Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, January 17, 2012

Rezeki... Boucer buku RM200

Semalam, saya alang-alang dah ada kat USM, so pegi la ambik baucer buku yang kerajaan bagi untuk setiap pelajar Universiti sebanyak RM200. Walaupun nilai itu sangatlah tak mampu untuk den setakat membeli sebuah buku chemistry, namun den telah berjaya menghabiskan nilai tersebut dengan sekali transaksi dan terpaksa menambah sebanyak seploh hengget lagi sebab dah terlebih nilai.
Lepas ja balik daripada USM, malam tu saya ajak cik Shima pegi Giant. Bagitau dia yang saya nak basuh kereta dengan enjin2 skali dan saya jugak nak membeli sedikit buku. Sampai giant, waktu ambik duit cik shima pelik, kenapa saya yang dah lama tak membeli buku, telah terbuka hati untuk membeli buku semalam. Haha. Terpaksa la saya tunjuk baucer buku saya yang 4 keping tu. Nak tau dia kata apa. Dia mintak sekeping baucer saya. OMG. Mana boleh. Saya dah rancang dah yang saya nak beli buku positif thinking dan buku untuk anak2 sedara saya yang akan pulang ke kampung. Saya nak letak buku2 cerita kanak2 kat rumah mak saya.
Masuk je HASANI, wah, ramai giler remaja dan ibu bapa yang bawak anak2 datang beli buku. Majoriti membeli buku dengan menggunakan boucer. Rasa bangga pulak bila ramai remaja yang membeli buku2 agama.
Sangat2 berterima kasih kepada kerajaan malaysia yang telah memberi boucer buku tersebut. Sangat dihargai. Sangat berguna. Sangat bermakna.
Kepada kerajaan malaysia, Lepas ni bagi la banyak2 lagi. Nampak la sikit cukai yang kami bayar tu agak bermakna untuk rakyat.

No comments: