Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Monday, June 25, 2012

Umrah-6

Saya pernah menulis disini yang saya ingin sekali mengerjakan umrah pada usia 26 tahun.  Alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya.


Saya hanya mendapat tahu dapat pergi sebulan sebelum tarikh. Walaupun ia memang impian saya, namun semestinya saya tidak membuat sebarang persediaan pun. Mujurlah, ada dunia blog. Saya banyak mendapatkan info dari blog walaupun tidak semua memberikan gambaran yang lengkap. Tapi, sedikit sebanyak ia membuatkan saya semakin bersedia untuk ke sana. Selain dari blog, saya juga banyak bertanya kepada kawan2 sekerja dan mak saya juga banyak membebel tentang perkara-perkara yang saya patut tahu disana nanti. Derhaka gila punya anak. Haha. Saya hanya sempat mengikuti kelas bersama travel agency sebanyak 2 kali sahaja. Sepatutnya saya ikut kelas sebanyak 3 kali tapi satu kelas tu saya tak hadir sebab saya pergi mendaki ke cameron highland. Tapi, kat kelas pun takda la diajar details sangat. Bagi saya, memang la, apa la yang nak di ajar.  Jadi dalam masa seminggu setelah dapat tahu nak pegi, saya perlu menjelaskan bayaran pakej dan perlu siapkan passport dan dapatkan suntikan meninggitis. Kalau anda kat kulim kedah, pegi ke klinik Dr Ismail.

Yang penting kena tau apa rukun umrah. Rukun umrah ada 5.

1.       Niat di miqat.

2.       Tawaf

3.       Saie

4.       Tahalul

5.       Tertib

Selesai bercukur maka selesailah umrah wajib yang pertama. Umrah kali pertama adalah wajib. Mengikut Puji travel, kami dibawa untuk niat di miqat sebanyak 3 kali. Tiada bayaran tambahan. Semua termasuk dalam harga pakej. Kami berpeluang untuk miqat yang pertama di Bir Ali. Biasanya kalau kita dari madinah memang kita akan miqat di Bir Ali. Kalau kita naik flight direct ke mekah, pilot akan maklumkan tempat miqat, makanya pakailah pakaian ihram siap2 sewaktu di KLIA. Kali ke-2 saya bermiqat adalah di Jaranah. Manakala kali ke-3 saya bermiqat adalah di Hudaibiyah. Hudaibiyah adalah tempat dimana berlakunya perjanjian Hudaibiyah iaitu Baiah diantara rasulAllah dengan arab Mekah pada tahun ke 6 hijrah, setelah rasulAllah berhijrah ke madinah dan ingin masuk semula ke Mekah untuk menunaikan umrah setelah diperintahkan oleh Allah. Telaga dan tempat perjanjian hudaibiyah ini masih wujud namun tidak dipelihara dengan elok. Orang arab ni, kadangkala tak pandai memelihara tempat2 bersejarah, takut menjadi bidaah agaknya. Satu lagi tempat miqat yang saya tak pergi adalah Tanaim (atau dikenali dengan masjid Aisyah). Biasanya jemaah akan miqat di Tanaim sebab Tanaim lebih hampir dengan masjidil haram.

Namun ada juga travel agency yang membawa jemaah melakukan niat ihram (miqat) sebanyak 7 kali. Namun jemaah perlu bayar sendiri kos untuk pergi ke Tanaim. Biasanya kos untuk naik van sekali pergi (yang memuatkan 15 orang satu van )adalah SR7. Banyak travel agency yang bawa jemaah 7 kali umrah. Namun, bergantung kepada kita nak buat umrah berapa kali pun. Satu kali pun tapi kalau dilakukan dengan sebaik yang mungkin akan menjadi umrah yang mabrur dan sudah cukup.

Untuk menjadi tetamu Allah, persediaan mental dan fizikal adalah sangat perlu. Muda atau sihat bukanlah ukuran untuk kita berjaya disana. Agaknya sebab itulah niat sangat penting. Perjalanan yang meletihkan membuatkan saya kurang dapat menumpukan perhatian di madinah. Tambahan pula perbezaan waktu walaupun agak tidak ketara iaitu selama 5 jam turut membuatkan saya mudah mengantuk. Waktu antara magrib ke isyak di madinah adalah sangat crucial untuk saya. Saya selalu tertido time tu. Dah biasa kalau kat malaysia saya tido time tu, jadi mata saya sangat la tak boleh buka. Haha. Tapi untuk 2 malam yang pertama ja, pastu saya dah ok. Nasib baik time subuh saya ok. Saya pastikan saya menjadi orang pertama yang bangun supaya saya tak kelam kabut. Alhamdulillah, bila di Mekah, saya langsung tak letih dan boleh adapt dengan perbezaan masa. Serius, kat madinah agaknya saya tido dalam 3-4 jam setiap hari, tapi bila di mekah biasanya saya tidor sekitar 2 jam setiap hari. Tapi, percaya la kita takkan letih. Mungkin sebab kat madinah, masjid ada ekon, tapi kat mekah panas maka saya tak terbuai sangat. Lagipun, bila nak terkatup mata cepat2 bagitau kat diri sendiri, daripada tido baik gunakan masa tersebut untuk pandang kaabah. Oh, pandang kaabah sahaja pun dah dapat pahala.

Di masjidil haram, sewaktu habis tawaf sunat, andai kata kita mencuba untuk mencium hajarulaswad, akan ada ramai ja ibu-ibu indon yang akan menawarkan khidmat membawa kita mencium hajarulaswad. Itu adalah sindiket. Tak payah terima. Selain daripada harga yang mahal, biasanya mereka akan merempuh jemaah lain bagi membolehkan kita mencium hajarulaswad. Rugi la pulak kalau nak dapatkan yang sunat tapi kita perlu menolak orang lain. Niat dalam hati memang nak cium tapi dengan izinNya. Kalau dah tak boleh cium tu, pegi berdoa di hijir ismail. Jangan lupa juga berdoa di multazam.


p/s: Yang penting niat kita kata ustaz.. Macam-macam manusia akan ada macam-macam agenda.. walau apa pun urusan kita, hanya Allah ja yang mampu tunaikan.. Tapi bisnes kat sana memang masyukkkkk


Post a Comment