Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Friday, March 30, 2012

saya nak ke oversea

Saya nak pegi oversea... mengidam nih..
Tapi saya tau bos besar tempat saya kerja bukanlah salah satu source untuk saya dapat menunaikan impian saya.
Kata Shira, saya hanya ada bos kecik tempat saya belajar untuk saya dapat pegi oversea.
saya nak pegi oversea bukan untuk belajar atau bekerja lama2, paling lama maybe untuk 3 bulan. Saya mana boleh nak meninggalkan mak saya lama-lama.
Kena kerja kuat nih untuk nak pegi oversea..
Perancis, wait for me..
(dalam banyak2 negara, perancia jugak yang saya tingin sangat nak pi. Saya nak pi eiffel tower. Lepas dah habis tawaf perancia saya nak ke US. Saya nak ke niagara fall)
p/s: ini menambahkan lagi kriteria calon suami saya...yippi

Thursday, March 29, 2012

cantik

You are beautiful... so.. ????

But if he doesnt love you, it means that he is not in love with you


dapat tak? paham? tak paham?


maksudnya cantik bukan satu reason untuk orang fall in love. cantik itu perlu tapi bukan semua orang perlukannya.. cantik bukan boleh bagi orang makan, kecuali kau jual tubuh. Nak jual tubuh? taknak kan?


Jadi, kesimpulannya, bila kau cantik bukan bermakna akan ada lelaki yang tiba-tiba akan tergilakan kau.. maybe ada la yang gila, sebab orang tu kurang waras. Eh, bukan semua lelaki kurang waras ka dengan perempuan cantik. I guess yes. Tapi girls, kena la paham.



tah papa yang saya merepek... yang penting saya tau yang saya cantik. Lantak la orang nak cakap apa pun.


Cantik tu perlu yer kawan-kawan.


p/s: diusia 27 tahun baru aku kenal apa erti cantik.

Weken yang bermakna











Semalam adalah kenangan!!!!!!









Saya sekarang hampir setiap hari kol yon (dua sepupu saya
menurut kak nina yang kawen last week). Saya pun taktau pasaipa, tapi tiap hari
saya rindu. Haha. Ayat gedik nak mampos. Dulu sebelum dia kawen, suka hati saya
la nak kol dia time bila pun, samada saya nak kol dia sebelum subuh, sesudah
tengah malam or time dia tengah berak, i dont mind, tapi sekarang saya terpaksa
pikir banyak kali dan saya kena bayangkan dulu dia tengah buat apa time tu.
Tapi, last weekend memang saya sangat tersangat lah bizi. Dari Kulim-pokok
sena-Kuala Lumpur-Kulim. Jauh perjalanan, ramai yang saya jumpa, ramai juga
yang terjatuh hati..haha











23 Mac 2011





Malam sebelum tu, shira dan norita tido kat rumah saya. Saya
dah pesan awal-awal esok pagi kena bangun awal sebab saya nak kena kerumah kak
nora choc sesudah subuh (menurut kak nora) untuk ambik coklat yang saya order.
Saya order coklat tu sebagai hadiah kepada yon. Sengaja saya taknak beli
barangan untuk rumah sebab saya tau dia takkan duduk rumah sendiri lagi. For
this time being, dia akan duduk dengan famili dia atau famili mertua.





Petang tu, habis ja ofis hour, saya terus blah. Sampai
kampung dah nak magrib (time standard). Lepas isyak malam tu, saya berjalan
melenggang mak limah ke rumah yon. Dahramai dah orang kat situ. Menu yang lazat
(nasi arab lauk daging kambing) sangat menaikkan nafsu saya untuk melantak.
Wah, sodap eh. Lupa yang saya tengah dalam misi nak diet. Lepas makan, lepak2,
gosip2 dengan penantin terus kami mula berinai. Saya ni konon2 malu2 nak tolong
inaikan penantin, dok menyendeng kat sebelah penantin. Si penantin pulak, dok
sengeh2 kat saya dok suruh saya bubuh sekali. Saya kan pemalu, mana mau nak sua
tangan kat orang suruh tolong bubuhkan inai. Last sekali, saya cubit inai dari
jari penantin sikit letak kat jari saya. Dapat 3 jari. Ok la tu kan. Malam tu
dekat tengah malam jugak la, dalam 12 lebih baru saya jalan kaki balik rumah.









