Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, January 29, 2012

Gunung Ayam - Part 3

Sambungan cerita.......
“Bangun.... Kawan kita ni dah nak mati dah ni.. bangun la.. kita kena hantar dia turun, dia dah muntah 2 kali dah ni...” Saya? Terbeliak la biji mata, mana boleh nak buat-buat tidur tak dengar ja.. terus bangun dan tengok Mashi dengan Hajar tengah sedap tidur. Baru teringat semalam diorang bersembang dengan budak-budak lelaki, saya plak bantai tido, memang patot diorang tak sedar pun.
Saya terus bangun dan keluar khemah. Nampak dah ada cupin, abang kamarul, izzul, ijad kot sorang lagi, pastu nampak sabri dengan mizi.. dalam khemah ada alif dengan abg odie tengah urut eddie. Pastu saya jenguk khemah sebelah nampak Kak Ju baru nak keluar khemah. Cakap dengan kak ju yang diorang nak bawak eddie turun, sebab eddie kena gigit lipan (cerita penuh saya tak tau lagi time ni). Saya masuk dalam khemah dapur (tempat diorang tempatkan eddie dan tanya keadaan dia, nampak dia macam stabil tapi dia nak pegi spital jugak, patut la abg kamarul kalut kejut semua orang). Pastu nampak lelaki-lelaki yang terjaga tu tengah siap sedia nak turun. Saya just tanya apa yang saya boleh bantu dan sediakan apa yang diorang perlukan untuk bawak turun. Lepas ja diorang turun, apa lagi..... zuuuuppppp. Masuk khemah la balik.


22 Jan 2012
Masuk tido balik dan subuh tu pukul 6.3o pagi baru semua bangun sebab abg kamarul takda nak kejut solat subuh. Geng-geng yang hantar eddie turun tu naik semula ke camp site dalam pukul 6.40 pagi diorang sampai atas... Diorang ambik masa 45minit ja instead of 2 jam untuk sampai bawah. Kira diorang berlari sambil mendukung eddie.. Tabik spring la.. 


Pagi tu, dalam pukul 7.30, lepas ja diorang siap solat subuh, saya ajak Mashi turun ke air terjun sekali lagi sebab saya nak gosok gigi, cuci muka, pastu nak terkucil sekali.. Sekali dah sampai air terjun... Adoyaiiiiiii.... Punya la ramai orang tengah tengok sunrise... Sunrise dia memang terbaik, indahhhhhh.... perasaan nak terkucil kena tahan... Parah betoi....


Naik camp site, sediakan brekfast. Kali ni saya dan Mashi amik alih tugas kat dapur. Maka, dengan adanya kami kat dapur maka tersedialah, sandwich sardin, jemput-jemput bilis, dan nasi goreng. Licin sampaikan saya sendiri tak sempat nak brekfest. Kali ni memang saya kurang makan. Dah la makanan tak sodap, bila time dapat makan yang sodap ja, mesti awai-awai lagi licin...

