Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, March 8, 2013

Mesir, sebelum dan selepas Dr Mursi

 
 
Hampir 2 bulan masa yang saya ambik nak habiskan buku ni. Asal pegang ja, mata pun layu di tasik madu.. Namun memandangkan penulis buku, Dr Riduan Mohamad Nor nak turun ke ofis, maka saya gagah cepat-cepat khatam buku ni.. Dalam banyak2 buku Ustaz, buku ni paling special sebab ada signature penulis. Best, untuk orang yang malas nak baca sejarah negara lain macam saya. Bila baca buku ni, rasa semangat sayangkan negara tu lebih tinggi.. Bila pikir pasal politik negara yang dikatakan kotor, baru tau kat mana-mana pun permainan politiknya kotor, walaupun negara tu bahasa pengantarnya adalah bahasa al-quran.. Tapi, bagi situasi mesir, sesuai untuk cikgu-cikgu bahasa melayu nak huraikan ayat "roda itu sentiasa berputar, kebatilan tidak akan selamanya menguasai dunia, dan sesungguhnya sesudah kepayahan itu ada kesenangan" ****puitis sekali cik dayah..
 
 
Dulu-dulu, saya tak ambik tau pun sapa pemerintah mesir, tapi sebab dulu-dulu TV kat rumah kampung paling clear adalah TV1 makanya selalu la terpaksa tengok berita dunia.. kalau tengok berita pukul 10.30 mlm tu, asyik la dengar pasal Saddam hussin, Mubarak, Sadat, Tel Aviv.. Bosan.. Tapi, bila tengok berita sekarang, rasanya berita dulu-dulu lebih berkualiti dan pandai goreng bagi saya mudah nak percaya (kiranya diorang pandai meyakinkan penonton la, tak macam sekarang.....)
 
 
Ok, nak kutip and paste kat sini apa yang Dr Sofwat Hijazi (macam penah dengar nama hijazi ni tapi kat mana yer??? hurm!!) nasihatkan kepada Dr Mursi sahabatnya setelah Dr Mursi menang kerusi Presiden Mesir dalam linangan air mata (saya pun berlinang jugak baca ni)..
 
"Saya ingin katakan kepada Dr Muhammad Mursi, dengan kurniaan Allah maka Dia menganugerahkannya kepada anda, bukan kerana kepakaran anda, bukan kerana kedudukan anda, bukan kerana usaha anda dan bukan juga kera usaha mereka disekeliling anda. Ia adalah kurniaan Allah.
 
Maka, hukumlah kami dengan kesaksamaan, dengan keadilan. Bertakwalah kepada Allah pada kami. Taatlah kepada Allah nescaya kami taatkan anda. Jika anda derhaka kepada Allah, maka kami tidak akan mentaati anda.
 
Ambillah iktibar pengajaran dengan apa yang berlaku kepada orang sebelum anda. Jadilah diri anda orang yang hampir kepada Allah, nescaya Dia akan mendekatkan anda kepada rakyat. Rukuklah, sujudlah, nescaya Allah akan memberikan anda taufik, insyaAllah"
 
 
Isteri dan anak perempuan Dr Mursi pakai tudung litup. InsyaAllah, suatu hari nanti Malaysia jugak akan dipimpin oleh pemimpin yang anak dan isterinya memakai tudung dan menutup aurat jugak. Yakin!!.. Sebab seorang pemimpin yang terbaik adalah anak, suami dan ayah yang terbaik untuk memandu keluarganya ke syurga...

2 comments:

Nadiah Sidek said...

teringin baca buku ni

Norhidayah said...

InsyaAllah, sempat lagi kak nadiah baca bila balik Malaysia nanti sebab dia baru publish tahun lepas, lgpn buku ni ditulis oleh sukarelawan Muslim Care yang aktif.