Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, January 9, 2013

Jom belajar, moga dapat mendapat manfaat

Last week, saya dapat satu mesej ringkas daripada seorang kawan melalui YM. Dia dan kawan-kawannya menghasilkan satu website bagi memberi peluang kepada kita-kita ni belajar tentang bahasa al-Quran. Its really good, please support them by click like on this page http://www.facebook.com/Basooir and ini adalah website diorang http://basooir.com/. For those yang ada smartphone, boleh la add apps yang ada kat situ. Lagipun, for certain area, susah nak dapatkan kelas untuk belajar bahasa arab and kalau ada pun fee dia agak mahal. Jadi, gunakanlah peluang dan sokonglah anak-anak muda Malaysia ini.. Saya teringat kisah saya dalam Masjid Nabawi, saya ni suka tegur orang “can you speak in English?” konon2 bertegur sapa.. Biasanya remaja2 arab yang datang dari Iran or Syria akan pandai berbahasa Inggeris. Then, ada sorang gadis tegur saya, maybe sebab dia nampak saya rancak bersembang dengan sorang gadis dari Syria yang sangatttttt cantik. Tapinya, budak yang tegur saya ni tak pandai cakap english.. Dia tanya something dalam bahasa Arab.. Bila saya cakap “i dont understand” dia still dok bebel2 jugak (saya tak paham apa yang dia dok terang panjang lebar). Puas la saya dok ulang i dont understand sambil geleng2 kepala sampaikan last sekali saya senyum ja kat dia menyebabkan akhirnya dia pun stop bercakap dan senyum jugak. Pastu dia cakap “assalamualaikum” dan blah.. Time tu, berkobar-kobar gila nak balik belajar bahasa arab. Tapinya sampai sekarang pun saya still takda inisiatif nak cari kelas. Ada kelas kat Usm tapi kena daftar as a student la plak dengan USM. So, ini ada peluang yang terbaik untuk kita sama-sama belajar. Housemate saya kata, belajar cakap bahasa jepun lagi senang berkali-kali ganda dari belajar bahasa arab. Yeke? Saya tak tau sebab saya pun sekolah harian biasa yang takda subjek bahasa arab yang diajar kat sekolah tu.

Saya nak share salah satu bab dalam buku Syamail Muhammadiyah, cara makan rasulallah “lauk yang dimakan rasulallah”.
Rasulallah  berkata “sebaik-baik lauk adalah cuka” – direkodkan oleh tirmizi, muslim, abu dawud, ibnu majah dan nasa’i
Rasulallah berkata “makanlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak. Sungguh, ia berasal dari pikok yang diberkati” – direkodkan oleh tirmizi
“Rasulallah menggemari buah labu. Apabila dibawakan makanan ataupun mendapat undangan, aku akan mengikut beliau dan menghidangkan makanan itu (labu) di hadapan beliau sebab tahu beliau menyukainya” – direkodkan oleh tirmizi dan ahmad
“Ummu Salamah menghidangkan lauk daging panggang kepada rasulallah. Beliau memakannya lalu mendirikan solat tampa mengambil wuduk semula” – direkodkan oleh tirmizi dan nasa’i
“Rasulallah pernah dihidangkan dengan daging. Bahagian kaki itu diberikan kepada beliau. Itulah bahagian kesukaan beliau. Oleh itu, beliau memakannya” – direkodkan oleh tirmizi, bukhari dan ibnu majah
“Rasulallah menyukai bahagian kaki daging. Seseorang pernah membubuh racun pada bahagian itu. Beliau tahu yang melakukannya adalah kaum yahudi” – direkodkan oleh tirmizi dan abu dawud
Menurut buku Biografi Muhammad bin Abdullah, kesan racun itu telah menyebabkan rasulallah jatuh sakit. Sakit beliau adalah berkali ganda daripada sakit kita. Manakala daging pula berkemungkinan besar merujuk kepada daging kambing.
“Aku memasak satu kuali makanan untuk rasulallah. Beliau sangat menyukai daging bahagian kaki. Oleh itu, aku menghidangkan untuk beliau satu bahagian kaki. Kemudian, beliau berkata ‘ambilkan lagi bahagian kaki untukku’. Aku menghidangkan lagi untuk beliau. Selepas itu, beliau meminta lagi, ‘ambilkan lagi bahagian kaki untukku’. Aku berkata kepada beliau, ‘wahai rasulallah, berapakah jumlah kaki yang dimiliki oleh seekor kambing?’. Rasulallah membalas, ‘demi Allah yang jiwa ini berada di dalam genggamanNya, sekiranya kamu diam sahaja, pasti kamu akan dapat menghidangkan apa yang aku pinta” – direkodkan oleh tirmizi dan ahmad
“Keutamaan Aisyah berbanding wanita-wanita lain adalah seperti keutamaan Tsarid (roti dicampur dengan gulai daging yang menjadi kesukaan bangsa Arab) berbanding makanan-makanan lain” – direkodkan oleh tirmizi, bukhari, muslim, ibnu majah dan nasa’i
“Rasulallah sangat menyukai Tsulf (makanan yang diperbuat daripada tepung gandum dan dicampur mentega)” – direkodkan oleh tirmizi dan ahmad
Just nak share, semoga mendapat manfaat.
p/s:
  1. Kawan saya eju tengah sambung PhD kat USM and diorang plan nak naik kinabalu this coming August. Katanya “at least eju ada buat something tahun ni”.. hahaha. Hopefully dia berjaya habiskan PhD with flying colors this year. Yes, at least you made me envy of you.
  2. Fenomena aizat dalam AJL sangat umpphh. Tapi saya lagi suka mamat rambut kerinting itew.
  3. Saya pernah berbincang dengan kawan pasal zakat. Then, sebagai minah bizibodi saya pun tanya la if dia ada buat potongan zakat tak sebabnya dia ni lecturer politeknik (saja nak mention bahawa kami tak keja sekali). Then dia cakap, “aku dah cek kat website,  6k ke atas ja kena bayar zakat”.. den tak tahu la plak gaji berapa baru nak kena keluarkan zakat.. persoalannya, YEKE GITU?

Monday, January 7, 2013

Tahun baru, gaya baru

Ada satu peringkat tu, saya rasa sangat bimbang sebab asyik disogok bahawa negara sedang mengalami kemerosotan ekonomi. Risaunya takut tetiba tiada bekalan makanan, ataupun perintah berkurung atau tetiba helikopter tentera asyik berlegar-legar atas kepala (macam filem-filem dokumentari pasal perang dunia).. Tambahan pulak time tu, berita bahawa malaysia ni sangat banyak hutang, banyak corruption, macam-macam lah sampaikan saya ni terbayang-bayang adakah sempat merasai tahun 2020. Tapi, bila tetiba kerajaan dengan senang hatinya memberikan bermacam-macam imbuhan kepada rakyat, wah, bagus kot ekonomi sekarang. Sampaikan belia pun dapat imbuhan. Kaya nya negara saya (hurm!!).. Malangnya, kalau difikirkan logik akal, apala sangat imbuhan (bukan tak pandai bersyukur) jika dibandingkan dengan kenaikan harga barang yang tersangatlah tinggi. Saya semakin tak faham, apa relevan perkara yang sedang berlaku sekarang. Jadi, sebagai belia yang tidak merasa imbuhan tersebut, saya Cuma mengambil sikap, abaikan sebab tak bersangkutan dengan saya. “Bukan rezeki aku” very cliche. Memandangkan orang-orang yang membuat keputusan untuk memberi imbuhan juga adalah orang-orang yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kenaikan harga barang, maka semestinya mereka juga adalah orang-orang yang pakar dalam bidang ekonomi. Jadinya, saya beranggapan baik, mesti mereka sudah merangka yang terbaik untuk rakyat.. hopefully, walaupun hakikatnya kita dan keluarga kita yang menanggung akibat daripada sikap “terlepas pandang” mereka. Beratnya beban akibat kenaikan harga barang, namun bertuah berada kat Malaysia, tiada sebarang demonstrasi akibat kenaikan harga barang yang tinggi. Sedangkan saban hari media mendedahkan bahawa kerajaan sangat-sangat mengambil berat hal ehwal rakyat. Beratus juta RM disalurkan kepada angkatan keselamatan sebagai imbuhan kepada mereka, kepada orang seni, kepada badan-badan tertentu, dan kita terus rasa berada dalam satu negara ber”kebajikan”. Harga barang tinggi weh.. Bukan harga rokok yang tinggi, harga barang makanan sangat tinggi.. Salah siapa sebenarnya? Saya sebagai rakyat yang tak pernah bersuara sebab mengandaikan saya sorang yang tak berkemampuan atau orang-orang tertentu yang tak fikir tentang kepayahan golongan berpendapatan rendah demi memenuhi impian sewaktu kecil mereka (menjadi jutawan, sebab kena buat karangan “apa yang kamu akan lakukan andainya mempunyai RM 1 juta”.. tetiba rasa macam sistem pendidikan salah, haha) Sekali lagi, sebagai rakyat yang akur kepada pemerintah, mesti lah saya Cuma berdiam diri dengan slogan ‘saya yang menurut perintah’..

