Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, April 6, 2012

Khalifah-khalifah yang benar!!

Before kita masuk new weken petang ni, saya nak habiskan sikit lagi apa yang saya buat pada weken yang lepas.. Waktu jumpa bff saya tu, kami ada berbincang pasal masalah hati dia.. actually saya dan sorang lagi kawan kami pernah nasihatkan dia supaya break-off.. niat kami suci dan murni ok.. kesian kat dia.. dia tak dapat nak pupuk perasaan sayang kat fiance dia, so whats the point to continue the relationship kan?? Baik end up ja daripada makan hati sorang2, and she has the right and strong reason to ask for a release.. so, bila saya jumpa dia, dia bagitau yang dia dah setelkan dengan famili dia dan famili lelaki tu... what should i say----- welcome to the club darling!!! Hehe.. no la, i think deeply and i remember a story that my friend quote from a book “khalifah-khalifah yang benar”..


Gini ceritanya;


Semua orang tau Rasulallah mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Ummi Khalthum. Abu bakar pula mempunyai anak perempuan bernama Habsah. Pada suatu ketika, Abubakar ingin menikahkan anak perempuannya iaitu Habsah. Maka, pada suatu hari Abubakar pergi berjumpa dengan Uthman bin Affan dan Umar. Abubakar ingin mengahwinkan anaknya denganUthman lalu Abubakar bertanya samada Uthman ingin menikahi Habsah atau tidak. Malangnya, Uthman tidak memberikan sebarang jawapan dan hanya berdiam diri. Walaupun ditanya berkali-kali namun Uthman terus mendiamkan diri. Ini sangat mendukacitakan Abubakar. Lalu, Abubakar pergi bertemu Rasulallah dan menceritakan tentang apa yang berlaku. Rasulallah kemudiannya bertanya kepada Abubakar,

“sudikah dikau jika aku nikahkan anakmu Habsah dengan seorang lelaki yang lebih baik daripada Uthman”

Lalu Abubakar terkejut dan bertanya, “siapakah orang itu ya Rasulallah?”
Rasulallah menjawab, “akulah orang itu”


Maka, Abubakar tersangat gembira kerana anakandanya akan berkahwin dengan seorang manusia yang sangat mulia. Setelah itu, Abubakar pergi bertemu dengan Uthman untuk mengkhabarkan berita itu dan bertanyakan mengenai tindakan Uthman dahulu. Apa jawapan Uthman kepada soalan Abubakar itu;

“Sebenarnya aku telah terdengar Rasulallah menyampaikan hasrat bahawa baginda ingin meminang Habsah anakandamu. Itulah sebabnya mengapa aku tidak dapat menerima pinanganmu”
Setelah itu, Uthman telah dikahwinkan dengan anakanda Rasulallah iaitu Ummi Khalthum.



Kesimpulannya, Habsah telah mendapat suami yang lebih baik daripada Uthman iaitu Rasulallah s.a.w. Manakala Uthman telah mendapat wanita yang lebih baik daripada Habsah iaitu anakanda Rasulallah, Ummi Khalthum. Bukankah itu lebih terbaik bagi mereka.


Maka, apa yang saya rumuskan kepada bff saya adalah, bersabarlah.. insyaAllah, Allah sedang merancang yang terbaik untuk kita..


Tau tak cerita Tentang Dhia?? Perasan tak waktu Dhia putus tunang, dia merasa sangat sedih.. Pada suatu masa, sedang dia berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik setelah selesai solat, Zikir yang berada entah dimana juga sedang berdoa agar ditemukan dengan wanita yang terbaik. Cerita tu macam sangat menarik.. Apa yang saya nampak, sedang dia berdoa, disatu sudut dunia yang lain lelaki yang juga jodohnya juga sedang berdoa agar ditemukan dengan jodohnya.. Sweetkan?? Kan?? Baik mengaku sweet cepat...



p/s: mana mungkin kan kehendak kita melebihi kekuasaan Allah??..

No comments: