Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Friday, April 27, 2012

lalalalalalalala

lalalalalala...


lalalalalala....


Sebulan lagi... Lalalalalala



Dupdapdupdapdupdapdupdap....



Im flying without wings....



Cubit pipi sikit.. ouch.. masih di malaysia lagi rupanya...




p/s: esok pagi-pagi nak naik cameron.. training mendaki..

Thursday, April 26, 2012

4 sekawan

sahak, gme, me, azrul


Bila trace balik gambar-gambar lama, found gambar ni.. on my convocation day.. pegang hadiah dari lonjong berdua tu..


Muka-muka diusia sweet 21... how time fly...

Wednesday, April 25, 2012

WW.. (nak jugak)


uwaaaaaa... minggu ni saya tak balik kampung lagi.. nak pegi cameron.. waaaaaaa... homesick gini... tak kira next week kena balik jugak..
Ini la kampung saya.. pemandangan ini akan lebih menarik kalau anda nampak ada sorang budak perempuan cun tengah jogging.. perghhhh.. damai toksah cakap..



Thursday, April 19, 2012

Adil..

Dulu zaman saya kat USM, saya kena masuk kelas english LSP300 (untuk pelajar MUET band 4).. Kat kelas tu, saya kenal sorang budak cikgu nama ADIL.. Pelik betol time tu bila saya ada kawan nama ADIL.. ADIL budak kelantan, rambut kerinting, cakap kelantan pekat nak mamppsss tapi kelakar nak mati, pakai spek besar bingkai bolat macam betty, naik kereta kelisa..kalau korang kenal ADIL ni tolong kirim salam yer.. (saya rasa sekarang ni dia dah semakin hensem dan bergaya kot)..
Hari tu kan, saya tengok muvie, tak ingat la muvie apa tajuk dia.. Tapi muvie tu pasal lelaki yang gila kerja dan kadang-kadang mengabaikan famili.. Gila cari duit untuk famili.. Pastu ada la sorang pakcik ni nasihatkan dia,
"Tak salah kita nak bekerja keras untuk famili, tapi kena juga luangkan masa untuk famili.. Tapi dalam masa yang sama kena luangkan masa dan adakan masa untuk diri sendiri.. Hidup perlu adil pada kita dan orang lain.. "
p/s:
Bosan la bila ada orang tak berlaku adil dalam organisasi saya bekerja.. terang-terang nampak dia tak adil dekat saya..

Monday, April 16, 2012

Walaupun itu bukan saya!!!

Assalamualaikum..


Wah, sekarang jadik ustazah sikit sebab nak pergi kan nanti.. belajar menjadi baik lebih baik kan.. ehem-ehem..


Saya kira isu PTPTN sangat hangat.. Maybe sebab sehari dua ni saya beli paper dan baca, jadi isu PTPTN sangat mencuri tumpuan saya.. Saya juga bekas pemimjam PTPTN selama 1 semester, pastu saya dapat tajaan JPA.. Orang kata pelajar tajaan JPA bijak-bijak belaka.. Ehem-ehem.. erm, malu i.. Mana ada, pelajar tajaan JPA sama ja, Cuma kami punya kebolehan berbelanja setiap semester kurang sikit dari pelajar PTPTN sebab PTPTN lebih hampir RM400 dari kami.. Jadi depa masyuk lagi la.. Kami ni meleleh ja tengok kawan-kawan yang dapat PTPTN shopping, kami sedar diri, duit tak sebanyak depa, makan ala kadar ja.. Kalau anda pelajar PTPTN mesti anda setuju kan..


Sekarang isu PTPTN dipolitikkan.. which is not good.. Mana mungkin pelajar PTPTN tak perlu bayar balik.. nonsence.. rubbish.. very shit.. Tolong lah.. kalau macam tu, PTPTN kena bayar balik kat saya la, saya dulu bayar full balik dekat PTPTN bila saya dapat sponsor dari JPA.. Ini la masalahnya kalau isu pendidikan dipolitikkan.. Saya tak salahkan mana-mana parti politik tapi pendidikan adalah hak individu.. Bila isu ini dipolitikkan, ramai yang mengambil kesempatan sedangkan hutang adalah hutang.. Ilmu wajib dicari, dan takda sapa yang paksa pelajar untuk sain agreement dengan PTPTN dulu.. Malu sangat bila orang ISLAM sendiri mengutuk PTPTN bila time nak bayar balik.. Tak sedar ke kita, hutang tu bawak sampai mati, even terdetik taknak bayar pun kalau dah mati hutang tu tetap dikira.. Bayar sikit pun takpa, asalkan bayar..


