Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, February 29, 2012

Hari yang ditunggu-tunggu setiap 4 tahun

29 Februari
Hari ni datang juga. Setiap 4 tahun sekali sesapa yang lahir pada 29 Feb mungkin akan meraikan hari lahir diorang dengan sangat meriah sementelah nak sambut pun 4 tahun sekali.
Pagi ni dapat berita sorang ofismet dapat baby girl. wah-wah, baby tahun lompat lah yer.. nak cakap kesian or nak buat muka seksaited sebab dia sambut birthday 4 tahun sekali. Hopefully mummynya akan sambut besar-besaran..
Kenapa tahun lompat disambut dan apa keistimewaan kepada kita????
Menurut seorang pakar kalendar di malaysia (saya dengar dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O)-Di negara yang ada 4musim, bagi menyelaraskan musim-musim supaya tiada permasalahan untuk petani-petani disana merancang cuti musim sejuk mereka. Kalau ikut tahun tak lompat, susah la untuk orang-orang dinegara 4musim merancang.
Untuk aku, taun lompat takde apa2 efek pun.. gaji pun tak naik.. enjoy ja keja.. kehkeh.. tipu betollll

Thursday, February 23, 2012

Dia Datang, Kamu Pergi

2009,
Hosmet saya, Norita hassan kembali ke UKM untuk menyambung pengajian PhD dengan membungkus semua mak nenek kepunyaannya... sedey, dah takda kawan nak ronggeng..



2010,
Qama tinggalkan Kulim untuk selamanya. huhu... sangat sedey..



2011,
Elida tinggalkan malaysia.. menuju ke Korea selama 2 tahun demi menggenggam segulung ijazah master.




2012,
Malam ni, Hasimah hassan akan naik flight mengikut jejak langkah Elida ke Korea.





Sangat la tak best perasaan duduk sorang ini... bulan 2 ni, aku akan tinggal kat rumah kulim utama tu sorang2 sebab Ayu nak cuti lama untuk dia kawen..



Den kena kawen jugak le camni...

Thursday, February 9, 2012

Berubah

Last entry pasal gunung ayam, pastu saya senyappppppppp.... senyap.. senyap dari sebarang aktiviti.. hibernasi period.. sesi memuhasabah diri.. saya mengambil kesempatan itu untuk menilai semula diri saya. kerdil sungguh diri ini. banyak khilaf, disana sini.

Saya akui diri alpa sungguh dalam menjalankan tanggungjawab sebagai muslimah. Sedih dengan diri sendiri.

'Masa yang tinggal semakin sedikit namun tanggungjawab kita besar', itu kata sahabat saya Anem waktu saya dalam final year di USM dahulu. dengan final year projek, dengan subjek yang berat, dengan tugasan-tugasan lain, dan masa yang semakin bergerak, sememangnya ayat itu tepat. Sekarang pun, ayat itu masih tepat untuk gambarkan diri saya. Tanggung jawab sebagai anak, pelajar, dan pekerja semakin berat, namun saya sudah 27 tahun. Berapa lama lagi masa yang tinggal untuk saya sudahkan tanggungjawab ini. Ya betul, saya hanya seorang hamba yang menjalankan tanggungjawab dengan kemampuan saya, namun saya sendiri merasakan saya yang terleka dengan olok-olok dunia ini.

Saya tak tau macam mana nak gambarkan namun hati kecil saya takut. saya sedar tentang usaha diri saya. Saya masih jauh dariNya, takut masa yang tinggal tak cukup untuk saya yang suka berfoya-foya ini.

Saya kena mengubah sikap saya.Saya kena berubah. Berubah......