Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidil Adha..

Alhamdulillah, hari ni jemaah haji akan ber wukuf.. hampir menyelesaikan rukun islam yang ke-5 mereka.. kita yang kat Malaysia ni, tumpang meraikan, sementelah masih belum berkemampuan untuk ke sana, kita meraikan dengan berkorban...


Wah, di pagi esok nak raya, masih bersemangat saya datang ke opis.. Nak buat macam mana, masih ada kerja lab dan kerja master yang perlu diselesaikan..


Bersempena dengan hari wukuf ni, kita digalakkan berpuasa, tapi saya tak puasa pun atas sebab2 yang memang tidak membolehkan, makanya kita berdoa banyak2 semoga dosa2 kita diampunkan dan semoga Allah mengurniakan Syurga Firdaus untuk kita.. Semoga kurang 7 tahun dari sekarang, Allah menjemput saya pula untuk menjadi tetamunya yang paling istimewa... Tak sabar nya....


Kepada yang akan pulang ke kampung, berhati2 di jalan raya..
Kepada yang akan melakukan ibadah korban, semoga korban kita diterima Allah..
Kepada yang sudah pulang, selamat memasak lemang dan ketupat..
Kepada saya sendiri, semoga hari raya ini menjadi hari raya yang indah, motip???


ok, kepada yang beraya di alor setar, jemput la datang ke pokok sena.. Kami melakukan ibadah korban pada raya pertama.. jemput la datang, (walaupun saya tau takda sapa yg akan datang)..



Selamat Hari Raya AidilAdha semua...


Antara kawasan temasik haji yang sempat saya capture.. besar dan semoga kita semua pun dapat jejakkan kaki ke sana nanti....





Friday, October 12, 2012

Biar gambar berbicara..

Bila tengok semula, lama dah tak tampal gambor banyak2 yang ada muka sendiri.. so, akibat bohsan mencari jurnal dan memikir, terpikir nak letak gambar sendiri..
 
 
Ini time puasa ramadhan 2012
 
Outstation kat Shah Alam
 
1st niece
 
Pengantin Mac 2012, dua sepupu
 
Kampung Pengantin KL,
 
2nd niece
 
Perah santan = perasan comel
 
Seoul Garden, Gurney Plaza
 
Hospital Kulim
 
Nenek dan cucu ber chit chat di Klinik GIGI
 
 
Budak seksi makan nasi lomak
 
Meting yg bosan, tapi terpaksa dengar
 
Mungkin meting yang kurang bosan
 
 
Ok, babai

Thursday, October 11, 2012

Srikandi-srikandi yang benar :)

Dah lama saya beli buku ni, tapi at that time saya beli buku ni untuk jadikan sebagai hadiah sempena perkahwinan sahabat baik saya. Actually dia nak buku lain, tapi sebagai orang yang nak membeli, saya kurang setuju dengan buku yang dia beli.. Jadinya, saya yang decide sendiri buku apa yang saya nak beli..
 
 
Srikandi-Srikandi Yang Benar
 
 
Serius, buku ni sangat berguna untuk kaum wanita especially ibu-ibu.. Menceritakan tentang 3 wanita yang hebat..
 
 
1. Siti Aminah
 
Selama ni saya cuma tau, Siti Aminah adalah ibunda RasulAllah, tapi tak pernah tau apa yang berlaku, bagaimana salasilah Siti Aminah, keturunan, sejarah pertemuan beliau dengan Abdullah, dan peristiwa-peristiwa sedih dan gembira yang berlaku. Melalui buku ni, kita dimaklumkan bahawa Aminah adalah wanita terbaik dari keturunan terbaik, berharta namun yatim piatu. Cantik dan berilmu tu usah nak dipertikaikan lagi, sementelah beliau bakal melahirkan pemimpin yang menjadi Rasul.
 
 
Kita bakal tau tentang bagaimana kehidupan Aminah setelah Abdullah berdagang, dan bagaimana Aminah wafat. Sangat bagus untuk ilmu seorang wanita sebab setahu saya zaman sekolah dulu, tak banyak kisah Aminah yang dikupas. Jadinya, kita hanya tau tentang Aminah sikit-sikit aja. Baca la untuk tau lebih.
 
 
 
2. Fatimah
 
Semua tau, Fatimah permata hati yang paling disayangi RasulAllah. Sehinggakan rasulallah pernah berkata, Andai Fatimah yang mencuri, akanku potong tangannya.. Bagaimana sesuatu hukum diajar dengan menjadikan Fatimah sebagai contoh. Kat dalam buku, tak diceritakan secara details tentang kelahiran Fatimah sementelah Fatimah dibesarkan sebagai anak yatim kerana Siti Khadijah wafat sewaktu beliau sedang menginjak dewasa.
 
