Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Friday, December 3, 2010

kawan2 rapat dah kawen

27 November baru-baru ni, ada dua orang sahabat yang rapat since first year kat USM dah kahwin. Memandangkan both of them area kedah utara, which, sorang kat jitra n sorang kat kuala kedah, senang la kawan2 kat Johor, Melaka dan KL nak turun utara. Tak payah turun banyak2 kali. Boleh sekali harung saja. Kesian jugak, setiap kali turun habis beratus tu.

ini Nur Ilaihi. comel kan nama dia. Aku kenal dia since first day masuk USM. Sama2 menangis waktu orientation week sebab desasiswa bakti permai yang sangat hampeh tu. Macam tempat tahanan banduan dekat gua temala. Sedih sangat2 duduk di situ. Everytime aku jumpa dia, mesti aku menangis bersama sampaila kami dipindahkan ke Desasiswa Tekun. Di Desasiswa Tekun, setiap hari, balik kuliah mesti dia akan mai melawat aku kat bilik. Setiap hari dari first year sampai aku second year, tanpa selang sehari kecuali kalau balik kampung. Bila aku masuk third year, kan dah sibuk dengan final year projek, so, kami jarang jumpa. Lagipun, dia course cikgu, agak kurang sibuk dan dia punya course 4 tahun. Bia merajuk la jugak time tu sebab, katanya aku jarang spent time sama2 macam kami dulu2. Sampaikan waktu dia nak konvo, dia kata kalau aku tak pi, "dia akan duduk kat tangga stage, hentak2 kaki sebab dayah takmai"..eleh, macam la aku takkan pi. mesti la aku pi kalau kawan baik aku konvo. Nasib baiklah dia kahwin jugak dengan si Edi ni. Bercinta macam nak rak, sampai pening kepala aku nak handle. Selalu jugak kena usik dengan aku "ilai, kalau edi mati macam mana"..huhoooooohooo. nangis takut edi mati. Nasib baik la si Edi tak mati dan nak kawen ngn dia. Kalau tak, anak dara tua agaknya si Ilai ni. apapun, congrates n im happy for u..mmmuaaaxxchhh.

Ini pulak Asfarina. yang sebelah tu Anem a.k.a bobby. haha. kami bertiga sangat rapat dan sama2 kos kimia since first year sampai habis. sama2 nangis bila ada masalah, biasalah budak kimia selalu stuck dengan result yang sakit kepala nak pilih subject every semester. Walaupun selalu jugak gaduh2 tapi si Anem akan bertindak menyelesaikan masalah dengan cool-nya. Anem selalu kata, Dayah keras hati sebab jarang nak nangis depan depa and konon2 sangat kuat. haha. dulu selalu ingat aku kawen dulu, pastu anem n last sekali as. tapi, yela. rezeki masing-masing. As yang kawen dulu. Aku ngn anem masih lagi tak amik turn ni. camana dehhh.
sangat seronok bila boleh datang ramai-ramai kenduri kawan-kawan yang rasa susah senang kat uni dulu2. bila masing-masing dah ada kerjaya, dah ada pasangan (except me), dah ada pendirian masing2. respect each other more. masing2 tau bila muka akan dikaburkan bila dah kawen. kami akan kaburkan muka sapa yang dah kawen bila bergambar ramai2. tunggu turn jela.

sungguh sangat tak dapat menipu diri sendiri bila tengok as kawen. rasa lain. sebab kami bersama dari mula2 masuk USM. sama2 share rasa susah hati bila result teruk, bila projek tak meet target, macam mana nak urus family time konvo...haha. benda yang tak payah pikir pun kami pikir.

ada sekali tu, aku susah hati bila ada result yang tak boleh nak dimasukkan dalam tesis final yer, dan aku pendam sorang2 nih. pastu kami masuk la lab MR D'Silva. lab apa tah, sekali dengan adik2 junior. hanya kami bertiga yang amik lab tu. dalam lab tu aku asik kena marah dengan Mr D'Silva sebab dia kata aku berangan dan buat labwork main2. aku dah la tengah susah hati. muka dah masam dah. Mr tu pulak marah bukan pelan2, siap jerit2 lagi, dasar lelaki tak kawen (hahaha). malu la aku kena marah depan adik2 junior. then, as n anem ajak aku minum petang kat kafe lepas habih lab. depa pun start la tanya "hang ada problem ka? habaq la, kita share sama2".. huhu. aku memang tak boleh sangat orang care-care ni. laju ja airmata nak meleleh. apa lagi, tangkap cintan la kat situ. rindu kenangan -kenangan tu semua, sebab tu rasa terharu sangat bila tengok as bersanding. tak sangka kami dah semakin jauh dari zaman kat uni.


sangat tak sah kalau tak keluar makan malam ramai2. see, ini yang belum married but sudah dibooking (except me again). kat alor setar takda kedai mamak, terpaksa makan kat kedai patani. lepas ni kami akan turun johor pulak, kenduri budak yang duduk hujung sekali (itu roomate aku since first yer).

kami sudah dewasa rupanya...