Kalau la sekarang ni taknak bayar, kenapa ambik dulu.. Macam mana kita sebagai generasi yang dikira bijak pandai boleh pikir macam ni.. Waktu nak ambik beria-ria isi borang ramai-ramai, lambat masuk PTPTN pergi mengadu dekat TV, bila time nak bayar balik, boleh pulak taknak bayar.. Bukan sebab saya pelajar tajaan JPA bila saya cakap begini.. Saya juga pelajar PTPTN dulu, tapi bila dapat JPA, kami bayar balik secepat yang mungkin (repeat second time dah ni). Kan saya cakap, kami dapat lagi sikit dari student PTPTN, jadi mana cukup nak cover untuk bayar balik PTPTN, saya dan kawan-kawan yang dapat JPA puasa tau..


Geram sebab saya tau ramai student pinjaman PTPTN yang guna duit tu untuk berjoli, beli henset mahal, beli gadget2 canggih, pergi bercuti keluar negara pun ada.. tapi yang pasti ramai yang guna duit tu untuk buat maksiat (pegi dating la).. Bila time kena bayar balik, bising taknak bayar..


Guna la otak sikit, kot ya pun buat la memorandum supaya charge perkhidmatan dikurangkan.. Nak kata tak bijak, PTPTN hanya untuk student IPTA dan IPTS.. maksudnya yang dah baligh dan pandai gunakan akal.. Mana mungkin umur 18 belum bijak menggunakan akal sepenuhnya.. Jangan tipu, tak baik.. Bayar la, ramai lagi orang nak guna duit tu.. Anak cucu kita nanti pun nak pakai duit tu.. marah kita bila kita tau ada orang kenamaan pakai duit rakyat, tapi bila kita sendiri yang buat macam tu???


Tak rugi pun kalau kita bayar balik PTPTN, kurang-kurang mati nanti mata terpejam rapat.. moga-moga takda la cucu kita dok mimpi yang nenek atau atuk dia tak aman kat dalam kubur sebab ada hutang yang tak bayar.. Paling tak pun, jangan la ada niat memang taknak bayar balik PTPTN.. bayar sebulan RM50 pun takpa kot.. Asalkan ada niat nak lunaskan hutang..



p/s:
1. Kita berkhidmat untuk negara bukan untuk mana-mana parti politik..
2. Ada sorang bos saya pernah berpesan, “Hidayah, kalau ada orang atasan yang buat perangai kurang elok dan kurang beri perhatian pada kerja, macam suka pas kerja kat orang lain, ambik la alih tugas dia, jangan berkira.. Kita bekerja kerana Allah.. Sama-sama nak naikkan imej sirim”... Dr Mat cakap macam tu kat saya..Saya ingat sampai bila-bila walaupun Dr mungkin dah tak ingat..
3. Saya dapat JPA bukan sebab saya bijak tapi sebab tak ramai mintak. Depa ambik PTPTN sebab kononnya kalau ambik JPA kena jadi servant gomen.. Mana ada, gomen pun taknak ambik saya kerja dengan dia walaupun dah 5 kali saya mintak (mungkin sebab bapak saya orang kuat parti pembangkang.. haha)..

Thursday, April 12, 2012

Panggilan untuk saya

Saya dapat berita gembira..
Saya kira sesapa yang dipanggilNya juga akan gembira seperti saya
Namun dalam masa yang sama perasaan risau tetap ada
Semoga saya sihat dan kuat untuk kesana
Ini impian dan cita-cita saya sejak bekerja
Alhamdulillah, Allah mendengar dan memakbulkan
Kena sentiasa bersangka baik dengan Allah
Kalau apa yang kita hendak tidak dimakbulkan, Dia pasti memberikan yang paling terbaik sebagai ganti
Saya sangat percaya itu..
Terima kasih.. Izinkan saya menjadi tetamuMu...

Friday, April 6, 2012

Khalifah-khalifah yang benar!!