 
Namun dalam buku ini, diceritakan tentang bagaimana Fatimah dijodohkan dengan saidina Ali melalui Allah. Sangat menarik untuk tau dengan lebih lanjut, namun nak tau lebih baca la buku ni... :)
 
 
 
3. Rabiatul Adawiyah
 
Rabiatul Adawiyah dilahirkan sebagai anak ke-4, sebab tu dinamakan Rabiah. Dilahirkan dalam keluarga yang susah, dan setelah menjadi remaja telah dijual kepada sepasang suami-isteri yang zalim oleh lelaki yang menculiknya. Namun berkat kesabaran Rabiah, akhirnya dia dibebaskan setelah sekian lama menjadi hamba dan tuannya mula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim.. Betapa Rabiah seorang hamba yang taat kepada tuannya walaupun beliau menerima layanan yang sangat teruk.
 
 
Kat dalam buku ni, kita boleh tau, betapa tingginya ilmu dan tahap kezuhudan Rabiah sehingga ulama dan para tabiin juga datang belajar dengan Rabiah, even gurunya dahulu juga datang menuntut ilmu dengan Rabiah. Kita juga dapat tau mengapa Rabiah tidak mahu berkahwin kerana takut dengan perkahwinan itu akan menjauhkan dirinya dari Allah. Namun, untuk manusia biasa macam kita, tak boleh la nak jadi macam Rabiah, nanti kita tak ikut sunnah nabi. Nanti Nabi tak mengaku kita umatnya..Oh, noooooooo...
 
 
So, the best la kalau boleh baca.. sebab kulit dia pun cantik, ada rama-rama dok terbang.. kulit dia cantik, baca pun menarik..
 
 
 

Tuesday, October 9, 2012

kehidupan disisi berbeza

Hallooooo
 
 
Actually nak simpan cerita tentang weken yang owesome di Melaka but hati teringin nak simpan cerita lain pasal another side of life yang saya terlepas pandang..
 
 
Yup, usia masih lagi di penghujung remaja, masib ada mak dan bapak, dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang baik hati, dipenuhi oleh kasih sayang keluarga yang sempurna, kawan-kawan semua pun punya keluarga yang sempurna jadi saya tak pernah terpikir tentang satu benda yang buatkan saya bersyukur dengan hidup yang saya sedang lalui..
 
 
Saya terpukul, sangat-sangat terpukul dengan menerima housemate baru. A dan B, they give me another dimension of life. Sebelum ni saya merasakan, kehidupan adalah dilahirkan dalam sebuah famili yang ada mak-ayah, then adik beradik berkembang, then adik beradik berkahwin, ada masalah rujuk mak-ayah, bahagia sengasara pun rujuk mak-ayah, then hidup sentiasa balik kampung sebab nak jumpa mak-ayah until kita atau both of them hilang jasad dikubur tanah...
 
 
But A and B came from broken family.. how poor they are.. But they look tough and they really enjoy their situation.
 
 
A- hidup bersama dan dibesarkan oleh ibu sahaja, dimana abahnya berkahwin lain after 26years of living together. Bukan satu jarak waktu yang sekejap.. 26 of living together and finally have to stop.. I never know how she feel but dia macam memang tak kisah if her father nak anggap diorang anak atau tak.. Because mak diorang sangat care pasal diorang.. And she got her Master..
 
 
B- (new one) Hidup dan dibesarkan oleh seorang ayah until her ayah married again.. Only now baru mak tiri dia bermasalah sikit, before this they are one big family.. Dia further degree and tak balik malaysia after degree sebab nak sambung Master kat Japan.. as for me, saya banyak dengar cerita dari kawan-kawan yang balik dari Jepun bahawa bukan mudah nak sambung master terus kat sana. Tapi dia sambung tanpa dapat scholarship from gov Malaysia pun, she just got scholar for fees from the University. Dia kerja dengan pejabat pos selama 6 tahun kat Jepun to get pocket money to survive and  for travels. 6 tahun dia ada kat Japan, balik with Master.
 
 
Saya tanya, apa yang depa rasa?? Depa just nak buktikan jangan sentiasa fikir anak-anak yang datang dari broken famili ni bermasalah, sekurangnya depa dah buktikan depa boleh ja nak berjaya...
 
 
Saya tak pandai nak cerita, tapi untuk orang yang datang dari famili yang sempurna macam saya, saya mengambil cerita mereka sebagai iktibar.. Menyelami perasaan mereka, disaat mereka nampak gembira dengan kehidupan yang sedang dilalui.. Kerana pada masa depan, saya juga mungkin akan punyai anak-anak yang perlu dibesarkan dengan sempurna..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s: musnah harapan saya nak ambil anak angkat dengan status single mother.. hahaha