Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, June 13, 2012

Umrah-4

Maaf la.. gambar tak banyak.. lagipun saya tangkap gambar syok sendiri.. henfon cikai RM300, kualiti sangat rendah.. kalau ada gambar saya dari jauh, itu atas belas ehsan pak arab dan ibu indon.. nak cakap arab tak pandai, maka berlaku la cakap itik dengan ayam.. tapi, bila saya sua henfon, pandai pulak dia tangkap gambar pakai henfon cikai saya.. rupanya, most pak arab pun pakai nokia X2.. saya letak gambar kat madinah..


saya tak sure ini hari kedua kot.. hari pertama dan sebelum berlepas, saya tak berapa nak yakin dengan kemampuan henfon saya.. tapi setelah dicuba, nampaknya henfon saya masih gagah berani dan tegap... most gambar syok sendiri..

ini time nak pegi semayang subuh kot.. around 3 am.. dia punya atap2 yang canggih tu belum buka lagi..

ini saya capture sewaktu ziarah terakhir.. so sedey.. kubah hijau bermaksud itu kawasan raudhah.. lelaki akan keluar ikut pintu sini.. saya tak pergi sorang ni, ikut kawan dan suaminya..

hanya satu ja atap terbuka.. atap lain hanya akan terbuka bila masuknya waktu dhuha kalau tak silap saya

menunggu giliran masuk ke raudhah.. ini tima hari ketiga.. last time nak masuk raudhah..

ini la raudhah.. karpetnya kaler hijau.. makam rasulallah kat hujung sana

Ini adalah muzium madinah.. melihat sejarah madinah dr dekat

brekfest yang kalau kat malaysia konfem saya tak makan, tapi kat sana makan sampai licin.. radix bawak sendiri

pekerja indonesia dan arab yang sangat komited bersihkan masjid, tempat air zamzam dan quran.. so, sedekah la banyak2 kat depa.. tapi, gaji kat negara arab sangat mahal

Madinah, aman dan tenang walaupun hon di mana-mana.. gangster bawak kereta, walaupun naik vios yang plastik tak buka lagi tapi nak menyelit jugak tepi bas...

 kami dah berpakaian ihram.. bersedia bertolak ke mekah.. hotel kat madinah high class sikit


Ini la perkuburan baqi'. Ada kubur isteri2 nabi, anak2 nabi, para sahabat, dan para syuhada.. no wonder bau sangat harum.. tiada apa2 yang istimewa, cuma ditandai dengan batu2 bongkah, namun didalamnya tertanam jasad manusia yang dijanjikan syurga..

Masjid Bir Ali, tempat niat ihram kali pertama.. lepas ni dah boleh start bertalbiah...



saya pun tak pandai solat jenazah, tapi sebelum pergi belajar la solat jenazah.. baca yang ringkas2.. lepas solat fardhu tunggu sekejap.. imam akan bagitau ada solat jenazah.. lepas tu solat, then boleh teruskan dengan solat baghdiyah.. sesuatu yang kat malaysia tak pernah buat, kat sana rasa sangat sayang nak tinggal.. saya terlepas 2 kali solat jenazah.. pada subuh kali pertama dan pada waktu zuhur.. sebab saya buat baghdiyah dulu.. Bila saya dah tengok orang tunggu, baru lepas tu saya buat.. dan teruskan sepanjang berada di madinah dan mekah.. seronok, tertunggu2 imam nak solat jenazah.. walaupun kita tak kenal sapa yang kita sembahyangkan, tapi saya selalu doa agar berpeluang disolatkan seperti mereka..

3 comments:

hamzah fansuri rumah said...

Hamzah Fansuri di dalam Mekah,
Mencari tuhan di Bait al Ka'bah,
Di Barus ke Qudus terlalu payah,
Akhirnya dapat di dalam rumah

Norhidayah said...

kawe tak pahe

Cantiknyapurple said...

Dayah.. baca post dayah ni rasa rindunya nak pegi sana lagi..