Before kita masuk new weken petang ni, saya nak habiskan sikit lagi apa yang saya buat pada weken yang lepas.. Waktu jumpa bff saya tu, kami ada berbincang pasal masalah hati dia.. actually saya dan sorang lagi kawan kami pernah nasihatkan dia supaya break-off.. niat kami suci dan murni ok.. kesian kat dia.. dia tak dapat nak pupuk perasaan sayang kat fiance dia, so whats the point to continue the relationship kan?? Baik end up ja daripada makan hati sorang2, and she has the right and strong reason to ask for a release.. so, bila saya jumpa dia, dia bagitau yang dia dah setelkan dengan famili dia dan famili lelaki tu... what should i say----- welcome to the club darling!!! Hehe.. no la, i think deeply and i remember a story that my friend quote from a book “khalifah-khalifah yang benar”..


Gini ceritanya;


Semua orang tau Rasulallah mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Ummi Khalthum. Abu bakar pula mempunyai anak perempuan bernama Habsah. Pada suatu ketika, Abubakar ingin menikahkan anak perempuannya iaitu Habsah. Maka, pada suatu hari Abubakar pergi berjumpa dengan Uthman bin Affan dan Umar. Abubakar ingin mengahwinkan anaknya denganUthman lalu Abubakar bertanya samada Uthman ingin menikahi Habsah atau tidak. Malangnya, Uthman tidak memberikan sebarang jawapan dan hanya berdiam diri. Walaupun ditanya berkali-kali namun Uthman terus mendiamkan diri. Ini sangat mendukacitakan Abubakar. Lalu, Abubakar pergi bertemu Rasulallah dan menceritakan tentang apa yang berlaku. Rasulallah kemudiannya bertanya kepada Abubakar,

“sudikah dikau jika aku nikahkan anakmu Habsah dengan seorang lelaki yang lebih baik daripada Uthman”

Lalu Abubakar terkejut dan bertanya, “siapakah orang itu ya Rasulallah?”
Rasulallah menjawab, “akulah orang itu”


Maka, Abubakar tersangat gembira kerana anakandanya akan berkahwin dengan seorang manusia yang sangat mulia. Setelah itu, Abubakar pergi bertemu dengan Uthman untuk mengkhabarkan berita itu dan bertanyakan mengenai tindakan Uthman dahulu. Apa jawapan Uthman kepada soalan Abubakar itu;

“Sebenarnya aku telah terdengar Rasulallah menyampaikan hasrat bahawa baginda ingin meminang Habsah anakandamu. Itulah sebabnya mengapa aku tidak dapat menerima pinanganmu”
Setelah itu, Uthman telah dikahwinkan dengan anakanda Rasulallah iaitu Ummi Khalthum.



Kesimpulannya, Habsah telah mendapat suami yang lebih baik daripada Uthman iaitu Rasulallah s.a.w. Manakala Uthman telah mendapat wanita yang lebih baik daripada Habsah iaitu anakanda Rasulallah, Ummi Khalthum. Bukankah itu lebih terbaik bagi mereka.


Maka, apa yang saya rumuskan kepada bff saya adalah, bersabarlah.. insyaAllah, Allah sedang merancang yang terbaik untuk kita..


Tau tak cerita Tentang Dhia?? Perasan tak waktu Dhia putus tunang, dia merasa sangat sedih.. Pada suatu masa, sedang dia berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik setelah selesai solat, Zikir yang berada entah dimana juga sedang berdoa agar ditemukan dengan wanita yang terbaik. Cerita tu macam sangat menarik.. Apa yang saya nampak, sedang dia berdoa, disatu sudut dunia yang lain lelaki yang juga jodohnya juga sedang berdoa agar ditemukan dengan jodohnya.. Sweetkan?? Kan?? Baik mengaku sweet cepat...



p/s: mana mungkin kan kehendak kita melebihi kekuasaan Allah??..

Wednesday, April 4, 2012

Kemana hala tuju kita?

Saya sekarang sedang belajar secara part time di USM, tak tau la tahun bila saya akan habis belajar ni. Takpa la ek, asalkan saya istikamah dengan apa yang saya buat kan. Chayok hidayah. Tak habis tak boleh kawen tau! Ayok, takmau2.. nak kawen jugak even belum habis.. haha. Kenapa saya nak sambung belajar jugak??Its my dream since young, eh, forever young.. haha maybe sweet 17. hehe. Banyak sebab musabab, sebab ex-bos yang sangat menggalakkan saya sambung belajar suatu ketika dahulu, sebab saya, sebab famili, sebab-sebab-sebab.. but its happen for a reason right? Suatu ketika dahulu, sewaktu saya masih lagi dibawah penguasaan bos lama saya, saya hampir resign sebab saya nak sambung belajar (saya dah hantar surat resign dah). Tapi lepas tu saya fikir balik yang saya mungkin tak mampu nak tanggung bebanan kereta dan sewaktu dengannya kalau hanya sekadar dengan gaji RA yang sebanyak RM1300. Jadi, saya terpaksa kol bos lama saya balik untuk batalkan surat resign tersebut. haha. satu AMREC tau tu time tu, tapi kita lagi tau kan kemampuan diri kita sendiri. Tapi, bila saya dah permanent dalam sirim ni, saya hampir terlupa yang saya perlu sambung master sehingga saya diingatkan semula oleh ex-bos saya. Jadi bila saya dah pilih supervisor sekarang sebagai bos saya di USM, saya mula sedar perjalanan seorang pelajar postgraduate tidak semudah yang saya sangka. Bukan sekadar wang yang perlu dikorbankan (eh, itu pun nak berkira kan), tapi masa, dan supervisor. Oh! lupa pulak. Kesungguhan diri sendiri jugak adalah faktor utama. Sampai tahap ini saya semakin sedar diri saya adalah faktor utama. Wang bukan segalanya, tambahan pula sebagai pelajar memang kita kena kena percaya Allah akan bantu tanpa kita sedar. Bukankah ada 3 golongan yang akan dibantu oleh Allah:
1. Golongan yang akan berkahwin
2. Golongan yang berjuang dijalan Allah
3. Golongan yang menuntut ilmu
Tahun pertama, saya bayar sendiri, tapi untuk tahun kedua ni, saya akan mendapat biasiswa untuk bayaran yuran dan thesis. Tapi, bila dah selesai bab wang, masalah lain pulak timbul. Tapi apa la sangat kehidupan tanpa masalah kan. Masalah tu macam perisa supaya kita ingat yang kita pernah rasa macam dan pahit. Biarlah saya simpan apa yang saya lalui sebab each daripada kita pun melalui perjalanan yang beranjau dalam hidup mereka.
pertama kali saya datang lab postgraduate kat skul kimia, saya tau memang saya kena habiskan dan sambung lagi keperingkat yang lebih tinggi. Waktu saya datang, hampir 97% yang kat dalam lab tu adalah cina dan foreigner. Mostly foreigner. Lecturer kat skul kimia, hampir 70% adalah cina dan foreigner. Sedey sangat, tambahan pula kimia adalah subjek yang agak kritikal dalam student life. Waktu saya undergraduate dulu, peratusan pelajar melayu-cina,india,indon adalah 50%-50%. Bayangkan lagi beberapa tahun, ntah-ntah semua pelajar adalah cina time tu. Subjek kimia adalah sangat tough dan USM adalah universiti yang gah. Mereka sangat mementingkan akademik pelajar, maka adalah tidak mustahil nanti tenaga pengajar dan pelajar USM adalah orang luar atau cina. Sedangkan USM di penang adalah untuk mengekalkan orang melayu pulau pinang. Itu saya sangat pasti. Sedey kan melihat situasi ini. Jadi di mana role saya? AMREC ni hampir 98% adalah melayu dan tidak mustahil melayu akan terus cemerlang disini. Tapi, apa peranan saya? Mungkin sekarang saya hanya watak picisan tapi saya juga ingin meyumbang sesuatu untuk bangsa dan agama saya. So, berkorban sedikit mungkin tak mengapa kan?sekurangnya saya mencuba.
Perjalanan saya masih jauh (selagi saya masih hidup la)..
Oh, satu lagi. Saya ternampak dr nasir (my supervisor waktu FYP) di skul kimia. i think dia still the same. Paling menakjubkan dia masih pakai honda lama dia BER288.. sampai mati pun saya harap2 saya masih ingat no. plat kereta dia. Nostalgia sangat kot kereta tu. Saya kagumi Dr Nasir. Dulu2, kami takut gila dengan dia, and i guess sampai sekarang pun student masih takut dengan dia. Tapi saya dengar dia dah kurang cerewet sekarang, maybe sebab pertambahan umur kot. Kereta tu saya tak sangka masih kekal dinaiki oleh Prof Madya Dr Nasir. Itu kereta second hand saya kira. Bertahan. Kagum!!!! Dulu waktu saya 3rd year, Dr Nasir pernah dapat offer dari UTP sebagai Prof Madya dengan gaji RM12k.. waktu tu RM12k adalah macam bilion2 lemon. Tapi beliau tolak. Lepas tu terus USM upgrade dia dengan Prof Madya. Sekarang gaji USM adalah gaji korporat dan Dr Nasir selalu mendapat insentif dari USM (projek dia sangat excellent). Boleh bayangkan tak bahawa dia sebenarnya sangat mampu kalau nak naik kereta yang lagi-lagi hebat dari BER tu. Tapi masih lagi BER tu kekal di USM. Bila saya tengok kawan-kawan yang gaji hampir2 sama dengan saya bergaya sakan dengan kereta hutang pastu dok menyindir saya, rasa nak tergelak sangat.. hahaha
p/s:
1. Saya nak cakap lain tapi dah lari tajuk, pastu terus lupa nak cakap apa
2. Saya curi masa kerja taip entry ni, sangat tak bagus kan. Dr Azmi, saya curi tulang kejappppp ja
3. kehendak kita tak mungkin melebihi kekuasaan Allah

