Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, July 30, 2010

Alhamdulillah


ini gambar petang raya 2 taun lepas. yonne, aku, pakndak and zuber

yang dah besar2 tu, kawan2 rapat sangat time kecik dulu. 2 lelaki dan 2 perempuan. nak gi mana2 mesti nak gi sama2. tapi zuber tua sikit dari kami. dia tua dalam 5 taun kot, so dia la yang selalu protect kami yang perempuan2 comel ni. bila dah masuk sekolah menengah masing2 dah membawa haluan masing. tapi, yela, kamikan pernah rapat dulu. tak sedar rupanya ada orang diantara kami yang still rapat sampai sekarang. zuber memang still ambik berat pasai yonne, terlebih berat rupanya. aku mungkin sangat jauh dari depa untuk tau apa yang berlaku. so, bila tau benda ni memang agak terkejut dan kurang bersetuju. macam tak best bila persahabatan kami dicemari benda2 macam ni (cewah). nasib baik yonne pun tak berapa hepi dengan benda macam ni. dah rapat sngat. semua benda pun kami share dulu2. las sekali, sekarang ni zuber dah kahwin dengan orang lain dan dah ada anak pun. lepas kahwin dia terus senyap dari kami semua. sedey...

ini pun gambar kami ramai2 jugak. pakteh tu single lagi. loaded giler pulak tu.


erm, sekarang tengah berdebar tunggu berita gumbira hafiz nak nikah petang ni. semoga selamat semuanya, n for our new family member, welcome to our big family.

petang ni nak amik half day la, nak balik cepat sket, nak goreng keropok lekor yang cik EL belikan. sedapnya.


satu lagi,
aku dah amik keputusan untuk lupakan pencarian selama 2 taun tu. erm, kereta waja tu. sebab ramai orang kata dia not ok. maybe i cant c what others c. yela, dah suka nampak yang baik2 ja. maybe its good for me. huhu...adakah saya mampu lakukan? aku sendiri tak tau.

Thursday, July 29, 2010

Bicara Dalam Hati


wajah girang bersama rakan ofis

sekarang lagi girang.. sebab ..jeng.jeng.jeng
dah nak gi sarawak ahad ni, tak sabarnya. setelah penat menguruskan segala prosedur dan segala mak nenek, akhirnya semua setel. tunggu masa nak gi ja.
tapi sebelum tu, sabtu adalah hari gumbira bersama family. kenduri kawen hafiz (my cuzie). cute jer kekalutan si hafiz, risau betol kalau aku taknak sponsor apa2. takpa, tunggu ja kedatangan cuppies yang comel nanti. kesian hafiz, terpaksa tunang 2 taun, permintaan family perempuan. ikut je la.

dalam keghairahan mood nak berjalan dan nak kenduri, terselit satu mood yang sukar ditafsirkan. simpan dalam hati jela. hope time will kill it. semoga ada pengganti yang lebih baik.
hehe.. hidayah kuat dan tabah..chayok.

Tuesday, July 27, 2010

Kerana kau Isteri 2

Selama beberapa hari asik tengok belog orang ja. malas gila nak menulis. tambah plak semakin banyak kerja.

many things happen dalam masa seminggu ni. yang paling susah diterima tetapi boleh diungkapkan sebagai "kata-kata makan diri". huhu.
Kenapa susah nak dapat yang kita nak dan kena dapat yang kita taknak. menyampahnya. antara menjaga perasaan orang dan perasaan sendiri. konon2 baik, boleh handle, tapi last sekali sakit kepala fikir macam mana nak setel. nak salah kan sape lagi, aku sendiri yang buat final decision. Ini bukan masalah kerja, ini masalah peribadi. Aku tak paham kenapa orang suka tanya umur berapa? 25 tu kan muda lagi. relax la. tensen ar kalau asik tanya ja. Aku pandai la nak uruskan diri sendiri.

Dina: u ingat tak apa yang i penah cakap kat u dulu2.. kata2 i sekarang sedang menuntut janji i dulu..

Tuesday, July 20, 2010

Kerana kau isteri..

today,
my colleague ask me "macam mana if dayah dapat husben yang jarak jauh nanti"..hihi..actually i already told myself. so the answer is "i cuma pilih orang dekat jer"..but she said "itu maknanya dayah melimitkan jodoh"..so aku jawab "itu target, kalau tak dapat takpa, cuma kalau dapat lagi bagus.bla..bla..bla.."..

selepas babak tadi,
sebenarnya aku pun taktau jawapan sebenar nak bagi. kadang2 kita cuma bijak memberi pendapat tapi bila menghadapinya sendiri, mungkin kita lagi lemah dari orang yang kita nasihati. tapi apa yang pasti, aku penah beritahu diri sendiri, im independant..hooyee..hopefully.

Sekarang,
aku mau pulang. terhidu chemical yang membuatkan kepala pening dan mau muntah..

