Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Tuesday, December 11, 2012

Perkongsian - Alam Nasyrah

Pagi tadi dengar satu quote daripada turki;
 
"Senyumlah kepada kehidupan, nescaya kehidupan akan tersenyum kepadamu"
 
Tersenyum-senyum saya harini.. ya, saya perlu maniskan kehidupan dengan senyuman yang akan bertambah sweet bila ada lesung pipt di pipi.. wtf. haha
 
Mostly officemate ke Langkawi for conference, rasa sunyi sebentar dunia. Maka, otak merangka-rangka perancangan untuk menghabiskan cuti tahunan yang masih berjumlah 7.5 hari. Buruk benar perangai budak perempuan senyum nampak lesung pipit bila terlupa nak mencarry forwardkan cuti yang berjumlah 7.5 hari tu. Eeeeee, kalau boleh nak ketuk kepala budak tu kuat-kuat tapi nasib baik ingat yang dia sangat suwit jadi terpaksa pendamkan ja. Lembs la budak suwit tu. Salah budak tu la, sapa suruh asik berangan ja, itu la gifted sangat, cuti yang sepatutnya saya gunakan untuk ke KL bulan Jan dan ke Perhentian bulan Mac lesap. Takpa2, kita pergi negara lain pulak. hurm, tinggggg!!! idea datang mencurah-curah. Kalau sepanjang cuti tu, makan banyak-banyak pastu masuk bawah selimut, nanti bila masuk keja pastu orang tegur badan naik, ada jugak alasan kan nak bagitau kat orang. "aku cuti la, mak masak sedap2 kena la makan".. Nevermind, cuti ni akanku gunakan seindah yang mungkin sebagai persediaan dimasa akan datang. Paling best, hantar ja permohonan cuti, within 10minutes, bos dah luluskan. Wah, bos macam memahami yang staf dia perlu direhatkan sebelum digunakan sepenuhnya tahun hadapan.
 
 
ok just nak randomly share apa yang tanyalah ustad pagi tadi share. Tentang surah alam nasyrah.. ok lets start bebeh..


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

Lepas baca ni usap2 dada


[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

Lepas baca ni usap bahu supaya diringankan beban


[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

lepas baca ni usap belakang, tepuk2 sikit kat punggung (bak kata ustad)


[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

sambil tiup kat telapak tangan dan sapu ke muka


[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Tapi yang penting, kena la yakin... minta maaf, ustad cerita sampai ayat-4 ja, the rest tu dia suruh yakin dengan sungguh-sungguh


arghhhh, masih lagi marah dengan budak suwit sebab lupa isi borang carry cuti ke tahun depan.. seb baik comel..
 
 
kenapa gaji lambat sangat nak masuk, tangan ni dah gatal-gatal pegi belek-belek buku dan dah penuh list dah buku yang i minat... sabar sikit hati, nanti kesudahannya akan kuhadiahkan buku yang menjadi idaman kalbumu...
Post a Comment