Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, April 28, 2013

saya mengundi di Pokok Sena

Assalamualaikum,
Mode: Pilihanraya
Sekarang semua orang bermood nak berkempen. Orang yang tak berminat nak bercakap pasal politik pun nak bercakap pasal politik (include me)..
Sewaktu proses penamaan calon, saya berada dikampung. Esoknya, saya keluar bersarapan pagi bersama kawan digerai roti canai kat pokok sena tu. Ops, pokok sena pada PRU12 telah ditawan oleh abang PAS makanya terpaksa la pakcik BN bekerja keras untuk memastikan pada PRU13 ni dia berjaya menakluk semula pokok sena. Nampaknya kedua-dua abang dan pakcik bekerja keras menggantung bendera, ceramah politik melebihi ceramah agama dan artis-artis pun dah kenal kampung saya.  Tahun ni, baru nampak masyarakat malaysia sangat kreatif, bendera tu boleh dibentuk membentuk macam2. Ada bentuk cincin berlian 24K, ada bentuk jam rolex 2juta, bentuk roket, bentuk ambulan, bentuk helikopter, bentuk kapal terbang, bentuk kapal selam, bentuk macam-macam lagi.. banyak betul duit depa semua cetak bendera banyak-banyak nak buat bentuk-bentuk tu semua.. patut la tahun ni bila isi LHDN terasa sangat ketidak pengurangan bila dah claim.. Walau dah claim segala yang patut claim seperti dulu2, kalau dulu dia boleh cover sampai dekat RM200 tahun ni dia Cuma cover tak sampai RM20 dan saya still terpaksa bayar the rest.. tension betul. Apa yang hampa buat ni kerajaan.. kata rakyat didahulukan.. nasib baik kena isi LHDN betul-betul sebelum pilihanraya....
Eh, terlupa pulak, pasal makan roti canai kat gerai. Tengah saya dan izzati makan, tetiba datang segerombolan pakcik2 dan makcik berpakaian segak bergaya. Kami pun boleh la mengagak, mesti depa nak pancing undi, depa pun datang tanya orang mana apa semua.. Then, pegi duduk tanpa order makan dan minum dan pastu blah pergi. Kemudian datang la adik gerai tu kira semua dan bagitau pakcik tu bayar untuk semua orang, dia belanja.. Alhamdulillah syukur tapi balik tu terpikir adakah dia belanja tu dikira sebagai memberi rasuah supaya mengundi pakcik BN tu atau bagaimana? Kalau tetiba hari mengundi saya tertukar fikiran taknak mengundi dia macam mana? Nak kena pi bayar balik dekat pakcik tu ke? Pening kepala pikir (cewah).. Sebenarnya pakcik BN tu bukan setakat bayarkan harga makanan dan minuman semua kat gerai tu tapi dia dan kawan-kawannya juga telah mendepositkan sejumlah wang waktu awal-awal depa masuk kedai ke dalam apron abang yang tengah masak roti canai, abang yang tengah bancuh air dan adik tukang kira harga makanan termasuk sesapa yang pakai apron kat dalam gerai tu, dan itu adalah deposit bukan harga makanan.. Banyaknya duit pakcik.. Kalau pakcik duduk makan sekali kat gerai tu mungkin saya tak nampak sangat kekotoran strategi tersebut tapi sebab pakcik pun tak makan kat gerai pastu pakcik belanja kami yang makan kat gerai tu, pakcik tau tak yang saya terasa sangat.. (pakcik buat saya dan kawan saya macam tak berharga, hahaha).. Saya tau pakcik dan kawan-kawan tak makan kat gerai, mesti pakcik dan kawan-kawan makan kat Nasi Kandar Yasmeen (kecik hati lagi)
Semalam saya ke rumah kakak saya dan saya tau kakak saya ni pengundi atas pagar dan sangat berkemungkinan besar dia taknak pegi mengundi sebab dia konon-konon nak menangkan pemimpin yang disokong suaminya tapi dalam masa yang sama dia nak sokong pemimpin lain jugak. Adiknya yang ilmu sejengkal ni pun mula la berkempen... Berkempen supaya dia mengundi..
Kak, mengundi ni tanggungjawab.. Kat TV tu siap ada lagu lagi suruh pi mengundi, bila dah jadi tanggungjawab dah jadi kewajipan. Kita kena pilih pemimpin bukan untuk kita sorang tapi untuk ni budak-budak tak cukup umur yang tak boleh bersuara untuk depa sendiri. Hampa budak-budak yang tak cukup umur ni jangan menggedik sangat pasai politik, tunggu dan lihat, umur 21 nanti pi mendaftar dan pastu pilih sapa yang hampa rasa terbaik (ini untuk anak-anak sedara).
Pastu kakak saya pun suarakan yang dia tak suka pembangkang kerana depa buat macam-macam manifesto yang tak logik.
Sapa kita nak tau benda tu logik ke tak selagi kita tak cuba. (Bila anda seorang penyelidik, anda hanya akan percaya benda tu doesnt work hanya apabila keputusan eksperimen mengesahkan, teori tak akan diterima selagi praktikal tak mengesahkan.)
Kita mengundi bukan ikut ideologi politik keluarga.. Kita mengundi berdasarkan hasil pemerhatian dan kajian kita tentang pimpinan yang kita nak pilih. Sepatutnya, kita kena banyak membaca, kaji dan teliti setiap parti dan pemimpin yang kita nak pilih, Tapi kita ni malas dan kita tak banyak membaca. Macam mana kita nak tau sapa betoi sapa tak berapa betoi. Kita tak boleh dapat maklumat dari TV, TV tu macam lalang, sapa bayar lebih dia dapat siaran lebih. TV pun nak bayar staf dia, nak bagi bonus banyak macam petronas, jadi depa kena la bijak jugak berpolitik. Kita ni yang kena be serius. Kalau dah tak membaca, tak kaji kita nak pilih macam mana? (ini adalah pandangan peribadi saya) Jadinya kita tengok ustaz-ustaz pakar-pakar hukum hakam agama kata apa, apa pilihan depa.. Kita tengok dimana ulama-ulama tu? Sapa lagi kita nak ikut kalau bukan ulama. Sekurang-kurangnya kita ikut orang yang pandai dan kaji tentang Islam, mesti depa dah kaji semua sebelum buat keputusan. Depa adalah golongan yang banyak membaca dan banyak mengkaji, bukan macam kita kaji TV dan paper..”
 
Betul tak? Dah kita pun tak membaca dan mengkaji apatah lagi memahami, ikutlah golongan agamawan dan ilmuan yang telah menjalankan kajian dan mesyuwarah. Kata Ustaz Hasrizal, “seorang penulis perlu lebih banyak membaca dari menulis (izzati yang bagitau)”. Saya sangat kagumi ustaz hasrizal, dia seorang yang banyak membaca dan mengkaji, walaupun sibuk berceramah.. Dan dia seorang yang lantang bersuara (yang ni melalui buku, blog dan facebook).
Akhir kata, buatlah pilihan yang terbaik. Selamat mengundi. Selamatkan bumi kita, warisan kita kepada generasi selepas ini.
 
GO GREEN..

Thursday, April 18, 2013

Zikir terapi & Secangkir teh pengubat letih

Hidup ada up and down.. Ada masa macam dunia ni kita yang punya dan ada masa rasa nak kurung dalam bilik berbulan-bulan. Itula kehidupan, walau sukar atau semak macam mana pun, andai esok pagi mata masih tercelik, ia perlu diteruskan.. Payah macam mana pun, perlu bangun mandi solat bersiap pegi kerja start kereta pegi keja buat keja balik keja makan malam dan tido untuk bangun esok pagi bagi meneruskan rutin yang mungkin hampir sama macam semalamnya. Sekali-sekala terdapat penambah baikan dalam hidup dan ada ketikanya mungkin terlalu ralit hingga timbul kekurangan. -sigh-
 
 
Berbulan-bulan niat dipendam nak dapatkan CD zikir terapi hafiz hamidun, orang yang saya promote suruh beli dah beli, saya tak beli-beli lagi. Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak dapat. So, dah kusam dah CD. Sedapnya suara hafiz, sedap jugak muzik background. Semuanya sedap, dan menenangkan. Pagi-pagi drive nak pegi kerja, sambil dengar CD hafiz, terus rasa tenang dan bersemangat.. Tahniah hafiz, hasilkan satu produk yang bagus dan bagus dan bagus sangat (standing ovation)...
Kepada yang belum beli, beli la, hayati dan ikuti... pandainya hafiz buat music arrangement..


 
Buku secangkir teh pengubat letih pun tak kurang hebatnya.. Pengalaman dan perkongsian ilmu dari ustaz hasrizal sangat bermanfaat, indahnya persahabatan dan meriahnya hidup dengan kembara yang unik.. Rasa macam kalau ada banyak duit, nak nya ke Turki.. Terima kasih ustaz hasrizal, anda memang penulis berbakat..
 
 
Teruskan hidup dengan penuh semangat, tak siapa tahu apa yang dijanjikan kat depan sana.. Selagi belum sampai ke hujungnya, jangan angkat bendera menyerah..