24 Mac 2012







Esok pagi selepas subuh, dah lepas cuci inai kat jari, saya
sibuk dok telek inai di jari. Dalam hati "bila la aku nak dapat pakai inai
full di jari tangan dan kaki". haha. Pukul 8.30 am, Qama kol sembang2
terus saya tak jadi sambung tido. Pukul 9 am saya dah start mandi dan bersiap
sebab pagi ni saya nak bawak penantin pi mekap. Pukul 10 lagi saya dok tunggu
penantin kol suruh bawak dia pi mekap. Last sekali pukul 11.45 am baru dia kol
saya nak suruh bawak dia pi mekap. Bayangkan dah nak dekat time makan baru dia
nak pi mekap. Haishhhh. Penantin ni. Dalam kereta, sibuk saya dok bersyarah kat
dia. Saya dok berleter sebab dia dah la penantin tapi sibuk dok nak sapu sampah
la, nak kemas rumah la, mengada betol. Tapi, salute la dengan pak andam tu.
Bapok tu mekap tak sampai setengah jam. Siap. Lawa lajugak, tapi sebab baju dia
kaler kelabu makanya, tak berapa nak naik sangat.









Pukul 1.00 pengantin perempuan sampai rumah. Kelakarnya,
time kereta saya nak sampai rumah pengantin, ada sorang pakcik naik moto dah
nak blah lepas makan kenduri, punya la dia terpegun tengok pengantin, mulut
ternganga luas macam dia sebut 'wwwwoooooooo'. Haha. Saya dengan pengantin
gelak macam nak pecah perot dalam kereta.







Pengapit yang cantik lagi bestari ini, menjalankan tugas
dengan sungguh dedikasi. Seminit pun saya tak duduk dengan pengantin, saya sibuk
entertain tetamu. haha. Tipu ja, saya sibuk dok jaga mekap saya takut cair.
haha. Yela, ramai tu dok usha2 saya. Maklumla, orang solo and available. Takpa,
yang penting apa yang saya nak buat, tercapai.





Tapi, dalam pukul 4 saya dah kalut-kalut nak bertolak. Pukul
3 lagi saya dah salam-salam dengan pengantin ala-ala syahdu sebab petang tu
saya nak tolak ke kl pulak untuk kenduri sahabat se uni saya. Sedih la, nak
tinggal majlis yon sedangkan majlis belum habis sepenuhnya, pastu esoknya waktu
majlis hantar pengantin saya tak dapat turut serta. Sedikit terkilan tapi yon
faham sebab dia pun kenal sahabat saya yang sorang lagi.







4.40 petang saya bertolak ke penang untuk kaut syana, meme
dan eju. Pukul 7 kami bertolak dari juru. Pukul 8.30 sampai tapah untuk kaut
yanie. Laju nak mampos syana pecut. Tapi takpa, kena speed trap dia yang akan
bayar. haha. Saya senyap je. Tapi dalam kereta memang hapening. Sampai pekan
rawang awal lagi, dalam pukul 10mlm, tapi malangnya, kami tersesat dalam bandar
rawang. Pusing2 u turn semua, patah balik ketempat yang sama. Si anem, yang dok
tunggu kami kat kl bagi arahan yang kurang tepat. Patutnya dia arah kami ikut
lebuhraya LATAR tapi maybe dia pun taktau samapaikan kami terpaksa mintak
tolong sorang brader tu tunjukkan jalan. Sib baik brader tu pun memang nak pi
ke pekan selayang maka, dia suruh kami folo dia. Tapi vios mana boleh ikut
moto, lepas dia selit-selit, hilang, tak sompat nak ucap thank. Kalau bro baca
ni (cewah, bajer retis) kami gadis-gadis jelita ucap terima kasih. Around 11
jugak la kami dapat jumpa anem kat wira damai. Dah jumpa, pegi makan kat area
gombak. boleh la belasah sebab dah kebulur sangat. Pukul 12 lebih jugak kami
blah dari restoran thaqwa.