Monday, April 2, 2012

Hidup biar bergaya.. yeke?

Petang ni, saya keluar minum petang (eh, minum petang ke dinner eh) dengan bff saya. cewah, nak bagitau yang saya ada bff. Lepas dah makan aiskacang dengan laksa yummeh dekat tepi pantai menghadap jambatan pulau pinang, kami gi lepak tepi pantai sebelah Queenssbay. Kat situ makan lagi satay ikan yang comel. Sedap, yeay!!


Tengah makan, dah nak habis magrib, kawan bff saya kol. Dia nak datang lepak sekali kat tepi pantai tu. Eh, silap dia kol ajak bff saya gi kompleks bukit jambul. Tapi bff saya la nak jugak ajak si minah ni datang kat tepi pantai. Rupanya dia tak pernah lepak kat jalanan. Dia lepak starbuck je takpun seoul garden, paling koman dia lepak kat old town. Oh, lupa. Dia minah gadis melayu dulu. Public figure. suatu ketika dahulu la.


Pastu dia datang dengan kontrol2 nya, auw... malu le tu. Pastu saya plak yang terpikir......


" kita ni kalau tak mampu, buat cara tak mampu. kalau rasa macam diluar kemampuan kita, toksah nak bergaya lebih, bukan orang yang tolong bayar hutang ko pun"


teringat la sorang kawan lab saya pernah cakap, dia terkilan sebab ada kawan yang tanya kenapa dia tak beli kereta dan rumah, sedangkan dia dah ada famili dan famili dia ada sekali dengan dia. saya simpati, saya paham. Apa yang saya mampu nasihatkan dia, bersabar banyak2. Orang taktau apa yang dia tanggung, kalau orang tau pun bukan orang nak tolong bayar. kalau rasa tak mampu nak beli rumah dan kereta lagi, sewa la dulu rumah dan naik la dulu motor tu. bukan kena buang keja pun kalau datang keja naik motor. Saya ni naik viva pun ada orang kutuk. hanya kawan-kawan USM yang sangat hargai viva saya tu. Viva tu macam anak sulung la, waktu semua orang naik kereta yang masih milik famili, saya dah beli viva tu, sebab tu kawan2 usm kagum dengan viva tu. Takpa viva, saya sayang kamu. Kalau saya nak tukar kamu pun, hanya bmw3series yang boleh ditukarganti dengan kam. Bukan sebarangan kereta tau. Kamu milik saya.


Saya pun tak suka orang yang suka kritik apa yang orang lain ada, walaupun kadang2 saya pun ada sikap macam tu jugak, tapi toksah la melampau. Kadang2 kata2 yang berupa sindiran dan sinis itu mampu melukakan hati orang. Berdosa tau tak, tambah dosa kering. tapi jadi orang yang disindir pun best gak, doa orang yang dizalimi mudah dimakbulkan. Eh, orang yang disindir tu sama macam orang yang dizalimi ek????


Takpa la, yang penting enjoy your life to the fullest. Be the best. Just do what you love tooooo.. yang penting kita adalah creation Allah yang paling unic. each of us are special on our own way...