Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Friday, August 27, 2010

aku dibius cinta

tajuk macam gah ja. hihi. tapi aku penah dengar ceramah 'aku dibius cinta' oleh ustaz hasrizal jamil. ok la. not bad.

malam isnin lepas, aku terawih dekat masjid politeknik sultanah bahiyah. memang dia akan buat lapan, buat empat dulu pastu ada tazkirah sikit, then baru sambung balik empat. sebenaqnya malam tu aku tak plan nak pi masjid poli, tetapi untuk menghiburkan hati seorang sahabat yang tengah gundah gulana, aku ajak la dia pi jauh sikit (ala 3 kilometer ja).

malam aku pi, tajuk ceramah dia cacamerba sikit. tapi antara yang menarik perhatian dan telinga serta mata aku untuk sangat kusyuk mendengar adalah apabila dia membuka tajuk "CINTA"..menurutnya, (setelah beberapa orang ilmuan mengkaji al-quran dan mendapati) cinta terbahagi kepada 4:

1: seperti CINTA NABI NOH DAN ISTERINYA
-dimana suami masuk syurga dan sang isteri terheret ke neraka.

2: CINTA ASIAH DAN FIRAUN
-dimana isteri masuk syurga dan suami masuk neraka

3: CINTA ABU LAHAB DAN ISTERINYA
-dimana kedua-duanya masuk neraka

4: CINTA NABI MUHAMMAD s.w.t DAN KESEMUA 15 ISTERINYA
-dimana kesemua isteri dan Rasulallah dimasukkan ke syurga

Note: dimana kita dalam mencari cinta didunia ini. mana satu cinta yang kita pilih.

Aku: semestinya aku mengharapkan cinta seperti rasulallah dan isteri baginda. bahagianya..syiokkkk...erm, kawan aku kata 'kalau nak mendapat pasangan yang soleh, belajarlah menjadi solehah'..so...

......................BELAJAR........MENJADI SOLEHAH...................................

p/s: selamat berbuka jap gi...erm, arini nak balik berbuka kat kg..pastu nak kena buat solat istikharah..hihiiii..

Tuesday, August 24, 2010

Rindu


Balik kampung baru2 ni, lalu depan rumah tok. Time tu dah 7.10petang. Pintu dantingkap rumah tok tertutup rapat. Takda sapa. Yela, nak ada sapa, tuan rumah dah takda. Sunyinya..sayu betol tengok..huhu..
Malamnya, kakak aku keluarkan satu ayat "rasa macam tok ada lagi ja, tak rasa macam dia dah takda"..mak aku senyum ja.."dia tak sakit, kita pon takdak masa dia pi tu, tu yang rasa macam tu" tu ja yang mak aku kata..huhu..

Sekarang pun rasa rindu..rindu pada semua orang..pada tok bah, tok diah, wan, dan wa..semoga mereka semua selamat disana...al-fatihah

Friday, August 20, 2010

Rukun Syahadah


Sampai ja dari sarawak, aku tunggu la orang sirim datang jemput..bukan aku tunggu, dia yang tunggu aku..aku kena la pi semayang maghrib dulu. sampai dah pukui 8, boleh jamakkan isyak sekali.

dalam kereta..ada la sikit isu agama yang dibincangkan..incik ni ada join satu (aku pun tak tau nak kata benda tu group or apa)..so, kami berbincang la pasal macam mana nak tingkatkan keimanan terhadap Allah s.w.t. Antara benda yang menyentuh hati, jantung dan limpa aku adalah bila beliau menyatakan beberapa perkara.

satu perkara yang menusuk paru-paru aku adalah tentang cara ambil wuduk yang betol..mungkin semua orang tahu ambil wuduk dgn tertib, betol, dan tahu batasan-batasan yang menjadikan wuduk kita sah. cuma, ada had yang sah tu perlu kita lebihkan supaya tiada keraguan. Contohnya had untuk membasuh muka, maybe semua tau, cara dia ialah keseluruhan muka..susah plak nak buat demo..dari ujung telinga kanan ke telinga kiri, dari anak rambut ke bawah dagu..
Untuk tangan, mesti sampai siku kan. Untuk bahagian siku ni ada mungkin kita termiss action. lebihkan sedikit air melebihi kawasan siku supaya betol2 keseluruhan siku kita mengenai air. tanpa menimbulkankan rasa was-was.

ok la..bab tu mungkin kita semua sedia maklum. cuma ada satu ja benda yang incik tu tanya dan membuatkan aku berfikir..apa yang aku pikiir (biarlah rahsia)..
kata beliau "semua orang tau rukun solat, rukun amik wuduk, tapi berapa ramai yang tau rukun syahadah. Syahadah paling penting, nak masuk islam, kena tau mengucap. Tapi setakat tau saja, kena tau jugak, apa rukun syahadah. hang balik ni, pi cari apa rukun syahadah"

maka, setelah 2 minggu aku balik, kemarin aku memulakan searching on rukun syahadah (memang untuk buat perkara baik, selalu terlupa, sib bek bulan posa Allah ikat setan)..search punya search jumpa la..

Rukun syahadah ada 4 iaitu:
1.Ikrar

>>>Ikrar tentang keesaan Allah S.W.T. dan nabi Muhammad S.A.W. itu adalah utusan-Nya.


2.Iktikad

>>>Mempercayai \ menyakini bahawa hanya Allah sahaja tuhan yang berhak disembah dan nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya.


3.Iktiraf

>>>Mengakui tentang keesaan \ kebesaran Allah dengan mengakui kebenaran dan kerasulan nabi Muhammah S.A.W..


Akhir sekali...


4.Amalan

>>>Beramal dengan bersungguh2 sebagai memenuhi tuntutan syahadah tanpa ragu2, jemu, dan amalan hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah S.W.T..

Alhamdulillah..terima kasih incik yang memperingatkan aku. aku dah ucap terima kasih kat dia. walau pun dia berulang kali dok kata dia bukan nak menunjuk. aku tau dia bukan nak menunjuk. bak kata aku kat dia........

"takpa-takpa, saya pun bukan tau sangat. anggap la ni sebagai ilmu yang boleh share. saya memang nak tau. bukan semua orang nak bagitau benda2 macam ni, ramai ingat semua orang dah tau"

termasuk say, say tau tapi selalu terlupa..banyak dosa.....

Monday, August 16, 2010

aku ada kamu..

sungguh terharu..bila kawan baik menujukan lagu ini kepada aku..sob.sob.sob.huhu..hingus meleleh2..seb baik keluar hingus tak batal puasa..sapa la kawan aku yang baik hati tu kan??? dahla lirik lagu ni sangat menyentuh jiwa dan perasaan aku..TQ my fren..
sebab tujukan lagu ni untuk aku..
Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

aku sangat suka..semoga kita bersahabat selamanya..
sayang kamu tau..walaupun kamu malas mandi..

Friday, August 13, 2010

Salam ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan udah hari ke-3, aku belum wish lagi kat semua. kenapa? aku tak puasa ek???hihi..maybe. tapi hari pertama aku puasa aku rasa. aku dah mesej kawan2 waktu malam nak puasa tu, then antar pm kat Mr. Weirdo, erm...ok kot..kat family dah cakap waktu ari tok meninggal tu lagi.

semoga ramadhan ni lebih bermakna kepada aku dan kamu semua,..belum tentu dapat ketemu ramadhan taun hadapan..huhu..sedihnya ayat ni..insyaAllah, panjang umur kita ketemu..

Thursday, August 12, 2010

Selamat pengantin Baru


selamat pengantin baru

dulang2 gurl

a part of us

really happening during the wedding day
congratulation to both hafiz <3 syida
semoga berbahagia sehingga akhir hayat
for all the cuzies, thankz for wonderful moment

Kepulangan Yang Pasti.


30 Syaaban,

bangun subuh pagi selasa, banyak yang aku rancang, sambil fikir nak balik kampung tak sambut puasa pertama. niat di hati nak balik, tapi rasa macam nak puasa kat kulim ja..

tiba2.
ada mesej masuk. mak kol pulak pastu. uish, macam tau2 ja orang tengah pikir pasal mak, terus dapat kol. Bapak yang cakap.." tok dah takda, pak pun baru tau" ...hah, terkejut sampai terduduk aku. baru las week jumpa, sihat walafiat..tarik nafas, tenang sket, terus aku kemas balik..dalam kereta macam2 yang terlintas..tok sakit ka??
sampai kat kampung, dah ramai sedara mara datang walaupun hujan. Rumah tok kosong, "jenazah kat rumah paklang" kata kakak aku. Masuk rumah terus amik wuduk, salam dengan semua orang dan jumpa tok. tak mampu nak tengok jenazah, aku terus baca yasin untuk tok.. tapi aku rasa aku memang seorang yang tabah, air mata aku tak mengalir pun, sedangkan ati aku dah basah (cewah)..mayat kan tak elok ditangisi..semua orang pun tak menangis, cuma lap2 hidung ja..tok meninggal dalam pukul 5.45am kat hospital sultanah bahiyah..maksu kata tok tak sakit, cuma hari isnin tu dia cirit birit, dah dekat nak puasa dia mintak nak ke hospital tambah air (walaupun selama ni dia cukup menyampah bila orang sebut hospital)..so, petang isnin, lepas maksu balik dari ngaja, terus bawak tok ke hospital..Tok berjalan sendiri naik kereta, turun kereta, masuk wad, semua dia buat sendiri. tengah tambah air, siap boleh melawak dengan Dr, sebab Dr usik "lepas tambah air, makcik gemok, boleh kahwin lain"..haha, Dr india pun pandai melawak..lepas tu tok kena tahan kat wad sebab Dr kata jantung bermasalah, tengah malam tok mintak minum. Tok minum 3 kali suap ja, dia takmo dah. dalam pukul 4 lebih kot, dia tak boleh tidur (tok ada asma) lepas maksu betolkan bantal dia terus tertido, maksu pun lega la sebab tok boleh tido. Sampaila nurse datang cek, mintak maksu pegang tok, maksu kata time tu jantung tok berdenyut lagi. Then Dr Pakar datang, lepas cek, dia mintak permission.."kak, jantung makcik ni memang dah tak berfungsi, kita izinkan dia pergi ya kak, makcik pun dah tua (tok dah 86 tahun tanpa sebarang sakit kronik, tanpa sakit nyanyuk, still kenal anak, cucu, cicit dia, still boleh berjalan, masih boleh berpuasa dan solat), kesian kalau kita tahan dia, kita izinkan ya kak"..aku boleh membayang perasaan maksu bila dia sorang2 berhadapan dengan situasi tu. lepas kol yang lain, maksu sempat sedekahkan bacaan yasin, tepat 5.45am tok kembali ke pencipta-Nya..kesian maksu, dia sampai tengah kapankan tok pun still blurr lagi...Dia jaga sorang sebab lepas tengah malam, adik beradik yang lain balik, n akan datang balik pagi tu. tak sangka tok akan meninggal semudah tu.. Alhamdulillah..

Aku?
Syukur sangat, first time mandikan jenazah. Bagi aku tok buat keputusan yang betol bila mengizinkan tokwan kawen 3. tok ada 2 orang madu. Dan semua anak2 tiri tok rapat dengan tok. Bapak pun rapat dengan semua adik beradik tak kisah la kandung atau tiri. Layanan depa kepada mak sendiri atau mak tiri sama saja. hasilnya kami cucu2 tok rapat sesama kami..kami semua habiskan 30 juzuk bacaan quran. Bila makcik panggil sapa nak mandikan jenazah, kami semua ada mandikan tok ramai2..Cucu tiri tok yang pangku tok waktu dimandikan..waktu nak kafankan, semua cium untuk kali terakhir, muka tok macam tok hidup cuma mata ja terpejam..

Tok bertuah dikelilingi ramai anak dan cucu..kami ada contoh yang terbaik bahawa poligami adalah bagus kalau dilakukan secara baik..Terima kasih tok kerana meinggalkan sesuatu untuk kami..Kerana apabila meninggalnya anak Adam, hanya 3 perkara yang dibawa :1) doa dari anak yang soleh, 2) sedekah jariah, 3) ilmu yang bermanfaat.

Al-fatihah...