Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Wednesday, December 12, 2012

Belajar sket harini

Harini bos emel suruh study on immunology. What? Orang kampung macam i mana pernah dengar perkataan yang bombastik gitu.. So, apa lagi, cer cek kamus.
 
Immunology: the study of interactions between the immune system and cancer cells (also called tumors or malignancies). It is also a growing field of research that aims to discover innovative cancer immunotherapies to treat and retard progression of this disease.
 
pergh, tak boleh blah. very the fundamental kalau nak membaca sampai habis. so kita try plak cari translation dalam bahasa melayu.
 
Immunology: kajian tentang perlindungan dan daya tahan terhadap jangkitan.
 
Wah, budak kimia nak stadi tentang daya tahan jangkitan, hebak mu nih..
 
Patut la Dr Sultanah Bahiyah pun jeles dengan mu nih. Kejadian berlaku hari raya ketiga, pagi yang indah setelah anak sedara yang perasan mat rempit naik motor ramai2 pastu terexcident dengan anak jiran sekampung. Hasil kejadian berani mati itu, sorang rabak muka (anak sedara yang perasan mat rempit), sorang patah kaki dan 2 orang lagi cedera ringan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mari kita berkongsi cerita yang tidak dikeluarkan oleh mana-mana stesen TV ini.
 
Saya: Dr, retina mata dia ok tak, saya risau takut tulang rahang dia tertindih dengan retina mata.
 
Dr: Its in good condition. Ini cuma swelling ja sebab tu muka dia bengkak, mata dia ok.
 
Saya: Are you sure Dr. Retina mata dia memang tak terjejas ka ni. Saya takut lama-lama dia tak boleh nampak. (dasar budak kimia nak belagak konon2 terer medic) 
 
Dr: Im sure. (sambil belek-belek muka budak rempit dan jeling-jeling tengok saya)
 
       So, are you a medical Dr?
 
Saya: No (sambil tersipu-sipu malu)
 
Dr: So, you kerja sini - merujuk kepada HSB.
 
Saya: eh, tak-tak. (masih tersipu-sipu malu, apa kejadah tah)
 
Dr: u ni medical student?
 
Saya: Takda la, saya makcik budak ni
 
Dr: Angguk2 sambil bla.. bla..bla.. Your nephew kena buat operation...... bla..bla....bla
 
Haha, i cuma nak bagitau, Dr tu pun ingat i ni Dr.. i kan suka buat muka belagak dan tanya soklan belagak-belagak sket, yg jawapan dia kalau orang explain sepatah haram pun aku tak paham. Padah terlalu banyak berimaginasi untuk menjadi manusia genius yang rajin bertanya soklan yang membuatkan penjawab soklan sakit dada.
 
 
So, budak kimia yang rajin dan genius terus membelek-belek kamus dwibahasa itu. kamus koleksi peribadi yang menjadi kesayangan, sampai satu tahap pernah menjadi buku novel pujaan hatiku.
 
Belek-belek, baca-baca, berangan-angan, sambil berkhayal berkahwin dengan anak raja, sekali mata terpaku pada perkataan ini; FRAULEIN.
 
Panggil i Miss Fraulein yer pasni. Why? You ask me why.. i kan masih bujang.
 
Fraulein: gelaran wanita belum berkahwin dalam bahasa Jerman.
 
Harini banyak pulak benda yang kita belajar, sampai ke negara Jerman, semalam sampai Turki dah.
 
 
ops, dah lapar plak. Kesian kat cacing-cacing yang diternak dalam perut ni, kurang protein plak nanti nak membesar. Sabar ye sayang, jom kita makan..
Post a Comment