Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, September 29, 2013

Apple vs Samsung- macamkan terer sangat

Pejam celik pejam celik dah nak sampai ke raya haji. Seronok tengok orang pegi haji tahun ni, sebab nampak macam depa dah sangat bersedia untuk menjadi tetamu Allah yang paling istimewa. Walaupun bilangan kuota berkurang dan ramai yang tak dapat pi dan ramai juga yang meninggal sebelum tunaikan haji (setakat ni 3 orang) namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk aim berada disana sebelum berumur 35 tahun. Semoga syurga milik jemaah yang meninggal, cita-cita setiap orang nak meninggal ketika menunaikan umrah atau haji, walaupun mati di mana pun sama saja namun istimewanya mati dalam keadaan diri bersedia menemui Allah tetap sangat istimewa bagi saya. Hati orang yang nak menunaikan haji atau umrah perlu bersih, perlu bebas daripada hutang, perlu mendapatkan kemaafan daripada semua orang dan paling penting perlu menyesali semua dosa–dosa yang telah dilakukan dan berniat untuk tidak mengulanginya lagi. Even kita yang tak pi sana pun perlu sentiasa macam ni kan sebab mati tak kenal tempat, usia dan siapa kita. Sapa la yang tak takut mati, macam saya ni, amal pun takdak, nak mengharapkan doa anak yang soleh pun tak pasti ada ka tak. Hehe.
 
Pagi ni saya dengar kuliah tajuk kenali pasangan, dan seperti biasalah orang bujang  ni dekat pukul 7am baru buka Tv. Kuliah pun dah nak tamat. Cuma point yang saya nak share adalah pasal sekufu. Disebabkan sekufu adalah salah satu ciri yang perlu dititik beratkan dalam kita memahami pasangan makanya ustaz menyarankan agar kita sentiasa mengimbangi ciri ini dalam diri kita dan pasangan before and after berkahwin. Contohnya, sebelum berkahwin sama-sama ambik degree pendidikan, tapi lepas grad perempuan jadi cikgu dan lelaki join kawan buat bisnes dan kemudian berkahwin. Lepas kahwin otak suami sentiasa pikir pasal bisnes dan ruang lingkup dia adalah kawan-kawan yang bisnes dan pasal untung rugi di mana sangat berbeza dengan sang isteri yang ruang lingkup dia adalah hanya anak2 murid. Makanya sang isteri perlu belajar memahami nature kerja suami supaya tak jakun untuk dibawa ke majlis-majlis suami dan kawan2 bisnesnya.Tak pun sang isteri boleh buat bisnes kecil-kecilan macam jual kerepek dekat sekolah (Ehhh!!). Tak aci tak aci, sang suami pun kena juga cuba-cuba join aktiviti kat sekolah, mungkin lepas dah hantar isteri pi kerja boleh sembang-sembang dengan pak guard sekolah nak tau cerita-cerita nakal anak-anak murid sang isteri. Nanti takda la jangok sangat bila isteri nak share pasal keseteresan dengan student, sang suami sibuk dok belek Ipad Mini.. Ok? Takpa takpa, kita ambik info ni sebagai maklumat yang caring is sharing, dan kita amalkan nanti kerana ‘it takes two to tango’.
 
Sebenarnya sambil type ni sambil pegang hati, hati den ni dah remuk seremuk skrin henfon kuning pemberian hosmet. Satu malam yang indah, saya menjadi sangat rajin, mengutip sampah sarap dalam kereta penuh satu bag plastik, sambil pegang henfon saya pun baling la sampah tu kat longgokan sampah yang nak di kambus esok pagi. Namun, kusangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari, henfon ni yang terbang. Syuuuuuuu...dushhhhh. Ingatkan tahan lasak sangat samsung ni, sekali angkat tengok skrindah berkecai. Sedih sedih sedih. Bukan sebab apa, dok bayangkan kena keluarkan duit beli fon baru. 3 malam tak nyenyak lena, dok pikiaq nak fon macam mana. Pusing kiri, pusing kanan, pusing kiri, pusing kanan, Ifon jugak yang menjelma diruang mata. Abis cemana, ongkos seratus dua ja tapi hati terpikat pada cik Apple. Tanya pendapat sorang dua, semua suggest beli samsung sebab guna Android so senang nak install apps, takdak sapa yang sokong sangat nak guna Ifon. Tapi hati den ni, hati ini yang dah jatuh cinta tahap dewa dewi. Bila buat review pasai samsung and Ifon, hati den bertambah jatuh cinta. Der, mana boleh nak compare product mamat workhard dengan product mamat worksmart. Mat saleh ni kerja ontime, tapi steady dan beberapa yang saya kenai jenis tak kedekut ilmu. Tambah pulak kalau kita baca jurnal depa, sangat membantu. Tak macam paper korea, ada ka patot publish result yang depa dah tau memang method tu tak menjadi. Yup, kelihatan berat sebelah di situ. Satu lagi saya boleh tanya seller-seller kat tepi jalan pasai samsung, even anak menakan pun boleh buat tutorial pasai samsung either note 3 or S4. Tapi saya terpaksa ke kedai Apple nak tau pasai ifon. Wah, nampak tak betapa istimewanya Ifon, hang tak boleh dapat info tepi jalan der. Sangat secretive even mamat Apple pun tak boleh bagi details on Ifon5 sebab ianya hanya akan ada dalam market pada Disember. So, kena tunggu sampai dah ada kat sini baru boleh cakap lebih-lebih. Cuma kalau guna Ifon tak boleh install WhatsApps secara percuma, kena beli la pulok. Habis la kena bahan dengan Cik Ella kalau beli sematfon takdak WhatsApps. Setahun dok zikir kat telinga ni, “Dayah, beli la sematfon, senang aku nak watsap”.. sekali aku beli takdak WhatsApps. Haha. Paling best pasal Apple adalah, cewahhh, macamkan penah guna barangan Apple, dia sangat classy dan seksi. Ifon takda la guna cover plastik mcm samsung, dia guna Al tapi still Ifon ringan sangat and guna sebelah tangan pun boleh. Ok, better stop sekarang sebab cakap banyak pun tak guna, harga Ifon sangat la mahei.
 
Btw, Happy graduation to my niece, cepatnya masa berlalu, macam baru semalam update pasal kaklong mendaftar di USM, tetiba dia dah konvo. Tak lupa, Selamat pengantin baru kat Anem and Jijo, hadiah korang this week aku bagi..

 
 Seperti biasa, pengapit terhormat of the year!!!! Thanks bro, hang memang sporting..

2 comments:

Anonymous said...

hahahahahhaha lawaklaaaaa hang ni.bli la ipong blila blilaaaaaaa

Norhidayah said...

nak beli ipong tapi kena tunggu hujung tahun la..