Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, December 12, 2012

Belajar sket harini

Harini bos emel suruh study on immunology. What? Orang kampung macam i mana pernah dengar perkataan yang bombastik gitu.. So, apa lagi, cer cek kamus.
 
Immunology: the study of interactions between the immune system and cancer cells (also called tumors or malignancies). It is also a growing field of research that aims to discover innovative cancer immunotherapies to treat and retard progression of this disease.
 
pergh, tak boleh blah. very the fundamental kalau nak membaca sampai habis. so kita try plak cari translation dalam bahasa melayu.
 
Immunology: kajian tentang perlindungan dan daya tahan terhadap jangkitan.
 
Wah, budak kimia nak stadi tentang daya tahan jangkitan, hebak mu nih..
 
Patut la Dr Sultanah Bahiyah pun jeles dengan mu nih. Kejadian berlaku hari raya ketiga, pagi yang indah setelah anak sedara yang perasan mat rempit naik motor ramai2 pastu terexcident dengan anak jiran sekampung. Hasil kejadian berani mati itu, sorang rabak muka (anak sedara yang perasan mat rempit), sorang patah kaki dan 2 orang lagi cedera ringan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mari kita berkongsi cerita yang tidak dikeluarkan oleh mana-mana stesen TV ini.
 
Saya: Dr, retina mata dia ok tak, saya risau takut tulang rahang dia tertindih dengan retina mata.
 
Dr: Its in good condition. Ini cuma swelling ja sebab tu muka dia bengkak, mata dia ok.
 
Saya: Are you sure Dr. Retina mata dia memang tak terjejas ka ni. Saya takut lama-lama dia tak boleh nampak. (dasar budak kimia nak belagak konon2 terer medic) 
 
Dr: Im sure. (sambil belek-belek muka budak rempit dan jeling-jeling tengok saya)
 
       So, are you a medical Dr?
 
Saya: No (sambil tersipu-sipu malu)
 
Dr: So, you kerja sini - merujuk kepada HSB.
 
Saya: eh, tak-tak. (masih tersipu-sipu malu, apa kejadah tah)
 
Dr: u ni medical student?
 
Saya: Takda la, saya makcik budak ni
 
Dr: Angguk2 sambil bla.. bla..bla.. Your nephew kena buat operation...... bla..bla....bla
 
Haha, i cuma nak bagitau, Dr tu pun ingat i ni Dr.. i kan suka buat muka belagak dan tanya soklan belagak-belagak sket, yg jawapan dia kalau orang explain sepatah haram pun aku tak paham. Padah terlalu banyak berimaginasi untuk menjadi manusia genius yang rajin bertanya soklan yang membuatkan penjawab soklan sakit dada.
 
 
So, budak kimia yang rajin dan genius terus membelek-belek kamus dwibahasa itu. kamus koleksi peribadi yang menjadi kesayangan, sampai satu tahap pernah menjadi buku novel pujaan hatiku.
 
Belek-belek, baca-baca, berangan-angan, sambil berkhayal berkahwin dengan anak raja, sekali mata terpaku pada perkataan ini; FRAULEIN.
 
Panggil i Miss Fraulein yer pasni. Why? You ask me why.. i kan masih bujang.
 
Fraulein: gelaran wanita belum berkahwin dalam bahasa Jerman.
 
Harini banyak pulak benda yang kita belajar, sampai ke negara Jerman, semalam sampai Turki dah.
 
 
ops, dah lapar plak. Kesian kat cacing-cacing yang diternak dalam perut ni, kurang protein plak nanti nak membesar. Sabar ye sayang, jom kita makan..

Tuesday, December 11, 2012

Perkongsian - Alam Nasyrah

Pagi tadi dengar satu quote daripada turki;
 
"Senyumlah kepada kehidupan, nescaya kehidupan akan tersenyum kepadamu"
 
Tersenyum-senyum saya harini.. ya, saya perlu maniskan kehidupan dengan senyuman yang akan bertambah sweet bila ada lesung pipt di pipi.. wtf. haha
 