Tengah malam tu, punya la havoc, bersembang tak ingat dunia
sampai pukul 3 pagi. Masuk bilik, saya bantai bergelak ketawa dengan yanie and
syana sampai pukul 4 pagi. Bersembang tak ingat dunia.







25 Mac 2012





Pagi esok, lepas subuh saya tido balik. Tapi tak lama, pukul
8 setengah bebudah ni sibuk dok bergelak ketawa menyebabkan kami bertiga pun
nak kena bangun join the korum. Lepas
bekfes semua, sambung gelak-gelak sikit lagi pastu bersiap. Pukul 12 kami dah
nak kena check out. Oh, kami dijanjikan akan duduk di homestay oleh anem dan
pengantin, sampai2 saya tengok bukan homestay tapi rumah flat. Malam saya
sampai tu, lepas ja tengok rumah waktu on the way nak pegi makan kat thaqwa terus
saya text anem yang naik kereta satu lagi “woit, ini bukan homestay..ini flat
ok..flat.. its not our taste” .. haha





Kampung pengantin, Kuala Lumpur.. its hard to explain. Nice place
but hard ti find if you are not orang kl sejati..bolehla.. tapi tempat dia
mantap. Kenduri sedap sebab makan nasi dan lauk yang maveles. Sedap siot. Tapi,
sure la kami ni sibuk nak bergambar sakan. Jumpa azrul n sahak. Sahak ja yg ok,
bagi saya azrul mcm non ok. Maybe sebab dia datang dengan someone dia kot.
Senyap seribu bahasa. Tak kisah la, asalkan masing2 bahagia.





By 3 pm, kami bertolak balik. Melalui rawang semula, tanpa
sesat. Sampai tapah semayang dan makan for the second round sebab dah kebuluq
semula... Saya sampai kulim dah pukul 10.30 mlm sebab pegi hantar vios adik
syana kat rumah adik dia dulu.. Penat tapi best..







p/s: lepas ni saya dah takmo jadi tukang makan kenduri
orang, saya nak jadi pengantin pulak..pls doakan yer



Monday, March 26, 2012

Happy

Bila happy, kita nak cakap apa anak-anak...















HORRRRAAAAYYYYY















mode: happy







p/s: kronologi weken yg best siot akan menyusul.

Friday, March 23, 2012

Dia sudah diambil

Dia adalah sahabat baik saya semenjak saya mula mengenal dunia.. Syana selalu marah sebab i used to call this sweet pretty girl as 'kawan' instead of 'cousin'. Yup, officially she is my cousin. Nope, maybe anak sedara sepupu. I dont know which is the best. Dia cucuk kepada adik tokwan saya. What to call hah? so, i always mention dia as "kawan baik saya" to anybody. Dia orang yang sangat rapat dan sangat mengetahui every single thing about me. Most of my rahsia, most of my friends, and most of my special relationship memang dia tau. Kawan-kawan saya especially, saya sebut nama ja mesti dia tau itu kawan time saya samada kat sekolah, matriks, uni, atau office. sedangkan kawan-kawan saya pun tak kenal dia. How special is her memory.
Selalu zaman kecik-kecik dulu kami memang lepak sekali. Sampai ke tua (eh, tua ke aku) pun kami still hang out sesama. Selalu port rahsia kami yang famili masing-masing pun tau adalah dekat bendang tokwan kami yang ada sungai. Kat situ memang port best. Selalu kami akan pergi beli eskrim, pastu pegi lepak kat situ sampai magrib untuk cerita kisah-kisah cinta kami. Topik? Kisah cinta lama-lama dan apa saja kisah yang terkini.
Tapi, on 16 March 2012, it was her solemnisation day. Im happy. But of coz la sedikit sedih sebab she has been taken. Sapa nak layan kerenah mengada-ngada saya lagi lepas ni. Dulu, waktu saya sangat down, saya akan sms dia untuk lepaskan segalanya. Waktu saya 'kehilangan' dia ada untuk kuatkan saya.
Adakah, dengan perkahwinan dia, saya dan dia akan semakin jauh. Saya mengharapkan jawapannya adalah "TIDAK" sepertimana dia selalu mengingatkan saya yang perkahwinan dia takkan merenggangkan kami. Tapi, saya paham, usually, people change after getting married. Kan?
Never mind, saya cuma mengharapkan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke syurga, Jadilah isteri solehah yang disayangi oleh Allah dan Rasul. Semoga kita kekal bersahabat selamanya.
Yon, walau apa pun yang berlaku, always remember "AKU SAYANG HANG DULU, KINI DAN SELAMANYA"....

Thursday, March 15, 2012

Innalillah

Semalam, sewaktu saya sedang bersantai-santai dengan mashira tergolek depan TV lepas solat isyak, saya mendapat panggilan telefon dari kakak housemate saya, shima. Dengan riang ria seperti selalu, saya seksaited ja menjawab kol tersebut. Dalam pada masa yang sama saya terfikir yang maybe kakak shima ni nak datang hantar resit visa yang dia nak claim melalui sirim. sangat positif fikiran itu, suci dan murni.
Kakak shima dalam nada yang sebak minta saya dapatkan nombor telefon korea elida kerana bonda shima baru sahaja meninggalkan keluarga dan dunia ini. Sedey, saya sendiri terkedu. Maka, sebagai seorang yang tiada henfon yang hebat, kehadiran mashira pada saat dan ketika itu adalah sangat dihargai.
Buat Shima,
Mak awak memang wanita yang baik dan istimewa, kelakar dan saya masih teringat saat dia minta saya pakaikan pin pada tudung dia. Walaupun saya agak gementar pagi tu, tapi saya cuba sebaik mungkin untuk pakaikan pin pada arwah mak awak yang vogue tu. Semoga awak tabah dan cekal menghadapi kehilangan ini. Saya tau, walaupun awak nampak kuat tapi awak simpan rasa awak. Jangan simpan sorang2 dan saya agak terkilan kerana saya tak boleh ada dengan awak macam mana awak ada dengan saya ketika saya sendiri 'kehilangan'. Teruskan perjuangan awak di Korea, itu juga sebahagian harapan arwah mak awak.
Saya,
Melihat kawan kehilangan, saya bersyukur mak dan bapak saya masih ada disisi saya... Semoga Allah merahmati kedua ibu bapa saya..

Wednesday, March 14, 2012

Babies Aisyah

Yuhoooo...


baru habis bincang secara tele-phone dengan dr kartini regarding our workshop yang akan berjalan end of may. Then, suddenly teringat yang dah janji dengan Dr Qama nak upload gamabr baby ecah. Gambar ni mintak kat ibu dia, tapi sadly ibu dia just bagi satu, so mampu nak upload satu jela.. haha. Nanti kalau Dr Qama datang kedah, tengok la sendiri. Maybe time tu dia pun dah besar.




Baby ni nama Aisyah Humaira. Nak explain lebih2 pasal ecah pun tak boleh sebab den pun dah lama sangat tak tengok si aisyah ni. Kalau aisyah bam-bam anak zidah, den selalu la jugak tengok. Ecah anak syana ni nampaknya bukan untuk tontonan umum. Mak dia sorok dalam almari kain kot. haha. Baby aisyah anak zidah plak nama Wan Nur Aisyah. Anak zidah den tak mintak la plak gambar kat umi dia, tapi aisyah tu dah pandai tiru aksi orang. Macam nak gigit-gigit ja, geram sangat. Dah pandai buat muka macam-macam.

Ok la, orang takda baby macam den ni bukan berminat nak cerita lebih-lebih pasal baby. Maklumlah, feel seorang ibu tu takda lagi. Tengok baby pun takda feel. Teruk betul. haha

Tuesday, March 13, 2012

Rezeki seorang pelajar

Hari jumaat lepas, dalam pukul 6 petang, saya mendapat emel dari MOHE.gov. dia cakap:

TAHNIAH. ANDA BERJAYA.


syukur sangat2. Alhamdulillah. Namun, adakah saya perlu buat solat istikharah walaupun ini adalah berita yang saya tunggu hampir 2 bulan. Mestilah ya.


Allah membantu saya. Terima kasih.