 
Art Of Deception? Tak pernah baca? Tapi mesti ramai yang dah khatam buku ni? Penulis buku ni kata, rakyat amerika bodoh sebab dah tau kezaliman amerika tapi still ikut ja telunjuk kerajaan kerana apa yang kerajaan amerika lakukan selama ni tak memberi impak kepada mereka. Bodoh? Hanya orang bodoh yang boleh berada dibawah pemerintahan yang  bodoh kan. Baca la buku ni, pembongkaran bencana 911 (11 september 2001).. Saya baru form 4, mengapa kena guna istilah BARU, haha, waktu WTC dan pentagon musnah, makanya apa yang diberitakan mestilah saya percaya 100%. Biasa la budak form 4, honeymoon year, baca novel adalah kegilaan utama, jadi malas nak ambik pusing dengan perkembangan dunia. Eh, agaknya saya masih lagi dalam sindrom form 4 kot, sampai sekarang pun masih malas nak ambik pusing apa yang berlaku kat luar. Kalau korang pun malas nak ambik pusing, maksudnya korang pun masih dalam sindrom form 4.. Tapi 3,4 tahun lepas orang dah semakin berani cakap 911 adalah hasil angkara Amerika sendiri, tapi tak taula kenapa takdelah heboh pulak kat media kita kan.. eh, ke aku yang tak pernah dengar berita??? Mungkin chanel media kita pun dah jadi mcm CNN, ABC, CBS, FOX dan mcm2 la kroni2 yang terlibat dgn 911? Baca la buku tu, rasa macam, eh kenapa macam baca novel pulak ni.. macam baca novel english pasai ahli sihir yang bijak. Kita ni yang membaca ni rasa geram sangat, kenapa la orang-orang yang kat sekeliling tu tak tau yang ahli sihir tu jahat. Rasa macam nak pegi bunuh ahli sihir tu. Hah, itu la rasa bila baca buku tu.. baca la, dia ada malay version. Sebab New World Order sedang rancak maju seiring dengan objektif mereka. Betapa kejamnya Israel untuk menakluk dunia dengan membunuh orang Islam. Kejam sangat, demi membusukkan nama orang islam dan untuk menakluk negara-negara yang hebat macam Iraq, Afganistan, Somalia, syria, Mesir, Bahrain, Yaman, Sudan dan banyak lagi, mereka sanggup memusnahkan bangunan yang bersejarah dalam negara sendiri dan memperbodohkan rakyat negara sendiri.. Oho, jangan lah ini yang sedang berlaku dalam negara saya dan saya adalah boneka yang menonton tanpa memahami apa yang sebenarnya berlaku.
Cer fikir fikirkan...
Sejak dua menjak ni, selalu terpikir, apa la achievement yang saya dah capai yang boleh dibanggakan oleh diri sendiri.. Hurm, macam tak ada apa sangat..
 
