Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Friday, June 29, 2012

umrah-finale

Sudah part terakhir.. semoga part sebelum ini berguna untuk sesiapa yang akan kesana untuk umrah dan saya nanti untuk ibadat haji..Amin


Part ini saya nak share tentang persediaan barang.

Jangan bawa barang terlalu banyak. Saya pun mula2 bawak baju banyak, takut tak sempat nak basuh, tapi lastly, mak saya datang dan keluarkan banyak barang. Tapi, xpa, kat sana semua ada, kalau tak cukup barang beli ja kat sana. Apa yang perlu bawak-mengikut pemerhatian saya.

1.       Bawak baju kurung 2 pasang dan jubah 2 pasang. (dah cukup banyak dah) tapi kalau korang nak selesa lagi, bawak ja t-shirt muslimah dengan slack kaler gelap. tak salah pun asalkan menutup aurat. Kat sana kemana-mana pun dalam telekung, so, pakai jela apa pun kat dalam tu.

2.       Bawak 2 seluar panjang untuk pakai kat dalam.

3.       Bawak 2 baju inner lengan panjang dan hantar tailor suruh dia jahit poket depan.

4.       Telekung 2 pasang

5.       Kasut untuk bergerak ke masjid- 1

6.       Kasut untuk perjalanan jauh dan mendaki -1

7.       Stoking secukupnya dan handsock 1 pasang

8.       Mask muka atau purdah buat sendiri

9.       Pakaian keperluan ehem2...

10.   Baju tido satu pun cukup.

11.   Gunting untuk tahalul. Bawak sendiri-sendiri dan sentiasa pastikan ada dalam beg.

12.   Bawak la ma’thurat.

13.   Vaseline jangan lupa.

14.   Ubat adalah wajib. Panadol, ubat batuk, strepsil bawak banyak sikit, dan ubatan yg sesuai.

15.   Plastik kasut.

16.   Sejadah kecil.

17.   Botol spray. Ini adalah keperluan, terutama sekali di masjidil haram. Dalam flight pun sangat perlu. Toilet flight kan sangat kecil, susah nak ambik wudu’.

18.   Barang mandian jangan lupa. Bawak sekali sabun basuh dan hanger. Hanger sangat penting.

19.   Kalau anda peminat kafein tegar seperti saya, pastikan bekalan nescafe 3 in 1 atau radix adalah mencukupi.

20.   Duit sangat perlu.

21.   Kalau anda masih bujang trang tang tang seperti saya, bawakla NAMECARD secukupnya. Hahahahaha

22.   Paling penting, bawa la sekeping hati kesana untuk beribadat.



Kalau pegi tak bawa apa2 pun takpa, kat sana berlambak semua tu.. yang penting bawak diri dan hati.



Passport jangan lupa ya..., bawak beg besar adalah bonus, nanti kat sana korang akan paham.



Sila rancang jadual, saya berkali-kali diingatkan supaya merancang jadual oleh Dr Istiqama. Tapi saya sendiri taktau apa yang perlu dirancang. Bagi saya, ia bergantung kepada jadual aktiviti travel agency. Namun, sebagai persediaan peribadi, saya mencadangkan:

  1. Belajar sujud tilawah. Mana tau tetiba imam buat sujud tilawah
  2. Belajar sujud sajadah
  3. Solat jenazah
  4. Solat sunat rawatib
  5. Solat taubat
  6. Solat tahajud
  7. Solat hajat
  8. Solat tasbih
  9. Ingat bahawa di madinah dan mekah tiada doa Qunut. Ikut jela imam buat apa. Pastu kat masjidil haram tak payah buat solat tahiyatul masjid sebab kita akan buat tawaf, tawaf dah menggantikan solat tahiyatul masjid dan kat situ juga takda waktu yang diharamkan untuk solat. Anytime.

Kat masjid nabawi atau masjidil haram, quran berada di mana-mana sahaja. Nak bawa dari malaysia boleh, taknak bawak pun boleh. Kalau bawak lagi bagus kot, sekurangnya kita boleh baca terjemahan. Tapi toksah la bawak yang gedabak (walaupun saya bawak yang gedabak), ada ja quran yang kecik tu yang user friendly.


Pastikan juga datang awal ke masjid. Datang awal yer, sejam sebelum masuk waktu solat, pastikan dah berada di masjid. Masuk jer, minum air zam-zam sejuk, wah nikmat gila...



Wah, dah tamat..



Anybody nak pegi palestine??? do contact me, mau folo..