Ada seorang sahabat yang saya sangat nak berterima kasih, pelajar phD school of technology industry sebab sangat menyokong saya.


saya dah tau apa eju akan cakap,


"dayah, jangan malas2, rajin2 datang USM, rajin siapkan proposal, rajin masuk library, rajin bertanya"




pendek kata, nak hidup memang kena jadi rajin...

weekend yang bermakna

Salam Pagi selasa..
Aman kan pagi selasa datang ofis time cuti sekolah. Actually saya dari kampung pagi ni. Cuti 3 hari, memang menghiburkan dan mengamankan perot la kali ni. Dari kenduri kahwen, tengok baby and last sekali kenduri kawen semula. Musim cuti sekolah, musim orang kahwen, pastu nanti musim orang timang baby bersama-sama. Untuk yang bujang macam saya ni, jadi tukang hepi bersama pun dah cukup seronok dah.







First sekali aktiviti sabtu tu, saya konvoi balik alor setar dengan marni and izzati (down from Ipoh). Kenduri sahabat baik saya, Doktor Sairah (medical Dr). Sahabat baik semenjak dari sekolah menengah. Teman belajar dan bergaduh kat sekolah dan asrama. Minah ni sangat gangster kat sekolah. Geng kami selalu dapat sticker merah dari kakak senior sebab diorang tak puas hati dengan sairah (tapi satu geng dapat note amaran tu, mana aci kan). Sairah ni ketua kadet polis yang hebat daerah alor setar, pastu pengawas sekolah yang digeruni dan macam2 la jawatan dia yang orang nak bagi tapi biasa la, orang low profile mana pandang jawatan2 macam tu. Haha. Tapi sebagai seorang sahabat dia, saya tau dia adalah seorang yang dalam hati ada taman. Mana taknya, saya kalau tengah bersedih atau terkilan akan senyap ja dan lama2 rasa tu akan hilang, tapi kalau tiba2 minah ni datang hug lama2, memang air mata tak boleh berenti. Saya tak boleh kalau orang tunjuk simpati, kuat dan tabah tera mana pun, mesti jadi sangat lemah. Dia ni suka la nak tunjuk simpati lebih2. Walaupun zaman sekolah dulu orang cakap kami lesbian, haha, tapi itu Cuma gosip-gosip liar untuk pelajar sekolah perempuan semua. Semua orang pun tau, dia memang antara top scoorer zaman kat sekolah lagi. Kami tetap stay kat Sultanah Asma even result PMR masing2 straight As sebab nak ambik SPM sama. SPM dia 10As, tapi saya takda la sehebat dia. Pastu saya ambik kimia kat USM dan dia just nak sambung medic kat UM. Malas nak gi oversea katanya. Bila dah bekerja, boleh plak dia menyesal ambik medic dulu sebab kerjaya sebagai seorang doktor amat memenatkan dan gaji tak selebat mana menyebabkan gaji tu tak mampu nak bayar semula kepenatan tu. Maka, dia mula menjadi doktor dan menjadi businesswoman. Hebat gila doktor ini. Setakat ni dah ada perniagaan cyber cafe dan tengah berniaga pasir. Husband dia engineer, sebaya dengan kami tapi dah benti kerja sebab nak tumpukan pada business diorang. Dia dah benti kerja sebelum diorang bertunang lagi, sebab tu sairah ni setia gila kat mamat tu. Banyak pengorbanan si Ayie ni untuk melihat sairah gembira.

So, MEDICAL DR + ENGINEER = BUSINESSMAN + BUSINESSWOMAN

Anak-anak korang nanti, suruh la pilih nak jadi yang mana satu.. pening kot nanti anak nak tulis mak and bapak dia keja apa. Haha

For Dr Sairah Zahir, semoga perkahwinan hang kekal selamanya dan ia takkan menjarakkan ikatan persahabatan kita. Thank you for this 15 years of friendship. Aku sangat menghargai.

