Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Thursday, July 18, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum,
 
Hari ni dah ramadhan ke-9, esok dah ke-10. Sekejap sangat. Alhamdulillah walaupun rasanya cepat sangat masa berlalu tapi ada beberapa projek yang dirancang dan sedang dilaksanakan. Walaupun tahun ni sorang ja ke terawih dan sebagainya tapi segalanya masih dalam keadaan terkawal. Minggu pertama memasak dirumah untuk berbuka dan minggu ke-2 ni dah start rotate berbuka di masjid berdekatan. Seronok sebenarnya berbuka kat masjid walaupun kelihatan janggal sebab dok berbuka sorang-sorang bila orang-orang kat sebelah makan dengan anak-anak dan kawan-kawan. tapi saya ok ja. Makan cepat-cepat terus boleh amik wuduk semayang Jemaah. Walaupun lone ranger tapi kubahagia. Haha.
 
 
Kerja? Berjalan lancer walaupun konon-konon nak ke Europe main snow tak menjadi.. Takpala, saya tau mesti tahun depan nak dapat pi tempat yang lagi best.. hehe.. Lagipun tahun ni student saya nak amik SPM, jadinya kita bagi can la saya habiskan silibus.. Well, kata lone ranger, haruslah malam-malam diisi dengan aktiviti berfaedah.. Walaupun student cuma 5-6 orang tapi si cikgu ni stadi sampai stress sebab nak paham dan nak bagi student paham. Penah sekali tengah mengajar, tetiba cikgu rasa mengantok yang tak boleh nak pikiaq dah ni, makanya si cikgu asik Tanya student "kamu semua mengantok ka, cikgu Nampak macam mengantok ja.. Kalau mengantok bagitau, kita boleh stop".. haha.. Cikgu mesti la kena lebih bijak kan...
 
Hurm apa lagi ya? Master? Disebabkan tempoh scholarship dah tamat, saya cuba mintah tambahan setahun lagi, dan tanpa disangka-sangka scholarship ditambah menjadi tiga tahun, Alhamdulillah. Sampaikan ada yang bertanya adakah saya ada kabel besar dekat KPT. Bila duit bukan masalah utama, masalah lain la pulak timbul. Masalah MALAS... MALAS masalah terbesar yang mana penyelesaiannya adalah mati, haha.. teruk la kamu hidayah, cer berubah sikit..
 
 
Satu lagi, bulan lepas saya berpeluang jumpa dan mendengar tazkirah Prof Kamil live. Wah, kembang kuncup hidung dapat tentang mata dengan Prof, tambah-tambah bila kat depan dia nak mintak dia sain buku, dan saya juga dapat jumpa dengan Kak Roza wife Prof.. Ceramah yang sangat dinamik dan bermotivasi. Antara yang dianjurkan oleh Prof, salah satunya adalah berbuka di masjid supaya dapat solat magrib berjemaah. Dan terasa beruntungnya Kak Roza dapat suami yang bagus macam Prof. Saya suka sangat bila Prof asyik ulang-ulang bahawa dia nak bersama dengan isteri di syurga. Wah-wah, kalau saya kat tempat Kak Roza, mesti tangkap leleh, padahal tak sedar diri saya ni.. Sebenarnya saya dah siapkan satu entry pasal tazkirah Prof tapi hati berat nak publish, insyaAllah kalau hati terbuka akan dikongsi di sini. Kata Prof paling utama adalah bangunlah solat malam.
 
 
Semalam tetiba teringat satu benda bodoh yang saya pernah buat. Waktu kat U dulu saya selalu buat silap malukan diri sendiri. Contohnya: saya pernah tak puas hati dekat sorang lecturer dan saya pernah la kena lecture dengan dia, then untuk mengurangkan rasa marah saya kat lecturer tu saya mesej la sorang kawan yang sama geng mengadu.
 
Saya: "Gme, aku tak boleh tengok la muka Dr *****, aku rasa macam nak tumbuk ja"
 
************mesej sent***************
 
Dr *****: Lijah, ko marah kat aku ke? Sapa G..M..E????
 
Saya: Erk, manada...
 
Dr *****: Ok, tapi kalau kau marah dekat aku, aku mintak maaf ye.
 
*************Datang sorang senior*****************
 
Kakak senior: Lijah, napa nak mesej gme pegi hantar kat Dr. tadi Dr tanya kitorang sapa G..M..E..?
 
Saya: haha....
 
 
Tu la, saya ni selalu macam tu.. Bukan sekali tapi banyak kali.. Hal ini menunjukkan bahawa, saya tidak mengata di belakang orang yang saya tak puas hati itu.. haha,.. Sebab mesti saya akan tersalah hantar mesej tersebut kat orang yang saya tak puas hati, jadinya kami akan bersemuka dan masalah akan setel.. yeay.. yippyyyy
 
 
Ok, nak tido...Selamat berpuasa.. Ganbatte!!!!