Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Saturday, February 16, 2013

Inspiring- Walaupun beliau sudah tiada

Last two months, waktu saya gatal-gatal tangan search pasal Uni. of Sheffield, England, antara result yang keluar adalah Mas Afzal. So, semangat ingin tahu, sapa mamat ni. Saya search dan jumpa his blog. Oh, he is a medical doctor. Tapi by the time saya baca blog dia, entry last sekali ditulis oleh mak dia. Bila go through entry-entry yang ditulis oleh beliau, saya kagum seketika. MasyaAllah. Dia cuma setahun tua dari saya tapi he much-much-much far better than me. When a Dr write his very own story on how he face the challenge, dengan pemilihan perkataan yang terbaik, menjadikan dia dekat di hati. I give his link here http://masafzal.blogspot.com/. Selama ni, saya ingatkan kemoterapi adalah rawatan biasa, walaupun saya tau ia mesti menyakitkan tapi saya tak dapat nak bayangkan apa sebenarnya rawatan kemoterapi itu sendiri.
 
Al-fatihah
 


Beauty Tips

Buka buku lama, terjumpa tips yang diceduk entah dari buku mana. Takda pulak saya tulis dari mana saya quote tips ini.


1.       For attractive lips, speak words of kindness

2.       For lovely eyes, seek out the good in people

3.       For slim figure, share your food with the hungry

4.       For beautiful hair, let a child run fingers through it once a day

5.       For poise, walk with knowledge you’ll never walk alone

6.       People, even more than things, have to be restored, renewed, revived, reclaimed and redeemed

7.       Never throw out anybody

8.       Remember, if you ever need a helping hand, you’ll find one at the end of your aim

9.       As you grow older, you will discover that you have two hands. One for helping yorself and the other one for helping others
 
      Kadang-kala, kita bukan tak sedar tapi kita kurang sedar kenapa kita ada dua tangan. Tapi kita selalu sedar tangan digunakan untuk menuding jari menyalahkan orang lain. Dan kita jarang sedar bila orang menasihati kita. Sekurangnya semoga kita masih sedar sebelum kita terus tak sedar-sedar.
 
      Macam saya, asyik tak sedar tentang rezeki yang Allah bagi. Sehingga tersedar, saya dah lama tak demam, batuk dan selesema. Nasib baik tersedar. Itu pun sebab ada kawan mengadu kenapa dia asyik demam kebelakangan ni, adakah antibodi lemah. Terima kasih kawan, sebab pilih aku untuk bagitau yang hang demam. Menyedarkan bahawa kesihatan adalah rezeki terbaik yang Allah bagi.

seronok bila boleh berronggeng dengan kawan-kawan lama, hingga tak sedar masing-masing sudah ada kehidupan disisi yang lain..
 

Friday, February 15, 2013

Universiti MKI

http://muhdkamil.org/home


Jom mendaftar sebagai student.. tak bayar yuran pun ;)

Thursday, February 14, 2013

sharing is caring ;)

HARI-HARI TERAKHIR RASUL JUNJUNGAN
20 HARI IKTIKAF PADA BULAN RAMADHAN
DUA KALI MALAIKAT JIBRIL DATANG
UNTUK BAGINDA BERTADARUS AL-QURAN
TAHUN 10 HIJRAH KALENDAR ISLAM

AWAL SAFAR 11 HIJRAH
KE UHUD BERDERAP LANGKAH
MENDOAKAN PARA SYUHADA
BAGAIKAN MENGUCAP SELAMAT TINGGAL

SUATU MALAM DIPERTENGAHAN
BAGINDA KELUAR KE BAQI'
SAMBIL MEMOHON PENGAMPUNAN
UNTUK PENGHUNI PERKUBURAN BAQI'

29 SAFAR BAGINDA DITIMPA SAKIT KEPALA
PANASNYA SUHU KESAKITAN AMAT KETARA
NAMUN MASIH SOLAT BERSAMA SAHABAT-SAHABATNYA

MINGGU TERAKHIR SAKIT BAGINDA
DIPAPAH KERUMAH AISYAH ISTERI TERCINTA
SETELAH BERTANYA DIMANA GILIRANNYA
ISTERI-ISTERI MERELAKAN BAGINDA MEMILIHNYA

