la, kita share sama2".. huhu. aku memang tak boleh sangat orang care-care ni. laju ja airmata nak meleleh. apa lagi, tangkap cintan la kat situ. rindu kenangan -kenangan tu semua, sebab tu rasa terharu sangat bila tengok as bersanding. tak sangka kami dah semakin jauh dari zaman kat uni.


sangat tak sah kalau tak keluar makan malam ramai2. see, ini yang belum married but sudah dibooking (except me again). kat alor setar takda kedai mamak, terpaksa makan kat kedai patani. lepas ni kami akan turun johor pulak, kenduri budak yang duduk hujung sekali (itu roomate aku since first yer).

kami sudah dewasa rupanya...

Thursday, November 25, 2010

aku HOMESICK dikala usia 25

aku tak tipu, aku homesick sekarang..

aku bukan anak manja seperti di dakwa oleh mak2 sedara, sepupu sepapat, kawan2 sepermainan and etc.. aku duduk hostel since form 1 lagi. bapak aku dah daftar aku masuk hostel since first day daftar diri kat sekolah asma dulu taun 1998. waktu tu aku cuma mampu memandang bapak aku dengan pandangan mata yang sayu tapi mulut tersengih2 konon2 suka yang amat. huhu. terpaksa doh. rumah jauh nak ulang alik. tapi wajib seminggu 2 kali bapak aku melawat aku kat hostel. aku memang akan buat2 muka menyampah bila mak sedara aku kata aku anak manja. aku tak manja la. mak aku yang manjakan aku.

tapi, since birthday aku yang ke 25 baru2 ni (15 september aritu), aku dah semakin merasakan bahawa penyakit homesick aku sangat kritikal. sejak keja ni aku taklah menangih kalau kena balik dari kampung nak mai kulim, but since 15 september tu, aku akan menjadi sangat sebak pagi2 drive balik mai kulim. huhu.. kritikal ni. every week ja mesti chow balik pokok sena. jumaat tu memang dah bawak baju yang di pack siap2. kalau nak kena pi mana2 lagi la, aku akan amik cuti 1 hari before pi, n bila balik nanti 1 hari lagi. sanggup drive terus balik kampung.

macam mana nak ubati penyakit homesick ni. merana macam ni kalau tak diubati. uhukuhukkkk. sekarang ni hari2 aku homesick...mak, rinnnddduuuuu

Wednesday, November 24, 2010

kegembiraan hujung tahun..

lama betoi tak menulis dan menulis dan mempostkan something dalam blog ni. asyik blogwalking ja. banyak sangat benda yang jadi yang menjadikan si empunya blog terduduk diam2 dan berfikir untuk diri sendiri. takpa, apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Mujurlah, mulut masih mampu tersenyum dan tersengih serta suara masih lagi nyaring seperti hari2 semalam..ceeewwwahhh. ayat penuh dramatik la pulak.

tapi ada beberapa benda yang telah menceriakan hidup...best2..

1. akhirnya telah berjaya menjadi CHEMIST...yeeeaaahhhh.. sekarang ni dah boleh endorsed certificate. dah jadi legal chemist. banyak jugak la cabaran yang dilalui saat2 nak isi form, nak hantar, bayar fees yang agak mahal, reference report, dan warning2 letter yang telah diterima.

2. dah dapat borang sambung belajar. dah dapat surat tawaran cuma bila nak realisasikan tu taktau bila. tengah pikir. aku ni asik pikir sampai terlepaih la tarikh tu. tapi ada sorang makluk bernama sahak yang sentiasa meligan aku untuk cepat2 menjadi pelajar.

3. dapat pegi training tengah bulan depan.. yessss. penat sangat dok urus pasai benda alah tu. asik telefon orang tu, telefon orang ni. dah 6 bulan dok jadi telephonist. akhirnya dapat pi jugak. teruih lupa penat lelah selama ni termasuk hati yang telah disakiti.

4. ramai kawan2 baik dan rapat yang selamat dan akan selamat menjadi isteri orang. tumpang gembira...

5. uiiissh. satu lagi perkara paling penting yang dah dekat 2 taun tertangguh. aku dah pindah rumah. seronok giler2 bangat dok rumah baru. besar compound dan sangat selesa. rumah sangat luas. takdak barang2 yang menyerabutkan mata dan pikiran aku. suka la. tq kepada mashira dan zuhana (dua orang kuat yang bekerja keras start dari pagi lagi), puan hasimah, puan elida, adik2 praktikal sebelah rumah lama (4 orang jejaka hensem), dan encik cupin kerana menolong mengangkat barang naik dan turun lori. impian sekian lama yang telah diperli oleh ramai orang akhirnya tercapai.

6. saya sudah 3 tahun bekerja dengan SIRIM. tepat pada 19.11.2010. aku akan ingat tarikh tu..penatnya menjadi kuli yang sentiasa menerima arahan orang atasan. bila lah aku nak jadik boss pulak. tapi aku takmau dah jadik pekerja yang makan gaji. aku nak jadik boss yang takda boss. nak jadik bos, nak jadik bos...............

Tuesday, September 28, 2010

budak kampung tak pandai english?? oh, sangat marah..



Terlupa pulak nak perkenalkan sapa aku. Aku dilahirkan, dibesarkan, disekolahkan, dididik di sebuah kampung di sebuah daerah yang bagi aku agak pedalaman di pokok sena. Tapi bukan di pekan pokok sena. Di nun di ceruk pokok sena iaitu kampung bendang. Pasai pa nama kampung bendang? Sebab kalau berdiri kat rumah aku, kat depan tu semua bendang. Hijau ja. Kalau musim padi baru tabur, nampak macam landasan kapai terbang. Sangat cantik. Dulu2 waktu zaman aku masih belajar, belakang rumah aku (belakang rumah semua orang pun kat kampung tu) tanam pokok getah. So, setakat nak mengutip sekerap getah tu aku dah biasa sangat. Tambah2 zaman habis SPM dengan zaman cuti semester, memang aku sangat dok tunggu orang offer suruh kutip sekerap. Sebab dapat la duit poket. Sure dapat 50 inggit. Sapa nak bagi buat keja 2 jam dapat 50 inggit. Pastu, balik rumah mak aku akan sangat la kesian kat aku, dan tak bagi aku buat keja rumah. Suruh aku berehat ja. Oh, sangat la best. Aku tak menyesai kutip sekerap. Kalau orang kata sekerap tu busuk, bagi aku sekerap tu sangat wangi. Wangi dia lagi hebat dari wangi not 50 inggit baru yang baru keluaq dari mesin ATM time raya. Perrrrghhh. Hebat gila bau dia.

Sekarang, bapak aku dah tanam kelapa sawit kat belakang rumah aku. Hanya bapak aku ja yang tanam. Orang lain masih lagi tanam getah. Bapak aku konon2 nak advanced la. Haha. Senang sikit la. Tak susah hati nak cari orang tolong toreh getah, tapi belakang pokok kelapa sawit, still bapak aku tanam getah. Sebab kelapa sawit, amik sebulan sekali. So, boleh la dia gilir2 n rolling duit. Pandai jugak bapak aku. Hihi. Proud of u la dad.. sekarang ni kakak aku la yang amik offer tolong kutip buah kelapa yang lerai dari tandan. Best ooo. Dapat upah jugak. Ala, setakat pi cakaq n kumpul buah tu masuk dalam plastik, aku pun boleh buat. Kakak aku kata best, aku nak buat mak aku tak bagi. Aku tau, mak aku takut aku mintak upah tinggi. Aku kena dok umah sapu sampah. Kakak aku punya la excited, sampai 2 hari turut2 pi kutip kelapa. Aku sngat jeles. Mesti dia dapat upah nanti. Dah la dah wat wishlist nak beli apa dapat upah nanti. Harap2 bapak aku bagi 50 ja kat dia. Hehe. (ketara sangat tak kejelesan aku?)...

