Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Friday, May 25, 2012

Umrah-1

Assalamualaikum,

InsyaAllah, sekiranya dipanjangkan umur sehingga subuh 27 Mei, saya akan berada dimasjid nabawi pada waktu itu. Malam ini saya akan bertolak menaiki bas ke KLIA dan esok 3 petang saya akan terbang ke Madinah. Doa kan perjalanan dan urusan saya dipermudahkan. Ramai tanya apa perasaan saya. Tah la, susah nak explain. Agaknya macam perasaan orang nak nikah kot, berdebar-debar, excited, gembira dan dalam masa yang sama risau. Kalau sebulan yang lepas, rasa sangat tak sabar nak tunggu lagi sebulan, tapi hari ni, rasa sangat tak sabar nak mulakan perjalanan malam ini.



Bila pergi time cuti sekolah, banyak kenduri yang saya termiss. Bermula daripada kenduri bertunang kawan2 terdekat, kenduri bertunang sedara terdekat (anak sedara saya), kenduri kawen jiran sebelah rumah, kenduri kawen kawan sekolah menengah, kenduri kawen kawan sekolah rendah, kenduri kawan universiti.. Banyak yang saya terlepas.. balik nanti jumpa diorang dengan pasangan jela..


BTW, ini first time saya berjalan jauh, sebelum ni tak pernah keluar dari malaysia malah tak pernah terdetik pun nak berjalan jauh kecuali tempat ini sahaja. Sebab tu agaknya berdebar, im afraid of height.. haha.. sebab tu kena belajar naik gunung.. Naik flight adalah satu bentuk ujian bagi saya, sebab kalau saya naik flight keimanan bertambah sikit (yela mulut asik berzikir dari start onboard sampai selamat landing)..


So, saya mohon maaf andai saya ada terkasar bahasa disini, kepada kawan2 yang kenal saya, saya tau saya suka cakap suka hati, maka saya mohon maaf sangat2.. Doakan perjalanan saya kesana selamat dan semua urusan saya dipermudahkan.. Doakan saya dapat berdoa di Raudhah, dapat mencium hajarul aswad, dapat solat di kawasan hijir ismail.. Doakan saya dapat memanfaatkan masa saya sebaik dan semaksima mungkin untuk beribadat disana.. Doakan semoga semua doa-doa saya diterima ALLAH.. Paling utama doakan semoga saya dikurniakan umrah yang mabrur dan saya dapat menjadi insan yang lebih baik apabila kembali nanti (inilah yang saya paling risau)..

Saya mendoakan agar Allah menjemput kita semua untuk menjadi tetamuNya yang paling istimewa...


p/s: Anak sedara kesayangan saya dan kesayangan kami semua (Izuan) akan bertunang 3 Jun 2012.. Saya kecik hati dia sanggup tak tunggu saya- musuh ketat dia balik dulu.. Tapi saya faham, semua orang nak jaga hati saya eventho tak perlu pun buat sampai macam tu.. Agaknya lagi menarik kalau saya ada sama, padan muka dia takda sapa nak buatkan hantaran yang cantik.. Sibuk mintak saya belikan cincin dari mekah..
Post a Comment