Mostly officemate ke Langkawi for conference, rasa sunyi sebentar dunia. Maka, otak merangka-rangka perancangan untuk menghabiskan cuti tahunan yang masih berjumlah 7.5 hari. Buruk benar perangai budak perempuan senyum nampak lesung pipit bila terlupa nak mencarry forwardkan cuti yang berjumlah 7.5 hari tu. Eeeeee, kalau boleh nak ketuk kepala budak tu kuat-kuat tapi nasib baik ingat yang dia sangat suwit jadi terpaksa pendamkan ja. Lembs la budak suwit tu. Salah budak tu la, sapa suruh asik berangan ja, itu la gifted sangat, cuti yang sepatutnya saya gunakan untuk ke KL bulan Jan dan ke Perhentian bulan Mac lesap. Takpa2, kita pergi negara lain pulak. hurm, tinggggg!!! idea datang mencurah-curah. Kalau sepanjang cuti tu, makan banyak-banyak pastu masuk bawah selimut, nanti bila masuk keja pastu orang tegur badan naik, ada jugak alasan kan nak bagitau kat orang. "aku cuti la, mak masak sedap2 kena la makan".. Nevermind, cuti ni akanku gunakan seindah yang mungkin sebagai persediaan dimasa akan datang. Paling best, hantar ja permohonan cuti, within 10minutes, bos dah luluskan. Wah, bos macam memahami yang staf dia perlu direhatkan sebelum digunakan sepenuhnya tahun hadapan.
 
 
ok just nak randomly share apa yang tanyalah ustad pagi tadi share. Tentang surah alam nasyrah.. ok lets start bebeh..


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

Lepas baca ni usap2 dada


[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

Lepas baca ni usap bahu supaya diringankan beban


[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

lepas baca ni usap belakang, tepuk2 sikit kat punggung (bak kata ustad)


[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

sambil tiup kat telapak tangan dan sapu ke muka


[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Tapi yang penting, kena la yakin... minta maaf, ustad cerita sampai ayat-4 ja, the rest tu dia suruh yakin dengan sungguh-sungguh


arghhhh, masih lagi marah dengan budak suwit sebab lupa isi borang carry cuti ke tahun depan.. seb baik comel..
 
 
kenapa gaji lambat sangat nak masuk, tangan ni dah gatal-gatal pegi belek-belek buku dan dah penuh list dah buku yang i minat... sabar sikit hati, nanti kesudahannya akan kuhadiahkan buku yang menjadi idaman kalbumu...

Monday, December 10, 2012

pandai vs bijak

Time kecik-kecik dulu, selalu kena banding-bandingkan result exam. benci giler kalau orang tanya "BI dpt apa", "periksa dapat no. berapa".. Ingatkan zaman dulu-dulu ja, sekarang pun wujud lagi malah bertambah havoc.. kesian budak-budak sekarang.. tambah pulak untuk yang duduk bandar mungkin lebih terasa sebab makbapak keja hebat2.. berbeza dengan saya, duduk kampung and mostly parents adalah petani, penoreh atau pesawah (just like my father).. dulu-dulu kalau isi borang sekolah, gaji waris sebulan selalunya saya akan isi RM350. Dah terbiasa sampai ke sekolah menengah, sampai matriks dan seterusnya time isi borang scholar JPA pun still isi RM350. RM350? haha. Tapi itu realiti dan tak pernah dipersoalkan oleh badan-badan kerajaan yang saya mintak scholar. Alhamdulillah, mungkin berkat RM350, automatik akan dapat biasiswa. Hurm, adakah kerana RM350 atau sebab saya bijak.
 
Bagi saya, pandai ni untuk anak-anak cikgu, manakala bijak untuk saya. haha. sukati la.. Tu ok lagi, kawan baik saya waktu kat sekolah kata saya "gifted".. see.. bukan i kata, kawan i yang kata. sebab dia kata time belaja haprak ja, tapi bila exam hurmmm not bad.. well, see the pocket la. Time intervew keja lagi la, interviewer siap cakap, "kalau zaman saya dulu, result macam awak ni dah dapat scholar pegi oversea".. ye, saya tak pegi sebab saya tak boleh kalau pagi-pagi tak makan nasi,menggigil nanti..
 
 
Tapi the bad thing adalah saya malas.. penyakit yang merupakan ibu segala penyakit dan tiada ubat selain mati.. haha.. sebab tu kalau orang cakap malas, saya terpaksa boo layan. termasuk lah sorang labmate saya. Malas malas malas, dan boleh dia cakap malas kat superior dia sampaikan superior dia balas "assalamualaikum, pap (gagang telefon diletak).. bayangkan tahap kemalasan menelaah yang mendukacitakan. Macam mana melayu nak maju.. ish-ish.. lain kali tiru la perangai kakak yang rajin ni, jangan jadi malas nanti gaji pun malas-malas ja nak lekat dalam poket. Tak boleh la nak malas sangat kan, tambah-tambah kalau yg melibatkan gaji ni. Penyakit malas ni kalau boleh biar bermaharajalela time takde kerja ja..
 