Tuesday, June 26, 2012

umrah -7

Sebulan yang lepas, ketika ni saya sedang di KLIA menunggu SAUDI AIRLINES untuk ke Jeddah.. wahhh, cepat siot masa berlalu..


Persediaan diri untuk ibadat tawaf dan saie juga sangat penting. Untuk ibadah umrah, kita disunatkan untuk memakai pakaian berwarna putih. Tapi kalau pakai jubah kaler apa pun takpa. Saya tak pakai jubah, saya Cuma pakai baju kurung berwarna putih. Takpa pakai apa pun, yang penting kita kena tau dari mana nak start tawaf, berapa pusingan, dari mana nak start saie dan berapa pusingan. Kena la baca dan belajar betol2. Daripada apa yang ustaz ajar, umrah adalah perbuatan yang dilakukan dengan pengertian. Bacaan adalah nilai tambah. Dan tiada bacaan khusus.



Tawaf

Saya biasanya lakukan tawaf sorang2. Hanya tawaf pertama sahaja saya buat beramai-ramai. Kemudian untuk tawaf umrah atau tawaf sunat saya lakukan sendiri. Saya akan berjalan di belakang jemaah Malaysia atau berdekatan dengan jemaah Malaysia. Saya pilih sendiri waktu yang saya rasakan sesuai untuk tawaf. Biasanya selepas solat subuh saya akan balik hotel untuk brekfast, dan tido selama sejam. Kemudian kembali ke masjid untuk solat zuhur. Saya tak balik selepas zuhur dan tunggu solat asar. So, kalau nak boleh la tawaf sunat time tu. Selepas asar saya akan balik hotel untuk perbaharui wudu’ (mana tau nak terkucil). Kembali semula ke masjid untuk solat magrib dan isyak. Kemudian balik untuk makan malam dan cek jadual aktiviti. Biasanya saya tido pukul 1 dan pukul 2 dah bangun untuk ke masjid. Subuh di madinah adalah pada pukul 4 pagi dan di mekah adalah pada pukul 3.30 pagi.



Bacaan untuk tawaf adalah terpulang kepada kita. Ada orang bawa buku. Saya simpan buku dalam beg. Saya banyak berzikir, istighfar, baca surah pendek dan baca la apa2 yang kita paham maksudnya. Niatkan dalam hati. Kalau nak baca buku pun takpa. Saya tengok ramai ja yang baca buku. Tapi pastikan kita tak tolak orang dan bacaan kita tak mengganggu orang lain. Juga kena pastikan bahu kiri kita sentiasa mengadap ke arah kaabah. Satu lagi, saya pastikan saya membaca ummulkitab surah Al-Fatihah untuk satu pusingan tawaf dan surah Alam Nasyrah untuk satu pusingan.



Namun pastikan sewaktu tawaf, kita sentiasa dalam wudu’. Dan pastikan juga aurat tidak terbuka. Dalam ihram, jangan la gatal-gatal nak pegi dekat kaabah, sebab kaabah berbau wangi. Takut bau kaabah melekat pada pakaian kita. Dan juga jangan tetiba kaki kita melangkah masuk ke hijir ismail andaikata time tu tiada orang dihijir ismail. Batal la nanti sebab hijir ismail adalah termasuk dalam kawasan kaabah. Tawaf adalah di luar kawasan kaabah sahaja. Lepas tawaf, sembahyang sunat tawaf belakang makam ibrahim dan lakukan sujud syukur. Kemudian pegi minum air zam-zam, itu adalah sunat.





Saie

Saie nampak mudah tapi penat dan meletihkan. Itulah pengorbanan seorang ibu. Jarak anatara bukit safa ke bukit marwah agak jauh. Sebenarnya tiada bacaan yang khusus untuk dibaca, zikir pun dah cukup baik. Saya pernah baca yasin sewaktu saie. Tapi waktu saie, kita dah takda pantang larang, takda wudu’ pun takpa. Kalau nak berenti minum dan berehat sekejap pun takpa. Pernah sekali waktu umrah kali ke-3, saya banyak berenti rehat sebab letih sangat. Memang pengorbanan siti hajar sangat besar. Kasih ibu. Jadi bila tiba di bukit marwah, naik la ke atas bukit marwah dan berdoa. Kalau saya, saya minta supaya saya juga menjadi ibu yang terbaik seperti siti hajar, isteri yang taat, dan hamba yang yakin dengan penciptaNya.



Tahalul



Bawa gunting dalam beg. Gunting kecik ja. Kalau kita belum bertahalul, kita jangan guntingkan rambut orang lain. Dan jangan bagi orang guntingkan rambut kita selagi dia belum bertahalul, nanti tak sah.



Yeay!!! Selesai lah umrah.. bebas lah kita dari ihram. Berada dalam ihram, ada 13 pantang larang. Kena baca dan fahami betul2. Nanti kena bayar dam kalau kita langgar pantang larang. Terutama untuk lelaki, korang lagi la kena betul2 jaga.


Nurul Khatimah -2


Alooloo.. comel.. sebijik macam ibu dia, tang dahi tu...
Akan diusahakan untuk pergi melawat Khatimah OK..

Monday, June 25, 2012

Gua Tempurung




My first activity sosial after balik umrah was “Ekspedisi Gua Tempurung” pada hari sabtu lepas... Apa yang saya boleh komen untuk trip ini adalah, it was sooooo wonderful.. seronok sangat dan kami semua sangat puas hati walaupun saya sakit perut (cirit birit) esoknya..



On 23 Jun 2012, saya dan seramai 37 lagi student USM (postgraduate + undergraduate) telah menaiki sebiji bas USM ke Gopeng, Perak. Perjalanan kami bermula pada pukul 8.00 pagi dari USM. Sambil makan nasi lemak, nasi goreng, kuih muih, sandwich dan natadecoco dalam bas, hampir pukul 10.30 pagi baru kami sampai ke Gopeng.



Sampai je, kami didaftarkan dan diberikan sticker kaler hijau tertulis GT. Saya ingatkan GT tu maksudnya Gua Tempurung, malangnya saya tersilap. GT means Grand Tour. FYI, ada 4 pakej yang diberikan. Boleh check kat website dia untuk maklumat lanjut dan GT adalah pakej yang paling adventure sekali. Untuk GT, harga yang dikenakan untuk individu adalah RM50, but if we come in group akan dapat diskaun 10% kot kalau tak silap. For this trip, i paid RM38 which also include lunch on that day. Murah right? Memang la murah, dapat sponsor banyak kot.



Ok, lets continue on our tour. Nama guide kami adalah en. Mustafa, and he is so funny and pandai membuat lawak serta cool bebeh. Kami dimaklumkan bahawa perjalanan kami akan mengambil masa 4 jam dengan jarak sejauh 3.8km. Actually kalau ikut logik maybe 2 hour dah boleh selesaikan the challenge but dengan mengambil kira masa untuk sesi penerangan dan queue due to traffic jem, maka 3.30 to 4.oo hrs adalah masa yang kami estimate untuk habiskan tour.



Sangat menarik, paling banyak adalah adegan sliding dan merangkak bawah stalagtit. Perjalanan kami bermula pada pukul 11.20 am. Untuk GT, kita sangat2 perlukan samada torchlight atau headlamp. Keadaan dalam gua adalah sangat gulita. Ada satu time, kami diminta menutup semua lampu, dan itulah keadaan dimana, kita berada di alam kubur nanti kot. Gelap gulita. Dan pastikan kita memakai kasut yang sesuai. Saya tengok ramai student wanita yang memakai sport shoes yang tetiba ja tapak terkeluar. Kesian siot, sebab kadang2 kita perlu berjalan atas batu and sometimes dalam pasir. Sakit kaki weh.  Saya bernasib baik sebab dengan muka tak malunya, saya pakai kasut hiking yang Cuma berharga RM5. Murah, selamat, selesa dan berguna sangat-sangat.



Sangat berterima kasih kepada student2 lelaki yang sanggup membantu student wanita sewaktu sliding. Saya rasa hampir 5 kali kot kami perlu slide. Slide dia bukan biasa2, tapi sangat curam. Siot la, malu weh, dengan berat 61kg, perlu bantuan orang untuk sambut. But, jangan salah sangka, diorang Cuma tahan kasut. Ada satu time tu, kami perlu melalui satu lubang yang hanya muat untuk sorang ja. Mencabar betul. Tapi, part sliding la yang saya rasa paling mencabar, tak terfikir langsung akan ada sliding yang membunuh macam tu kat dalam gua. Part merangkak memang saya dah dengar kawan-kawan dok bercerita. Memang asik kena merangkak macam cerita p ramlee, tapi merangkak dalam air. Kau panggung kepala, alamatnya terhantuk la. Seronok....



The sad thing is, kami tak sempat nak ambik gambar. Ye la, dengan air semedang, dengan nak tengok keliling lagi, dengan nak jaga kepala taknak terhantuk, dengan nak bersembang bagai, mana sempat nak ingat nak bergambar. Saya mana ada kamera, tumpang kamera diorang ja.



