Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, January 9, 2013

Jom belajar, moga dapat mendapat manfaat

Last week, saya dapat satu mesej ringkas daripada seorang kawan melalui YM. Dia dan kawan-kawannya menghasilkan satu website bagi memberi peluang kepada kita-kita ni belajar tentang bahasa al-Quran. Its really good, please support them by click like on this page http://www.facebook.com/Basooir and ini adalah website diorang http://basooir.com/. For those yang ada smartphone, boleh la add apps yang ada kat situ. Lagipun, for certain area, susah nak dapatkan kelas untuk belajar bahasa arab and kalau ada pun fee dia agak mahal. Jadi, gunakanlah peluang dan sokonglah anak-anak muda Malaysia ini.. Saya teringat kisah saya dalam Masjid Nabawi, saya ni suka tegur orang “can you speak in English?” konon2 bertegur sapa.. Biasanya remaja2 arab yang datang dari Iran or Syria akan pandai berbahasa Inggeris. Then, ada sorang gadis tegur saya, maybe sebab dia nampak saya rancak bersembang dengan sorang gadis dari Syria yang sangatttttt cantik. Tapinya, budak yang tegur saya ni tak pandai cakap english.. Dia tanya something dalam bahasa Arab.. Bila saya cakap “i dont understand” dia still dok bebel2 jugak (saya tak paham apa yang dia dok terang panjang lebar). Puas la saya dok ulang i dont understand sambil geleng2 kepala sampaikan last sekali saya senyum ja kat dia menyebabkan akhirnya dia pun stop bercakap dan senyum jugak. Pastu dia cakap “assalamualaikum” dan blah.. Time tu, berkobar-kobar gila nak balik belajar bahasa arab. Tapinya sampai sekarang pun saya still takda inisiatif nak cari kelas. Ada kelas kat Usm tapi kena daftar as a student la plak dengan USM. So, ini ada peluang yang terbaik untuk kita sama-sama belajar. Housemate saya kata, belajar cakap bahasa jepun lagi senang berkali-kali ganda dari belajar bahasa arab. Yeke? Saya tak tau sebab saya pun sekolah harian biasa yang takda subjek bahasa arab yang diajar kat sekolah tu.

Saya nak share salah satu bab dalam buku Syamail Muhammadiyah, cara makan rasulallah “lauk yang dimakan rasulallah”.
Rasulallah  berkata “sebaik-baik lauk adalah cuka” – direkodkan oleh tirmizi, muslim, abu dawud, ibnu majah dan nasa’i
Rasulallah berkata “makanlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak. Sungguh, ia berasal dari pikok yang diberkati” – direkodkan oleh tirmizi
“Rasulallah menggemari buah labu. Apabila dibawakan makanan ataupun mendapat undangan, aku akan mengikut beliau dan menghidangkan makanan itu (labu) di hadapan beliau sebab tahu beliau menyukainya” – direkodkan oleh tirmizi dan ahmad
“Ummu Salamah menghidangkan lauk daging panggang kepada rasulallah. Beliau memakannya lalu mendirikan solat tampa mengambil wuduk semula” – direkodkan oleh tirmizi dan nasa’i
“Rasulallah pernah dihidangkan dengan daging. Bahagian kaki itu diberikan kepada beliau. Itulah bahagian kesukaan beliau. Oleh itu, beliau memakannya” – direkodkan oleh tirmizi, bukhari dan ibnu majah
“Rasulallah menyukai bahagian kaki daging. Seseorang pernah membubuh racun pada bahagian itu. Beliau tahu yang melakukannya adalah kaum yahudi” – direkodkan oleh tirmizi dan abu dawud
Menurut buku Biografi Muhammad bin Abdullah, kesan racun itu telah menyebabkan rasulallah jatuh sakit. Sakit beliau adalah berkali ganda daripada sakit kita. Manakala daging pula berkemungkinan besar merujuk kepada daging kambing.
“Aku memasak satu kuali makanan untuk rasulallah. Beliau sangat menyukai daging bahagian kaki. Oleh itu, aku menghidangkan untuk beliau satu bahagian kaki. Kemudian, beliau berkata ‘ambilkan lagi bahagian kaki untukku’. Aku menghidangkan lagi untuk beliau. Selepas itu, beliau meminta lagi, ‘ambilkan lagi bahagian kaki untukku’. Aku berkata kepada beliau, ‘wahai rasulallah, berapakah jumlah kaki yang dimiliki oleh seekor kambing?’. Rasulallah membalas, ‘demi Allah yang jiwa ini berada di dalam genggamanNya, sekiranya kamu diam sahaja, pasti kamu akan dapat menghidangkan apa yang aku pinta” – direkodkan oleh tirmizi dan ahmad
“Keutamaan Aisyah berbanding wanita-wanita lain adalah seperti keutamaan Tsarid (roti dicampur dengan gulai daging yang menjadi kesukaan bangsa Arab) berbanding makanan-makanan lain” – direkodkan oleh tirmizi, bukhari, muslim, ibnu majah dan nasa’i
“Rasulallah sangat menyukai Tsulf (makanan yang diperbuat daripada tepung gandum dan dicampur mentega)” – direkodkan oleh tirmizi dan ahmad
Just nak share, semoga mendapat manfaat.
p/s:
  1. Kawan saya eju tengah sambung PhD kat USM and diorang plan nak naik kinabalu this coming August. Katanya “at least eju ada buat something tahun ni”.. hahaha. Hopefully dia berjaya habiskan PhD with flying colors this year. Yes, at least you made me envy of you.
  2. Fenomena aizat dalam AJL sangat umpphh. Tapi saya lagi suka mamat rambut kerinting itew.
  3. Saya pernah berbincang dengan kawan pasal zakat. Then, sebagai minah bizibodi saya pun tanya la if dia ada buat potongan zakat tak sebabnya dia ni lecturer politeknik (saja nak mention bahawa kami tak keja sekali). Then dia cakap, “aku dah cek kat website,  6k ke atas ja kena bayar zakat”.. den tak tahu la plak gaji berapa baru nak kena keluarkan zakat.. persoalannya, YEKE GITU?

2 comments:

Anonymous said...

mungkin yg dimaksudkan ialah 6k/8k/9k setahun iaitu utk perbelanjanjaan diri sendiri..
ada byk item yg perlu ditolak daripada jumlah gaji setahun.cth, tanggungan, ibubapa, epf dll..
boleh rujuk majlis agama.

Norhidayah said...

Terima kasih. Saya pun dah nasihatkan dia untuk ke pejabat zakat terus.