Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, December 28, 2011

hati kecik sikit-sikit....

Malam ni duduk kat rumah taman kulim utama sorang2..

Cik Shima balik terengganu, Ayu plak pegi tidur kat rumah bakal hasben dia, terpaksa la tinggal saya sorang2, buka lampu semua, kipas semua, kemas bilik, tapi nak sapu sampah malas ya ampun.. Patot la takda orang nak lagi, rupanya saya ni ada penyakit M yang maha dahsyat.. Lebih kurang ja kami satu rumah ni, penyakit malas tu macam dah jadi penyakit menguap, berjangkit-jangkit... tiga2 anak dara dalam rumah ni malas.. sampah terutamanya rambut, bersepah-sepah.. eeeee geli je kan.. hahahaha.. tapi dah biasa dah jadi alah bisa tegal biasa... hahaha

Saya bukan nak cerita pasal sampah, tapi nak bagitau yang saya malas...


Sabar itu cantik hidayah.... <3<3<3




Eh, apa kaitan malas dengan sabar. sama kot... gilos hidayah ni

Monday, December 19, 2011

Semalamku...

Semalam, sedang memandu pulang dari USM, saya terkenangkan seorang sahabat lama saya.. kami punya cita-cita yang besar, pandangan tentang masa depan yang hebat serta keazaman dan usaha yang sangat kuat. Kami sedang membina masa depan kami.. menikmati usia remaja bagi saya namun saya tak sedar dia ingin menuju menjadi lebih dewasa. dia ingin punya kahidupan yang lebih sempurna untuk seorang bujang seperti kami.. saya lambat memahami kehendaknya, saya biarkan dia mencari kehidupan yang baru meninggalkan saya dengan dunia remaja saya..

Namun semalam, saya kalah dengan rasa ini. Rasa rindu. Sampaikan saya tertanya-tanya, rindu ini kenapa?? betulkah saya rindukan dia, atau saya kesunyian kerana masih keseorangan atau saya rindukan benda lain. Namun saya tetap menangis. Betullah, saya rindukan saat-saat manis yang kami luangkan bersama. Kami berkongsi rasa, berkongsi rahsia hati, berkongsi masalah peribadi, dan bermacam-macam lagi kenangn pahit-manis antara kami. Kenangan yang bila diingat kembali takkan mampu diulangi dan mampu dibeli dengan intan-berlian.

Perkara yang saya sesali dalam persahabatan kami adalah, saya tak pernah menyatakan betapa saya hargai persahabatan kami dan saya sayangkan perhubungan itu. saya bangga menjadi kawan dia sebenarnya... bagi saya biarlah saya sorang yang tau betapa saya menyenanginya sebagai sahabat saya.. Saya cuma tersenyum bila dia membebel tak puas hati dengan sikap saya..



Saya tau, saya cengeng..

Monday, December 5, 2011

HatiKu MilikMu

Saya adalah seorang peminat lagu NeRA AF (HATIKU MILIKMU)
sampaikan ada kawan yang bertanya, saya jatuh hati kat sapa?

Lagu tu berkenaan sahabat baik, berkawan rapat, mengambil berat antara satu sama lain, tanpa ada perasaan lebih dari seorang sahabat.. menunjukkan sikap caring tanpa
ada perasaan yang mengada-ngada..

Tapi, macam mana bila orang yang kita anggap macam seorang sahabat yang sentiasa ada time kita susah, sahabat yang kita boleh gedik2 tanpa ada perasaan malu, seseorang yang boleh kita tanya kat dia kenapa dia tak pernah jatuh hati kat kita, tetiba ja dia bagitau yang....jeng jeng jeng... takda papa pun..haha



saya tau, saya mengada..

Friday, November 18, 2011

Esok 18/11/2011

Esok, hari sabtu, anak kepada cousin saya akan kahwin..