10 pagi, siap-siap nak ke waterfall. Ini time Poksu kata kami akan mandi-manda.. Bukan mandi yer, tapi mandi-manda... uishhh.. tak sabo ni. Geng-geng yang bawak eddie turun pun dah bersemangat nak join walaupun diorang tak tidur lagi... dah berapa puluh jam diorang tak tidur, dengan badan yang lotih, kesian la jugak tapi camano den nak tolong kan... den pun insan yang lemah jugak. Perjalanan ke waterfall tak semudah yang disangkar, mencabar dan menggigil lutut.. Sampai ke Air terjun Y (pertemuan air terjun gunung ayam dan air terjun gunung stong).. Subhanallah.. Ciptaan Allah yang indah dan sempurna. Cantik sangat. Bukan manusia yang buat, manusia Cuma jumpa ja..Cantik. mandi sambil makan megi. Haha. Saya la yang berkeras nak buat murtabak megi sebab saya kan tak makan bekfes lagi tapi sampai ja waterfall, lupa bawak minyak rupanya. Sudahnya, hampir sepuluh bungkus megi kami bedal kat situ. Ingatkan saya sorang yang tak cukup makan, rupanya ramai lagi yang kurang mkan. Haha. Lagi sodap tu sebab makan megi sambil bersulamkan air neslo. Itukan feveret saya. Saya la yang terhegeh nak prepare neslo.. sodap.. licin...
Dalam pukul 1.00, kami ke telaga tujuh. Kat situ la poksu dan abg odie buat magic yang boleh menggugurkan jantung kami semua. Mana tak gugur, bila mana Poksu arahkan kami tengok abg odie masul dalam satu telaga dan mintak kami tunggu di satu lagi telaga kononnya abg odie akan muncul kat situ. Excited la semua orang. Sekali dekat seminit dia tak muncul. Boleh plak Poksu jerit yang abg odie terlekat kat dalam telaga, waaaaaa... menggelupur semua orang... Cuak.. Panggil punya panggil, abg odie muncul kat telaga yang sama. Ceh, mana ada magic pun.. Takde lubang, Cuma diorang nak takutkan kami.. Menjerit semua orang. Sapa yang tak cuak. Dah la semalam ada budak hilang, pagi ni pulak guide kami hilang lagi.. cuak ar... tapi, apapun, magic tu memang berkesan. Lepas tu pegi ke tempat slide. Menarik sangat, bilamana abg odie boleh slide secara berdiri sambil buat peace. Pastu ada la beberapa orang yang cuba buat slide tapi diorang slide duduk jela... Hehe.

3.00petang, masing-masing pulang ke tapak khemah dan berkemas. Kambuskan makanan yang berlebihan dan sampah-sampah yang tak degrade kami kumpul nak bawak turun. Saya kumpul semua botol-botol plastik, masukkan dalam plastik beg dan gantung pada beg saya.  Waktu tengah kumpul ramai-ramai baca doa sebelum turun tu, kami terima berita bahawa budak yang hilang tu dah meninggal.. Innalillah.. Ajal dia di atas gunung. Mayat dia dijumpai dalam air terjun dipercayai terjatuh sebab malam tu kan hujan so air deras dan dia mungkin terhanyut. Allah maha berkuasa. Kita sudah mengambil langkah berhati-hati tapi takdir Allah menetapkan ajalnya di atas gunung stong. Kata abg kamarul rekod bersih gunung stong sudah dipecah. Sebelum ni, belum ada lagi kes kematian di gunung ayam dan gunung stong. Tepat jam 4 petang, kami bertolak turun. masyaAllah, trek licin nak mampus. Silap pijak ja boleh menggelunsur. Terjerit-jerit kami turun. Tapi sepanjang trek tu ada ja orang yang baru nak naik ke kem baha. Femes sungguh. Ada budak kecik jugak yang join. Maybe dalam umur 6 tahun. Kagum seketika. Macam tak penat ja budak-budak tu. Kakak yang dah 27 tahun ni pun termengah-mengah nak sampai kem baha. Hahaha. Nampak sangat usia bertambah.

6.15 petang kami sampai bawah. Namun Ijad (budak bukit jalil) dah sampai pukul 5.15 petang lagi. Dia memang otai. Tabik 3 spring la kat dia. Hebat nak mampos... dia memang superb, dah la bawak dua beg (beg dia yang lengkap dengan segala kelengkapan camping dan jugak beg eddie yang kena gigit lipan tapi beg si eddie tu berat gila), tapi dia boleh sampai sejam sebelum kami. Kami mandi kat air terjun kat bawah resort dan siap-siap semua. Pastu before magrib bertolak ke kedai Mok semula untuk dinner sama-sama. Lepas Mashi dan Sarah (budah shah alam yang tumpang kami balik keKulim – Hajar plak pagi tadi lagi dah turun sebab dia janji dengan husband dia akan turun ahad pagi) sembahyang jamak magrib dan isyak, kami bertolak balik Kulim. Waktu nak bertolak balik kulim memang sayu, sedey ja nak berpisah... ceeewaaaahhhh.. hehe. Waktu makan tu saya cerita kat abg kamarul tentang magic poksu, kesian abg kamarul tak dapat join kami sebab dia temankan eddie ke hospital. Oh, lupa plak, eddie boleh discharge tengahari tu jugak, so petang tu diorang naik train dari hospital Kuala Krai ke dabong semula. Kami jumpa semula di Dabong time dinner tu la. Pastu Mohsin beria mintak ic abg odie nak tunjuk alamat abg odie kat saya. Abg odie dilahirkan kat kem baha (tinggi betoi mak dia naik semata-mata nak lahirkan abg odie) dan nama kem baha dan gunung baha adalah sempena nama bapa abg odie.

Pukul 9.15 malam, kami bertolak pulang. Dan pukul 1.30 pagi saya dan mashi selamat sampai rumah kulim utama. Dan terus zaaaaaassssss... tido la....

Esok pagi-pagi terus bangun, tengok ally iskandar nikah kat TV3 dan saya terus blah balik kg.... Arggghhh... kali ni punya trip memang best.. terbaik wa cakap lu..... perggggghhhh...

Saya enjoy sangat-sangat sampaikan eju pun perasan, katanya saya dah tak cakap menyesal untuk trip kali ni. Memang la sebab kali ni saya tak buat benda yang saya patut menyesal... Cumanya saya belum ketemu buah hati jugak dalam trip kali ni pun... haha. Adik-adik semua....

Friday, January 27, 2012

Gunung Ayam- Part 2


Seperti yang saya bagitau sebelum ni, trip kali ni Cuma ada 4 orang ja yang akan ikut iaitu saya, mashi, cupin dan hajar. Ok la tu kan, lagi sikit lagi meriah la harapnya. Kita mulakan rentetan perjalanan ni dengan apa yang berlaku pada malam sebelum bertolak.




Khamis (19 Jan 2012)


Lepas magrib, baca quran 2 muka, saya mula bersiap sedia. Cek semua barang dah ready ke belum. Dah setel barang2 semua, saya mandi dan semayang isyak (sambil doa sungguh-sungguh supaya saya gagah berani nak naik gunung ayam nanti). Tetiba tengah relax, rasa mengantuk plak. Haha. Damn betol. Sambil-sambil tu saya sms dengan Usop (dia ikut trip sekali dan kami kenal waktu trip ke Chemberong dulu). Dalam kul 11 malam, (mashira memang dah ada kat rumah saya) kami berdua start bergerak untuk pegi amik cupin dan hajar. Hajar bawak baby dia sekali sebab nak tinggal kat rumah kakak dia kat Dabong jugak. Waktu on the way ke Dabong (Air Terjun Jelawang), hati memang tengah dup-dap sebab tak pasti apakah diri ini cukup fit untuk sampai ke puncak Gunung Ayam.


Jumaat (20 Jan 2012)


Dalam pukul 4 pagi, kami sampai kat rumah kakak hajar. Masuk jer rumah, terus tido. Nak dapatkan energy. Subuh tu tak sedar, dalam pukul 7 pagi baru bangun subuh. Lepas ja habih subuh, mandi dan siap-siap sebab geng2 shah alam akan sampai Dabong dalam pukul 8 pagi. Then breakfast dan terus shoot ke Dabong.

Jeng-jeng-jeng, sampai je kedai Mok (tempat kami breakfast, dah charter tempat tu) datang la si Izul dan Usop, kesayangan sangat dua orang ni. Haha. Sambil bertanya kami ok ke tak “dayah, ok tak?” eleh, saja la tu. Masing-masing excited nak naik gunung ayam.. 


