Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Tuesday, January 1, 2013

Selamat datang 2013

Pejam-celik-pejam-celik-marah-gembira-sedih-masam-manis, akhirnya terlabuh sudah tirai 2012 dan mentari 2013 sudah terpancar bersinar harini..
 
Cepatnya masa berlalu, rasa macam tak puas lagi nak tulis date 2012, terpaksa bertukar kepada 2013 dan paling penting masih tak puas nak isi column umur dengan angka 27 tahun, sekarang mulai hari ni dah nak kena isi dengan angka 28 tahun.. hai la umur..
 
Semalam seawal isyak lagi dah tido, tak sanggup nak dengar orang menjerit-jerit kat TV sambut tahun baru, gilo apa.. Tapi disebabkan adik-adik poli dah masuk semester baru, tepat pukul 12 malam, stil ada orang bakar bunga api.. berdengung taman tu.. Terpaksa bangun dan tengok jam dah pukul 12, jadi sempatla meng'wish'kan diri sendiri "HAPPY NEW YEAR, 2013".. Kenapa tah, tahun 2013 dimulakan dengan tekanan pulak gua rasa.. Puas difikirkan kenapa. Barulah datang sebab musababnya, banyak sangat azam 2012 yang tak tertunai, makanya bakal digalas dan diteruskan azam itu pada tahun ini. Nampak sangat achievement tak berapa bagus tahun lepas. Hurmmmmm....
 
Saya menghabiskan cuti 2012 (akibat kelalaian sendiri) dengan fun. Seronok rupanya boleh lepak2 kat rumah lama. Selama ni kalau balik kampung pun kejap ja, cuti kali ni hampir 2 minggu saya kat rumah.. Seronok sgt.. Well, should admit, everything happen for a reason.. Banyak hikmah bila saya tak forward cuti.. Bak kata seorang kakak Indon yang saya kenal "Kehendak kita tak mungkin melebihi kekuasaan Allah".. Sampaikan saya terpaksa berpesan pada seorang kawan dikampung, "aku cuti ni lama tau, jangan ingat sebab aku kena buang kerja pulak".. haha.
 
Well cuti yang lama, berjaya habiskan buku "Cinta di Langit Gaza; sebuah buku travelog" karya Ustaz Ridzuan. Dan juga buku "Biografi Muhammad bin Abdullah" new version.. Best sangat kedua-dua buah buku.. Buku cinta di langit Gaza tu, walaupun tajuk dia perkataan Gaza tapi cerita dia meliputi perjalanan penulis menyebarkan dakwah Islam ke Kemboja, Indonesia, Thailand, dan Palestin. Walaupun tak pergi, tapi rasa macam terawang-awang disana.. cewahhhh.. Then buku Biografi Nabi Muhammad pulak, menceritakan serba lengkap tentang sejarah penyebaran Islam sehingga kewafatan Nabi. Baru la kita tau, Sejarah penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah, Kenapa Ansar tidak mendapat harta rampasan perang, Bagaimana Islam dikembangkan, Siapa ahli perang Badar, Bagaimana perang Uhud berlaku dan faktor kekalahan, Perang Khaibar yang telah disebut dalam Al-Quran, bila Umar masuk Islam, bila Khalid al-Walid masuk Islam, kenapa Hamzah meninggal, Kenapa Uthman berkahwin dengan dua anak Nabi, Kenapa Rasulallah menangis di kubur ibunya Siti Aminah, dan siapa yang meracun Rasulallah.. Recomended.. :Lagipun mostly kedai buku tengah sale sekarang, so harga buku around 30 je kot.. murah tu.. Takpi maybe tak semurah buku-buku di Big Bad Wolf.. argh, jeles kot dengan kawan-kawan kat Kl yang dapat ke BBW dan memborong habis-habisan..
 
Ok, ada bunyi tikus pilak belakang ni.. dah la, nak kena gi check ni..
 
Selamat Datang 2013, semoga 2013 membawa sinar baru dan memberikan yang indah-indah belaka...
 
 
Post a Comment