Ohhh.. sudah terlari tajuk. Itu aku nak cerita betapa kampungnya kampung aku. Pernah kawan aku mai dengan makbapak dia and bapak dia kata kat dia “tengok, dayah duduk kampung hulu, boleh ja dia belajaq elok”..haha. c betapa hulunya kampung aku. Setakat 3G tu aku tak sure dapat ke tak. Line maxis pun ada kat certain2 area ja. Bas tak masuk yer kat kampung aku. Erm, kalau RMT (rancangan makanan tambahan) tu, majoriti budak sekolah akan dapat. Aku pun dapat dulu2. Dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari selalu bagi bantuan kat sekolah di kampung aku. Kawan aku yang penah pi rumah aku kata “:hang kena jadi YB, mintak bagi masuk lampu jalan kat kampung hang ni”..haha..

Ok, dulu aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Nawa. Azrul dah try GPS, n SKN telah disenaraikan dalam senarai GPS tu yer. Oh, sangat berbangga. Zaman aku amik UPSR, tu la first time 5A diperkenalkan. Seperti biasa. Budak kampung. Aku ingat dapat 1A ja (sebab percubaan dapat 1A), tak sangka dapat jugak %A. Alhamdulillah. So, dapat la masuk sekolah Sultanah Asma. Aku punya la kampung, ingatkan sekolah tu sekolah agama. Cis, rupanya sekolah harian elit. Punah harapn nak masuk sekolah agama. Huhu. Ok je la. Paling sadis, majoriti yang masuk sekolah tu memang budak2 top dan cakap english kaw2 punya. Aku? Nganga dengaq depa cakap.

Zaman form 1 aku adalah yang paling tragis sekali. Aku rasa dalam kelas tu, aku paling bangang english. Bayangkan, teacher aku pernah baling buku latihan aku atas lantai dalam kelas depan semua student dan suruh aku kutip buku tu. Malu giler time tu. Aku tahan gila ayaq mata tak bagi menitik. Sebab semua latihan yang aku buat jawapan dia salah. Orang lain ok. Punya la dia mengamuk. Dia pelik macam mana a worst student macam aku boleh masuk sekolah berprestasi tinggi macam tu? Waaa.. sedey ooo. Kena maki hamun dalam kelas depan kawan2 yang hebat dan dipertikaikan keupayaan kita sebegitu hebt. Masih terasa sampai hari ni. Aku ingat lagi, macam mana mata kawan2 aku tengok aku waktu aku bangun dan kutip buku tu kat depan kelas. Dan waktu form 1 la, aku dapat nombor last dalam kelas seramai 34 orang dan nombor 2nd last dalam tingkatan iaitu 188/189. Masuk form 2, aku kena turun kelas yang paling last. Kesannya, ramai kawan2 outsiders yang tak kawan dengan aku, gamaknya depa takut jadik bengap macam aku. Seb baik ada kawan2 hostel yang gila dan ramai yang sekelas dengan aku, kelas las sekali yang dekat dengan toilet.

Waktu tu aku bertekad sangat, aku kena buktikan. Macam mana? Aku hapai kamus ENgLISH-BM. Aku baca yer every helai. Dan dalam PMR aku dapat A for english. Waktu SPM aku tak mampu, just dapat B3. Ok la tu. Aku rasa sikit lagi boleh kot dapat A. Tapi aku dah buktikan kat teacher yang lempaq buku aku dalam kelas, aku mampu dapat A, dan ada ja budak2 yang pandai english tu yang tak dapat 8As. Start situ aku struggle. Sapa kata budak kampung tak dapat kuasai english. Anak sedara aku yang sekolah kampung pun boleh dapat A untuk SPM dia for english. Tak ke hebat tu?

Aku memang sangat bengang kalau orang pandang rendah berdasarkan keputusan periksa. Sebab aku nampak semua tu pada kawan2 aku. Zaman aku belajaq dulu, budak hostel ni paling menyampah la. Sebab suka tidoq dalam kelas, suka buat bising, geng singsing lengan baju, suka tinggai buku kat hostel, dan paling mandom (bahasa manis untuk bengap) dalam kelas. Ada sorang kawan aku yang result SPM dia tak menunjukkan dia budak sultanah asma. So, terpaksa la dia masuk form 6. Tapi dia buat rayuan untuk masuk matrik 2 kali, dan kali ke-2 dia berjaya. Kat matrik memang dia sangat pulun, 2 Sem berturut2 dia dapat 4.0. hebat kan?. Sekarang dah jadik pegawai farmasi kat HSB. Dan ramai budak2 hostel yang jadik Dr., ada master, jadik architect, engineer, akauntan, macam2 lagi la dan ada sorang tu jadik penyelidik kat SIRIM. Tak ke hebat tu? Hihi...

So, aku memang tak puas hati dan kecik hati kalau orang kata budak kampung tak boleh belajar dalam bahasa inggeris. Why not give them a try? Then baru kita boleh nampak their potential. Kalau kita buat early judgement, maksudnya kita bias. For me, its unfair. Kadang2 kita perlu satu method. Kalau tak semua dapat takpe, sekurang2nya ada yang akan dapat. Tipu la kalau semua dapat cakap english well lepas tu, tapi believe me some of them akan dapat. The rest akan dapat Cuma maybe they need more time n chance.

Ada sorang pelajar lepasan SPM (kisah ni berlaku 20 taun lepas), kakak dia mintak dia ngaja anak sedara yang tak pandai membaca dan memang lembab. Semua method dia dah guna. Tapi anak sedara dia still tak boleh membaca. So, dia ngejek la anak sedara dia. Daripada situ dia nampak, anak sedara dia macam cuba nak buktikan dia boleh baca. N budak tu try his best sampai boleh membaca. Dan budak lepasan SPM ni, gunakan method tersebut dan berjaya bukak centre untuk budak2 yang lambat terima (pickup). Sekarang, after 20 years, with only SPM result, dia berjaya mendidik kanak2 yang sindrom down, yang jenis baca terbalik tu (apa ke nama tah), dan macam2 jenis student lagi membaca. Kisah dia dah masuk dalam paper dah. Hebat kan dia? Sebab tuhan dah tetapkan dia ada potensi untuk mengaja kanak2 begitu dan akan dikenali dengan cara begitu.

Ok la, tah papa dah aku melalut. So, kepada yang seangkatan dengan aku, iaitu yang tak berapa terer english tu, jom la pakat speking ramai2. Memang ada ja yang pi masuk kelas la, amik kelas la, ( yang jenis suka perabih duit ni), depa ada inisiatif untuk improved their english. Kagum... tapi aku yakin, apa pun kita kena implement dalam kehidupan seharian. Walau pun nampak bodoh, tapi setakat guna satu dua ayat sehari juga adalah satu usaha kita untuk meningkatkan potensi diri.

Chayok2!!!!! lets speakang....

Thursday, September 23, 2010

bapak aku sayang aku



tujuan gambar ni di snap adalah sebab aku nak amik gambar bapak aku ja, tapi ramai plak orang lalu-lalang. see.. betapa kusyuk bapak aku menunggu ketibaan pengantin. kenduri sepupu aku time ni.

aku rasa, sesetengah pada kawan-kawan aku mesti sangsi aku ada bapak ke tak sebab aku jarang cerita pasai bapak aku. aku tak tau apa yang aku nak cerita pasai bapak aku. yang aku selalu cerita pasai mak aku. sampai ada yang kata mak aku funny.. funny kah mak aku??? eeeerrrmmm, maybe. funny aka kuat membebel.

tapi kalau kawan-kawan kat sultanah asma memang sangat mengenali bapak aku berbanding mak aku. sebab mak aku cuma datang jengok aku sekali sekala. kadang2 dalam setahun tak sampai dua puluh kali..sikit kan. kadang2 wonder mak aku ni ingat ke tak kat aku yang dok kat hostel ni. bapak aku? seminggu dua kali dia akan mai melawat aku. kadang2 mak aku kata dia hilang dari rumah, rupa-rupanya dia mai melawat aku. dan bapak aku takkan mai melawat aku tanpa ayaq coke dan burger 2 bijik. my favorit. bapak aku ada gerai kegemaran dia yang memang dia akan beli kat situ ja. sampai aku pun sangat suka kan burger tu. kawan2 or senior or junior dah tau kalau nampak bapak aku akan cepat2 panggil aku kat dorm. huhu. bapak aku jugak yang buat keputusan takmo bagi aku dok hostel waktu form 1 time bulan puasa. kesian kat aku katanya. dia sanggup hantar aku dari pokok sena ke alor setar setiap pagi dan amik aku setiap petang. huhu... sedeynya ingat.

masalahnya bapak aku bukan lelaki yang akan cakap "sayang anak bapak"..noooo.. itu bukan bapak aku. dia akan diam ja. kalau aku buat salah pun dia akan diam. aku buat benda yang menyakitkan hati dia pun dia akan diam. paling marah sangat dia kat aku dia akan perli aku, dan perliannya akan menusuk ke arteri jantung aku. aku takkan buat macam tu lagi,. kalau dia tegur, still aku tak buat apa yang dia suruh buat tu, dia akan tegur lagi..dan lagi..dan lagi..sampai aku buat..

dulu-dulu, time aku sekolah menengah, pensil case aku terkoyak (yang kain tu), dan aku tinggal di asrama masa tu serta aku tergolong dalam pelajar yang agak errrrmmm pandai la jugak kot..hehe.. bila balik kampung, tengah wat homework, aku pun keluarkanlah pensil case yang dah terkoyak tu. lepaih abih buat keja sekolah, aku pun pi la main2. petang esok, time aku nak wat keja sekolah lagi, aku tengok pensil case aku ilang. aku dah mengamuk. geram la kat sapa yang buat naya kat aku tu kan. issh. sekali kakak aku jumpa pensil case tu tergantung kat ranting pokok bunga kertas. aku pun membebel la. cek-cek tengok dah ada orang jahitkan pensil case aku tu dan orang tu dah basuh siap sidaikan kat ranting pokok lagi...huhu..rupa-rupanya bapak aku punya keja.

sekarang, di kala usia aku menjengah 25 tahun, bapak dan mak aku tetapkan aku kena balik rumah sebelum pukul 6 petang kalau keluar. setelah 25 tahun ye kengkawan. aku cuma tau bila satu hari tu, aku keluar beraya dan balik lambat sikit. magrib tu aku masih di rumah kawan, dan mak aku kol bagitau bapak aku bising aku tak balik. sedangkan aku keluar dengan dijemput oleh kawan dan akan dihantar pulang oleh kawan perempuan.. ohh bapakku..

erm, aku tak anggap bapak aku kongkong, cuma aku anggap dia terlalu sayangkan aku..huuhuu

AKU SAYANG BAPAK AKU....

Wednesday, September 22, 2010

My BFF solemnization. tahniah NORYSYA


last sunday, syazana dah selamat menjadi isteri cikgu Norikhwan..tahniah nori..lama menanti ekk. akhirnya dapat jugak kan..takpala..biar lambat asai selamat..selamat jugak akhirnya nori dengan syana..

so, dah kurang la beban aku nak menjaga budak syazana ni. kalau tak, asik tengok muka masalah makcik ni jela..skang suka hati dia la, husband dia kan ada..



so, dengan sah nya syazana sebagai isteri norikhwan maka, kuranglah sorang kawan soping aku. huhu. takpela, aku akan jumpa kawan baru, dia takkan nak jumpa laki baru pulak kan. terpaksa la aku cari geng soping yang baru.

bak kata kawan kami,
" sorang dah tenang, yang sorang lagi tak tenang dah "...hihi..yeke???

Tuesday, September 7, 2010

salam lebaran

oh..jangan jeles ya. petang ni sudah mau pulang ke kampung. baju dah pack, duit raya pun dah isi dalam sampul. tak sabaq nak balik berbuka dengan famili.

so,

SELAMAT HARI RAYA.
SEMOGA BERGEMBIRA.
JANGAN MAIN MERCUN.
HATI-HATI MEMANDU.

Saturday, September 4, 2010

yeah..buka puasa luar

taun ni memang aku dah berazam. nak jadik macam taun lepaih, masak waktu buka. Yeyyy, mission bakal accomplish. sepanjang puasa ni aku tak lagi ke bazaar ramadhan...hoooyeaaahhh. sekali ja aku ke bandar perda. tu pun sebab on d way back from penang. tak larat nak masak, pagi buta lepaih soq tu aku drive all the way from kampung ke kulim, then sampai sirim drive ke USM plak, pastu petang drive balik kulim. hhooo. penat sioot. singgah bandar perda jela. beli nasi kukus ayam dara. ingatkan ayam tu betoi2 dara. sekali abang yang juai tu kata "ayam biasa jer dik". hampeh. makan waktu buka tu, waaaaa..menyesal doh beli nasi tu. tak sodap. tu yang buat aku tensen nak beli makanan bulan2 posa. semalam aku masak bihun gooorenggg. macam2 la ada, ayam, daging, sosaj, sayuq..huuuuu..heaven makan. memang bulan posa ni meng'improvekan skill memasak aku.

ohhh..aku tengah tunggu baju dibasuh dan untuk disidai. lambat la basuh mesin oto nih. actuaaly aku dah basuh seround tadi, lepaih sejam, aku angkat nak sidai..weeekkkkkk. tak bau sabun la. mesti silap aku letak sabun tak cukup..takmooolaaa. basuhla sekali lagi. kali ni aku letak sabun setengah bungkus..baru besssssttt..hosmet aku ar pi beli mesin basuh 13kg. dia ingat aku n yang lelain cop duit nak bayaq bil api n ayaq yang bakal naik 2 kali ganda. aku pun tak besa nak pakai yang heavy2 ni, biasa pakai yang 7kg ja. so, estimation failed...

malam ni aku ada date bukak puasa kat luar. sepatotnya makan bertiga. aku, azrul n sahak. las sekali tadi azrul kol bagitau maybe kami dua ja. alllaaaaa. azrul dah siap2 warning no more cancel. dah janji nak bukak posa ngn dia. aiseeeeh. berdua memang kurang baik la azrul. sahak pun time ni la nak pi fitting baju kawen dia, kan dah janji lama nak bukak posa sekali. azrul pun dah booking for two, terpaksa la jugak aku pi ngan dia. yang penting dia mai amik aku n kena hantar balik safely. hihihi..

p/s: tengah tunggu azrul ni. kalaula gme tau aku keluar bukak puasa berdua dengan azrul, mau jeles minah tu..
godek2 lappy aku, aku jumpa gambaq ni. gambaq a day after konvo aku. haha. muka poyos nak mampus dua2..

