Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, September 28, 2010

budak kampung tak pandai english?? oh, sangat marah..



Terlupa pulak nak perkenalkan sapa aku. Aku dilahirkan, dibesarkan, disekolahkan, dididik di sebuah kampung di sebuah daerah yang bagi aku agak pedalaman di pokok sena. Tapi bukan di pekan pokok sena. Di nun di ceruk pokok sena iaitu kampung bendang. Pasai pa nama kampung bendang? Sebab kalau berdiri kat rumah aku, kat depan tu semua bendang. Hijau ja. Kalau musim padi baru tabur, nampak macam landasan kapai terbang. Sangat cantik. Dulu2 waktu zaman aku masih belajar, belakang rumah aku (belakang rumah semua orang pun kat kampung tu) tanam pokok getah. So, setakat nak mengutip sekerap getah tu aku dah biasa sangat. Tambah2 zaman habis SPM dengan zaman cuti semester, memang aku sangat dok tunggu orang offer suruh kutip sekerap. Sebab dapat la duit poket. Sure dapat 50 inggit. Sapa nak bagi buat keja 2 jam dapat 50 inggit. Pastu, balik rumah mak aku akan sangat la kesian kat aku, dan tak bagi aku buat keja rumah. Suruh aku berehat ja. Oh, sangat la best. Aku tak menyesai kutip sekerap. Kalau orang kata sekerap tu busuk, bagi aku sekerap tu sangat wangi. Wangi dia lagi hebat dari wangi not 50 inggit baru yang baru keluaq dari mesin ATM time raya. Perrrrghhh. Hebat gila bau dia.

Sekarang, bapak aku dah tanam kelapa sawit kat belakang rumah aku. Hanya bapak aku ja yang tanam. Orang lain masih lagi tanam getah. Bapak aku konon2 nak advanced la. Haha. Senang sikit la. Tak susah hati nak cari orang tolong toreh getah, tapi belakang pokok kelapa sawit, still bapak aku tanam getah. Sebab kelapa sawit, amik sebulan sekali. So, boleh la dia gilir2 n rolling duit. Pandai jugak bapak aku. Hihi. Proud of u la dad.. sekarang ni kakak aku la yang amik offer tolong kutip buah kelapa yang lerai dari tandan. Best ooo. Dapat upah jugak. Ala, setakat pi cakaq n kumpul buah tu masuk dalam plastik, aku pun boleh buat. Kakak aku kata best, aku nak buat mak aku tak bagi. Aku tau, mak aku takut aku mintak upah tinggi. Aku kena dok umah sapu sampah. Kakak aku punya la excited, sampai 2 hari turut2 pi kutip kelapa. Aku sngat jeles. Mesti dia dapat upah nanti. Dah la dah wat wishlist nak beli apa dapat upah nanti. Harap2 bapak aku bagi 50 ja kat dia. Hehe. (ketara sangat tak kejelesan aku?)...

Ohhh.. sudah terlari tajuk. Itu aku nak cerita betapa kampungnya kampung aku. Pernah kawan aku mai dengan makbapak dia and bapak dia kata kat dia “tengok, dayah duduk kampung hulu, boleh ja dia belajaq elok”..haha. c betapa hulunya kampung aku. Setakat 3G tu aku tak sure dapat ke tak. Line maxis pun ada kat certain2 area ja. Bas tak masuk yer kat kampung aku. Erm, kalau RMT (rancangan makanan tambahan) tu, majoriti budak sekolah akan dapat. Aku pun dapat dulu2. Dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari selalu bagi bantuan kat sekolah di kampung aku. Kawan aku yang penah pi rumah aku kata “:hang kena jadi YB, mintak bagi masuk lampu jalan kat kampung hang ni”..haha..

Ok, dulu aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Nawa. Azrul dah try GPS, n SKN telah disenaraikan dalam senarai GPS tu yer. Oh, sangat berbangga. Zaman aku amik UPSR, tu la first time 5A diperkenalkan. Seperti biasa. Budak kampung. Aku ingat dapat 1A ja (sebab percubaan dapat 1A), tak sangka dapat jugak %A. Alhamdulillah. So, dapat la masuk sekolah Sultanah Asma. Aku punya la kampung, ingatkan sekolah tu sekolah agama. Cis, rupanya sekolah harian elit. Punah harapn nak masuk sekolah agama. Huhu. Ok je la. Paling sadis, majoriti yang masuk sekolah tu memang budak2 top dan cakap english kaw2 punya. Aku? Nganga dengaq depa cakap.