Then, pukul 10 pagi kami naik van ramai-ramai untuk ke Gua Ikan untuk aktiviti eksplorasi yang pertama. Best sangat. Masuk 3 buah gua. Gua kelam, keris dengan gua apa tah satu lagi tu. Banyak gila pacat, sampai naik kat atas belakang saya dalam 3 ekor. Geli tapi still boleh buat-buat lawak dengan pacat-pacat tu. Ops lupa plak. Ada 2 orang renjer yang ikut kami untuk jadi Guide. Sorang nama Odie dan sorang lagi Poksu. Petang dalam pukul 2.30, patah balik ke Dabong, makan lunch dan terus shoot ke Air Terjun Jelawang. Wah, hati berbunga-bunga ni. Naik dalam pukul 4 petang. Agak ngeri jugak la trek dia walaupun takda la mencanak sangat, Cuma trek licin dan muatan agak berat. Licin nak mampus sampaikan berapa kali nak tersungkur. Kesian izzul sebab dia terpaksa jalan saing dengan saya dan Mashi. Oh, untuk trip kali ni saya dan mashi memang dah berjanji takkan terpisah. Dalam pukul 6.30 petang kami sampai kat atas Baha's Camp. Full tu tempat tu, ramai macam tempat orang pergi bercuti plak. Budak USM pun ramai. Kami terpaksa naik atas sikit untuk dirikan khemah. Makanya, tempat kami agak jauh dari air terjun. Tempat camp dia tak se’best camp site kat lansir. Lansir punya camp site memang terbaik la. Nak mandi malam tu pun teammate lelaki terpaksa teman sebab tempat dia agak bahaya. Air tengah deras akibat cuaca yang asik hujan ja. Malam tu siapkan makanan untuk bekalan naik Gunung Ayam esok. Haha. Sebenarnya saya tengah pertimbangkan samada nak naik Ayam ke tak. Awal2 memang janji dengan Mashi taknak naik Ayam, takut tak cukup fit. Pastu saya baca review dan rasa best plak kalau dapat naik. Bagitau Mashi yang saya nak naik, then Mashi taknak naik, kansel pulak, tup-tup dekat nak pegi tu Mashi bagitau yang dia nak naik. Saya mesti la bersemangat nak naik. Tapi cupin macam risau plak kalau kami naik, takut kami tak cukup tenaga nak naik. Uih, itu cabaran untuk saya. Penat-penat datang dan bayar mahal-mahal mana boleh tak naik kan. Lepas masak nasi himpit, dalam pukul 1 pagi, terus tido, nak kumpul tenaga.


Sabtu (21 Jan 2012)


Subuh esok, 6.15 pagi bangun lepas dengar abang Kamarul jerit suruh semua orang bangun Subuh. Lepas semayang, make up mind, kami akan naik gunung Ayam. Malu la kat geng shah alam kalau kami dua tak nak naik. Yang tak naik ada la dalam 5 orang, tu pun yang lemah stamina. Takkan la saya dan mashi yang masih muda belia dan kuat ni nak duduk kat camp site je kan. Rugi siot. Pagi tu bekfes bihun goreng yang sangat pedas dan takda rasa. Tak lalu gila. Apadaaaaa. Tak pro la masterchef kami. Dalam pukul 8.15 pagi, kami dah start berjalan. Wah, mencabar jugak. Lalu 2 anak sungai dan laluan yang sedikit mencabar. Perjalanan sedikit mencanak dalam 70degree. Jauh la nak sampai. Kami ambik masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Gunung Baha. Sejuk. Kemudian tambah sejam lagi, kami pun sampai la ke gunung Ayam. Wah, saya orang pertama yang sampai ke puncak Ayam selepas guide. Bangga...bangga...,banggaaaaaaa dengan diri sendiri. Akhirnya saya sampai jugak ke puncak Ayam. (tanpa bantuan abang-abang macho amrec yang tak dapat ikut ke Kelantan). Sejuk sangat kat atas puncak Gunung Ayam. Kalau tak tahan sejuk boleh dapat Hipothermia. Alam ciptaan tuhan adalah sangat indah. Ya Allah, kagum betol dengan kabus yang menyelimuti pokok-pokok renek di puncak gunung ayam, nampak gunung-gunung sekeliling gunung ayam. Ada banyak gunung keliling tu. Kami sempat masak megi dan bancuh milo kat atas puncak Ayam. Heaven seh. Lepas bergambar lebih kurang kat Puncak gunung ayam dan gunung Baha, dalam pukul 3 petang, kami start turun semula ke base camp. 6.30 petang, singgah kat sungai baha untuk sembahyang jama’ asaq dan zuhur. Saya? (saya tengok org sembahyang ja, boleh?) hehe
togel-togel ja saya naik gunung ayam, tawakal jela sebab taknak kacau mood yang tengah bersemangat gila tu). Waktu diorang tengah semayang tu, hujan turun dengan sangat lebat. Basah kuyup kain semayang semua orang. Lelaki-lelaki pun semayang je dalam hujan yang tengah menggila tu. Hari beransur gelap, dan kami teruskan perjalanan pulang. Dalam pukul 7.45 mlm, jumpa dengan 2 orang renjer yang baru nak naik gunung. Aik malam-malam nak naik buat apa kan? Rupanya ada budak poli yang naik Gunung Stong hilang dalam hutan. Ya Allah, meremang bulu roma dengar. Pastu jalan lagi dan jumpa 2 orang renjer lagi yang nak naik cari. Budak tu lelaki rupanya. Selamatkanlah dia Ya Allah.