Then esoknya, hari ahad tu, saya ke pendang. Melawat anak Dina dan Zahir. Boboy nama dia, saya yang bagi. Nama betul Ahmad Zikri bin Ahmad Zahirani. Bakal anak doktor phD. Boboy kalau lahir lepas abah dah konvo baru boleh letak nama Ahmad Zikri bin Dr. Ahmad Zahirani. Kesian kat boboy, kena jaundice yang tinggi. Terpaksa stay kat hospital lebih kurang 8 hari. Tapi takpa, mama Dina sanggup tunggu kat sepital walau lama macam mana pun. Macam anak jepun kot. Comel gilos. Just bagi baju yang tak seberapa tanda kenang-kenangan dari saya dan Dr Istikamah. Saya Cuma ada gambar baju ja, gambar baby tak capture plak aritu sebab terlupa henfon dalam kereta comel kesayangan. Haha. Teruk kan auntie ni. Takpa, auntie sayang zikri.




Then isnin (ponteng kerja), saya bawak mak and kakak ke felda teloi, dekat dah dengan ofis. Ada kenduri sedara yang saya pun takda la kenal sangat. Tapi menurut parent saya, ini adalah sedara dekat. Ada 2 pasang pengantin. Barakallah. Semoga nanti dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Saya tak sempat nak bersalam dengan pengantin, sebab biasalah, semua orang nak bergambar dengan pengantin. Makanya, pengantin adalah teramat sibuk melayan kerenah paparazi dan mamarazi.




p/s: untuk mama Qama, nenek kedah dah buatkan tilam baby, bantal peluk baby dan bantal tidur baby. Dah siap. Kena sampai ke tangan tuan empunya baru boleh upload gambar. Paling lambat semua tu akan sampai ke shah alam next week. Nanti uncle mizi bagi yer. Semua nenek yang buat, kakak Cuma tolong sikit2, satu bantal kepala dan bantal peluk yang bulat sebab terlalu banyak kekabu tu kakak la yang buat tau... peluk cium untuk mama baby..hehe

Friday, March 9, 2012

Trip Cameron

Kita tengok gambar dulu yer...



















Nak edit dekat gambar tapi taktau nak buat mcm mana. pc ni susah sket. kalau kat lappy laju la saya dah edit. Sebenarnya trip ni saya dan shira ikut cupin ja. Tak rancang pun, but since cupin pegi sorang2, haruslah kami ikut sekali. Terpaksa amik cuti sebab pegi hari selasa. Mula2 tu macam agak pikir2 jugak la nak pegi cameron or nak pegi dengar seminar kat hotel di Penang. Last pilih cameron sebab kalau pegi seminar of coz tujuan utama sebab nak makan haibat ja. Bukan nak dengar sangat.
Bertolak ke cameron pagi2, tapi sampai atas cameron dah tengahari. Berenti kat Sg Perak lama sikit kot. Pastu bila naik kena ikut belakang lori dan kereta yang lembab, perjalanan menjadi lebih panjang.
Naik cameron tengahari takda la heaven sangat, sebab panas. Tapi pukul 1 camtu hujan seh. Sejuk maaaaa... bergetar-getar gigi ini. Survey homestay dulu dengan En Rostam. En Rostam ni agak kerek la bagi aku.
Then, si cupin dan ejab (bukit jalil) naik gunung berembun, aku, shira,kakju,moh dan usop pegi survey ladang boh. Nanti nak buat lawatan ke kilang boh. Tu pun dah amik masa yang lama. Kol 4 baru kami bertolak ke mardi nak pickup cupin and ejab. Semayang asaq dan zuhur, soping sikit2, terus turun ikut simpang pulai. Sampai kulim around 11 malam la jugak.
BTW, tak rugi saya ikut geng ni naik cameron, release doh kat atas cameron, sejuk2, makan jagung panas....
p/s: ahad sebelum tu pegi tambun dan makan mee udang kuala sepetang.. besttttt...

hello-hello-hello

Yezzaaa,

officially open this blog to peminat-peminat tercinta... ceewahhh


kata kawan saya: ko ingat ko retis?




haha, ko tak tau, retis tu type pemalas tahap dewa. bukan betol sangat apa yang depa tulis tu..



next: cerita cameron


p/s: tadi bakal isteri engineer yang merupakan seorang doktor, kol.. ada ka patot pi tanya saya sapa yang nak datang kenduri dia esok.. tunggu la mokcik oiiii..