Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, September 23, 2010

bapak aku sayang aku



tujuan gambar ni di snap adalah sebab aku nak amik gambar bapak aku ja, tapi ramai plak orang lalu-lalang. see.. betapa kusyuk bapak aku menunggu ketibaan pengantin. kenduri sepupu aku time ni.

aku rasa, sesetengah pada kawan-kawan aku mesti sangsi aku ada bapak ke tak sebab aku jarang cerita pasai bapak aku. aku tak tau apa yang aku nak cerita pasai bapak aku. yang aku selalu cerita pasai mak aku. sampai ada yang kata mak aku funny.. funny kah mak aku??? eeeerrrmmm, maybe. funny aka kuat membebel.

tapi kalau kawan-kawan kat sultanah asma memang sangat mengenali bapak aku berbanding mak aku. sebab mak aku cuma datang jengok aku sekali sekala. kadang2 dalam setahun tak sampai dua puluh kali..sikit kan. kadang2 wonder mak aku ni ingat ke tak kat aku yang dok kat hostel ni. bapak aku? seminggu dua kali dia akan mai melawat aku. kadang2 mak aku kata dia hilang dari rumah, rupa-rupanya dia mai melawat aku. dan bapak aku takkan mai melawat aku tanpa ayaq coke dan burger 2 bijik. my favorit. bapak aku ada gerai kegemaran dia yang memang dia akan beli kat situ ja. sampai aku pun sangat suka kan burger tu. kawan2 or senior or junior dah tau kalau nampak bapak aku akan cepat2 panggil aku kat dorm. huhu. bapak aku jugak yang buat keputusan takmo bagi aku dok hostel waktu form 1 time bulan puasa. kesian kat aku katanya. dia sanggup hantar aku dari pokok sena ke alor setar setiap pagi dan amik aku setiap petang. huhu... sedeynya ingat.

masalahnya bapak aku bukan lelaki yang akan cakap "sayang anak bapak"..noooo.. itu bukan bapak aku. dia akan diam ja. kalau aku buat salah pun dia akan diam. aku buat benda yang menyakitkan hati dia pun dia akan diam. paling marah sangat dia kat aku dia akan perli aku, dan perliannya akan menusuk ke arteri jantung aku. aku takkan buat macam tu lagi,. kalau dia tegur, still aku tak buat apa yang dia suruh buat tu, dia akan tegur lagi..dan lagi..dan lagi..sampai aku buat..

dulu-dulu, time aku sekolah menengah, pensil case aku terkoyak (yang kain tu), dan aku tinggal di asrama masa tu serta aku tergolong dalam pelajar yang agak errrrmmm pandai la jugak kot..hehe.. bila balik kampung, tengah wat homework, aku pun keluarkanlah pensil case yang dah terkoyak tu. lepaih abih buat keja sekolah, aku pun pi la main2. petang esok, time aku nak wat keja sekolah lagi, aku tengok pensil case aku ilang. aku dah mengamuk. geram la kat sapa yang buat naya kat aku tu kan. issh. sekali kakak aku jumpa pensil case tu tergantung kat ranting pokok bunga kertas. aku pun membebel la. cek-cek tengok dah ada orang jahitkan pensil case aku tu dan orang tu dah basuh siap sidaikan kat ranting pokok lagi...huhu..rupa-rupanya bapak aku punya keja.

sekarang, di kala usia aku menjengah 25 tahun, bapak dan mak aku tetapkan aku kena balik rumah sebelum pukul 6 petang kalau keluar. setelah 25 tahun ye kengkawan. aku cuma tau bila satu hari tu, aku keluar beraya dan balik lambat sikit. magrib tu aku masih di rumah kawan, dan mak aku kol bagitau bapak aku bising aku tak balik. sedangkan aku keluar dengan dijemput oleh kawan dan akan dihantar pulang oleh kawan perempuan.. ohh bapakku..

erm, aku tak anggap bapak aku kongkong, cuma aku anggap dia terlalu sayangkan aku..huuhuu

AKU SAYANG BAPAK AKU....

6 comments:

Norhidayah said...

aku tak paham kenapa ada certai time tak boleh nak leave komen...

Cantiknyapurple said...

sweet nye bapak dayah..tapi memangla..org lelaki sejati ni,they are sweet in their on way...yang kat TV tu tipu je..hehe...

Norhidayah said...

kan. mesti arwah bapa kak nina dulu pun sangat sweet kan. takpa, ustad najib pun sweet jugak. hehe

whiteblossom said...

huk huk..mcm sedeh je baca entry dayah nih..
saya sayang bapak saya jugak :)

cloudies said...

seday jgk!!!sy pon sgt syg abah sy!!!kerap2 la blk ye dayah!!!

Norhidayah said...

pn whiteblossom:nanti anak awak pun sayang bapak dia jugak..seronok tak time tu? sabar ye, masanya akan tiba..

cik nurul; tiap minggu saya balik sebab saya jeles awak jumpa bapak awak tiap hari..