Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Thursday, August 12, 2010

Kepulangan Yang Pasti.


30 Syaaban,

bangun subuh pagi selasa, banyak yang aku rancang, sambil fikir nak balik kampung tak sambut puasa pertama. niat di hati nak balik, tapi rasa macam nak puasa kat kulim ja..

tiba2.
ada mesej masuk. mak kol pulak pastu. uish, macam tau2 ja orang tengah pikir pasal mak, terus dapat kol. Bapak yang cakap.." tok dah takda, pak pun baru tau" ...hah, terkejut sampai terduduk aku. baru las week jumpa, sihat walafiat..tarik nafas, tenang sket, terus aku kemas balik..dalam kereta macam2 yang terlintas..tok sakit ka??
sampai kat kampung, dah ramai sedara mara datang walaupun hujan. Rumah tok kosong, "jenazah kat rumah paklang" kata kakak aku. Masuk rumah terus amik wuduk, salam dengan semua orang dan jumpa tok. tak mampu nak tengok jenazah, aku terus baca yasin untuk tok.. tapi aku rasa aku memang seorang yang tabah, air mata aku tak mengalir pun, sedangkan ati aku dah basah (cewah)..mayat kan tak elok ditangisi..semua orang pun tak menangis, cuma lap2 hidung ja..tok meninggal dalam pukul 5.45am kat hospital sultanah bahiyah..maksu kata tok tak sakit, cuma hari isnin tu dia cirit birit, dah dekat nak puasa dia mintak nak ke hospital tambah air (walaupun selama ni dia cukup menyampah bila orang sebut hospital)..so, petang isnin, lepas maksu balik dari ngaja, terus bawak tok ke hospital..Tok berjalan sendiri naik kereta, turun kereta, masuk wad, semua dia buat sendiri. tengah tambah air, siap boleh melawak dengan Dr, sebab Dr usik "lepas tambah air, makcik gemok, boleh kahwin lain"..haha, Dr india pun pandai melawak..lepas tu tok kena tahan kat wad sebab Dr kata jantung bermasalah, tengah malam tok mintak minum. Tok minum 3 kali suap ja, dia takmo dah. dalam pukul 4 lebih kot, dia tak boleh tidur (tok ada asma) lepas maksu betolkan bantal dia terus tertido, maksu pun lega la sebab tok boleh tido. Sampaila nurse datang cek, mintak maksu pegang tok, maksu kata time tu jantung tok berdenyut lagi. Then Dr Pakar datang, lepas cek, dia mintak permission.."kak, jantung makcik ni memang dah tak berfungsi, kita izinkan dia pergi ya kak, makcik pun dah tua (tok dah 86 tahun tanpa sebarang sakit kronik, tanpa sakit nyanyuk, still kenal anak, cucu, cicit dia, still boleh berjalan, masih boleh berpuasa dan solat), kesian kalau kita tahan dia, kita izinkan ya kak"..aku boleh membayang perasaan maksu bila dia sorang2 berhadapan dengan situasi tu. lepas kol yang lain, maksu sempat sedekahkan bacaan yasin, tepat 5.45am tok kembali ke pencipta-Nya..kesian maksu, dia sampai tengah kapankan tok pun still blurr lagi...Dia jaga sorang sebab lepas tengah malam, adik beradik yang lain balik, n akan datang balik pagi tu. tak sangka tok akan meninggal semudah tu.. Alhamdulillah..

Aku?
Syukur sangat, first time mandikan jenazah. Bagi aku tok buat keputusan yang betol bila mengizinkan tokwan kawen 3. tok ada 2 orang madu. Dan semua anak2 tiri tok rapat dengan tok. Bapak pun rapat dengan semua adik beradik tak kisah la kandung atau tiri. Layanan depa kepada mak sendiri atau mak tiri sama saja. hasilnya kami cucu2 tok rapat sesama kami..kami semua habiskan 30 juzuk bacaan quran. Bila makcik panggil sapa nak mandikan jenazah, kami semua ada mandikan tok ramai2..Cucu tiri tok yang pangku tok waktu dimandikan..waktu nak kafankan, semua cium untuk kali terakhir, muka tok macam tok hidup cuma mata ja terpejam..

Tok bertuah dikelilingi ramai anak dan cucu..kami ada contoh yang terbaik bahawa poligami adalah bagus kalau dilakukan secara baik..Terima kasih tok kerana meinggalkan sesuatu untuk kami..Kerana apabila meninggalnya anak Adam, hanya 3 perkara yang dibawa :1) doa dari anak yang soleh, 2) sedekah jariah, 3) ilmu yang bermanfaat.

Al-fatihah...
Post a Comment