Zaman form 1 aku adalah yang paling tragis sekali. Aku rasa dalam kelas tu, aku paling bangang english. Bayangkan, teacher aku pernah baling buku latihan aku atas lantai dalam kelas depan semua student dan suruh aku kutip buku tu. Malu giler time tu. Aku tahan gila ayaq mata tak bagi menitik. Sebab semua latihan yang aku buat jawapan dia salah. Orang lain ok. Punya la dia mengamuk. Dia pelik macam mana a worst student macam aku boleh masuk sekolah berprestasi tinggi macam tu? Waaa.. sedey ooo. Kena maki hamun dalam kelas depan kawan2 yang hebat dan dipertikaikan keupayaan kita sebegitu hebt. Masih terasa sampai hari ni. Aku ingat lagi, macam mana mata kawan2 aku tengok aku waktu aku bangun dan kutip buku tu kat depan kelas. Dan waktu form 1 la, aku dapat nombor last dalam kelas seramai 34 orang dan nombor 2nd last dalam tingkatan iaitu 188/189. Masuk form 2, aku kena turun kelas yang paling last. Kesannya, ramai kawan2 outsiders yang tak kawan dengan aku, gamaknya depa takut jadik bengap macam aku. Seb baik ada kawan2 hostel yang gila dan ramai yang sekelas dengan aku, kelas las sekali yang dekat dengan toilet.

Waktu tu aku bertekad sangat, aku kena buktikan. Macam mana? Aku hapai kamus ENgLISH-BM. Aku baca yer every helai. Dan dalam PMR aku dapat A for english. Waktu SPM aku tak mampu, just dapat B3. Ok la tu. Aku rasa sikit lagi boleh kot dapat A. Tapi aku dah buktikan kat teacher yang lempaq buku aku dalam kelas, aku mampu dapat A, dan ada ja budak2 yang pandai english tu yang tak dapat 8As. Start situ aku struggle. Sapa kata budak kampung tak dapat kuasai english. Anak sedara aku yang sekolah kampung pun boleh dapat A untuk SPM dia for english. Tak ke hebat tu?

Aku memang sangat bengang kalau orang pandang rendah berdasarkan keputusan periksa. Sebab aku nampak semua tu pada kawan2 aku. Zaman aku belajaq dulu, budak hostel ni paling menyampah la. Sebab suka tidoq dalam kelas, suka buat bising, geng singsing lengan baju, suka tinggai buku kat hostel, dan paling mandom (bahasa manis untuk bengap) dalam kelas. Ada sorang kawan aku yang result SPM dia tak menunjukkan dia budak sultanah asma. So, terpaksa la dia masuk form 6. Tapi dia buat rayuan untuk masuk matrik 2 kali, dan kali ke-2 dia berjaya. Kat matrik memang dia sangat pulun, 2 Sem berturut2 dia dapat 4.0. hebat kan?. Sekarang dah jadik pegawai farmasi kat HSB. Dan ramai budak2 hostel yang jadik Dr., ada master, jadik architect, engineer, akauntan, macam2 lagi la dan ada sorang tu jadik penyelidik kat SIRIM. Tak ke hebat tu? Hihi...

So, aku memang tak puas hati dan kecik hati kalau orang kata budak kampung tak boleh belajar dalam bahasa inggeris. Why not give them a try? Then baru kita boleh nampak their potential. Kalau kita buat early judgement, maksudnya kita bias. For me, its unfair. Kadang2 kita perlu satu method. Kalau tak semua dapat takpe, sekurang2nya ada yang akan dapat. Tipu la kalau semua dapat cakap english well lepas tu, tapi believe me some of them akan dapat. The rest akan dapat Cuma maybe they need more time n chance.

Ada sorang pelajar lepasan SPM (kisah ni berlaku 20 taun lepas), kakak dia mintak dia ngaja anak sedara yang tak pandai membaca dan memang lembab. Semua method dia dah guna. Tapi anak sedara dia still tak boleh membaca. So, dia ngejek la anak sedara dia. Daripada situ dia nampak, anak sedara dia macam cuba nak buktikan dia boleh baca. N budak tu try his best sampai boleh membaca. Dan budak lepasan SPM ni, gunakan method tersebut dan berjaya bukak centre untuk budak2 yang lambat terima (pickup). Sekarang, after 20 years, with only SPM result, dia berjaya mendidik kanak2 yang sindrom down, yang jenis baca terbalik tu (apa ke nama tah), dan macam2 jenis student lagi membaca. Kisah dia dah masuk dalam paper dah. Hebat kan dia? Sebab tuhan dah tetapkan dia ada potensi untuk mengaja kanak2 begitu dan akan dikenali dengan cara begitu.

Ok la, tah papa dah aku melalut. So, kepada yang seangkatan dengan aku, iaitu yang tak berapa terer english tu, jom la pakat speking ramai2. Memang ada ja yang pi masuk kelas la, amik kelas la, ( yang jenis suka perabih duit ni), depa ada inisiatif untuk improved their english. Kagum... tapi aku yakin, apa pun kita kena implement dalam kehidupan seharian. Walau pun nampak bodoh, tapi setakat guna satu dua ayat sehari juga adalah satu usaha kita untuk meningkatkan potensi diri.

Chayok2!!!!! lets speakang....

No comments: