Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Monday, April 16, 2012

Walaupun itu bukan saya!!!

Assalamualaikum..


Wah, sekarang jadik ustazah sikit sebab nak pergi kan nanti.. belajar menjadi baik lebih baik kan.. ehem-ehem..


Saya kira isu PTPTN sangat hangat.. Maybe sebab sehari dua ni saya beli paper dan baca, jadi isu PTPTN sangat mencuri tumpuan saya.. Saya juga bekas pemimjam PTPTN selama 1 semester, pastu saya dapat tajaan JPA.. Orang kata pelajar tajaan JPA bijak-bijak belaka.. Ehem-ehem.. erm, malu i.. Mana ada, pelajar tajaan JPA sama ja, Cuma kami punya kebolehan berbelanja setiap semester kurang sikit dari pelajar PTPTN sebab PTPTN lebih hampir RM400 dari kami.. Jadi depa masyuk lagi la.. Kami ni meleleh ja tengok kawan-kawan yang dapat PTPTN shopping, kami sedar diri, duit tak sebanyak depa, makan ala kadar ja.. Kalau anda pelajar PTPTN mesti anda setuju kan..


Sekarang isu PTPTN dipolitikkan.. which is not good.. Mana mungkin pelajar PTPTN tak perlu bayar balik.. nonsence.. rubbish.. very shit.. Tolong lah.. kalau macam tu, PTPTN kena bayar balik kat saya la, saya dulu bayar full balik dekat PTPTN bila saya dapat sponsor dari JPA.. Ini la masalahnya kalau isu pendidikan dipolitikkan.. Saya tak salahkan mana-mana parti politik tapi pendidikan adalah hak individu.. Bila isu ini dipolitikkan, ramai yang mengambil kesempatan sedangkan hutang adalah hutang.. Ilmu wajib dicari, dan takda sapa yang paksa pelajar untuk sain agreement dengan PTPTN dulu.. Malu sangat bila orang ISLAM sendiri mengutuk PTPTN bila time nak bayar balik.. Tak sedar ke kita, hutang tu bawak sampai mati, even terdetik taknak bayar pun kalau dah mati hutang tu tetap dikira.. Bayar sikit pun takpa, asalkan bayar..


Kalau la sekarang ni taknak bayar, kenapa ambik dulu.. Macam mana kita sebagai generasi yang dikira bijak pandai boleh pikir macam ni.. Waktu nak ambik beria-ria isi borang ramai-ramai, lambat masuk PTPTN pergi mengadu dekat TV, bila time nak bayar balik, boleh pulak taknak bayar.. Bukan sebab saya pelajar tajaan JPA bila saya cakap begini.. Saya juga pelajar PTPTN dulu, tapi bila dapat JPA, kami bayar balik secepat yang mungkin (repeat second time dah ni). Kan saya cakap, kami dapat lagi sikit dari student PTPTN, jadi mana cukup nak cover untuk bayar balik PTPTN, saya dan kawan-kawan yang dapat JPA puasa tau..


Geram sebab saya tau ramai student pinjaman PTPTN yang guna duit tu untuk berjoli, beli henset mahal, beli gadget2 canggih, pergi bercuti keluar negara pun ada.. tapi yang pasti ramai yang guna duit tu untuk buat maksiat (pegi dating la).. Bila time kena bayar balik, bising taknak bayar..


Guna la otak sikit, kot ya pun buat la memorandum supaya charge perkhidmatan dikurangkan.. Nak kata tak bijak, PTPTN hanya untuk student IPTA dan IPTS.. maksudnya yang dah baligh dan pandai gunakan akal.. Mana mungkin umur 18 belum bijak menggunakan akal sepenuhnya.. Jangan tipu, tak baik.. Bayar la, ramai lagi orang nak guna duit tu.. Anak cucu kita nanti pun nak pakai duit tu.. marah kita bila kita tau ada orang kenamaan pakai duit rakyat, tapi bila kita sendiri yang buat macam tu???


Tak rugi pun kalau kita bayar balik PTPTN, kurang-kurang mati nanti mata terpejam rapat.. moga-moga takda la cucu kita dok mimpi yang nenek atau atuk dia tak aman kat dalam kubur sebab ada hutang yang tak bayar.. Paling tak pun, jangan la ada niat memang taknak bayar balik PTPTN.. bayar sebulan RM50 pun takpa kot.. Asalkan ada niat nak lunaskan hutang..



p/s:
1. Kita berkhidmat untuk negara bukan untuk mana-mana parti politik..
2. Ada sorang bos saya pernah berpesan, “Hidayah, kalau ada orang atasan yang buat perangai kurang elok dan kurang beri perhatian pada kerja, macam suka pas kerja kat orang lain, ambik la alih tugas dia, jangan berkira.. Kita bekerja kerana Allah.. Sama-sama nak naikkan imej sirim”... Dr Mat cakap macam tu kat saya..Saya ingat sampai bila-bila walaupun Dr mungkin dah tak ingat..
3. Saya dapat JPA bukan sebab saya bijak tapi sebab tak ramai mintak. Depa ambik PTPTN sebab kononnya kalau ambik JPA kena jadi servant gomen.. Mana ada, gomen pun taknak ambik saya kerja dengan dia walaupun dah 5 kali saya mintak (mungkin sebab bapak saya orang kuat parti pembangkang.. haha)..
Post a Comment