Dalam pukul 3 petang, kami berjaya keluar dari gua. Perkara pertama yang saya cari adalah nasi. Lapar siot. Lantak la ada orang nak main apa pun pastu, saya dah lapar. Terus makan. Pastu mandi, siap dan solat. Pukul 5 pm kami bertolak balik ke USM.



Keseluruhan?? Sangat best walaupun most diantara kami tak kenal pun satu sama lain. But i believe we make friend through activity macam ni kan. Smile, and we became friend. And, to be a friend, we need trust.

Umrah-6

Saya pernah menulis disini yang saya ingin sekali mengerjakan umrah pada usia 26 tahun.  Alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya.


Saya hanya mendapat tahu dapat pergi sebulan sebelum tarikh. Walaupun ia memang impian saya, namun semestinya saya tidak membuat sebarang persediaan pun. Mujurlah, ada dunia blog. Saya banyak mendapatkan info dari blog walaupun tidak semua memberikan gambaran yang lengkap. Tapi, sedikit sebanyak ia membuatkan saya semakin bersedia untuk ke sana. Selain dari blog, saya juga banyak bertanya kepada kawan2 sekerja dan mak saya juga banyak membebel tentang perkara-perkara yang saya patut tahu disana nanti. Derhaka gila punya anak. Haha. Saya hanya sempat mengikuti kelas bersama travel agency sebanyak 2 kali sahaja. Sepatutnya saya ikut kelas sebanyak 3 kali tapi satu kelas tu saya tak hadir sebab saya pergi mendaki ke cameron highland. Tapi, kat kelas pun takda la diajar details sangat. Bagi saya, memang la, apa la yang nak di ajar.  Jadi dalam masa seminggu setelah dapat tahu nak pegi, saya perlu menjelaskan bayaran pakej dan perlu siapkan passport dan dapatkan suntikan meninggitis. Kalau anda kat kulim kedah, pegi ke klinik Dr Ismail.

Yang penting kena tau apa rukun umrah. Rukun umrah ada 5.

1.       Niat di miqat.

2.       Tawaf

3.       Saie

4.       Tahalul

5.       Tertib

Selesai bercukur maka selesailah umrah wajib yang pertama. Umrah kali pertama adalah wajib. Mengikut Puji travel, kami dibawa untuk niat di miqat sebanyak 3 kali. Tiada bayaran tambahan. Semua termasuk dalam harga pakej. Kami berpeluang untuk miqat yang pertama di Bir Ali. Biasanya kalau kita dari madinah memang kita akan miqat di Bir Ali. Kalau kita naik flight direct ke mekah, pilot akan maklumkan tempat miqat, makanya pakailah pakaian ihram siap2 sewaktu di KLIA. Kali ke-2 saya bermiqat adalah di Jaranah. Manakala kali ke-3 saya bermiqat adalah di Hudaibiyah. Hudaibiyah adalah tempat dimana berlakunya perjanjian Hudaibiyah iaitu Baiah diantara rasulAllah dengan arab Mekah pada tahun ke 6 hijrah, setelah rasulAllah berhijrah ke madinah dan ingin masuk semula ke Mekah untuk menunaikan umrah setelah diperintahkan oleh Allah. Telaga dan tempat perjanjian hudaibiyah ini masih wujud namun tidak dipelihara dengan elok. Orang arab ni, kadangkala tak pandai memelihara tempat2 bersejarah, takut menjadi bidaah agaknya. Satu lagi tempat miqat yang saya tak pergi adalah Tanaim (atau dikenali dengan masjid Aisyah). Biasanya jemaah akan miqat di Tanaim sebab Tanaim lebih hampir dengan masjidil haram.

Namun ada juga travel agency yang membawa jemaah melakukan niat ihram (miqat) sebanyak 7 kali. Namun jemaah perlu bayar sendiri kos untuk pergi ke Tanaim. Biasanya kos untuk naik van sekali pergi (yang memuatkan 15 orang satu van )adalah SR7. Banyak travel agency yang bawa jemaah 7 kali umrah. Namun, bergantung kepada kita nak buat umrah berapa kali pun. Satu kali pun tapi kalau dilakukan dengan sebaik yang mungkin akan menjadi umrah yang mabrur dan sudah cukup.

Untuk menjadi tetamu Allah, persediaan mental dan fizikal adalah sangat perlu. Muda atau sihat bukanlah ukuran untuk kita berjaya disana. Agaknya sebab itulah niat sangat penting. Perjalanan yang meletihkan membuatkan saya kurang dapat menumpukan perhatian di madinah. Tambahan pula perbezaan waktu walaupun agak tidak ketara iaitu selama 5 jam turut membuatkan saya mudah mengantuk. Waktu antara magrib ke isyak di madinah adalah sangat crucial untuk saya. Saya selalu tertido time tu. Dah biasa kalau kat malaysia saya tido time tu, jadi mata saya sangat la tak boleh buka. Haha. Tapi untuk 2 malam yang pertama ja, pastu saya dah ok. Nasib baik time subuh saya ok. Saya pastikan saya menjadi orang pertama yang bangun supaya saya tak kelam kabut. Alhamdulillah, bila di Mekah, saya langsung tak letih dan boleh adapt dengan perbezaan masa. Serius, kat madinah agaknya saya tido dalam 3-4 jam setiap hari, tapi bila di mekah biasanya saya tidor sekitar 2 jam setiap hari. Tapi, percaya la kita takkan letih. Mungkin sebab kat madinah, masjid ada ekon, tapi kat mekah panas maka saya tak terbuai sangat. Lagipun, bila nak terkatup mata cepat2 bagitau kat diri sendiri, daripada tido baik gunakan masa tersebut untuk pandang kaabah. Oh, pandang kaabah sahaja pun dah dapat pahala.

Di masjidil haram, sewaktu habis tawaf sunat, andai kata kita mencuba untuk mencium hajarulaswad, akan ada ramai ja ibu-ibu indon yang akan menawarkan khidmat membawa kita mencium hajarulaswad. Itu adalah sindiket. Tak payah terima. Selain daripada harga yang mahal, biasanya mereka akan merempuh jemaah lain bagi membolehkan kita mencium hajarulaswad. Rugi la pulak kalau nak dapatkan yang sunat tapi kita perlu menolak orang lain. Niat dalam hati memang nak cium tapi dengan izinNya. Kalau dah tak boleh cium tu, pegi berdoa di hijir ismail. Jangan lupa juga berdoa di multazam.


p/s: Yang penting niat kita kata ustaz.. Macam-macam manusia akan ada macam-macam agenda.. walau apa pun urusan kita, hanya Allah ja yang mampu tunaikan.. Tapi bisnes kat sana memang masyukkkkk


Thursday, June 14, 2012

Umrah-5

Last entry bergambar.

Ini adalah highway dari madinak ke mekah. Naik bas selama hampir 6 jam. Itu naik bas, kalau naik unta saya tak tau berapa lama.. Dengan struktur mukabumi yang bergunung ganang berbatu, saya sangat kagum.

Comel kan anak pak arab.. diorang putih, bila berada pada suhu 54 darjah celcius memang konfem la jadi kemerahan..  Cuba kalau orang asia, mostly muka terbakar..

Mintak tolong pak arab tangkap gambar

Pembesaran masjidil haram.. semoga orang yang menyumbang untuk pembesaran masjid ini bertambah kaya raya dan dapat terus menyumbang...

Ini di Jabal Thur.. saya tak naik.. SR10 kalau nak naik.. malas la nak naik sorang2.. Lain la kalau ada partner nak naik sekali.. Jabal Thur adalah gunung dimana Rasulallah bersembunyi dan kisah kasih sayang sahabat baginda (umar kot kalau tak silap) yang menahan bisa lipan atau ular (sewaktu rasulallah tido di atas pangkuan beliau). Kat sini la kisah labah-labah dan cicak.

Sebelah saya tu bukan hantu yer, taktau dari negara mana.. dia pakai tag kaler merah sebagai pengenalan untuk ahli group.. Saya pakai kain kaler hijau lilit kat tengkuk.. Itu purdah yang hilang..

Melawat tempat2 orang tunaikan rukun haji

Ini time solat subuh.. dalam pukul 5.30 pagi.. Time ni la purdah saya hilang..

Jabal rahmah.. orang kata kalau nak berdoa pasal jodoh kat sekitar pun takpa, tak payah naik... Tapi, saya panjat sorang2 dan ........

Ini di gua Hira'. Kat atas tu saya sangat kagum.. RasulAllah memang pendaki gunung yang hebat.. Saidatina Khadijah juga pendaki gunung yang hebat.. Gunung ni sangat curam.. dan terbayang saidatina khadijah memasak di rumah, kemudian melalui kawasan berbukit sejauh 5 km untuk kesini dan memanjat gunung Nur ini sewaktu rasulallah menerima wahyu.. Gua Hira' sangat kecil ja. Saya tak masuk, sebab ramai sangat lelaki kat situ..

Yeay, takda orang.. so, boleh tangkap gambar syok sendiri

 Deretan air zam-zam.. Tak perlu risau dahaga dan lapar.. Minum air ni terus rasa segar.. basuh muka pun boleh.. Nak pahala lebih, edar la air ni kat jemaah.. saya tengok ada budak pakistan umur 5 tahun dok edar..

Di ladang unta.. susu unta fresh sedap, tapi saya minum seteguk, tak lalu sangat aih..

kat muzium kaabah.. menarik.. kisah sejarah kaabah dari zaman dahulu hingga kini

Sejadah yang hilang dan ditemui..

Kasut ni la yang paling berjasa.. murah dan sangat selesa.. plastik kuning tu senang dan praktikal

Subuh terakhir.. tawaf sunat terakhir sebelum tawaf wida'

Bila memandang ini, saya terbayang.. mana satu yang dikagumi.. kaabah kiblat kita atau clock tower tertinggi di dunia.. Arab sangat mewah.. namun takut jugak kalau disalah ertikan..

Wednesday, June 13, 2012

Umrah-4

Maaf la.. gambar tak banyak.. lagipun saya tangkap gambar syok sendiri.. henfon cikai RM300, kualiti sangat rendah.. kalau ada gambar saya dari jauh, itu atas belas ehsan pak arab dan ibu indon.. nak cakap arab tak pandai, maka berlaku la cakap itik dengan ayam.. tapi, bila saya sua henfon, pandai pulak dia tangkap gambar pakai henfon cikai saya.. rupanya, most pak arab pun pakai nokia X2.. saya letak gambar kat madinah..


saya tak sure ini hari kedua kot.. hari pertama dan sebelum berlepas, saya tak berapa nak yakin dengan kemampuan henfon saya.. tapi setelah dicuba, nampaknya henfon saya masih gagah berani dan tegap... most gambar syok sendiri..

ini time nak pegi semayang subuh kot.. around 3 am.. dia punya atap2 yang canggih tu belum buka lagi..

ini saya capture sewaktu ziarah terakhir.. so sedey.. kubah hijau bermaksud itu kawasan raudhah.. lelaki akan keluar ikut pintu sini.. saya tak pergi sorang ni, ikut kawan dan suaminya..

hanya satu ja atap terbuka.. atap lain hanya akan terbuka bila masuknya waktu dhuha kalau tak silap saya

menunggu giliran masuk ke raudhah.. ini tima hari ketiga.. last time nak masuk raudhah..

ini la raudhah.. karpetnya kaler hijau.. makam rasulallah kat hujung sana

Ini adalah muzium madinah.. melihat sejarah madinah dr dekat

brekfest yang kalau kat malaysia konfem saya tak makan, tapi kat sana makan sampai licin.. radix bawak sendiri

pekerja indonesia dan arab yang sangat komited bersihkan masjid, tempat air zamzam dan quran.. so, sedekah la banyak2 kat depa.. tapi, gaji kat negara arab sangat mahal

Madinah, aman dan tenang walaupun hon di mana-mana.. gangster bawak kereta, walaupun naik vios yang plastik tak buka lagi tapi nak menyelit jugak tepi bas...

 kami dah berpakaian ihram.. bersedia bertolak ke mekah.. hotel kat madinah high class sikit


Ini la perkuburan baqi'. Ada kubur isteri2 nabi, anak2 nabi, para sahabat, dan para syuhada.. no wonder bau sangat harum.. tiada apa2 yang istimewa, cuma ditandai dengan batu2 bongkah, namun didalamnya tertanam jasad manusia yang dijanjikan syurga..

Masjid Bir Ali, tempat niat ihram kali pertama.. lepas ni dah boleh start bertalbiah...



saya pun tak pandai solat jenazah, tapi sebelum pergi belajar la solat jenazah.. baca yang ringkas2.. lepas solat fardhu tunggu sekejap.. imam akan bagitau ada solat jenazah.. lepas tu solat, then boleh teruskan dengan solat baghdiyah.. sesuatu yang kat malaysia tak pernah buat, kat sana rasa sangat sayang nak tinggal.. saya terlepas 2 kali solat jenazah.. pada subuh kali pertama dan pada waktu zuhur.. sebab saya buat baghdiyah dulu.. Bila saya dah tengok orang tunggu, baru lepas tu saya buat.. dan teruskan sepanjang berada di madinah dan mekah.. seronok, tertunggu2 imam nak solat jenazah.. walaupun kita tak kenal sapa yang kita sembahyangkan, tapi saya selalu doa agar berpeluang disolatkan seperti mereka..

Umrah-3

Bila baca-baca kembali umrah-2, saya rasa macam banyak grammer mistake pulak.. ayat pulak macam berterabur.. hish, kanak-kanak ribena la pulak saya ni..



BTW, on the day saya berlepas ke sana, i should be a happy bride on that day.. but, god know the best.. He give me most memorable journey yang akan saya ingat sampai bila-bila.. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya kan.. and, if Dia tarik satu nikmat, Dia akan gantikan nikmat yang lebih besar lagi kan..



Perjalanan 8 jam 30 minit dari KLIA ke Jeddah sangat meletihkan. Bertolak 3 petang dari KL dan sampai jam 6.30 di Jeddah.. Kemudian bertolak menaiki bas hampir 4 jam lebih ke Madinah.. Sampai Madinah hampir azan subuh dan kami terus bergegas untuk solat fardhu yang pertama di Masjid Nabawi. Sangat meletihkan. Hampir 48 jam kami tidah tidur. Balik dari solat subuh, brekfes dan saya dah tak sabar untuk berada di Raudhah. Letih dan kurang tidur dah tak termasuk dalam tentatif dah time tu.



Kami berada di Madinah selama 3 hari dan cuaca di Madinah sangat mengagumkan. Suhu sangat panas dan berbahang, tapi saya tak berpeluh dan berbau langsung.. haha.. (perempuan pemalas pakai baju 2 hari tak tukar).. Hari last kat Madinah, cikgu-cikgu lelaki nasihat suruh saya pakai niqab (purdah), maka menonong la saya ke kedai arab beli niqab satu.. malangnya satu subuh kat masjidil haram (tido lagi lepas subuh), saya tertinggal kat masjid.. hoho.. sayang betul itu niqab..



Apa yang kami buat di Madinah?

1. solat fardhu di masjid nabawi
2. ke pasar kurma
3. menziarahi masjid Quba (masjid yang dibina oleh nabi. pertama kali sampai, solat tahiyatul masjid, dan solat syukur. bila berada kat situ, rasa hiba. berada di masjid yang pertama dibina oleh nabi. sayu betul.)
4. melawat gunung uhud. (gunung yang dijanjikan syurga oleh Allah.. dihadapan jabal uhud terdapat makam saidina hamzah dan sahabat-sahabat)
5. melawat masjid qiblatain(masjid 2 kiblat) dan masjid apa tah satu lagi tu..
6. melawat ke muzium Madinah.


Singkat ja masa kat Madinah, tapi Madinah sangat best. Subuh sekitar 4.04 pagi, waktu malaysia sekitar 9.04 pagi.Tapi bila subuh, angin akan sepoi-sepoi bahasa. Angin panas yang nyaman nama dia.


Untuk masuk ke masjid Nabawi, untuk wanita sahaja kot, akan ada guard yang cek beg, no phone , no kamera, no food, no pakaian.. so, jangan beli-belah before masuk masjid. Guard dia sangat tegas. Orang arab memang akan tegas tapi takda disiplin. Pastu kalau nak membeli belah, plis beware. Mereka suka tipu. Bukan semua tapi arab jahiliyah masih wujud, maka berhati-hatilah supaya anda tidak tertipu dan terpedaya.


Pengalaman manis di Madinah adalah bila pada subuh terkhir sebelum bertolak ke Mekah, saya diberi kesempatan untuk terbau betapa wanginya kubur syuhada'.
Saya ingatkan saya terbau minyak wangi kawan saya, tapi bila kawan saya bagitau itu mungkin bau kubur Baqi' baru teringat yang saya sebenarnya sedang menuju ke Baqi' (saya pergi berdua dengan kawan saja- kawan saya la beria ajak saya pi, saya ingatkan perempuan tak boleh tengok Baqi'). Saya ke Baqi' sewaktu saya melakukan ziarah terakhir ke makam nabi. Sampai ke pintu hotel pun saya masih terbau-bau Baqi'.

Peringatan:

1.       Sila bawa mask atau paling bagus sila bawa purdah dari malaysia.. beli kain suku meter dan jahit ja sendiri. Kat sana mahal..
2.        Kalau anda pemilih makan, sila bawak sambal tempe dan ikan bilis sendiri. Macam saya, takda masalah.. makan malam pun saya makan macam makan tengahari.. sebab tu tak sampai 10 hari pun kat sana, badan saya naik macam di pam-pam..
3.       Untuk beg kasut (kasut perlu disimpan dalam beg kasut di luar masjid, walaupun ramai yang bawa masuk kasut dalam masjid tapi saya tak berapa berkenan, kotor kan..), sila bawa beg kasut yang biasa2 sahaja. Paling bagus sila bawa beg kasut yang kaler striking. Macam saya bawa ja plastik thank you yang dapat waktu beli apa2 kat kedai tu.. Senang.. Pastu bawa plastik besar, orang pun boleh tumpang letak kasut..
4.       Sila bawa kasut yang soft tapaknya dan selesa.. Tak perlu kasut mahal, yang perting selesa dan sesuai dengan kaki orang asia (takda la mak arab nak pakai kasut kita).. Kasut saya Cuma berharga RM7. Tapi sangat berjasa kepada ramai orang. Ramai orang nak pinjam kasut tu sebab selesa.

Monday, June 11, 2012

Umrah-2

Selamat pagi semua..



Alhamdulillah, sudah selamat kembali ke Malaysia hari rabu lepas dan hari ini saya dah memulakan tugas seperti biasa.. Nampaknya pagi ni saya bergoyang kaki ja membaca dan membalas emel berkaitan kerja dan personal.



Ramai yang mintak saya upload gambar umrah ke dalam facebook tapi saya pulak yang rasa segan nak upload. Nanti macam nak menunjuk sangat pulak tapi dalam blog memang saya akan upload sebab blog sedikit personal dan biasanya orang akan baca melalui blog untuk tau tentang pengalaman di tanah suci. Saya juga banyak mendapatkan ilmu dari blog, membaca pengalaman dan biasanya mereka akan mention perkara yang patut dan tidak patut dibawa ke sana.



Untuk pengetahuan, saya pergi seorang tanpa ibubapa dan sanak saudara, cuma mengikut travel agency dan mahram tumpang (yang hanya dikenali ketika hendak pergi). Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana saya mendapat kekuatan, dan takut sebenarnya untuk pergi seorang. Tapi berasaskan pandangan dari pihak2 yang arif, saya terima bahawa saya dijemput untuk menjadi tetamuNya walaupun terpaksa pergi seorang. Allah lebih tahu mana yang terbaik, kalau tak mana mungkin Dia menjemput saya seorang (segalanya dipermudahkan). Bila balik malaysia baru saya tau, visa saya diuruskan oleh sahabat sekolah menengah dahulu (dipermudahkan lagi). Apa yangmampu buat sebelum pergi adalah berdoa agar saya selamat dan sihat serta dipermudahkan urusan disana supaya tidak menyusahkan jemaah yang lain. Doa bersungguh-sungguh dan lakukan solat taubat dan solat hajat setiap hari. Apa yang penting adalah sentiasa bersangka baik bahawa ini adalah yang terbaik dari Allah.



Saya yang hendak tolak menjadi tetamuNya, kalau bertongkat sekalipun sanggup kesana. Apatah lagi saya yang sihat, mampu dan masih muda, nikmat yang sangat indah. Berada di bumi yang paling suci, paling barakah, tempat lahir manusia teragung, tempat dimana terdapatnya taman syuga, tempat dimana terdapatnya gunung yang dijanjikan akan terdapat didalam syurga, tempat dimana tersemadinya para syuhada yang akan dimasukkan kedalam syurga tanpa hisab, tempat dimana segala doa dimakbulkan adalah impian setiap kita. Ketenangan yang pernah saya dapat walau di mana pun. Berjauhan dari keluarga tersayang dan sahabat menambahkan rasa betapa bahawa dalam perjalanan ini kita sebenarnya sendiri. Mungkin Allah nak tunjuk kepada saya betapa besarnya nikmat bila kita hanya bertawakal dan berserah kepada Allah. Ya, disana, saya kemana2 juga seorang, tanpa rasa takut sebab saya rasa saya datang kesana hanya untuk beribadat tanpa tujuan lain dan saya sangat yakin Allah akan menjaga saya. Takut juga dengan pak Arab tapi bila melihat semua orang pun berpusu-pusu ke masjid, maka pukul 2.00pagi pun saya berani jalan seorang ke masjid (bila mana kawan2 sebilik masih letih untuk bangun awal).  Indahnya bila Allah menjemput saya tanpa sebarang ujian (saya anggap saya tak diuji-sebab saya tak anggap semua tu ujian, anggapla ia kasihsayang Allah kepada kita).



Balik Malaysia, rasa rindu sangat2... Rindu berada dekat dengan makam Nabi s.a.w. Rindu bau perkuburan Baqi yang sangat wangi (macam menggamit saya kesana semula), Rindu solat memandang terus ke kaabah.. Rindu......



p/s: gambar akan di upload kemudian.