Sekarang ni, saya sedang membaca buku "POOR DAD, RICH DAD".. best,, kawan baik saya Dr Sairah yang dah sepuluh kali promote suruh baca buku ni,... Dia adalah seorang dokter perubatan yang sangat bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang businesswoman yang berjaya.. Dalam library dia ada berpuluh-puluh buku motivasi yang dia dah ulang-ulang baca berkali-kali.. Dia adalah salah seorang kawan baik saya yang sangat highly motivated.. suka sangat ada kawan yang success n motivate macam tu..

Kat sini saya nak quotekan satu kata-kata yang saya kutip kat buku tu;

"The Difference Between Success and Failure is Being Able to Learn From Our Mistakes to Become More Discerning. The Secret of Success is To Get Up and Keep Going. Once it Happen, You Will Look Back and Realize That It Happened At The Right Time For You"

Tuesday, November 1, 2011

Bila Allah sayang

Saya sedang membaca satu blog..
sehingga saya terjumpa ayat ini yang ditulis oleh tuan empunya blog tersebut..

"Kalau Allah tidak sayang, Allah tidak akan uji"



eh-eh, ada pulak tahi mata kat mata ni..

Tuesday, October 25, 2011

Aku Mencari Bahagia..

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:

1. Beriman dan beramal salih.
“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)
Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)

Bila Harus Memilih..

“Penantian dan tiada pengesahan itu amat menyeksakan batin!”

- gambar hati retak n terputus dua.. kihkih

Saya baca beberapa blog, dan berikut adalah beberapa soalan yg kawan2 perempuan suka utarakan:

*Mengapa saya ditinggalkan tanpa sebarang berita?
*Mengapa tiada respon? sms/call/email/ym/chat semua tak jawab!
*Mengapa tak ambil tahu hal saya lagi? tidak mengambil berat? walau saya telah *meminta maaf, dan lakukan apa saja?
*Mengapa biarkan saya kesunyian, kesepian, mengapa menghilangkan diri?
*Mengapa sudah tidak semesra dulu?
*Mengapa biarkan saya sendiri merindu cinta yang semakin sepi?
*Mengapa buat saya menangis sepanjang masa??

Memahami lelaki adalah cukup senang…kerana, lelaki akan bersungguh-sungguh menunjukkan dia cinta jika dia benar-benar cinta. Jika tidak cinta…berbagai-bagai alasan diberikan untuk menolak sebarang cadangan!

Jika cinta, sayang…dia akan mengambil berat, dia akan sentiasa call berkali-kali, sms, email, chat selalu dan dia akan mahu sentiasa bersama kita. Dia mahu jumpa setiap masa dan dia akan bercakap tentang perhubungan kita berdua pada setiap masa. Jika berjauhan pula, mahu mendengar suara kita setiap hari.

Jika LELAKI sudah tidak lakukan itu semua?…Jawapan kepada soalan kita ialah…

“…maknanya, dia sudah tidak berminat sangat dengan kita. Sudah TIDAK CINTA …ATAU kemungkinan besar dia sudah mempunyai kekasih yang lain.”

Kita tidak perlu memberi apa-apa alasan lagi. Dan jangan pula menjawab untuk kaum lelaki pula. Cakap dia tak gitu, dia tak gini. NO!!

INGAT…ITULAH LELAKI …that’s it. Tiada jawapan lain, tiada alasan lain lagi. Very simple. Dia nak…dia akan tergila-gila. Dia dah tak nak…dia buat dek, dia hilang, no calls, nothing!

Meratapi si dia yang hilang entah kemana, mengenang segala kenangan manis bersamanya, menanti sehinga bertahun-tahun namun dia tak masuk-masuk meminang…HANYA MEMBUANG MASA!

“Dia dah bahagia dengan hidupnya…percayalah! Lelaki tidak akan menunggu lama seseorang wanita itu jika dia sudah tidak cinta. Kecuali, dia tiada pilihan yang lain.”

So,

Cari yang lain dan jangan berhubung dengan dia lagi. Kerana ianya hanya akan menghancurkan masa depan kita. Ingat, makin lama umur kita semakin meningkat. Mulakan hidup baru…dan lepaskan kenangan lalu.

Memang susah jika kita masih solo. Ianya lebih mudah jika kita mulai membuka hati dan meluaskan pandangan kita. Yang penting, kita mahu. Kena ingat, tidak semesti orang yang berkahwin itu jodoh dia. Mungkin mereka akan terpisah, bercerai dan kahwin baru. Jadi, kita kenalah mencuba, barulah kita tahu itu jodoh kita atau tidak. Kemudian, usahakannya.

Mungkin kita harus memberi peluang kepada diri kita sendiri untuk mengenali orang baru, membina satu perhubungan baru.

KITA MESTI MOVE ON! best thing, make a new friend, thats a start! :-

Apabila dia tidak jawab call/sms/email…boom, you cari kawan baru!
Apabila dia hilang tah kemana je…you cari teman baru!
Apabila tak mengambil berat lagi…cari yang care lebih kat kita!
Apabila asyik jawab nanti, nanti, nanti…boom, tinggal dia!
Apabila break aje…MOVE ON!
Apabila dikecewakan…cepat-cepat mula hidup baru, dunia baru, kawan baru, cari boyfriend baru

BUT, jangan cepat-cepat nak bercinta balik, sebaliknya, Ingatlah… kita berhak untuk enjoy this moment, berkenalan dengan lelaki dan have fun while you single!…and find your Mr Right!

Tuesday, October 11, 2011

pingpong yang sempoi...




8.10.2011

Ada game pingpong antara division kat shah alam.. hantar 2 group yang mantap, memang mantap.. main sempoi gila sampaikan kalah besaq.. kahkahkah.. walau pun kalah yang teramat dahsyat, tapi memang best..

Thursday, October 6, 2011

perkahwinan itu mendamaikan...

Penyesuaian Satu Keperluan
Suami isteri perlu menyesuaikan diri di antara satu sama lain. Menurut ahli psikologi, proses penyesuaian dalam perkahwinan bermaksud proses modifikasi, adaptasi, dan mengubah pola tingkah laku dan interaksi individu dan pasangan dalam usaha untuk meningkatkan kepuasan dalam perkahwinan.

Jangan hanya mengira jumlah konflik yang timbul, tetapi lebih penting bagaimana pasangan menyesuaikan diri dalam menyelesaikan konflik berkenaan sehingga menjadikan perkahwinan tersebut berjaya.

Mustahil ada dua individu yang tinggal bersama, dan dalam masa yang sama tiada konflik yang berlaku. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Sengaja Allah menjadikan dunia ini berbeza untuk menunjukkan kekuasaan Allah. Perbezaan adalah keindahan. Andainya dunia ini semuanya sama, sudah tentu kita akan bosan kerana tiada perbezaan.

Sengaja Allah jadikan perbezaan di antara suami isteri, untuk memberikan peluang kepada mereka menguruskan perbezaan tersebut. Tetapi ramai dalam kalangan manusia gagal menguruskan perbezaan ini apabila timbul isu berkaitan dengannya. Daripada sekecil-kecil perkara, sehingga sebesar-besarnya.

5 Jenis Penyesuaian Perkahwinan
Terdapat 5 jenis penyesuaian yang dinyatakan oleh pakar kekeluargaan untuk mewujudkan penyesuaian dalam perkahwinan. Ada antaranya apabila diamalkan dapat membantu pasangan, tetapi ada juga yang terus membuntukan lagi keadaan sehingga membawa kepada perceraian pasangan tersebut.

Pertamanya kompromi. Sekiranya timbul sesuatu masalah, pasangan perlulah berkompromi. Kedua-duanya perlu mengalah bagi memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Penyesuaian akan berlaku apabila kedua-dua pendapat yang dikemukakan oleh pasangan ini dirangkumkan sebagai penyelesaian.

Keduanya menyesuaikan diri. Pasangan bersetuju untuk tidak bersetuju. Mereka menerima perbezaan pendapat masing-masing dan tidak menjadikannya sebagai masalah utama. Masing-masing cuba untuk menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Ketiganya konsesi (bertolak ansur). Salah seorang akan mengalah sepenuhnya, sementara yang satu lagi menang sepenuhnya. Misalnya apabila isteri berleter, suaminya hanya mendengar leteran tanpa respon. Apabila suami marah, isteri hanya beralah dan mendegar leteran suaminya. Apabila sejuk marahnya, kembalilah mereka bergelak ketawa. Isu yang terlibat adalah siapakah yang akan menyerah kalah.

Keempat berkorban. Salah seorang daripada pasangan akan berkorban bagi mengelak konflik dan mengelak daripada berdepan dengan sebarang masalah. Biasanya pasangan yang mengelak konflik ini akan menyebabkan masalah terpendam di dalam jiwanya. Akhirnya, jiwa sengsara. Siang malam berendam air mata mengenangkan nasib diri. Sekiranya tidak dibendung boleh membawa kepada penceraian.

Kelima percanggahan berterusan. Pasangan sentiasa bercanggah pendapat dan masing-masing enggan mengalah. Hidup bagaikan anjing dengan kucing. Suasana rumah seperti perang dunia pertama. Sentiasa ada bom atom yang meletus mencari sasarannya. Lazimnya pasangan yang bertengkar secara berterusan inilah yang membawa kepada penceraian.

Memberi Sebagai Penyelesaian

Untuk menyelesaikan masalah yang timbul ini, pasangan yang berkahwin ini perlulah sanggup untuk memberi dan menerima seadanya keadaan pasangan masing-masing. Menyayangi tanpa syarat dan komited untuk menjayakan perkahwinan adalah antara syarat yang dapat membantu pasangan menyesuaikan diri untuk menggalas tanggungjawab baru.

Jangan hanya cinta kepada kecantikan, tetapi perlu juga mencintai kekurangan. Tiada kejayaan semanis madu, tanpa pengorbanan sepahit hempedu. Andainya kedua-duanya dapat disatukan, petanda landasan keluarga sudah dibetulkan.

Sekiranya sebelum ini hanya hidup berseorangan, tetapi kini sudah hidup berdua. Sekiranya masing-masing berusaha untuk memberi, insya-Allah, kasih sayang akan dapat disuburkan dalam perkahwinan tersebut.

Tuesday, October 4, 2011

Perjalanan Yang Indah, CLB dalam Kenangan- vol2

Sepatutnya tajuk yang sebelum ni pun "Perjalanan Yang Indah, CLB dalam Kenangan", tapi saya dah tersilap taip dan malas nak edit balik.. so, sekarang adalah masa untuk tatapan mata2 comel kita...













p/s: tengok gambar2 ni, membuatkan saya rindukan kenangan kat atas puncak.. tapi sangat lah serik nak naik CLB semula.. semua peserta pun mengaku CLB one of most toughess gunung untuk ditawan..

Thursday, September 22, 2011

Cepatlah jumaat malammmm...

/IMG_2063.jpg">
mahsol,yusri,zahid,mashira,saya,cupin,syazana kecik,own

bersama kumpulan yang sama (kecuali mahsol dan zahid tetapi digantikan dengan zulhazmi) kami akan ke terengganu besok malam. 7 orang dari Kulim menaiki 2 biji kereta.



ok, semalam kemarin waktu jamuan raya, saya dah bergaya dengan shawl.. malu la bila ramai yang tengok pelik. Nampak sangat saya jarang bergaya. Saya pun rasa lain.

Tengaok dan pandanglah saya.. cantik tak???




Menyerlah sangat tak kaler oren saya??? kuikuikui
Dulu2 saya sangatlah tak yakin nak pakai kaler oren, then ada satu incident tu saya pakai kaler oren dan kena kutuk kaw-kaw punya. Memang serik la nak pakai kaler oren dah after tu.
Tapi ada sorang kata saya nampak cantik pakai oren, bila saya dengaq ayat tu, saya cuba pakai semula. Rupanya kaler oren memang menyebabkan keyakinan diri saya bertambah..
Sekarang ramai plak yang kata saya nampak berseri pakai kaler oren..
Apakah minah yang dulu itu memang nampak saya cantik pakai kaler oren, maka beliau cemburu, terus mengatakan saya nampak buruk pakai oren..????

Cer jawab..cer jawab...

Thursday, September 15, 2011

im 26th today!!!!!

im 26 today..
bangun pagi dengan penuh semangat membara..

semalam,
mie mesej
gilos la mamat tu
tapi, aku taknak marah2
aku layan macam biasa ja
huhuhuhuhu

i nak kerjakan umrah pada usia 26 tahun..

Ya Allah, permudahkanlah....

Tuesday, August 2, 2011

sedikit azam ramadhan ini

ada 2 azam yang saya dah set beberapa bulan dalam otak ni

1: nak sembahyang di awal waktu
2: membanyakkan bacaan al-quran (tapi dah masuk 2nd day pun belum start lagi)

tapi saya jugak nak,

3: mengurangkan perkara2 yang dapat mengurangkan pahala puasa
4: memasak untuk berbuka dan bersahur
5: bersabar

Thursday, July 28, 2011

semalam adalah kenangan

Semalam,
kata nak tulis something kan..
hehe
terpaksa dilupakan sebab tak sempat la pulak..
apapun, dalam masa beberapa jam ja,
kegembiraan tu tak berpanjangan,
ada benda lain la pulak yang berlaku

biasa la,

MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG...

Wednesday, July 27, 2011

dah keluar pucuk..

kata pujangga,
"bila Allah bagi hujan, maksudnya Allah nak bagi kita tengok pelangi yang Indah"

semalam, perbincangan bersama Dr Mas Rosemal (supervisor master) dan Dr kartini,
banyak yang dibincangkan, saya akan buat entry baru tentang itu, petang nnti..
petang: supaya saya tidak propa banyak,

Jiwa saya tenang magrib semalam,
selepas sembahyang magrib, teringat semula detik2 mula saya menanam semangat untuk menymbung master, dugaan dan cubaan yang mendatang, perasaan down yang sangat2, masalah kewangan yang melanda, dan macam2 lagi.. segalanya dihadapi dengan rasa yakin yang tidak sepenuhnya sebab saya bukan orang yang cukup yakin dengan diri sendiri..

semalam, selepas magrib, saya menangis dengan sesungguh hati, menyedari betapa kerdilnya diri, meletakkan manusia melebihi Allah, betapa Allah sayangkan saya, mengirimkan petunjuk dalam kegelapan saya mencari lampu diri, betapa Allah menduga saya untuk menunjukkan bahawa hanya diri yang layak memberi kemudahan kepada setiap kesulitan saya.. betapa terbatasnya pemikiran saya.. mengharap ehsan sesama manusia sedangkan Allah adalah pemberi ehsan yang paling berhak.. kecilkan iman saya... malu saya..

Terima kasih,,, memberi saya peluang untuk melihat keindahan disebalik semua dugaan-dugaan ini,, sukar sebenarnya perjalanan untuk menyambung master ini..
hanya saya yang tau apa yang bermain dalam diri.. konflik yang terjadi..

kata Dr Mas Rosemal:

"When there is a challenge, take and face it, dont run"
"Ilmu yang banyak datang dengan dugaan yang sangat besar, supaya kita belajar daripada dugaan-dugaan tersebut, pasti berjaya"

Kata Dr kesayangan saya
"Manusia hanya mampu merancang"
Saya sangat suka dengan kata2 bos kesayangan saya, pedoman setiap kali saya rasa laluan saya sukar dan selepas saya ingat balik kata-kata beliau jiwa saya tenang....

Bukan senang untuk saya meletakkan beliau sebagai bos kesukaan saya, tapi saya dah berjaya... hehe..

Friday, July 1, 2011

be tough gurlz..

" its good to be tough, but pretended to be tough is worst"

everything happen for a reason,
just believe in faith,
Allah mengetahui yang terbaik,
Cuma percaya, time will heal everything to normal,
ini mungkin yang terbaik...

Tuesday, June 7, 2011

jawapan kepada permasalahan

Pada suatu pagi di satu sekolah ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :



Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, kamu nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.



Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.



Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Monday, April 11, 2011

im moving babe..

yeeeeehiiii...

im moving... walaupun masalah bakal bertambah dengan jayanya, but so happy.
dah register.. hihi..
lepas ni akan semakin sibuk dan sakit kepala akan bertambah..

oh, lupa pulak.

pagi ni, i dah set new goal..
erm,,,
if at 30, im still alone....
nak adopt baby..
hahaha

mentang2 la dah dapat apa yang nak, buat new goal la plak..
ok la kan, asalkan happy..



MODE: im happy but deep inside felt so sad.

Tuesday, April 5, 2011

please move hidayah

pagi tadi dengar mutiara kata dekat tv9. One of the quote was " jangan biarkan diri kita menjadi hamba kepada insan yang lain kerana Allah telah menjadikan diri kita sebagai insan BEBAS ".

Semalam memang aku dah berazam dah, dont postponed...

" IF I DONT MOVE, I CANT MOVE "

Hidayah,
pls move...

move..move..

Tuesday, March 22, 2011

i feel rejected

so so so so so rejected
so so so so takda mood
kalau masa boleh diputar kembali ke tahun lepas
kalau
kalau
kalau
kalau
kalau

but, im just an ordinary person
bergerak mengikut laluan yang difikirkan oleh akal betol
maybe ada hikmah disebaliknya
perlukan sedikit kesabaran

tapi itulah
kalau
kalau
kalau
kalau
kalau

Friday, February 11, 2011

to whom it may concern

its not conversation between me n others, its between celebrities..

lelaki memang sensitif ke?
well, i mean, if its about money?

jawapan other celeb:
kalau perempuan yang takde duit, maybe not big issue,
kalau lelaki yang takde duit, yes...definitely problem..

contohnya,

kalau perempuan dinilai dari segi kecantikan paras rupa (aku dah macam naga keluar asap),
samada u cantik, tak berapa cantik or just so-so, people will talk about it,
its unfair, but reality,

so, lelaki akan dinilai samada dia kaya or setakat boleh makan,

but, keep in mind, its doesnt rely on wat the girlfren said,
"if both of u can accept and stick together, then abaikan wat orang lain cakap"

Monday, January 31, 2011

mode = masam2 pahit



bila hati tak tenang = keputusan tidak bijak akan diambil

bukan semua akan sentiasa manis
tapi bila diri tak bersedia untuk merasa selain daripada yang manis sahaja
mula la nak buat hal yang membangkitkan kemarahan orang
huhu

saya sedeyyyy..

Tuesday, January 4, 2011

azam tahun baru

setelah 4 hari masuk taun 2011, baru aku nak tanam azam. lambat betol..
bukan lambat, tapi tak semangat..
semangat ada tapi sikit sangat.
sikit ok la kot eh daripada takda langsung.

apa nak direalisasikan tahun ni???

1. kena berjaya jugak register. kumpul duit...

2. ubah status. kena jugak kumpul duit.

3. tingkatkan nilai kewangan.. kumpul duit.

4. kumpul duit


nampaknya tahun 2011 akan menjadikan aku seorang yang mata duitan.

aku rasa semangat aku semakin bertambah. bila sebut duit ja terus bersemangat.
nampaknya perlu melonggokkan duit depan mata baru semangat bertambah.


kawan2, boleh pinjam duit tak nak longgok depan mata. pembakar semangat aku.