BERJALIN KAKI KERUMAH AISYAH
DIPAPAH ALI BIN ABU TALIB DAN AL-FADL BIN ABBAS
KEPALA BERBALUT BAGINDA MELANGKAH
MENGHABISKAN MINGGU TERAKHIR DIRUMAH AISYAH

LIMA HARI SEBELUM WAFAT,
TUBUH BAGINDA BERTAMBAH PANAS,
LALU PINTA BAGINDA SUPAYA DIMANDIKAN
DARI TUJUH GERIBA AIR DARIPADA PERIGI BERLAINAN

SETELAH LEGA BAGINDA KEMASJID
MEMBERI KHUTBAH KEPADA PENDENGARNYA
"JANGAN JADIKAN KUBURKU SEBAGAI BERHALA YANG DISEMBAH"
SABDA BAGINDA KUBUR JANGAN DIJADIKAN MASJID
SEBAGAIMANA YAHUDI DAN NASRANI YANG TELAH
MENJADIKAN KUBURAN NABI MEREKA SEBAGAI MASJID

SETELAH TURUN DARI MINBAR
MENAWARKAN DIRINYA UNTUK DIQISAS
KEMUDIAN BAGINDA BERSABDA
ORANG YANG PALING PEMURAH IALAH ABU BAKAR

EMPAT HARI SEBELUM WAFAT
TIGA PERKARA DIPESAN BAGINDA
PESAN PERTAMA:
YAHUDI, NASRANI DAN MUSYRIKIN HENDAKLAH DIKELUARKAN DARI SEMENANJUNG ARAB
PESAN KEDUA:MELAYANI PARA UTUSAN SEBAGAIMANA BAGINDA MELAYANANINYA
PESAN KETIGA PULA PELBAGAI KATA KERANA PERAWI TERLUPA APA PESANNYA

SEHARI SEBELUM WAFAT
SEMUA HAMBA SAHANYA BAGINDA MERDEKAKAN
TUJUH DINAR DALAM SIMPANAN DISEDEKAHKAN
SENJATA-SENJATANYA DIBERIKAN KEPADA ORANG-ORANG ISLAM
PADA MALAMNYA AISYAH MEMINJAM MINYAK PELITA DARIPADA JIRANNYA
SEBELUM ITU BAJU BESI RASULULLAH DIGADAIKAN
DENGAN BAYARAN 30 GANTANG GANDUM KEPADA SEORANG YAHUDI

HARI TERAKHIR,
DIKALA HENING SUBUH PAGI ISNIN
PABILA SAHABAT GIRANG MELIHAT RASULULLAH
RASULULLAH YANG MEMANDANG MEREKA DISEBALIK TABIR YANG DISINGKAP
KEMUDIAN BAGINDA MASUK SEMULA DAN MELABUHKAN TIRAI TABIRNYA

SETELAH WAKTU DHUHA SEMAKIN MENINGGI,
RASULULLAH MEMBISIKKAN KETELINGA FATIMAH
LALU MENANGISLAH DIA KERANA AYAHNYA RASULULLAH
AKAN DIJEMPUT PULANG KE-RABBNYA
NAMUN KEMUDIAN DIA KETAWA
SETELAH DIBISIK KALI KEDUA
KERANA DIALAH YANG PERTAMA MENYUSULI AYAHNYA
DAN DIALAH KETUA SELURUH WANITA DI ALAM MAYA

SAKIT BAGINDA BERTAMBAH KUAT
KESAN RACUN DAGING KAMBING DI KHAYBAR
BAGAIKAN HENDAK PUTUS URAT TENGKOK BAGINDA
ANGKARA RACUN ITU KATA BAGINDA

DETIK TERAKHIR BAGINDA BERSUGI
DENGAN SIWAK YANG AISYAH LEMBUTKAN
SELEPAS BERSUGI BAGINDA PUN KEMBALI
KEMBALI KEPADA TUHAN SELEPAS MENGUCAPKAN
"PERTEMUKAN DAKU DENGAN TEMAN YANG TERTINGGI, YA ALLAH".
3 KALI KALIMAH ITU DIULANG-ULANG
TANGGAL 12 RABIUL AWAL
HARI ISNIN 11 HIJRAH

YA RASUL,
SYAFAATKAN KAMI

YA ALLAH,
RAHMATILAH KAMI.



source: facebook basooir..

Wednesday, February 6, 2013

Bukit Kutu- never underestimate

 
Bukit Kutu- Never underestimate.. sangat lah jangan sesekali meng’underestimate’kan bukit kutu. Nama bukit kutu tu boleh mengkonfiuskan orang yang dengar. Mungkin kalau setakat dengar, alah bukit! Tapi bila dah naik, uisshhhh ni bukan bukit dah taraf gunung dah ni! Ha gitu...
Actually this is a last minute punya decision untuk folo team Bukit Kutu. Memandangkan dah lama tak mendaki, sesungguh hati saya memujuk dan berjanji manis dengan syazana kecik (hiking mate yang setia) supaya meluangkan masa hari sabtu lepas untuk ikut mendaki. Tapi sebagai seorang yang semart macam saya, kita buat la research dulu before pegi. Baca review orang bagi dapatkan sedikit gambaran tentang bukit kutu. Entah la nak kata review adalah bagus atau tidak kerana kekadang review boleh melemahkan semangat dan kadangkala review boleh membuatkan kita lebih bersedia. Its depend on how you set your mind. Berdasarkan review yang saya baca, mostly menggambarkan bukit kutu sebagai mencabar atau difficult. Wah, menggigil lutut. Semput kot kalau asik mencanak ja. Takpa, kita be calm. Selagi kita tak cuba, kita tak tau. So jumaat malam tu, kami dua gadis jelita telah bersemangat waja untuk prepare breakfast dan lunch. Yummy gila. Haha.
So, by 5am pagi sabtu, kami bertolak ke kuala kubu, breakfast roti canai (makanya sandwich tuna ke laut ) dan team lain hanya sampai sekitar 10.45am. Dan kami mula mendaki by 11am. Masa yang cun untuk mendaki adalah before 10am sebab ini adalah day trip. So, kena ada masa yang comfortable untuk naik, melepaskan lelah kat atas sana menikmati pemandangan indah dan masa turun yang sangat menyeksakan.  Berbekalkan beg sandang RM10 yang dibeli di TESCO yang telah diisi dengan bekal dan 3 botol air, kami memulakan perjalanan melalui titi besi yang agak uzur. Melalui kawasan kebun getah dan pokok buluh dan beberapa kali kena meredah air sungai yang agak cetek. Awal tu perjalanan agak santai masih boleh bergelak ketawa lagi. Sampai la part mencanak tu, wah kemain lagi berselirat akar-akar pokok. Penat letih lapar semua bercampur. 3 jam yang diambil untuk naik tu boleh dikatakan 2 jam adalah melalui jalan yang mencanak. Sambil berjalan tu, terbayang-bayang pack lunch yang lazat. Makanan yang enak adalah sumber inspirasi yang terbaik untuk sampai ke puncak.
Pukul 2ptg, saya dan zana selamat sampai kat atas. Alhamdulillah. Ada monumen orang putih kat atas tu. Kat atas tu panas dan tak banyak tempat teduh. Pastu ada telaga, yang mana air dia sangat jernih dan sejuk.  Dah makan semua, baru la otak rasa selesa sikit. Then, kami naik sikit lagi dalam seminit berjalan tu, sampai la ke puncak. Actually ada batu besar kat atas tu dan perlu naik tangga yang macam orang TNB naik untuk periksa tiang tu. So, memandangkan ada manusia yang gayat, makanya dia Cuma duduk dan merasai kejelesan memandang manusia-manusia lain yang gagah berani naik tangga halus itu untuk melihat pemandangan dan merasai angin yang pantas menerbangkan rambut yang telah disyampoo dengan Rejoice. Dengar kata kalau duduk kat atas batu besar tu, rasa angin yang sangat kuat, macam nak terbang katanya. Entah la samada ia satu hiperbola atau kenyataan. Ala, duduk kat atas batu yang bawah sikit pun dah boleh nampak pemandangan yang cantik. Haha.
Kami kemudiannya berjalan sekejap dalam 5 minit dan sampai ke tapak istana ke rumah tah tinggalan orang putih. Setakat batu yang hanya berbentuk bongkah dan ada la bentuk-bentuk macam dinding, pintu dan tingkap, makanya bergambar la reramai kat situ. Waktu tengok tu, nak kata kagum pun tak jugak, sebab saya bukan minat sangat tinggalan sejarah ongputih ni. Kalau pegi bandar melaka pun, saya lebih selesa makan cendul tepi sungai melaka sambil tengok orang naik bot. Dasar pemalas bejalan.
Takda la lama mana sangat kami kat atas sebab dalam 3.45pm tu kami dah berjalan turun. Hazab sungguh nak sampai ke kereta semula. Curam dan kena berhati-hati. Tahan jela ibu jari kaki menahan berat badan yang terlebih BMI ni. Masa ni la terbayang-bayang, kalaulah ada eskalator. Haha. Dan akhirnya terbayar jugak  angan-angan tu bila dah sampai ke kereta. Fuh, lega dan rasa seronok tak terkata wa cakap lu. Penat sungguh bila day trip. Dengan masa perjalanan dari kulim ke Bukit Kutu yang panjang, dan trip yang gila. Sangat mencabar mental. Tapi bila dikenang, ia menjadi manis. Ye, sebab mendaki (bagi saya la, lain orang lain cara dia mendefinasikan) bukan untuk tengok siapa yang hebat sampai ke puncak dulu, tapi mendaki adalah cara kita mengenali kekuatan mental sendiri. Samada sampai awal atau lambat itu belakang kira, tapi once kita berjaya sampai ke puncak itu maksudnya kita kuat. Lantak la orang lain nak sampai awal atau lambat, yang penting diri kita. Bila kita start mendaki, kita kena aim untuk sampai ke puncak, hanya mental yang kuat yang dapat membantu kita. Selalunya, bila saya ada masalah atau down, mendaki adalah terapi yang terbaik. At that moment, saya boleh cabar diri saya dan bila dah sampai ke atas, bisik la kat diri sendiri “YOU ARE GREAT AND STRONG, THIS IS THE PROOF, SO DONT GIVE UP”. Dan advantage adalah dengan mempunyai teman yang terbaik. Never walk alone bebeh. Sebabnya, kita bukan berjalan di shopping complex yang ada cctv merata-rata, kita sedang berjalan di dalam hutan tempat jin tendang menendang. Haha.
Yang paling diingati untuk trip bukit kutu ni adalah pabila pertama kali saya terpaksa membuang selipar oren kerana telah digunakan oleh anjing sekor tu dan paling sadis bila saya telah mandi bersama henfon samsung torchlight istimewa saya. Hancur hati nak meninggalkan selipar oren tu kat bukit kutu dan lebih hancur hati bila dah naik dari mandi air terjun tu baru ingat kat dalam poket suar treksuit tu ada henfon. Waaaaaaaaaa.
Thanks to zana sebab accompany me untuk trip kali ni dan terpaksa postpone hasrat pulang ke alor setar ke pagi ahad dengan keadaan kaki yang sakit memandangkan makcik sorang lagi tengah menghitung hari bahagia, dan special thanks to our driver,cupin yang sangat baik hati kerana mengizinkan kami berdua tidur sepanjang perjalanan pergi dan telah mengemudi kereta seorang diri pergi-balik dengan selamatnya. Walaupun Cuma bertiga dari Kulim, tapi ia sangat fun.
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
Panas la jugak kat atas tu.
 
 

 
Thanks a lot