Thursday, September 2, 2010

menyampah

AKU MENYAMPAH BETOI BILA TYPE ENTRY PENUH PERASAAN TAPI HILANG TAK SEMPAT AKU NAK PUBLISH. PENAT TAU DAK...HISSHHHHH

Friday, August 27, 2010

aku dibius cinta

tajuk macam gah ja. hihi. tapi aku penah dengar ceramah 'aku dibius cinta' oleh ustaz hasrizal jamil. ok la. not bad.

malam isnin lepas, aku terawih dekat masjid politeknik sultanah bahiyah. memang dia akan buat lapan, buat empat dulu pastu ada tazkirah sikit, then baru sambung balik empat. sebenaqnya malam tu aku tak plan nak pi masjid poli, tetapi untuk menghiburkan hati seorang sahabat yang tengah gundah gulana, aku ajak la dia pi jauh sikit (ala 3 kilometer ja).

malam aku pi, tajuk ceramah dia cacamerba sikit. tapi antara yang menarik perhatian dan telinga serta mata aku untuk sangat kusyuk mendengar adalah apabila dia membuka tajuk "CINTA"..menurutnya, (setelah beberapa orang ilmuan mengkaji al-quran dan mendapati) cinta terbahagi kepada 4:

1: seperti CINTA NABI NOH DAN ISTERINYA
-dimana suami masuk syurga dan sang isteri terheret ke neraka.

2: CINTA ASIAH DAN FIRAUN
-dimana isteri masuk syurga dan suami masuk neraka

3: CINTA ABU LAHAB DAN ISTERINYA
-dimana kedua-duanya masuk neraka

4: CINTA NABI MUHAMMAD s.w.t DAN KESEMUA 15 ISTERINYA
-dimana kesemua isteri dan Rasulallah dimasukkan ke syurga

Note: dimana kita dalam mencari cinta didunia ini. mana satu cinta yang kita pilih.

Aku: semestinya aku mengharapkan cinta seperti rasulallah dan isteri baginda. bahagianya..syiokkkk...erm, kawan aku kata 'kalau nak mendapat pasangan yang soleh, belajarlah menjadi solehah'..so...

......................BELAJAR........MENJADI SOLEHAH...................................

p/s: selamat berbuka jap gi...erm, arini nak balik berbuka kat kg..pastu nak kena buat solat istikharah..hihiiii..

Tuesday, August 24, 2010

Rindu


Balik kampung baru2 ni, lalu depan rumah tok. Time tu dah 7.10petang. Pintu dantingkap rumah tok tertutup rapat. Takda sapa. Yela, nak ada sapa, tuan rumah dah takda. Sunyinya..sayu betol tengok..huhu..
Malamnya, kakak aku keluarkan satu ayat "rasa macam tok ada lagi ja, tak rasa macam dia dah takda"..mak aku senyum ja.."dia tak sakit, kita pon takdak masa dia pi tu, tu yang rasa macam tu" tu ja yang mak aku kata..huhu..

Sekarang pun rasa rindu..rindu pada semua orang..pada tok bah, tok diah, wan, dan wa..semoga mereka semua selamat disana...al-fatihah

Friday, August 20, 2010

Rukun Syahadah


Sampai ja dari sarawak, aku tunggu la orang sirim datang jemput..bukan aku tunggu, dia yang tunggu aku..aku kena la pi semayang maghrib dulu. sampai dah pukui 8, boleh jamakkan isyak sekali.

dalam kereta..ada la sikit isu agama yang dibincangkan..incik ni ada join satu (aku pun tak tau nak kata benda tu group or apa)..so, kami berbincang la pasal macam mana nak tingkatkan keimanan terhadap Allah s.w.t. Antara benda yang menyentuh hati, jantung dan limpa aku adalah bila beliau menyatakan beberapa perkara.

satu perkara yang menusuk paru-paru aku adalah tentang cara ambil wuduk yang betol..mungkin semua orang tahu ambil wuduk dgn tertib, betol, dan tahu batasan-batasan yang menjadikan wuduk kita sah. cuma, ada had yang sah tu perlu kita lebihkan supaya tiada keraguan. Contohnya had untuk membasuh muka, maybe semua tau, cara dia ialah keseluruhan muka..susah plak nak buat demo..dari ujung telinga kanan ke telinga kiri, dari anak rambut ke bawah dagu..
Untuk tangan, mesti sampai siku kan. Untuk bahagian siku ni ada mungkin kita termiss action. lebihkan sedikit air melebihi kawasan siku supaya betol2 keseluruhan siku kita mengenai air. tanpa menimbulkankan rasa was-was.

ok la..bab tu mungkin kita semua sedia maklum. cuma ada satu ja benda yang incik tu tanya dan membuatkan aku berfikir..apa yang aku pikiir (biarlah rahsia)..
kata beliau "semua orang tau rukun solat, rukun amik wuduk, tapi berapa ramai yang tau rukun syahadah. Syahadah paling penting, nak masuk islam, kena tau mengucap. Tapi setakat tau saja, kena tau jugak, apa rukun syahadah. hang balik ni, pi cari apa rukun syahadah"

maka, setelah 2 minggu aku balik, kemarin aku memulakan searching on rukun syahadah (memang untuk buat perkara baik, selalu terlupa, sib bek bulan posa Allah ikat setan)..search punya search jumpa la..

Rukun syahadah ada 4 iaitu:
1.Ikrar

>>>Ikrar tentang keesaan Allah S.W.T. dan nabi Muhammad S.A.W. itu adalah utusan-Nya.


2.Iktikad

>>>Mempercayai \ menyakini bahawa hanya Allah sahaja tuhan yang berhak disembah dan nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya.


3.Iktiraf

>>>Mengakui tentang keesaan \ kebesaran Allah dengan mengakui kebenaran dan kerasulan nabi Muhammah S.A.W..


Akhir sekali...


4.Amalan

>>>Beramal dengan bersungguh2 sebagai memenuhi tuntutan syahadah tanpa ragu2, jemu, dan amalan hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah S.W.T..

Alhamdulillah..terima kasih incik yang memperingatkan aku. aku dah ucap terima kasih kat dia. walau pun dia berulang kali dok kata dia bukan nak menunjuk. aku tau dia bukan nak menunjuk. bak kata aku kat dia........

"takpa-takpa, saya pun bukan tau sangat. anggap la ni sebagai ilmu yang boleh share. saya memang nak tau. bukan semua orang nak bagitau benda2 macam ni, ramai ingat semua orang dah tau"

termasuk say, say tau tapi selalu terlupa..banyak dosa.....

Monday, August 16, 2010

aku ada kamu..

sungguh terharu..bila kawan baik menujukan lagu ini kepada aku..sob.sob.sob.huhu..hingus meleleh2..seb baik keluar hingus tak batal puasa..sapa la kawan aku yang baik hati tu kan??? dahla lirik lagu ni sangat menyentuh jiwa dan perasaan aku..TQ my fren..
sebab tujukan lagu ni untuk aku..
Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

aku sangat suka..semoga kita bersahabat selamanya..
sayang kamu tau..walaupun kamu malas mandi..

Friday, August 13, 2010

Salam ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan udah hari ke-3, aku belum wish lagi kat semua. kenapa? aku tak puasa ek???hihi..maybe. tapi hari pertama aku puasa aku rasa. aku dah mesej kawan2 waktu malam nak puasa tu, then antar pm kat Mr. Weirdo, erm...ok kot..kat family dah cakap waktu ari tok meninggal tu lagi.

semoga ramadhan ni lebih bermakna kepada aku dan kamu semua,..belum tentu dapat ketemu ramadhan taun hadapan..huhu..sedihnya ayat ni..insyaAllah, panjang umur kita ketemu..

Thursday, August 12, 2010

Selamat pengantin Baru


selamat pengantin baru

dulang2 gurl

a part of us

really happening during the wedding day
congratulation to both hafiz <3 syida
semoga berbahagia sehingga akhir hayat
for all the cuzies, thankz for wonderful moment

Kepulangan Yang Pasti.


30 Syaaban,

bangun subuh pagi selasa, banyak yang aku rancang, sambil fikir nak balik kampung tak sambut puasa pertama. niat di hati nak balik, tapi rasa macam nak puasa kat kulim ja..

tiba2.
ada mesej masuk. mak kol pulak pastu. uish, macam tau2 ja orang tengah pikir pasal mak, terus dapat kol. Bapak yang cakap.." tok dah takda, pak pun baru tau" ...hah, terkejut sampai terduduk aku. baru las week jumpa, sihat walafiat..tarik nafas, tenang sket, terus aku kemas balik..dalam kereta macam2 yang terlintas..tok sakit ka??
sampai kat kampung, dah ramai sedara mara datang walaupun hujan. Rumah tok kosong, "jenazah kat rumah paklang" kata kakak aku. Masuk rumah terus amik wuduk, salam dengan semua orang dan jumpa tok. tak mampu nak tengok jenazah, aku terus baca yasin untuk tok.. tapi aku rasa aku memang seorang yang tabah, air mata aku tak mengalir pun, sedangkan ati aku dah basah (cewah)..mayat kan tak elok ditangisi..semua orang pun tak menangis, cuma lap2 hidung ja..tok meninggal dalam pukul 5.45am kat hospital sultanah bahiyah..maksu kata tok tak sakit, cuma hari isnin tu dia cirit birit, dah dekat nak puasa dia mintak nak ke hospital tambah air (walaupun selama ni dia cukup menyampah bila orang sebut hospital)..so, petang isnin, lepas maksu balik dari ngaja, terus bawak tok ke hospital..Tok berjalan sendiri naik kereta, turun kereta, masuk wad, semua dia buat sendiri. tengah tambah air, siap boleh melawak dengan Dr, sebab Dr usik "lepas tambah air, makcik gemok, boleh kahwin lain"..haha, Dr india pun pandai melawak..lepas tu tok kena tahan kat wad sebab Dr kata jantung bermasalah, tengah malam tok mintak minum. Tok minum 3 kali suap ja, dia takmo dah. dalam pukul 4 lebih kot, dia tak boleh tidur (tok ada asma) lepas maksu betolkan bantal dia terus tertido, maksu pun lega la sebab tok boleh tido. Sampaila nurse datang cek, mintak maksu pegang tok, maksu kata time tu jantung tok berdenyut lagi. Then Dr Pakar datang, lepas cek, dia mintak permission.."kak, jantung makcik ni memang dah tak berfungsi, kita izinkan dia pergi ya kak, makcik pun dah tua (tok dah 86 tahun tanpa sebarang sakit kronik, tanpa sakit nyanyuk, still kenal anak, cucu, cicit dia, still boleh berjalan, masih boleh berpuasa dan solat), kesian kalau kita tahan dia, kita izinkan ya kak"..aku boleh membayang perasaan maksu bila dia sorang2 berhadapan dengan situasi tu. lepas kol yang lain, maksu sempat sedekahkan bacaan yasin, tepat 5.45am tok kembali ke pencipta-Nya..kesian maksu, dia sampai tengah kapankan tok pun still blurr lagi...Dia jaga sorang sebab lepas tengah malam, adik beradik yang lain balik, n akan datang balik pagi tu. tak sangka tok akan meninggal semudah tu.. Alhamdulillah..

Aku?
Syukur sangat, first time mandikan jenazah. Bagi aku tok buat keputusan yang betol bila mengizinkan tokwan kawen 3. tok ada 2 orang madu. Dan semua anak2 tiri tok rapat dengan tok. Bapak pun rapat dengan semua adik beradik tak kisah la kandung atau tiri. Layanan depa kepada mak sendiri atau mak tiri sama saja. hasilnya kami cucu2 tok rapat sesama kami..kami semua habiskan 30 juzuk bacaan quran. Bila makcik panggil sapa nak mandikan jenazah, kami semua ada mandikan tok ramai2..Cucu tiri tok yang pangku tok waktu dimandikan..waktu nak kafankan, semua cium untuk kali terakhir, muka tok macam tok hidup cuma mata ja terpejam..

Tok bertuah dikelilingi ramai anak dan cucu..kami ada contoh yang terbaik bahawa poligami adalah bagus kalau dilakukan secara baik..Terima kasih tok kerana meinggalkan sesuatu untuk kami..Kerana apabila meninggalnya anak Adam, hanya 3 perkara yang dibawa :1) doa dari anak yang soleh, 2) sedekah jariah, 3) ilmu yang bermanfaat.

Al-fatihah...

Friday, July 30, 2010

Alhamdulillah


ini gambar petang raya 2 taun lepas. yonne, aku, pakndak and zuber

yang dah besar2 tu, kawan2 rapat sangat time kecik dulu. 2 lelaki dan 2 perempuan. nak gi mana2 mesti nak gi sama2. tapi zuber tua sikit dari kami. dia tua dalam 5 taun kot, so dia la yang selalu protect kami yang perempuan2 comel ni. bila dah masuk sekolah menengah masing2 dah membawa haluan masing. tapi, yela, kamikan pernah rapat dulu. tak sedar rupanya ada orang diantara kami yang still rapat sampai sekarang. zuber memang still ambik berat pasai yonne, terlebih berat rupanya. aku mungkin sangat jauh dari depa untuk tau apa yang berlaku. so, bila tau benda ni memang agak terkejut dan kurang bersetuju. macam tak best bila persahabatan kami dicemari benda2 macam ni (cewah). nasib baik yonne pun tak berapa hepi dengan benda macam ni. dah rapat sngat. semua benda pun kami share dulu2. las sekali, sekarang ni zuber dah kahwin dengan orang lain dan dah ada anak pun. lepas kahwin dia terus senyap dari kami semua. sedey...

ini pun gambar kami ramai2 jugak. pakteh tu single lagi. loaded giler pulak tu.


erm, sekarang tengah berdebar tunggu berita gumbira hafiz nak nikah petang ni. semoga selamat semuanya, n for our new family member, welcome to our big family.

petang ni nak amik half day la, nak balik cepat sket, nak goreng keropok lekor yang cik EL belikan. sedapnya.


satu lagi,
aku dah amik keputusan untuk lupakan pencarian selama 2 taun tu. erm, kereta waja tu. sebab ramai orang kata dia not ok. maybe i cant c what others c. yela, dah suka nampak yang baik2 ja. maybe its good for me. huhu...adakah saya mampu lakukan? aku sendiri tak tau.

Thursday, July 29, 2010

Bicara Dalam Hati


wajah girang bersama rakan ofis

sekarang lagi girang.. sebab ..jeng.jeng.jeng
dah nak gi sarawak ahad ni, tak sabarnya. setelah penat menguruskan segala prosedur dan segala mak nenek, akhirnya semua setel. tunggu masa nak gi ja.
tapi sebelum tu, sabtu adalah hari gumbira bersama family. kenduri kawen hafiz (my cuzie). cute jer kekalutan si hafiz, risau betol kalau aku taknak sponsor apa2. takpa, tunggu ja kedatangan cuppies yang comel nanti. kesian hafiz, terpaksa tunang 2 taun, permintaan family perempuan. ikut je la.

dalam keghairahan mood nak berjalan dan nak kenduri, terselit satu mood yang sukar ditafsirkan. simpan dalam hati jela. hope time will kill it. semoga ada pengganti yang lebih baik.
hehe.. hidayah kuat dan tabah..chayok.

Tuesday, July 27, 2010

Kerana kau Isteri 2

Selama beberapa hari asik tengok belog orang ja. malas gila nak menulis. tambah plak semakin banyak kerja.

many things happen dalam masa seminggu ni. yang paling susah diterima tetapi boleh diungkapkan sebagai "kata-kata makan diri". huhu.
Kenapa susah nak dapat yang kita nak dan kena dapat yang kita taknak. menyampahnya. antara menjaga perasaan orang dan perasaan sendiri. konon2 baik, boleh handle, tapi last sekali sakit kepala fikir macam mana nak setel. nak salah kan sape lagi, aku sendiri yang buat final decision. Ini bukan masalah kerja, ini masalah peribadi. Aku tak paham kenapa orang suka tanya umur berapa? 25 tu kan muda lagi. relax la. tensen ar kalau asik tanya ja. Aku pandai la nak uruskan diri sendiri.

Dina: u ingat tak apa yang i penah cakap kat u dulu2.. kata2 i sekarang sedang menuntut janji i dulu..

Tuesday, July 20, 2010

Kerana kau isteri..

today,
my colleague ask me "macam mana if dayah dapat husben yang jarak jauh nanti"..hihi..actually i already told myself. so the answer is "i cuma pilih orang dekat jer"..but she said "itu maknanya dayah melimitkan jodoh"..so aku jawab "itu target, kalau tak dapat takpa, cuma kalau dapat lagi bagus.bla..bla..bla.."..

selepas babak tadi,
sebenarnya aku pun taktau jawapan sebenar nak bagi. kadang2 kita cuma bijak memberi pendapat tapi bila menghadapinya sendiri, mungkin kita lagi lemah dari orang yang kita nasihati. tapi apa yang pasti, aku penah beritahu diri sendiri, im independant..hooyee..hopefully.

Sekarang,
aku mau pulang. terhidu chemical yang membuatkan kepala pening dan mau muntah..

Monday, July 19, 2010

lama tak tulis

lamanya rasa tak menulis. macam takda mood nak tulis, seronok membaca blog orang jer. lagipun banyak sangat keja2 kat lab yang menuntut sepenuh komitmen. tersangatlah sibuk di lab itu. menyampah sangat rasa, buhsan, rasa macam nak bakar jer lab tu, tapi bila ingat balik aku dibayar gaji untuk buat all those works, tenang la sikit hati aku.

pagi ni, semangat rasa sangat down. sebab...
aku kan nak gi sarawak. n i really hope yang aku akan jadik oral presenter, las sekali pagi nih depa hantar emel yang aku akan jadik poster presenter..huhuu. aku tak kisah kalau labwork tu macam labwork yang aku dok buat sekarang ni. jenis yang buat ramai2..tapi labwork yang aku nak bawak tu, labwork yang aku buat sepenuh hati aku, yang paling aku bangga sekali, yang aku buat tanpa rasa tekanan, yang aku sanggup bangun pagi2 pahamkan paper jurnal, sanggup balik malam2 buat drug release, sanggup macam2. sanggup datang on weken tanpa rasa dipaksa. sebab i am the most responsible person for that projek. i do it alone. huhu. sedih sangat. sangat down. sepatutnya aku rasa aku kena rasa seronok sebab kalau poster aku just pi tampal n boleh pi jalan2 sekitar kuching. tapi that is not the real purpose kenapa aku bertungkus lumus nak join conference tu. waaaaaa...

down sangat

Tuesday, July 13, 2010

geram..

kalaulah muka saya secomel ini waktu geram, kan best..

geram..geram sangat-sangat kat diri sendiri. please forget that some'wan'..

Thursday, July 8, 2010

tahniah kak long


tahniah kak long sebab dapat masuk

we are proud of u
jadik la student yang baik, mendengar kata
macam makcik dayah yang sangat mendengar kata
nak susun jadual memang sangat pening, tapi itulah perkara pertama yang mengajar kita berdikari
nanti makcik akan selalu melawat kak long, jangan bosan yer
im your supersenior..

Wednesday, July 7, 2010

ayam..minta maaf

kesian kat ayam, gara-gara imej sombong yang dipamerkan
kalau jumpa bukan nak tegur
aku yang terpaksa tegur dulu..geram tol
ini buktinya..skema pulak ayam ni


mana satu ayam..mana satu aku???

ini la ayam yang sebenar..itam sket..kuikui..(gelak jahat)
disebabkan kegeraman yang melanda..ayam kena belasah..
akhirnya menjadi begini

haha.padan muka..dah dapat hukuman, tapi itu hanya imej yang dibayangkan
gelak sorang2..kalau betol2 boleh buat, mesti aku jadi..superwomen

minta maaf ayam

mimpi tak best


kan seronok kalau dapat mimpi macam kat atas
tapi malam tadi mimpi bos
nyampah betol la
dalam mimpi pun nak ganggu aku jugak
time keja kat ofis dah la wei

Monday, July 5, 2010

nak hiking



semalam semasa aku lepak2 kat rumah kakak di SP
tetiba jer terasa nak ajak kakak aku gi jalan2
apa lagi

"kakcik, jom kita pi round2 taman"
"Jom, naik bukit semarak jom"

kakak aku ni pantang ja ajak jalan2
laju ja nak
ajak Azwa yang berat badannya agak berlebihan taknak plak
terpaksa la kami yang tak berapa nak kurus ni gi berdua ja
sampai ja kat bukit tu
aku tengok macam ok ja..

sekali aku panjat tak sampai 100m dari paras tanah
adoiiiii...penatttt..
terpaksa turun balik

so, pagi tadi sampai je afis aku ajak budak2 ofis gi hiking
sebut ja nak gi hiking kat SP
macik syazana dah curious
dia ingat aku ada agenda tersembunyi la tu
hahahaha..macam aku ni jahat sangat...

tak sabarnya nak gi panjat gunung
BUKIT SEMARAK nantikan kedatangan kami
tak sabare nak tengok SP ngan penang
oooohhh..
harap2 ramai yang nak join...

Rindunya pagi2 ni..

pagi2 ni dah rasa rindu dekat macik2 dua ni
huhuhu..


semoga ukhwah kita semakin bertambah
saya rindukan kenangan kita sama2
jangan lupakan saya...
huhu
tiba2 rasa cam berubah jadik budak baik..

saya nak macik ni kawen cepat2..

Thursday, July 1, 2010

TQ Queserasera

Tq for the reminder...kalau kakak tak tegur sampai bila2 pun i dok perasan i ada kat oversea..sekarang i dah back to Malaysia...

akhirnya JUN ku tinggalkan

terima kasih Ya-Allah, kerana menghadiahkan Jun
sebab semalam, lepas solat maghrib, aku pikir balik
kenapa aku sangat terasa dengan bulan Jun
kemudian baru aku realize, banyak benda penting yang berlaku dalam idup aku melibatkan bulan Jun

aku masuk universiti bulan Jun, daftar matrik tak ingat sangat bulan berapa, aku beli kereta pun bulan Jun (sebab baru renew roadtax, so ingatla), aku dapat permanent bulan Jun, aku kenal dia pun bulan Jun, Qama dapat jadik lecturer pun bulan Jun, paling penting Mak aku n Yonne lahir bulan Jun..herm...banyak benda tu...