Kami teruskan perjalanan dan sampai ke kem dalam pukul 8.30 malam. Sangat melelahkan. Lepas mandi, terus saya lelap. Pastu bangun sebab diorang kejut suruh makan jugak sikit. Makan, huhu, tak sodap. Tak boleh dah nak masuk. Makanya, saya pun masuk tidur. Tapi, tidur saya tak lama pun sebab lepas tu saya dengar ada orang menjerit-jerit suruh semua orang bangun.... kenapa?????

Gunung Ayam- Part 1

Ni gambar keris tau.. ..hihi
Usop yang kat tengah-tengah senyum sampai nampak gusi tu...

Ni kat Gua Ikan...


Kat resort sebelum mulakann perjalanan... semua 29 orang..Nampak beg yang gedabak-gedabak semua..

Di puncak AYAM... bangga wehhhhh
Kami berdua <3


Pura-pura sibuk memasak.. saya cuma nak ada gambar ja.. tukang kepoh kat situ...
Kami berempat... hihi..yipppiiiii
P/s: dah tulis entry panjang lebor tapi tak boleh nak paste kat sini... petang ni saya cuba paste lagi sekali...

Thursday, January 26, 2012

Pre-Gunung Ayam

The best word to describe the journey is "VERY BEST"

Suka sangat-sangat

taktau napa.. tapi saya rasa sangat release dapat naik ayam. betol la, kita tak perlu kuat fizikal semata-mata tapi perlu kuatkan mental. Mental akan terus menggerakkan fizikal kita. Saya akui semua itu.

The another story akan dikarangkan malam ini, mesti la akan ada kronologi cerita supaya Gunung Ayam sentiasa segar dalam ingatan saya..

Ketemu lagi..

Rindu sama ini blog. lama seh tak mengedet...

Tuesday, January 17, 2012

Rezeki... Boucer buku RM200

Semalam, saya alang-alang dah ada kat USM, so pegi la ambik baucer buku yang kerajaan bagi untuk setiap pelajar Universiti sebanyak RM200. Walaupun nilai itu sangatlah tak mampu untuk den setakat membeli sebuah buku chemistry, namun den telah berjaya menghabiskan nilai tersebut dengan sekali transaksi dan terpaksa menambah sebanyak seploh hengget lagi sebab dah terlebih nilai.
Lepas ja balik daripada USM, malam tu saya ajak cik Shima pegi Giant. Bagitau dia yang saya nak basuh kereta dengan enjin2 skali dan saya jugak nak membeli sedikit buku. Sampai giant, waktu ambik duit cik shima pelik, kenapa saya yang dah lama tak membeli buku, telah terbuka hati untuk membeli buku semalam. Haha. Terpaksa la saya tunjuk baucer buku saya yang 4 keping tu. Nak tau dia kata apa. Dia mintak sekeping baucer saya. OMG. Mana boleh. Saya dah rancang dah yang saya nak beli buku positif thinking dan buku untuk anak2 sedara saya yang akan pulang ke kampung. Saya nak letak buku2 cerita kanak2 kat rumah mak saya.
Masuk je HASANI, wah, ramai giler remaja dan ibu bapa yang bawak anak2 datang beli buku. Majoriti membeli buku dengan menggunakan boucer. Rasa bangga pulak bila ramai remaja yang membeli buku2 agama.
Sangat2 berterima kasih kepada kerajaan malaysia yang telah memberi boucer buku tersebut. Sangat dihargai. Sangat berguna. Sangat bermakna.
Kepada kerajaan malaysia, Lepas ni bagi la banyak2 lagi. Nampak la sikit cukai yang kami bayar tu agak bermakna untuk rakyat.

Sunday, January 15, 2012

Happy Anniversary to me..

15 JANURI datang lagi.. its not my birth-day..

Lagi 9 bulan baru birthday saya.. wiwiwinkkkk


No no no... im happy to announce that im single and im still in my way to change myself to be a better person to find my charming guy.



Pagi ni, bangun waktu dengar azan subuh. Then solat subuh, pastu gerak eju. Suruh eju bangun n gosok gigi serta cuci muka laju-laju kemudian bersiap. Sambil dengan ditemani dengan tuala kecil dan sebotol air mineral, kami pun naik la kereta PHU1741.



Destinasi 1.


Kami ke tepi laut yang mengadap ke pulau jerejak. Tunggu punya tunggu punya tunggu, sang mentari tetap muncul malu-malu sambil dilitupi awan.. hohoho. Nak tengok sunrise, tapi dekat pukui 8.30am pun mentari tak muncul-muncul lagi.. Nasib tak baik.. hujan nak turun. Lepak-lepak jap, then.....



Destinasi 2.


SUBAIDAH nasi kandar. This is my all time favorite place to go if i were in penang. Really liked la. Boleh mengadap nasi kandar hari-hari. Makan-makan, minum-minum sampai kenyang lu, sebab nak ke destinasi lain plak.



Destinasi 3.


Bukit Jambul. haha. Kami nak hiking naik bukit Jambul. Wah, penat jugak la walaupun tak sampai 30minit dah boleh sampai puncak dia.



Destinasi 4.


Jeruk Pak Ali. Pekerja pak ali jahat, kedekut dan kira pun tak pandai.. tak suka.. nak boikot kedai jeruk pak ali yang kat bahagian belakang tu. Lepas ni nak beli jeruk kat kedai yang depan tu ja. Tak baik la pekerja pak ali tu, dah la pakai kupiah, pastu simpan janggut segala, tapi tipu pelanggan. Sangat tak baik.. Rasa macam taknak halalkan lebihan duit yang dia sengaja kira lebih mahal tu. Bukan aku sorang yang dia buat macam tu, eju pun sama. Dia ingat kami tak pandai kira. Tapi disebabkan aku blur time tu, aku blah ja, pastu baru aku pikir balik sebab apa harga dia lebih mahal dari kedai jeruk pak ali yang aku beli bulan sebelum tu. Orang ni nampak ja baik, ada pegangan agama, tapi tipu pelanggan. Berdosa tau tak. Mintak maap la yer, saya taknak halalkan apa yang awak buat tu... Geram dan sakit hati sangat2 ada orang islam yang macam tu beniaga.



Next.


Now kat bilik eju kat usm, tengah online, sambil tengok melodi, sambil update blog..

Situasi sebenar: belum mandi dan bau macam kambing..



Petang ni, makan kat tepi pandai (cadangan eju)



Malam,

Online jer kat bilik.



Haha. Nothing special. Actually today is the birthday of Sultan Kedah. Allah selamatkan kamu.



Ok, da..


Nak sambung bermuka buku plak.. pukul 6ptg nak keluar dating kat tepi pantai ngn eju.

Tuesday, January 10, 2012

wish sebelum naik gunung AYAM

I wish, i could change myself to be a better person.

Masih lagi dihantui oleh sesuatu.. haha. Bila nak naik ayam ni, adoyaiiiiii.. den malu bila Yusri menasihati den. Malu ingat kenangan naik Gunung CBL dulu..

Malu beso den.. Tapi shira kata, buat taktau je. Benda dah lepas, yang penting kita tak ulang dah apa yang kita dah buat dulu...

OK.

Friday, January 6, 2012

Menjadi seorang pelajar, perlu cekal

hai..hai..hai






Kabare? Waras?? Moga-moga waras macam saya. Saya di USM pada tika dan saat ini. Sedang memburu impian. hehe.. Macam biasa, menjadi kehidupan bergelar anak, adik, makcik kepada anak-anak buah, pekerja dan pelajar sangat memerlukan semangat juang yang tinggi dan kental. Kalau tak kental, dah lama saya drop menjadi seorang pelajar. Kalau saya drop menjadi seorang pelajar, beberapa masalah akan dapat diatasi, antaranya:







  1. Masalah kewangan (paling utama dan sentiasa menjadi yang pertama akan difikirkan ketika sesuatu keputusan diambil). Tapi kata orang "yang menjadi masalah adalah bukan sebanyak mana wang didapati tetapi bagaimana cara wang itu digunakan". Kalau nak diikutkan, aku ni dah macam pompuan apa dah, tak penah beli baju baru, tak penah beli kasut baru, kereta pun dah berapa lama tak hantar carwash, dan macam2 lagi la, gara-gara the money constrain. Sangat dahsyat. Dek kerana memikirkan perjalanan master yang masih panjang dan enggak tau macam mana lagi ujung pangkalnya, maka saya telah merelakan diri saya dengan memansuhkan aktiviti soping dalam kamus hidup saya buat sementara waktu. Tapi mengorbankan kesenangan yang sementara untuk sesuatu yang telah lama diimpikan lebih manis kan!!!!




  2. Masalah dengan bos yang tak berapa menyokong. Biasa la, diorang semua dapat master and phD from obersi. Setakat saya pulun sangat nak sambung master dalam negeri ni sapa la yang nak pandang sangat kan. Tak pa, akan saya buktikan bahawa saya adalah sangat bersungguh dalam misi mendapatkan segulung kertas ada endorsed master from chanselor USM.




  3. Masalah pembahagian. Saya terpaksa mengurangkan masa bersama kawan-kawan dan famili terutamanya. Syukur sangat2, famili memahami (pada ketika-ketika tertentu jala). Tapi, walau apa pun, saya sayang keluarga dan mereka tetap keutamaan utama dalam hidup saya.




  4. Masalah nak mencari pasangan hidup., Masalah ni creat sendiri sebab rasa macam kalau kawen time tengah stadi ni, dengan masalah kewangan yang sangat tak stabil, macam mana la nak manage famili pulak. Lelaki zaman sekarang ni, semua nak isteri yang boleh tong-tong sara famili. Saya ni nak sara diri sendiri pun semput dah.



Banyak lagi. banyak yang bersarang dalam kepala hotak, cuma tunggu masa nak meletops... Tak pala, saya anggap itu sebagai dugaan dalam hidup saya. Dengan pertambahan usi, dengan status single, dengan kewangan yang sangat tak stabil, dengan master yang masih tenggelam-timbul, dengan kerjaya yang masih belum memberi kepuasan kepada saya, dengan size badan yang comelllll.... huh.. penat doh kepala otak nak pikir semua..






Namun, life as a human, everybody make mistake and we learn from the mistake and we also need to learn to accept that sometimes its our own fault. Life is short and make is fun as you wish.






p/s: nak update benda lain, tapi, takpala... lain kali erk...

Thursday, January 5, 2012

you n me

"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”

p/s: just a reminder to me.. @-@

Tuesday, January 3, 2012

Quote for today.. inspiration

Climbing is activities that requires you to be fit, mentally in control, patient and accepting of failure-it bring out your best and your worst.....
p/s: rupanya pegi gunung ayam, bukan gunung stong..hahaha

New Year Mood!!!!

Mood new yeaer dah datang tapi saya still bangun pagi dengan perasaan maha malas yang teramat.. Adoyai!!!!!
Lagi satu azam tahun baru ni, kalau boleh taknak tinggal solat Dhuha... selalu sangat kadang-kadang termiss.. Adoyai!!!!!
Sekarang ni mood nak rajin exercise. Persediaan nak ke Gunung Ayam..
Sedikit info Gunung Ayam: cuma saya, mashira dan cupin saja yang akan ke sana. Yang lain-lain tak pergi.
YAng lain tak pegi. No comment. But, In my opinion, buat yang belum berkawen, selagi u belum kawen buat la apa yang u nak buat. Sebab u still dont have any responsible, but by the time u dah kawen, ofcoz famili come first. Lihat la keindahan alam yang Allah dah ciptakan ini.
Syazana pulak, sejak dah jadi warga USM, dia sibuk dengan workload kat sana. Takpala, reason yang kuat untuk dia.
Ok, setakat tu saja sedikit info untuk kali ni. Nanti update lagi pasal stong k....

Monday, January 2, 2012

Salam Tahun Baru.. 2012

Bismillahirrahmanirrahim
Salam tahun 2012..
Sangat cepat kan masa berlalu.. amin..amin..amin.. Walaupun niat di hati saya nak masa berlalu dengan lambat namun hati kecil saya masih mengharapkan kedatangan 2012 akan membawa seribu kebahagiaan kepada saya. Walaupun hakikatnya saya takda la gembira sangat tahun ni, sebab financial saya akan sangat2 tak stabil starting from this year. Kereta dan master saya sangat2 memerlukan saya.Masa dan wang. Jadi itu la yang akan saya lakukan sampai lagi 7 tahun. Kecuali ada putera raja yang turun dari langit dan sama-sama nak tanggung beban itu bersama. Kata kan segala susah senang nak kongsi bersama.
Namun, kita lupakan pasal duit. Duit ni sampai mati pun tak cukup. Lagi besar gaji lagi banyak nak kena pikir. Pikir pasal duit, sampai bila2 pun saya tak boleh nak move on. So, kita pikir pasal benda lain. Tahun 2011 dulu, azam saya adalah nak kumpul duit banyak-banyak, tapi tak tercapai la pulak. Jadi, taun ni taknak dah buat azam pasal duit. Rezeki ni, usaha ja. Kalau tak usaha, mana la rezeki ni nak mai merangkak kat kita kan.. Sebab azam pasal duit belum dimakbulkan, makanya taun ni kita azam benda lain pulak. Tapi nak financially stable tu memang sentiasa dalam mind saya.. sapa yang takmau ada free of beban hutang kan??
Taun ni, saya mohon semoga Allah bukakan pintu Jodoh saya. Haha. Malu nak sebut. But im already 27 this year.
selain berkahwin, saya nak master saya berjalan dengan lancar. Walaupun banyak obstacles dalam perjalanan master saya, dengan takda moodnya, tapi duit dah habis beriban-riban, makanya kena bagi fullest commitment jugak. Jangan ikutkan sangat hati tu Hidayah. Kata DrMas, aku punya matlamat adalah dapatkan master. InsyaAllah, doakan yer.
Selain pada tu, dalam takda-takda duit ni pun, saya nak pegi berjalan-jalan taun ini. haha. bUkan pegi luar negara pun, nak pegi dalam negara ja. Hehe. Antara tempat-tempat atau aktiviti yang dah ada dalam kepata hotak ni adalah:
1. Gunung Ayam, Kelantan
2. Gua Tempurung, Ipoh
3. Skytrex, Shah Alam
4. ATV Adventure, Klang
5. Bukit Broga, Semenyih
6. Pantai Madukan, Sabah
7. Cameron.. Here i come... (gathering kawan sekolah rendah)
haha. sikit ja, tapi omongan harus lebih. Orang lain nak pegi Beijing la apa la, saya nak pegi dalam negara ja pun. tu pun kecoh. Tu pun mau ada dekat 2K nak realisasikan. Adoiyai..
Ada satu lagi, sepatutnya saya pegi umrah taun ni, tapi money constrain punya pasal. Terpaksa ditunda dulu. But, InsyaAllah, saya akan cuba yang terbaik untuk umrah/haji saya.
Tapi top of dat, saya nak jadi anak yang terbaik. Saya akan cuba menjadi anak yang lebih terbaik. Saya tau, selama ni saya gagal menjadi anak yang solehah. Macam mana eh nak jadi anak yang lebih terbaik. Ya Allah, jadikanlah saya anak yang terbaik, anak yang solehah, anak yang takkan lupa kepada kedua orang tuanya.
Ok, setakat masa ini, itu ja yang saya harapkan dulu. Another mission akan diberitahu kelak.
p/s: nanti saya akan ceritakan tentang aktiviti yang akan dibuat bulan ini. Gunung Ayam: here i come. hehe