Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Sunday, November 3, 2013

Haron Yasin-Semoga Allah memberkatimu

Haron Yasin nak baju raya kaler hijau

We ols

Haron Yasin bersama kakak Hidayah

Benarlah, kita tak pasti betapa bernilainya sesuatu itu sehingga Allah memberikan ujian tentang erti kehilangan.

Ramadhan lepas, saya berpeluang bersama Nisa' Kedah bersama-sama dengan anak-anak yatim dari Alor Setar. Kami akan shoping baju raya. Yeay!!!! Seronok. Pukul 2ptg, semua berkumpul dekat masjid kat simpang kuala, dan bila dah semua bersedia kami bergerak beramai-ramai ke Mydin Taman Saga. Saya bawak 3 orang student medic UK yang balik bercuti semester dan adik-adik rumah anak yatim naik 4x4 yang memang turut menjadi sponsor. Best nya naik 4x4. Tak berkempatan saya nak tumpang. 

Sampai sana, rupanya Mydin dah sediakan parking khas betul-betul depan pintu masuk. Bagus la Mydin, memang memberikan kerjasama yang sangat baik. Bermula la sesi pembahagian adik-adik. Saya ambik ja mana yang saya sempat capai. sebab saya sorang jadi saya cuma ambik sorang. kalau yang nak jalan beramai-ramai (ada geng) boleh ambik 2 orang. Adik saya ni pakai lusuh la jugak bila tanya nama "Haron Yasin". Saya ingatkan dia taktau nama dia sebab nama dia pelik sangat. Then, datang la pakcik penjaga dok melawak-lawak dengan haron yasin. Haron yasin ni muka serius, orang  buat lawak pun taknak senyum. Tanya nak baju apa, 'hijau'. 

Pakcik: Haron pilih baju kaler apa, amboi siap ada sampin lagi, bergaya la hang haron ghaya ni.

Saya: haron nak baju kaler hijau pakcik. ***sambil sengih**

Pakcik: Haron ni penyengap. Dia bukan nak cakap, tu yang pi sekolah kena buli selalu. Mak dia tinggai dia kat rumah anak yatim ni. Ayah dia la dok ambik kalau cuti tapi ayah dia tu myanmar (saya tak ingat myanmar kot tapi foreigner la)

Saya: La, yaka. Patot la dia, muka serius ja. Takpa la pakcik, saya bawak dia pilih jam dulu. Dia mintak nak beli jam.

Saya pun tanya-tanya, sembang sambil gosok kepala Harun. Bila saya nampak dia dah selesa dengan saya, saya suruh dia ambik troli, pilih jam sendiri, pilih kasut sandal dan kasut sukan, pilih songkok, pilih makanan yang dia nak. Nampak macam dia minat nak beli mainan, tapi bila saya tanya dia geleng. 

Saya: Haron, kita beli alat tulis nak.

Haron: sengih sambil angguk.

Saya: Kita ambik pencil ni dua la. Nanti satu boleh guna kat sekolah pagi, satu buat keja rumah.

Haron: Ambik satu ja. Nanti tak guna kalau dua.

Saya Kita ambik dua la, takpa kalau duit tak cukup kakak tambah.

Haron: Senyummmmmm

Saya: Haron balik raya dengan mak ka nanti

Haron: Dak. Mak pi keja kat penang. Dia mai letak kat sini, tapi tak mai dah sampai lani. Ghaya balik qhumah ayah

Saya: Ayah haron Islam jugak ka?

Haron: ***dia geleng****

saya: Ayah duduk rumah dengan kawan-kawan ka?

Haron: Ha...

Saya sebak. Maksudnya pagi raya dia sorang jela pakai baju melayu dengan sampin. Dia nak beraya dengan sapa, ayah dia bukan sambut raya. 

Dah habis bayar, tetiba dengan muka ceria dia tanya

Haron: Kak, kita ada berapa hari lagi nak raya?

Saya: Kita ada y hari lagi nak raya.

Haron: oooo, kita posa x hari  jala lagi kan. ** Muka sangat ceria. 

Saya sangat sebak. Terus saya sapu kepala dia dan bagitau saya nak ke surau solat asar. sebenarnya saya taknak dia nampak mata saya yang dah bertakung. Lepas solat asar, saya patah balik ke pintu tempat saya tinggalkan Haron Yasin. Dia dah takda, depa dah bertolak balik ke masjid. Saya tak sempat nak bagi duit raya personally kat Haron Yasin. Beberapa malam, saya asyik terbayangkan adik yasin.

Besar dugaannya, tapi dia tak pernah tinggal puasa. Saya taktau bila balik rumah ayahnya, samada dia masih kekal puasa atau tak. Doakan yang terbaik untuk Adik Haron Yasin. Semoga dia membesar menjadi pembela agama seperti Syeikh Muhammad Yassin.