Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, August 20, 2010

Rukun Syahadah


Sampai ja dari sarawak, aku tunggu la orang sirim datang jemput..bukan aku tunggu, dia yang tunggu aku..aku kena la pi semayang maghrib dulu. sampai dah pukui 8, boleh jamakkan isyak sekali.

dalam kereta..ada la sikit isu agama yang dibincangkan..incik ni ada join satu (aku pun tak tau nak kata benda tu group or apa)..so, kami berbincang la pasal macam mana nak tingkatkan keimanan terhadap Allah s.w.t. Antara benda yang menyentuh hati, jantung dan limpa aku adalah bila beliau menyatakan beberapa perkara.

satu perkara yang menusuk paru-paru aku adalah tentang cara ambil wuduk yang betol..mungkin semua orang tahu ambil wuduk dgn tertib, betol, dan tahu batasan-batasan yang menjadikan wuduk kita sah. cuma, ada had yang sah tu perlu kita lebihkan supaya tiada keraguan. Contohnya had untuk membasuh muka, maybe semua tau, cara dia ialah keseluruhan muka..susah plak nak buat demo..dari ujung telinga kanan ke telinga kiri, dari anak rambut ke bawah dagu..
Untuk tangan, mesti sampai siku kan. Untuk bahagian siku ni ada mungkin kita termiss action. lebihkan sedikit air melebihi kawasan siku supaya betol2 keseluruhan siku kita mengenai air. tanpa menimbulkankan rasa was-was.

ok la..bab tu mungkin kita semua sedia maklum. cuma ada satu ja benda yang incik tu tanya dan membuatkan aku berfikir..apa yang aku pikiir (biarlah rahsia)..
kata beliau "semua orang tau rukun solat, rukun amik wuduk, tapi berapa ramai yang tau rukun syahadah. Syahadah paling penting, nak masuk islam, kena tau mengucap. Tapi setakat tau saja, kena tau jugak, apa rukun syahadah. hang balik ni, pi cari apa rukun syahadah"

maka, setelah 2 minggu aku balik, kemarin aku memulakan searching on rukun syahadah (memang untuk buat perkara baik, selalu terlupa, sib bek bulan posa Allah ikat setan)..search punya search jumpa la..

Rukun syahadah ada 4 iaitu:
1.Ikrar

>>>Ikrar tentang keesaan Allah S.W.T. dan nabi Muhammad S.A.W. itu adalah utusan-Nya.


2.Iktikad

>>>Mempercayai \ menyakini bahawa hanya Allah sahaja tuhan yang berhak disembah dan nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya.


3.Iktiraf

>>>Mengakui tentang keesaan \ kebesaran Allah dengan mengakui kebenaran dan kerasulan nabi Muhammah S.A.W..


Akhir sekali...


4.Amalan

>>>Beramal dengan bersungguh2 sebagai memenuhi tuntutan syahadah tanpa ragu2, jemu, dan amalan hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah S.W.T..

Alhamdulillah..terima kasih incik yang memperingatkan aku. aku dah ucap terima kasih kat dia. walau pun dia berulang kali dok kata dia bukan nak menunjuk. aku tau dia bukan nak menunjuk. bak kata aku kat dia........

"takpa-takpa, saya pun bukan tau sangat. anggap la ni sebagai ilmu yang boleh share. saya memang nak tau. bukan semua orang nak bagitau benda2 macam ni, ramai ingat semua orang dah tau"

termasuk say, say tau tapi selalu terlupa..banyak dosa.....

No comments: