Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, June 11, 2012

Umrah-2

Selamat pagi semua..



Alhamdulillah, sudah selamat kembali ke Malaysia hari rabu lepas dan hari ini saya dah memulakan tugas seperti biasa.. Nampaknya pagi ni saya bergoyang kaki ja membaca dan membalas emel berkaitan kerja dan personal.



Ramai yang mintak saya upload gambar umrah ke dalam facebook tapi saya pulak yang rasa segan nak upload. Nanti macam nak menunjuk sangat pulak tapi dalam blog memang saya akan upload sebab blog sedikit personal dan biasanya orang akan baca melalui blog untuk tau tentang pengalaman di tanah suci. Saya juga banyak mendapatkan ilmu dari blog, membaca pengalaman dan biasanya mereka akan mention perkara yang patut dan tidak patut dibawa ke sana.



Untuk pengetahuan, saya pergi seorang tanpa ibubapa dan sanak saudara, cuma mengikut travel agency dan mahram tumpang (yang hanya dikenali ketika hendak pergi). Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana saya mendapat kekuatan, dan takut sebenarnya untuk pergi seorang. Tapi berasaskan pandangan dari pihak2 yang arif, saya terima bahawa saya dijemput untuk menjadi tetamuNya walaupun terpaksa pergi seorang. Allah lebih tahu mana yang terbaik, kalau tak mana mungkin Dia menjemput saya seorang (segalanya dipermudahkan). Bila balik malaysia baru saya tau, visa saya diuruskan oleh sahabat sekolah menengah dahulu (dipermudahkan lagi). Apa yangmampu buat sebelum pergi adalah berdoa agar saya selamat dan sihat serta dipermudahkan urusan disana supaya tidak menyusahkan jemaah yang lain. Doa bersungguh-sungguh dan lakukan solat taubat dan solat hajat setiap hari. Apa yang penting adalah sentiasa bersangka baik bahawa ini adalah yang terbaik dari Allah.



Saya yang hendak tolak menjadi tetamuNya, kalau bertongkat sekalipun sanggup kesana. Apatah lagi saya yang sihat, mampu dan masih muda, nikmat yang sangat indah. Berada di bumi yang paling suci, paling barakah, tempat lahir manusia teragung, tempat dimana terdapatnya taman syuga, tempat dimana terdapatnya gunung yang dijanjikan akan terdapat didalam syurga, tempat dimana tersemadinya para syuhada yang akan dimasukkan kedalam syurga tanpa hisab, tempat dimana segala doa dimakbulkan adalah impian setiap kita. Ketenangan yang pernah saya dapat walau di mana pun. Berjauhan dari keluarga tersayang dan sahabat menambahkan rasa betapa bahawa dalam perjalanan ini kita sebenarnya sendiri. Mungkin Allah nak tunjuk kepada saya betapa besarnya nikmat bila kita hanya bertawakal dan berserah kepada Allah. Ya, disana, saya kemana2 juga seorang, tanpa rasa takut sebab saya rasa saya datang kesana hanya untuk beribadat tanpa tujuan lain dan saya sangat yakin Allah akan menjaga saya. Takut juga dengan pak Arab tapi bila melihat semua orang pun berpusu-pusu ke masjid, maka pukul 2.00pagi pun saya berani jalan seorang ke masjid (bila mana kawan2 sebilik masih letih untuk bangun awal).  Indahnya bila Allah menjemput saya tanpa sebarang ujian (saya anggap saya tak diuji-sebab saya tak anggap semua tu ujian, anggapla ia kasihsayang Allah kepada kita).



Balik Malaysia, rasa rindu sangat2... Rindu berada dekat dengan makam Nabi s.a.w. Rindu bau perkuburan Baqi yang sangat wangi (macam menggamit saya kesana semula), Rindu solat memandang terus ke kaabah.. Rindu......



p/s: gambar akan di upload kemudian.

3 comments:

pi mekah balik hari said...

andai syurga dan neraka tidak ada, mahukah kamu kesana?

Norhidayah said...

kalau kamu ada tiket lebih, bagi kat saya yer..

pi mekah balik hari said...

tiada tiket lebih..Tuhan kurniakan satu...untuk setiap diri..