Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, October 25, 2011

Aku Mencari Bahagia..

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:

1. Beriman dan beramal salih.
“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)
Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)

Bila Harus Memilih..

“Penantian dan tiada pengesahan itu amat menyeksakan batin!”

- gambar hati retak n terputus dua.. kihkih

Saya baca beberapa blog, dan berikut adalah beberapa soalan yg kawan2 perempuan suka utarakan:

*Mengapa saya ditinggalkan tanpa sebarang berita?
*Mengapa tiada respon? sms/call/email/ym/chat semua tak jawab!
*Mengapa tak ambil tahu hal saya lagi? tidak mengambil berat? walau saya telah *meminta maaf, dan lakukan apa saja?
*Mengapa biarkan saya kesunyian, kesepian, mengapa menghilangkan diri?
*Mengapa sudah tidak semesra dulu?
*Mengapa biarkan saya sendiri merindu cinta yang semakin sepi?
*Mengapa buat saya menangis sepanjang masa??

Memahami lelaki adalah cukup senang…kerana, lelaki akan bersungguh-sungguh menunjukkan dia cinta jika dia benar-benar cinta. Jika tidak cinta…berbagai-bagai alasan diberikan untuk menolak sebarang cadangan!

Jika cinta, sayang…dia akan mengambil berat, dia akan sentiasa call berkali-kali, sms, email, chat selalu dan dia akan mahu sentiasa bersama kita. Dia mahu jumpa setiap masa dan dia akan bercakap tentang perhubungan kita berdua pada setiap masa. Jika berjauhan pula, mahu mendengar suara kita setiap hari.

Jika LELAKI sudah tidak lakukan itu semua?…Jawapan kepada soalan kita ialah…

“…maknanya, dia sudah tidak berminat sangat dengan kita. Sudah TIDAK CINTA …ATAU kemungkinan besar dia sudah mempunyai kekasih yang lain.”

Kita tidak perlu memberi apa-apa alasan lagi. Dan jangan pula menjawab untuk kaum lelaki pula. Cakap dia tak gitu, dia tak gini. NO!!

INGAT…ITULAH LELAKI …that’s it. Tiada jawapan lain, tiada alasan lain lagi. Very simple. Dia nak…dia akan tergila-gila. Dia dah tak nak…dia buat dek, dia hilang, no calls, nothing!

Meratapi si dia yang hilang entah kemana, mengenang segala kenangan manis bersamanya, menanti sehinga bertahun-tahun namun dia tak masuk-masuk meminang…HANYA MEMBUANG MASA!

“Dia dah bahagia dengan hidupnya…percayalah! Lelaki tidak akan menunggu lama seseorang wanita itu jika dia sudah tidak cinta. Kecuali, dia tiada pilihan yang lain.”

So,

Cari yang lain dan jangan berhubung dengan dia lagi. Kerana ianya hanya akan menghancurkan masa depan kita. Ingat, makin lama umur kita semakin meningkat. Mulakan hidup baru…dan lepaskan kenangan lalu.

Memang susah jika kita masih solo. Ianya lebih mudah jika kita mulai membuka hati dan meluaskan pandangan kita. Yang penting, kita mahu. Kena ingat, tidak semesti orang yang berkahwin itu jodoh dia. Mungkin mereka akan terpisah, bercerai dan kahwin baru. Jadi, kita kenalah mencuba, barulah kita tahu itu jodoh kita atau tidak. Kemudian, usahakannya.

Mungkin kita harus memberi peluang kepada diri kita sendiri untuk mengenali orang baru, membina satu perhubungan baru.

KITA MESTI MOVE ON! best thing, make a new friend, thats a start! :-

Apabila dia tidak jawab call/sms/email…boom, you cari kawan baru!
Apabila dia hilang tah kemana je…you cari teman baru!
Apabila tak mengambil berat lagi…cari yang care lebih kat kita!
Apabila asyik jawab nanti, nanti, nanti…boom, tinggal dia!
Apabila break aje…MOVE ON!
Apabila dikecewakan…cepat-cepat mula hidup baru, dunia baru, kawan baru, cari boyfriend baru

BUT, jangan cepat-cepat nak bercinta balik, sebaliknya, Ingatlah… kita berhak untuk enjoy this moment, berkenalan dengan lelaki dan have fun while you single!…and find your Mr Right!

Tuesday, October 11, 2011

pingpong yang sempoi...




8.10.2011

Ada game pingpong antara division kat shah alam.. hantar 2 group yang mantap, memang mantap.. main sempoi gila sampaikan kalah besaq.. kahkahkah.. walau pun kalah yang teramat dahsyat, tapi memang best..

Thursday, October 6, 2011

perkahwinan itu mendamaikan...

Penyesuaian Satu Keperluan
Suami isteri perlu menyesuaikan diri di antara satu sama lain. Menurut ahli psikologi, proses penyesuaian dalam perkahwinan bermaksud proses modifikasi, adaptasi, dan mengubah pola tingkah laku dan interaksi individu dan pasangan dalam usaha untuk meningkatkan kepuasan dalam perkahwinan.

Jangan hanya mengira jumlah konflik yang timbul, tetapi lebih penting bagaimana pasangan menyesuaikan diri dalam menyelesaikan konflik berkenaan sehingga menjadikan perkahwinan tersebut berjaya.

Mustahil ada dua individu yang tinggal bersama, dan dalam masa yang sama tiada konflik yang berlaku. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Sengaja Allah menjadikan dunia ini berbeza untuk menunjukkan kekuasaan Allah. Perbezaan adalah keindahan. Andainya dunia ini semuanya sama, sudah tentu kita akan bosan kerana tiada perbezaan.

Sengaja Allah jadikan perbezaan di antara suami isteri, untuk memberikan peluang kepada mereka menguruskan perbezaan tersebut. Tetapi ramai dalam kalangan manusia gagal menguruskan perbezaan ini apabila timbul isu berkaitan dengannya. Daripada sekecil-kecil perkara, sehingga sebesar-besarnya.

5 Jenis Penyesuaian Perkahwinan
Terdapat 5 jenis penyesuaian yang dinyatakan oleh pakar kekeluargaan untuk mewujudkan penyesuaian dalam perkahwinan. Ada antaranya apabila diamalkan dapat membantu pasangan, tetapi ada juga yang terus membuntukan lagi keadaan sehingga membawa kepada perceraian pasangan tersebut.

Pertamanya kompromi. Sekiranya timbul sesuatu masalah, pasangan perlulah berkompromi. Kedua-duanya perlu mengalah bagi memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Penyesuaian akan berlaku apabila kedua-dua pendapat yang dikemukakan oleh pasangan ini dirangkumkan sebagai penyelesaian.

Keduanya menyesuaikan diri. Pasangan bersetuju untuk tidak bersetuju. Mereka menerima perbezaan pendapat masing-masing dan tidak menjadikannya sebagai masalah utama. Masing-masing cuba untuk menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Ketiganya konsesi (bertolak ansur). Salah seorang akan mengalah sepenuhnya, sementara yang satu lagi menang sepenuhnya. Misalnya apabila isteri berleter, suaminya hanya mendengar leteran tanpa respon. Apabila suami marah, isteri hanya beralah dan mendegar leteran suaminya. Apabila sejuk marahnya, kembalilah mereka bergelak ketawa. Isu yang terlibat adalah siapakah yang akan menyerah kalah.

Keempat berkorban. Salah seorang daripada pasangan akan berkorban bagi mengelak konflik dan mengelak daripada berdepan dengan sebarang masalah. Biasanya pasangan yang mengelak konflik ini akan menyebabkan masalah terpendam di dalam jiwanya. Akhirnya, jiwa sengsara. Siang malam berendam air mata mengenangkan nasib diri. Sekiranya tidak dibendung boleh membawa kepada penceraian.

Kelima percanggahan berterusan. Pasangan sentiasa bercanggah pendapat dan masing-masing enggan mengalah. Hidup bagaikan anjing dengan kucing. Suasana rumah seperti perang dunia pertama. Sentiasa ada bom atom yang meletus mencari sasarannya. Lazimnya pasangan yang bertengkar secara berterusan inilah yang membawa kepada penceraian.

Memberi Sebagai Penyelesaian

Untuk menyelesaikan masalah yang timbul ini, pasangan yang berkahwin ini perlulah sanggup untuk memberi dan menerima seadanya keadaan pasangan masing-masing. Menyayangi tanpa syarat dan komited untuk menjayakan perkahwinan adalah antara syarat yang dapat membantu pasangan menyesuaikan diri untuk menggalas tanggungjawab baru.

Jangan hanya cinta kepada kecantikan, tetapi perlu juga mencintai kekurangan. Tiada kejayaan semanis madu, tanpa pengorbanan sepahit hempedu. Andainya kedua-duanya dapat disatukan, petanda landasan keluarga sudah dibetulkan.

Sekiranya sebelum ini hanya hidup berseorangan, tetapi kini sudah hidup berdua. Sekiranya masing-masing berusaha untuk memberi, insya-Allah, kasih sayang akan dapat disuburkan dalam perkahwinan tersebut.

Tuesday, October 4, 2011

Perjalanan Yang Indah, CLB dalam Kenangan- vol2

Sepatutnya tajuk yang sebelum ni pun "Perjalanan Yang Indah, CLB dalam Kenangan", tapi saya dah tersilap taip dan malas nak edit balik.. so, sekarang adalah masa untuk tatapan mata2 comel kita...













p/s: tengok gambar2 ni, membuatkan saya rindukan kenangan kat atas puncak.. tapi sangat lah serik nak naik CLB semula.. semua peserta pun mengaku CLB one of most toughess gunung untuk ditawan..