-Julai-
tak tau la macam mana..tapi pagi ni macam kelam kabut sket..sebab banyak keja yang ditinggalkan kat LAb ni..kerja2 sintesis la..kami akan bekerja dengan bersungguh-sungguh kali ni..sementara nak tunggu makcik2 yang buat keja di USM ,Kelantan balik, kami kena setel kerja kat AMREC ni..Semoga kurang tekanan..sebab pagi tadi time susun jadual pun dah tertekan dah makcik Syazana tuh...hahaaa...

ok, back to work..

Tuesday, June 29, 2010

La..patut pon..

rupa-rupanya ada orang tu xcident, kereta rosak la tu..so, wat to say, just padan muka dan jangan la marah sangat..tak cedera pun..kereta ja cedera sket..yang tu pun nak marah...

Friday, June 25, 2010

hari-hari terakhir seorang penyelidik

Ini lah DrQ yang keputusannya meninggalkan sirim telah mengubah kehidupan aku...


bukti pekerja sirim, logo besaq kat belakang tu..




walaupun nampak macam tak berapa sedih tapi menangis jugak la..haha..malu la nak cerita..

I Miss U..

Thursday, June 24, 2010

Berdebar-debar..

tajuk dia poyo sket..tapi memang ada rasa berdebar-debar pun..hehe..nape eh ari ni rasa berdebar-debar...huuurrmmmm..tengah pikir-pikir ni..kenapa yer???

terpaksa tunggu dan lihat apa yang akan berlaku after dis..

Friday, June 18, 2010

Budak paliNG cute..



Ini nurul aiza yang senget

sengat kan
tengok gambar dia pun da tau dia sangat senget
geram betul dengan budak kecik ni

bagi aku dia sangat cute
keletah dia, sangat menggelikan hati
pandai sangat
kalau aku cakap aku akan beli hadiah kalau dapat no 1
dia akan ungkit kenapa aku tak beli hadiah
waktu dia dapat no. 3 time dia kat pasti dulu
haha
mana boleh
dulu kan makcik tak stabil lagi
sekarang jer makcik dah kaya raya

aiza dia tak boleh bercakap sehingga umur dia dekat 3 taun
tu pun setakat gagap2
aku menyampah betul nak cakap dengan dia time tu
sebab dia cakap aku tak paham
aku cakap pun dia tak paham, n dia akan buat tak reti ja kat aku

sampai la satu hari tu
jeng..jeng..jeng
'''pacik'''
ada sora budak panggil aku, aku rasa la
pusing2 nampak aiza
sah dia panggil aku dia
nak tergelak pun ada
dia panggil aku pacik instead of 'makcik'
wakaka..
ok la, aku layan jer

sampai satu hari tu
ada sorang sedara datang rumah
saja dia round petang2 tengok padi
singgah jenguk famili aku
memandangkan takda sapa kat luar umah
aku, mak, bapak, kakak ada kat dalam
cuma aiza n abang2 dia dok main kat luar
tapi kami dengaq la dia tanya kat budak2 tu
"sapa ada kat umah"
dengan pantas dan sangat yakin sekali
aiza menjawab,..'ada mak, tok, wan dengan pacik..."
sedar tu punya la terkejut
"bila makcik hang kawen, wan hg tak panggil pun, tengok2 dapat pakcik dah,
suruh dia keluaq mai jumpa aku"
hahaha
gara2 aiza yang senget dia, sedara aku pun terpedaya
hahaha

tapi bila dia stat masuk 5 tahun, memang dia sangat lancar bercakap
bukan setakat bercakap, menyanyi, bersajak, menari
memang hobi dia la tu
sampai tengah makan pun dia boleh bangun menari kalau ada lagu best
kalau bab membaca
dia akan membaca sampai mengingau pun benda yang sama
ada stu malam tu, dia mengigau dengan sangat kuat
"anak burung yang pemalas, ...anak burung yang pemalas"
tah sapa tah yang masuk dalam mimpi dia
pastu kena sumpah kot jadik anak burung

tapi satu ja pasal aiza ni
suka carik pasal dengan aku
kalau dia nampak aku tengah lepak tengok tv
mula la cari pasal
"minah rempit tengok cita apa tu??"
ceh..geram betol
dia panggil aku minah rempit
sebab dia kata
aku suka bawak keta laju2
hehehe

Aiza
i really2 love u
makcik doakan aiza sihat, ceria dan berjaya dunia akhirat..
sayang aiza..
MMMMmmmmmmuaaaaaxxxxzzzz..

Thursday, June 3, 2010

Durian ;)

Bila la durian tu nak gugur
dah dua tahun tunggu
tak gugur jugak

macam tak dapat ja nak merasa
huhuhuh

Thursday, May 27, 2010

KAPiTAn

lamanya tak makan dekat kapitan
sejak Cik Dina n Cik Zidah dapat title "PUAN"
sudah tiada orang nak makan kat kapitan

ish..ishh..
meleleh air liur teringat nasi beriani kat kapitan sebelah JJ
kalau yang kat Qbays lagi best
oh, yang dekat Georgetown pun best
sedapnya..

sedapnya makan nasi beriani sambil hirup teh ais
rasa senang ja nasi nak masuk perut
sejuk usus semua
sedapnya..

Tak pun
makan char kue teow mamak
sedapnya..

pastu kalau kenyang sangat
boleh makan
capati or roti canai
sedapnya jugak

uhhh...
jomla pi makan kapitan

jom..jom..

saya SANGAT terKILAN

geramnya
tadi 2 entry telah ditulis
tetapi tak dipublishkan
sebab dia hilang sebelum dipublishkan
kemana dia menghilang???

sakitnya hati
sabar jela
kalau orang dah lama kena bebel
tapi dah nama pun laptop
buang air liur ja

Tuesday, May 25, 2010

Johan KaRom dan BaDmiNtoN SIRIM..

Yeah..

22 May 2010..
Menang Johan Karom Piala Perkasa SIRIM Berhad..
hebatnya..

24 May 2010..
Johan Badminton InterAmrec Piala SGM 2010..

Wah, hebat gila rasa..
Bulan MAY memang bulan yang bertuah buat aku
tak rugi aku pi jauh2 untuk lawan KAROM
walaupun tak pandai tapi still boleh belajar
memang kagum lah..


Erm, apa yer???
da lama tak update
Dulu marah kalau buka blok orang n tengok org tu tak update
sesuka ati ja kutuk dia pemalas update
sekarang baru tau
bukan bley ari2 nak update
kekangan masa
tapi akanku coba update ari2

Ok;la...
nak gi solat
Azan zuhur da bunyi tadi..
JoM,
bye--bye--

Friday, May 14, 2010

MOA signing, BraVo...

MOA signIng antara:

SIRIM, USM, UPSI..

TahNIah kepAda Team yang telibat,
Anda telaH menJAlankan AmAnah dengan DedikaSi sekali,



ini gambar selepas ceremony da ni..





Ini gamBar GeDixz bersama Budak tua dan Awanis..

buDaK BusuK ;(

Hepy beZday to You..HepY BezdAy To YoU,
hePy BezDay, HepY BezdaY, HepY Bezday To You.....

Selamat hari Jadi Cik Syazana..
Yang ke-25 tahun..
dah tua, so no present k..
Aritu nak beli dah kat JusCo tapi terletak balik,
so, next time, pi beli lain kat JusCo,
jangan merajuk yer, sebab kad pun boleh terlupa nak beli,
makcik tu da la asik dok sebut pasai bezday dia ja..
hahahahaha...

Makcik, dapat present apa dr Cikgu Norikhwan??



tahla keluar gambar ni ok ke tak..




So, tgu bulan depan yer...Lepas kita da kalah main karom kat SA..

Hepy Bezday syaZanA..

Monday, May 10, 2010

Solehah USM..




Rasa macam nak gelak kuat-kuat aja bila tengok gambar ni.
Zaman memang kanak-kanak gila, time ni tengah cari identiti.
Zaman ni kekadang pakai stoking, pakai handsock..
Hahaha...
Zaman ni jela..
Pastu pakai baju singkat balik..
Tapi still gi kuliah pakai baju kurung..
Nak menuntut ilmu kena la pakai yang sesuai dengan majlis..
kalau dah pakai baju nampak lurah kat depan dengan belakang,
Ilmu pun lari, lecturer tak lari, mau plak kalau lecturer lelaki,
dia bagi markah lebih lagi ada,
Tapi tula, time tu ja markah lebih,
Nak tengok ilmu tu bermanfaat ke tak,
Bila time kita nak aplikasikan,
Berguna tak apa yang kita belajar dulu,
Atau kita dah lari jauh dari apa yang kita belajar dulu-dulu,

So, sebelum buat papa fikir dulu,
Adakan apa yang kita buat hanya bermanfaat pada masa sekarang,
atau sentiasa bermanfaat selama-lamanya..
Sehingga di alam kubur..

Fikir-fikirkan....

Everything HappEn FoR a reaSoN ;)

Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there, to serve some sort of purpose, to teach you a lesson or help figure out who you are or who you want to become.

You never know who these people may be but you lock eyes with them, you know that very moment that they will affect your life in some profound way.

And sometimes things happen to you at the time that may seem horrible, painful and unfair, but in reflection you realize that without overcoming those obstacles you would never realize your potential, strength, willpower or heart.

Everything happens for a reason. Nothing happens by chance or by means of luck. Illness, love, lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test limits of your soul.

Without these small tests, life would be like a smoothly paved, straight, flat road to nowhere safe and comfortable but dull and utterly pointless.

The people you meet affect your life. The successes and downfalls that you experience can create whom you are, and the bad experiences can be learned from.

In fact they are probably the most poignant and important ones. If someone hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them because they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to whom you open your heart.

If someone loves you, love them back unconditionally, not only because they love you, but also because they are teaching you to love and open your heart and eyes to little things. Make every day count. Appreciate everything that you possibly can, for you may never experience it again.

Talk to people whom you have never talked to before, and actually listen. Let yourself fall in love, break free and set your sights high. Hold your head up because you have every right to.

Tell yourself your a great individual and believe in yourself, for if you don't believe in yourself, no one else will believe in you. Create your own life and then go out and live it.

Friday, May 7, 2010

USM, Pulau PiNAng..



USM masih seperti dulu..
3 tahun lepas waktu aku habih konvo,
nangis-nangis sebab sedih berpisah dengan kawan-kawan..

Hari ni aku melawat kawan aku yang masih buat Master di USM..
Katanya...

"Hari Rabu teringin gi makan kat Subaidah, macam kita dulu-dulu, abih je kelas makan kat Subaidah, then ada acara kat Dewan Budaya, ala, acara tu diorang suruh nyanyi lagu USM..Sedihnya, lama betul Eju kat sini ..dekat 6 taun..pastu dis week eju dah nak tinggalkan USM..."

Aku yang dengaq pun rasa sedih jugak..teringat kenangan zaman jadi student dulu...InsyaAllah, aku akan jadi student balik..baru tadi bincang dengan lecturer dan Alhamdulillah, aku yakin kali ni aku membuat pilihan yang tepat...Harap-harap tak macam dulu, poyo je semangat, pastu lupakan terus...

Kali ni aku berazam akan buat yang terbaik..yang penting ini suma untuk masa depan aku jugak...

Chayok..Chayok..Chayok!!!!!!!!!!!!

Monday, May 3, 2010

Sape Yang CantIk tU??



Yang pakai cantik2 tu la Asfarina..Yang pakai sonket biru yang kurang cantik sket tu aku...

Tanggal 1 Mei 2010..

Walaupun 1 Mei dah berlalu tapi banyak kenangan indah dan pahit yang berlaku hari tu..Seperti yang semua tahu aritu Asfarina Azemi bertunang dengan En.Sani. (gambar tiada lagi, ada kat syazana). Happening la. As mmg gorgeous. Yang turut hadir adalah Syazana, Eju toek dan jugak Hasanah (kawan Eju). Erm, sebenaqnya tak banyak gambar pun sebab kami sibuk melantak..Pastu aku nak cepat..plak sebab nak pi majlis nikah Aini (geng kat sek. ASMA dulu). Tak sangka si kecik tu dah jadik wife org..Dia nikah dalam kul 2.00pm, tapi aku sampai dah dekat 4.30pm, terpaksa kalut2 wish, sebab dia nak gi outdoor..Tak pe la kasi dia pi outdoor, aku lepak dengan mak dia jela...Mak dia mmg da kenal sangat dengan aku..

Apa yang Berlaku Bila Sampai Rumah....
jeng..Jeng..jeng..sampai2 ja mak terus tanya.."Anak jiran sebelah tu nama apa?" aik, apasal tanya aku plak.takkan mak aku tau papa plak kot.."Pasaipa mak?".."erm, tadi mak pi rumah sebelah tengok orang sakit, depa kata keluarga tu pi meminang,..Budak tu baru abih kat U dia 3 hari, dah bertunang..Keja dah kot".."oh budak tu, tak lagi kot"...Oh mak, kecik ati dengaq..Selama beberapa saat aku terkesima..terdiam tanpa kata..Then, ok..I got It..dah, jangan pikiaq lagi, Concentrate on work..Nak pi Kuching kan bulan 8 ni??? buat paper work...

hehe..tah paap jer la..saja nak mengurangkan tekanan yang dok menekan2 limpa, jantung, hati dan usus kat dalam perut ni..Ok, buat keja dulu...

Friday, April 30, 2010

Tak Pandai La...

Macam mana ni..nak ada blog da ada, tapi tak pandai...nak letak gambar tak pandai..nak tukar dr Malay ke English pun tak pandai..malunya kalau ada budak2 ofis yang tau..berblog nak tapi taktau...

Gian ni..

Gian apa tu..
hehe..Gian nak menulis..
Tulis la..nikan blog hg..sapa heran..
Seronoknya nak balik kg..ada kawan waktu belajar dulu nak betunang sok..
orang sibuk nak cuti, dia sobuk nak bertunang..hehe..jangan marah As.
As ni mmg buat aku sakit jantung..
Tup..tup.. dia kol aku jmput p mjlis tunang dia..da 2 bulan lebih dia bagitau..
kalau takpi tak sdap plak..wlaupun ada kenduri sedara tapi kena p As dulu..
mak pun tak paksa kalau sebut pasai As..yerla..tiap taun dtg rumah time raya..
Ada sekali tu ngn mak bapak dia sekali mai..bagus dak As ni..nak tgk gambar As..cantik, kulit dia gebu sangat..eee..geram mcm nk cubit ja tp xbrani takut dia sekeh kepala satgi...nanti kalau ada gambar tunang dia bleh la ltak..

Get Start

Setelah sekian lama hasrat terpendam jer kat ceruk hati..akhirnya...pagi jumaat yang indah ni, dah berjaya di realisasikan..
erm..mau kabarkan sama kawan2 atau diamkan...diamkan la dulu..kalau ada yang teringin nak baca, ..oh malunya...