Monday, July 19, 2010

lama tak tulis

lamanya rasa tak menulis. macam takda mood nak tulis, seronok membaca blog orang jer. lagipun banyak sangat keja2 kat lab yang menuntut sepenuh komitmen. tersangatlah sibuk di lab itu. menyampah sangat rasa, buhsan, rasa macam nak bakar jer lab tu, tapi bila ingat balik aku dibayar gaji untuk buat all those works, tenang la sikit hati aku.

pagi ni, semangat rasa sangat down. sebab...
aku kan nak gi sarawak. n i really hope yang aku akan jadik oral presenter, las sekali pagi nih depa hantar emel yang aku akan jadik poster presenter..huhuu. aku tak kisah kalau labwork tu macam labwork yang aku dok buat sekarang ni. jenis yang buat ramai2..tapi labwork yang aku nak bawak tu, labwork yang aku buat sepenuh hati aku, yang paling aku bangga sekali, yang aku buat tanpa rasa tekanan, yang aku sanggup bangun pagi2 pahamkan paper jurnal, sanggup balik malam2 buat drug release, sanggup macam2. sanggup datang on weken tanpa rasa dipaksa. sebab i am the most responsible person for that projek. i do it alone. huhu. sedih sangat. sangat down. sepatutnya aku rasa aku kena rasa seronok sebab kalau poster aku just pi tampal n boleh pi jalan2 sekitar kuching. tapi that is not the real purpose kenapa aku bertungkus lumus nak join conference tu. waaaaaa...

down sangat

Tuesday, July 13, 2010

geram..

kalaulah muka saya secomel ini waktu geram, kan best..

geram..geram sangat-sangat kat diri sendiri. please forget that some'wan'..

Thursday, July 8, 2010

tahniah kak long


tahniah kak long sebab dapat masuk

we are proud of u
jadik la student yang baik, mendengar kata
macam makcik dayah yang sangat mendengar kata
nak susun jadual memang sangat pening, tapi itulah perkara pertama yang mengajar kita berdikari
nanti makcik akan selalu melawat kak long, jangan bosan yer
im your supersenior..

Wednesday, July 7, 2010

ayam..minta maaf

kesian kat ayam, gara-gara imej sombong yang dipamerkan
kalau jumpa bukan nak tegur
aku yang terpaksa tegur dulu..geram tol
ini buktinya..skema pulak ayam ni


mana satu ayam..mana satu aku???

ini la ayam yang sebenar..itam sket..kuikui..(gelak jahat)
disebabkan kegeraman yang melanda..ayam kena belasah..
akhirnya menjadi begini

haha.padan muka..dah dapat hukuman, tapi itu hanya imej yang dibayangkan
gelak sorang2..kalau betol2 boleh buat, mesti aku jadi..superwomen

minta maaf ayam

mimpi tak best


kan seronok kalau dapat mimpi macam kat atas
tapi malam tadi mimpi bos
nyampah betol la
dalam mimpi pun nak ganggu aku jugak
time keja kat ofis dah la wei

Monday, July 5, 2010

nak hiking



semalam semasa aku lepak2 kat rumah kakak di SP
tetiba jer terasa nak ajak kakak aku gi jalan2
apa lagi

"kakcik, jom kita pi round2 taman"
"Jom, naik bukit semarak jom"

kakak aku ni pantang ja ajak jalan2
laju ja nak
ajak Azwa yang berat badannya agak berlebihan taknak plak
terpaksa la kami yang tak berapa nak kurus ni gi berdua ja
sampai ja kat bukit tu
aku tengok macam ok ja..

sekali aku panjat tak sampai 100m dari paras tanah
adoiiiii...penatttt..
terpaksa turun balik

so, pagi tadi sampai je afis aku ajak budak2 ofis gi hiking
sebut ja nak gi hiking kat SP
macik syazana dah curious
dia ingat aku ada agenda tersembunyi la tu
hahahaha..macam aku ni jahat sangat...

tak sabarnya nak gi panjat gunung
BUKIT SEMARAK nantikan kedatangan kami
tak sabare nak tengok SP ngan penang
oooohhh..
harap2 ramai yang nak join...

Rindunya pagi2 ni..

pagi2 ni dah rasa rindu dekat macik2 dua ni
huhuhu..


semoga ukhwah kita semakin bertambah
saya rindukan kenangan kita sama2
jangan lupakan saya...
huhu
tiba2 rasa cam berubah jadik budak baik..

saya nak macik ni kawen cepat2..

Thursday, July 1, 2010

TQ Queserasera

Tq for the reminder...kalau kakak tak tegur sampai bila2 pun i dok perasan i ada kat oversea..sekarang i dah back to Malaysia...

akhirnya JUN ku tinggalkan

terima kasih Ya-Allah, kerana menghadiahkan Jun
sebab semalam, lepas solat maghrib, aku pikir balik
kenapa aku sangat terasa dengan bulan Jun
kemudian baru aku realize, banyak benda penting yang berlaku dalam idup aku melibatkan bulan Jun

aku masuk universiti bulan Jun, daftar matrik tak ingat sangat bulan berapa, aku beli kereta pun bulan Jun (sebab baru renew roadtax, so ingatla), aku dapat permanent bulan Jun, aku kenal dia pun bulan Jun, Qama dapat jadik lecturer pun bulan Jun, paling penting Mak aku n Yonne lahir bulan Jun..herm...banyak benda tu...

-Julai-
tak tau la macam mana..tapi pagi ni macam kelam kabut sket..sebab banyak keja yang ditinggalkan kat LAb ni..kerja2 sintesis la..kami akan bekerja dengan bersungguh-sungguh kali ni..sementara nak tunggu makcik2 yang buat keja di USM ,Kelantan balik, kami kena setel kerja kat AMREC ni..Semoga kurang tekanan..sebab pagi tadi time susun jadual pun dah tertekan dah makcik Syazana tuh...hahaaa...

ok, back to work..