KERJAYA. Some people kata orang yang berpandangan jauh dia takkan stick dengan satu company tu lama2.. maybe after 4 years dia perlu lompat kerja, mungkin juga dia melihat sistem pilihanraya sebagai based kot. Negara kan akan membubarkan parlimen setiap 5 tahun sekali. Eh, 4 tahun ke 5 tahun, tak sure pulak. Tapi ada orang kata, kita perlu komited dengan apa yang kita buat dan mengabdikan diri dengan sesebuah company supaya kita dikira sebagai setia dan komited. Hurm, well susah nak pilih which one the best opinion sebab siapa kita ditentukan oleh siapa kawan-kawan sekeliling kita dan buku apa yang kita baca kan? Tepuk dada, tanya la kocek masing2.. Maybe kalau lompat-lompat kompeni boleh manambahkan ketebalan kepingan biru kehijauan didalam kocek kita, mesti lah kan!!! Tapi saya masih lagi di ofis yang sama for almost 5 years. Yer, sebab tu lah kena pikir semula ni sebab sudah sampai tempoh parlimen akan dibubarkan.
Lagipun kat workstation saya ada satu quote yang baik punya "I Love Work, it gives me something to do between weekends"

KEWANGAN.. Mana ada orang simpan duit lama-lama jadi bukit.. 
KENDERAAN.. Viva hitam masih menjadi pujaan hatiku.. baru halfway bayar loan, ada lagi separuh jalan.. adoyaiiii.. viva tu dah berjalan jauh dah..pembakar semangat menjadikan tuan nya lebih berani.. kawan-kawan USM sangat mengagumi viva tu sebab dah banyak jasa. Walaupun sahak dah bertukar dari kancil ke viva ke nissan x-gear, saya masih setia dengan viva hitam itu.. Its ok Hidayah, awak kan setia dengan yang satu..
KESIHATAN.. Alhamdulillah, mungkin formulasinya adalah “ minum susu ibu anda jadi sihat dan kuat” serta gagah macam saya.. Rindunya dengan outdoor activities.
KEAGAMAAN.. Masih perlukan banyak improvement dan istikhamah.. Iman, ada naik turun..
KAWAN-KAWAN.. by 2014 kalau saya masih belum kawen, saya akan menjadi bujang hot.. mostly semua kawan2 bujang akan kawen tahun ni.. Jadinya, ruang lingkup saya lebih mengecil sebab dah tak banyak kawan nak melepak macam zaman bujang2 ramai-ramai dulu.. Takpe2, hidayah jadi bujang hot la syok.. (agaknya).. 2013, tak banyak perancangan saya.. Mungkin saya merancang untuk 2014.. woi, 28 dah ok this year.. 
 KELUARGA.. masih dalam perancangan.. bukan perancangan kedua-dua belah pihak macam artis selalu bagi alasan.. saya masih lagi tahap perancangan diri sendiri.. membina keluarga bukan macam membina kerjaya kan, tak selesa boleh lompat-lompat.. Walaupun bukan berada dalam zon usia selesa untuk membujang lama-lama, tapi saya selesa memikirkan it takes 2 to tango.. kalau tak pandai menari jangan la menari, takut pinggang terseliuh, parah akibatnya.. Anak sedara saya kata, sebelum kawen kena dapatkan rawatan di 3 tempat yang popular iaitu Yun Nam Haircare, London Weight Management dan New York skin Solution.. haha.. Budak tu memang, saja nak tunjuk pandai depan budak bijak. Well, after pelamin anganku musnah haritu, saya mengaku agak berhati-hati walaupun kadang2 agak tergelincir dari landasan yang benar. Kita belajar dari pengalaman, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kan. Kamon hidayah, fighting!!!
Eh, apasal macam panjang lebor pulak ni. Ok la . Babai.
 