 
Alamak! tetiba blank sebab kawan saya kol bagitau yang boyfriend dia dah kawen dengan pilihan famili last week. ish, macam nak pelempang ja budak asyraf ni. Tapi takpa, seb baik ko tak kawen dengan kawan aku, so boleh la kawan aku siapkan PhD yang kecil tapi signifikan tu siap-siap.
 
 
eh, terkeluar tajuk plak.. takpa la pandai ka bijak ka yang penting masih lagi menjadi manusia. Tapi kalau jadi bijak macam saya pun susah jugak,"kuat melawan" bak kata bos. haha. Lantak la kan. Pernah sorang speaker dari Uk terpaksa setuju dengan saya, ter"paksa" rela bersetuju..
 
Saya: Prof, my DSC results showed this. its conjugated.
Prof: No, i dont think so.
Saya: but my DSc proof it.
Prof: well, ermm.. ermm
Saya: you should agree with me
Prof: maybe
 
haha.. terpaksa rela gila.. maybe.. its not a valid answer.. but still dia kena setuju dengan budak tak makan saman.. dia bla bla bla panjang lebar pun still nak condemn sambil tunjuk result.. well, itu tanda budak bijak..
 
Anak sedara: makcik kalau kawen nak suami keja apa?
Saya: hurm, susah soklan ni.. _____________
Anak sedara: suami makcik nama dia mula huruf apa?
Saya: H kot
Anak sedara: yeay tau dah, HAIKAL..
Saya: what, eeee.. taknak la nama tu
Anak sedara: WAN z haikal
Saya: sori, i taknak pemain bola
 
 
sori la budak kecik, u tak payah nak tunjuk bijak, biar i sorang je yang bijak..
 
 
Ok, nak balik. dah boleh punchout.. babai.. selesai sudah sesi bijak pandai bersama budak gifted...
 
 

Friday, December 7, 2012

misteri jodoh

Cepatnya masa berlalu, dah nak habis tahun 2012.. eh, masih ada lagi hampir 23 hari.. tapi, rasa macam dah tak cukup tanah nak siapkan keja labwork yang ber"lambak".. abaikan, yang penting gembira dan bahagia itu penting.. labwork tu pikir time nak tido malam ja..haha
 
 
lately rasa macam tak banyak benda yang bermain dalam otak.. hurm, adakah sel-sel otak semakin merudum potensinya, atau adakah dah tak banyak benda menarik yang berlaku dalam hidup, tapi series rasa mendatar ja.. maybe, terlalu menghidu banyak chemical toxic menyebabkan sel-sel otak yang bagus di uninstall menyebabkan hanya sel-sel yang moderate ja berfungsi.. oh, my kebijaksanaan berkata-kata.. mungkin juga hasil usaha kuat untuk menjadikan diri seorang yang mengabaikan keliling dan hidup dengan kata-kata indah hasil ciptaan sendiri dengan sentiasa memotivasikan diri bahawa segala tindak-tanduk adalah tepat dan berasas.. lantak la apa nak jadi dengan orang lain, yang penting diri sendiri bahagia dan badan sihat dan 'berisi'.. argghhh
 
 
dah tau kenapa sel-sel otak kurang mempamerkan aksi yang cemerlang, tak pi shoping lagi sepanjang 2-3 minggu ni... damn..
 
 
 
sapa tengok semanis kurma last week, tajuk dia "misteri jodoh".. menarik kupasan dia sebab dia bagi contoh yang senang nak paham dan nak hadam serta diterima oleh ahli sains seperti saya.. katanya, tajuk misteri jodoh bukan sahaja sesuai untuk orang yang single mingle macam saya tapi juga sesuai untuk yang sudah berkahwin sebab hanya Allah ja yang tau adakah pasangan anda adalah jodoh anda yang terbaik.. well, baik korang doa banyak-banyak sekarang moga-moga dia adalah jodoh yang misteri tu.. kata Dr Rubiah, Khadijah adalah menjanda 2 kali barulah ditemukan dengan jodoh yang sebenar yang merupakan seorang kekasih Allah. Kata Dr Rubiah lagi, khadijah walaupun sudah berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan nabi Muhammad, namun dikurniakan 7 org anak, dan Rasulallah tidak pernah berpoligami sepanjang berkahwin dengan khadijah. Itula jodoh yang sangat misteri. Macam juga Saudah, yang bapanya nak kahwinkan dengan saidina hamzah tapi akhirnya berkahwin dengan Rasulallah.. wah, misteri kan.. kalah misteri nusantara yang ada awan ke asap kepul2 tu..
 
 
eh, tetiba tahap kecermelangan otak dah kembali ke tahap asal.. ok la, nak sambung siapkan report..
 
 
nak tepek satu gambar...
perasan tak ada tanda yedey kat dahi.. hasil bekam.. macam alim pulak ada tanda kat dahi...