 

Tuesday, January 1, 2013

Selamat datang 2013

Pejam-celik-pejam-celik-marah-gembira-sedih-masam-manis, akhirnya terlabuh sudah tirai 2012 dan mentari 2013 sudah terpancar bersinar harini..
 
Cepatnya masa berlalu, rasa macam tak puas lagi nak tulis date 2012, terpaksa bertukar kepada 2013 dan paling penting masih tak puas nak isi column umur dengan angka 27 tahun, sekarang mulai hari ni dah nak kena isi dengan angka 28 tahun.. hai la umur..
 
Semalam seawal isyak lagi dah tido, tak sanggup nak dengar orang menjerit-jerit kat TV sambut tahun baru, gilo apa.. Tapi disebabkan adik-adik poli dah masuk semester baru, tepat pukul 12 malam, stil ada orang bakar bunga api.. berdengung taman tu.. Terpaksa bangun dan tengok jam dah pukul 12, jadi sempatla meng'wish'kan diri sendiri "HAPPY NEW YEAR, 2013".. Kenapa tah, tahun 2013 dimulakan dengan tekanan pulak gua rasa.. Puas difikirkan kenapa. Barulah datang sebab musababnya, banyak sangat azam 2012 yang tak tertunai, makanya bakal digalas dan diteruskan azam itu pada tahun ini. Nampak sangat achievement tak berapa bagus tahun lepas. Hurmmmmm....
 
Saya menghabiskan cuti 2012 (akibat kelalaian sendiri) dengan fun. Seronok rupanya boleh lepak2 kat rumah lama. Selama ni kalau balik kampung pun kejap ja, cuti kali ni hampir 2 minggu saya kat rumah.. Seronok sgt.. Well, should admit, everything happen for a reason.. Banyak hikmah bila saya tak forward cuti.. Bak kata seorang kakak Indon yang saya kenal "Kehendak kita tak mungkin melebihi kekuasaan Allah".. Sampaikan saya terpaksa berpesan pada seorang kawan dikampung, "aku cuti ni lama tau, jangan ingat sebab aku kena buang kerja pulak".. haha.
 
Well cuti yang lama, berjaya habiskan buku "Cinta di Langit Gaza; sebuah buku travelog" karya Ustaz Ridzuan. Dan juga buku "Biografi Muhammad bin Abdullah" new version.. Best sangat kedua-dua buah buku.. Buku cinta di langit Gaza tu, walaupun tajuk dia perkataan Gaza tapi cerita dia meliputi perjalanan penulis menyebarkan dakwah Islam ke Kemboja, Indonesia, Thailand, dan Palestin. Walaupun tak pergi, tapi rasa macam terawang-awang disana.. cewahhhh.. Then buku Biografi Nabi Muhammad pulak, menceritakan serba lengkap tentang sejarah penyebaran Islam sehingga kewafatan Nabi. Baru la kita tau, Sejarah penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah, Kenapa Ansar tidak mendapat harta rampasan perang, Bagaimana Islam dikembangkan, Siapa ahli perang Badar, Bagaimana perang Uhud berlaku dan faktor kekalahan, Perang Khaibar yang telah disebut dalam Al-Quran, bila Umar masuk Islam, bila Khalid al-Walid masuk Islam, kenapa Hamzah meninggal, Kenapa Uthman berkahwin dengan dua anak Nabi, Kenapa Rasulallah menangis di kubur ibunya Siti Aminah, dan siapa yang meracun Rasulallah.. Recomended.. :Lagipun mostly kedai buku tengah sale sekarang, so harga buku around 30 je kot.. murah tu.. Takpi maybe tak semurah buku-buku di Big Bad Wolf.. argh, jeles kot dengan kawan-kawan kat Kl yang dapat ke BBW dan memborong habis-habisan..
 
Ok, ada bunyi tikus pilak belakang ni.. dah la, nak kena gi check ni..
 
Selamat Datang 2013, semoga 2013 membawa sinar baru dan memberikan yang indah-indah belaka...