Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Saturday, December 20, 2014

99 cahaya dilangit eropa, zahrana cinta suci dan Habibie Ainon

Assalamualaikum..
 
Sihat semua.. Alhamdulillah.. Lagi tak sampai 2 minggu dah nak masuk tahun yang lebih mencabar dan lebih menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Walaupun banyak komen negative dan pandngan tentang ekonomi yang lebih buruk, namun sebagai rakyat marhein saya yakin pastinya tahun 2015 adalah tahun yang lebih baik untuk saya. Baik dari segi financial, pelajaran, kerjaya dan mental. InsyaAllah. Pikiran positif akan membawa impak yang lebih baik. Kita adalah apa yang kita pikir kan..
 
Sepanjang bulan ni dah hampir 3 movie Indonesia yang saya dah khatam. Nampaknya running man dah tak mampu mencuri hati saya sekarang. Tak semenarik dulu. Jadi kita mula kan dasar pandang ke Indonesia pulak. Ada 3 cerita yang sangat menarik hati. Sarat dengan pengisian.
 
1. 99 cahaya di langit eropah..
Ini cerita lama. Tahun lepas. Tapi cerita ini sangat bagus. Tentang pengembaraan sepasang suami isteri ke eropah untuk menyambung peljaran. Dan yang di emphasize adalah cara bagaimana Islam dapat disebarkan. Ya, idea yang di praktikkan mampu dibawa ke kehidupan reality.
 
2. Zahrana cinta suci
Tentang zahrana lulusan master tapi sudah 34 tahun dan masih solo. Tentang prinsip dan pencarian erti kehidupan zahrana. Mungkin novel lebih tererinci sebab movie nya sangat banyak yang di cut. Payah nak menjiwai tapi penyampaiannya sampai. Satu ayat yang saya ingat dan baik sekali untuk diaplikasi "niat dan perkara yang baik haruslah disegerakan, jangan ditunggu"...

Ok, part paling penting, Eju nangis tengok cite ni.. hahahaha
 
3. Habibie Ainon
Cerita ini hasil rekemen dari Kak titik dan kak seri (student phd yang berasal dari acheh).. Pak habibie adalah presiden Indonesia ke-3. Tentang cinta dan kasih sayang pak habibie terhadap isterinya ibu ainon.
 
Habis tengok cerita pak habibie, kak titik bilang "dibelakang seorang lelaki yang Berjaya adanya seorang wanita yang hebat".. ok, kak titik nak reflect dengan dia ler tu. Suami kaktitik ketua jabatan sebuah university di Indonesia. So sekarang anak2 dah besar kak titik sambung belajar semula. Ok, udah cerita pasal kaktitik. seronok kalau dapat spend time bicara dengan kaktitik dan kakseri. Tentang islam di acheh, tentang pengalaman mengikut suami belajar di Birmingham, tentang pengalaman ke majlis tertinggi university.. Kak titik cerita ada kawan suaminya pernah bagitau "dibelakang wanita yang Berjaya adanya lelaki yang gagal".. hahahahahaha..
 
Kak titik kongsi satu puisi yang Pak Habibie tulis untuk buk Ainon..
 
Bismillahir-Rahmaanir-Rahim
 
Sebenarnya, ini bukan tentang kematianmu, bukan itu...
 
Karena, aku tahu bahawa semua yang ada pasti menjadi tiada pada akhirnya..
 
Dan kematian adalah sesuatu yang pasti..
Dan kali ini adalah giliranmu untuk pergi, aku sangat tahu itu...
 
Tapi yang membuatku tersentak sedemikian hebat...
 
Adalah kenyataan bahwa kematian benar-benar dapat memutuskan kebahagiaan dalam diri seseorang, sekejap saja, lalu rasanya mampu membuatku menjadi nelangsa setengah mati, hatiku seperti tak ditempatnya, dan tubuhku serasa kosong melompong, hilang isi..
 
Kau tahu sayang, rasanya seperti angina yang tiba-tiba hilang berganti kemarau gersang,
 
Pada airmata yang jatuh kali ini, aku selipkan salam perpisahan yang panjang,
 
Pada kesetiaan yang telah kau ukir, pada kenangan pahit manis selama kau ada,
 
Aku bukan hendak mengeluh, tapi rasanya terlalu sebentar kau disini,
 
Mereka mengira aku lah kekasih yang baik bagimu sayang, tanpa mereka sadari, bahwa kaulah yang menjadkan aku kekasih yang baik...
 
Mana mungkin aku setia padahal memang kecenderunganku adalah mendua, tapi kau ajarkan aku kesetiaan, sehingga aku setia, kau ajarkan aku arti cinta, sehingga aku mampu mencintaimu seperti ini...
 
Selamat jalan.. Kau dari-Nya dan kembali pada-Nya...
 
Kau dulu tiada untukku dan sekarang kembali tiada...
 
Selamat jalan sayang.. cahaya mataku, penyejuk jiwaku...
 
Selamat jalan, calon bidadari syurgaku...
 
 
Ok, nak lap hingus jap...
 
 

Tuesday, November 11, 2014

Dia sahabat yang baik.. Ini untuk dia..

Assalamualaikum,

Nampaknya dalam dok kata nak aktif blogging selepas habis segala tok nenek masters ni, masa ni la mood rajin nak menaip tu datang. Haila, kalau la mood rajin nak membaca dan menaip untuk thesis sebagus ni, alangkah baiknya. Mesti sudah siap satu thesis yang lulus dengan cemerlang.. Angan-angan hebat sokmo mu hidayah! 

Rabu hingga ahad minggu lepas, majlis konvokesyen USM ke 50, sempena 50 tahun usm... Sepatutnya majlis meriah tapi pada pandangan mata saya takda la meriah snagat. Sempat saya bisik pada Eju, orang dapat gaji awal bulan ni so time ni masing-masing dah kopak tu yang tak ramai orang. Malam minggu muda-mudi, USM jemput ziana zain. My feberet. Tapi feberet tengok kat tibi dulu-dulu je la, takda la sampai nak tunggu depan stage. Dahsyat kan, disaat kesedaran manusia tentang betapa tak memberi manfaatnya segala hiburan macam tu, tetiba usm buat konsert panggil artis. Dulu-dulu saya rasa takda la ke tahap sebegitu. Tapi mungkin jugak usm pun ada reason yang tersendiri kenapa depa nak panggil artis.

Eju, antara kawan terbaik yang bersahabat dengan saya sehingga sekarang. Serius dia memang kawan terbaik. Kawan yang sentiasa ada dalam susah senang saya. Alhamdulillah. Tak dapat nak di gambarkan dengan ayat indah betapa bertuahnya saya ada sahabat yang sangat mengambil berat pasal saya. Dahulu kala, bila ada masalah hati, eju sanggup naik bas-feri-bas untuk datang ke kulim temankan saya. Opkos, akan di kenang selagi hayat dikandung badan. 

Eju tengah sambung belajar peringkat Phd.. Tak lama dah nak hantar thesis. I.allah kami akan grad sesama. Cuma, ada sesuatu yang membuatkan saya senyum sorang-sorang bila teringatkan perbualan saya dan Eju petang konvo sahabat kami baru-baru ni..

Eju: Dayah, kita nak konvo bulan berapa... (saya terkejut.. haha.. sebab tetiba dia tanya soalan yang dia jarang nak tanya..)

Saya: Pasaipa? 

Eju: Takda la. Eju tengah pikir nak konvo bulan 3 atau bulan 9?

Saya: Aku tak kisah nak konvo bulan berapa. Yang penting aku hantar thesis. Ni thesis tah ke mana..results pn entah la ok ka Prof nak lempaq ataih lantai.. Awat, hang nak konvo bulan berapa.. (saya memang suka merapu kalau dengan eju sebab eju ni seorang yang positif thinker, related tak?haha)

Eju: Apa kata kita konvo bulan 9.. Sempat la eju kawen dulu. Kalau bulan 3 macam dekat sangat. Tak sempat eju nak kawen....

Saya: Hahahhahahahahahaaa.... (saya gelak sampai keras perut).. I.allah ju.. Aku doakan...

Saya tau eju serius.. Sebab Eju jarang nak cakap pasal kawen secara serius, kalini dia serius... Yang membuatkan saya sangat yakin eju serius bila dia ulang cakap isu yang sama dalam kereta..

Eju: Ada hikmah kenapa eju tak hantar thesis lagi. Kalau tak mesti Eju konvo sekarang. Tak seronok lah kalau konvo sekarang. Eju nak kawen dulu baru konvo..

Saya: (biasa la saya, memang gelakkan eju habis-habisan)... I.allah ju.. Aku doakan hang capai apa yang hang nak.. Ada hikmah kan kenapa kita habis lambat (ayat sedapkan hati padahal diri sendiri yang lambat buat keja)

Eju: Sekarang baru Eju terasa, sebelum ni eju tak kisah pun pasal hal kawen..

Saya: ye-ye aku paham... (sokmo memahami hang ni hidayah).. Aku doakan ada yang terbaik yang allah sediakan untuk hang.. Nanti aku tolong iklankan k...

So, sebagai seorang kawan.. lahirlah entry ni.. Sori Eju.. haha.. Habislah kalau dia baca.. Konfem tak punya sebab kalau saya upload pasal dia kat instagram pun dia terpaksa tengok melalui akaun saya.. 

Eju,
"Satu hari nanti kalau hang dah berjaya capai hajat yang tertunda ni, ingatlah, aku pernah ada untuk mendengar dan menyaksikan betapa hang sangat bersungguh untuk mencapai hajat itu..Selagi fikiran masih waras, aku akan selalu dan takkan pernah lupa aku pernah ada kawan terbaik bernama rohaizu"


Wednesday, November 5, 2014

Little Caliph Taman Kemuning, Kulim

Assalamualaikum,

Happy November..

Cepatnya, dah hujung 2014, dah masuk 1436H dah.. 

Entry ni khusus untuk kawan merangkap bos Little Caliph Taman Kemuning, Kulim. Sekalung tahniah untuk Puan Samsiah, mengharungi semua duri dan kemucup untuk berjaya. Alhamdulillah.

Tahniah Sham dan Abg Redza, berjaya akhirnya menempuh stage pertama, sekarang masa untuk bergerak terus. InsyaAllah, dengan niat yang baik dan visi yang jelas korang berdua mampu. Semoga Sham dapat gunakan pengalaman sebagai penyelidik dan pegawai integriti, dua bidang kerja yang dapat membentuk teknik berfikir dan bertindak yang baik. Jadilah bos dan pendidik yang terbaik, menekankan aspek duaniawi dan ukhrawi. 

Secara peribadi, saya tumpang gembira yang teramat. Dari aspek kewangan, saya mungkin tak mapu untuk bersama Sham walaupun itu juga hasrat saya. Tak mungkin saya lupa, betapa teruknya saya dan shira accident on the way balik dari mendengar talk little caliph di shah alam. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan nyawa. Ngeri nak ingat semua, hancur kereta shira. 

Good luck Sham dan Abg Redza, juga tak lupa buat Aleesya, Aireen dan si kecik Liyana. 

Jangan pernah berhenti mengorak langkah. Lepas ni boleh buka branch lain pulak. I boleh jadi partner.. hehe


Thursday, October 30, 2014

Kadang-kadang, yang kedua lebih baik

Saya dalam tempoh menjadi pekerja yang baik, cemerlang dan bersahsiah.. sekian...

Macam mudah tapi payah. 2 minggu lepas, kan saya interview new staff untuk my project.. dah pilih diantara yang terbaik setelah mendapat rekemen dari staf yang bagus. Malangnya, sampai peringkat panel tertinggi, candidate yang saya pilih direjek mentah-mentah. Alasan, pointer tak sampai 3.00, setakat 2.97 dikira sebagai tidal layak. Sakitnya hati. Satu malam saya mewaraskan fikiran untuk pujuk diri terima kenyataan pilihan saya belum sesuai bekerja bersama saya. Then, saya teringat semula, inilah jugak stage yang saya lalui waktu mula-mula saya mintak kerja kat sirim dulu.

Betapa kecewanya saya bila selepas 2 minggu interview dan saya kol semula, saya diberitahu saya cuma calon simpanan sebab dah ada calon yang lebih layak. Sampai taknak beraya ke rumah sesiapa time tu. Tapi lepas raya, dapat call mintak datang lapor diri sebab calon utama tolak. Gembiranya time tu. Sebab mostly kawan-kawan lain ramai yang menganggur dan ada yang kerja biasa2 ja. Yang depa semua tak tau adalah, saya dibayar gaji hari selama 3 bulan sebab projek yang saya join belum masuk duit lagi. Dibayar gaji hari perit jugak sebab bila sebulan kerja 12 hari gaji tak sampai 600.. Tapi itu la pengalaman.

Ok, berbalik kepada situasi sekarang. Mungkin rezeki calon simpanan atau mungkin jugak rezeki candidate sebelum ni yang dah pergi interview di shah alam dan dia cuma calon simpanan. Walau siapa pun calon sekarang, welcome to our group. Jangan risau, kita akan bekerja sebagai satu keluarga. 

Hidayah, peluang tak pernah tertutup. Selagi belum mati, ambiklah berapa peluang yang kita boleh. Dan berilah peluang kepada orang lain. 

Sekarang musim hujan, jerebu pun dah tak seteruk haritu. Jangan main hujan, nanti demam...


Thursday, October 16, 2014

Oktober rain.. rainbow...

Assalamualaikum,

Hihi.. terpksa belanja satu gambar Krabi.. Tetiba jadi malas nak share gambar krabi sebab bila buka folder Krabi terus jadi rindu nak ke sana lagi.. Tapi ada la berapa keping kawan saya tag kat FB, walaupun saya kurang gemar di tag di FB gambar yang ada muka saya.. nanti bila ada orang tagged gambar kakak saya akan tanya, pasaipa letak gambaq kat FB? terus kena queen control..
 
 
OK, kita nak share new experience la yang saya lalui ahad lepas.. selama ni saya asyik di interview orang, tapi ahad lepas saya berpeluang untuk interview my new staff. Cewah.. toing toing (angkat kening sket).. haha.. sebenarnya dari sehari sebelum, saya dah berdebar.. poyo kan.. padahal bukan saya kena jawab pun. Tapi pagi nak interview tu bukan setakat tangan sejuk tapi dah shaking dah.. hahaha.. lawak pulak bila pikir..Tapi once dah start dengan interview session, semua berjalan lancar.. alhamdulillah.. Tapi yang tak syoknya adalah, i pity all the candidates. Walaupun candidate yang study kat Jepun tu gaji dia sekarang lagi tinggi dari saya, perghhh.. rasa macam nak bagi peluang pada semua.. padahal time interview, sampaikan Dr yang sebelah saya tanya "ok, what is your next question, u kan suka torture candidate".. hihi.. Padahal bukanlah nak torture tapi mungkin sebab soalan saya kedengaran skema, so kedengaran macam nak torture.. Yela, bukan senang nak pilih the most suitable candidate untuk bersama saya nak hasilkan quantum dots yang high end.. not an easy task. Saya dah buat pilihan saya, sila doakan beliau berjaya menghabiskan masa dua tahun dengan jayanya... soalan saya mudah ja, macam...
1. Mintak dia bagi brief explanation pasal dia punya FYP
2. Pendapat dia pasal nanoteknologi, seauh mana kefahaman dia pasal nanoparticle
3. Sejauh mana dia berminat dengan bidang research
4. sejauh mana sirim mampu bergerak selari dengan nanoteknologi
5. Perancangan kerjaya dalam 5 tahun dari sekarang
Ok la, quite torture la jugak... Tapi i nak jugak dengar jawapan dari budak2 graduate obesi ni kan.. Sayangnya beliau lelaki, so tak dapek la nak ambik.. Saya nak perempuan je, senang nak travel makan angin jalan-jalan cari makan sesama..
 
 
Bila masuk bulan oktober, perasaan macam-macam sekarang. Alhamdulillah, tuisyen untuk tahun ni pun dah nak habis.. end of oktober boleh la saya tumpu 100% pada thesis masters. Tapi dengan situasi sekarang, banyak benda pulak nak kena fokus. Dengan projek yang mana bila akhir tahun kampeni akan mula nak tutup akaun, ouchhh stress. Paper yang kena siapkan this month jugak sebab nak present kat langkawi next month, and paling penting labwork kena disiapkan this month, by hook or by crook... Pengsan la camni.. Tapi yang paling nak pitam sebab harga minyak naik 2 kupang... pitam 3 hari...
 
 
Naufalengine... Naufalengine sangat sentimental.. Saya dah guna nama naufalengine since sekolah.. entahla kenapa dalam banyak2 nama saya pilih naufalengine.. Waktu kat U lecturer saya kata, email add saya sangat bombastik.. haha... Last two years saya terpaksa bagi personal emel dekat sorang lecturer uitm sebab dia tak dapat hantar paper untuk saya review kat emel sirim, dan dia kata email add saya sangat canggih.. hahaha.. and last month saya terpaksa bagi email personal ni sebab sorang participant workshop tak dapat reply email sirim dan dia mintak personal email.. Dan saya tau dia mesti senyum dengar nama email saya sebab dia mintak saya ulang 3-4 kali spelling email ni.. vongssss... Ayyok terpaksa tengok orang yang gelakkan email saya hujung bulan ni time workshop..
 
 
Arghhhh.. banyaknya keja tapi still dapat siapkan satu entry.. hihi.. rindu bila lama tak menulis.. Tapi rasa serba slah bila dah nak post sebab thesis masih tak bergerak.. Baik, siap je thesis nanti, hari-hari nak share tips kat sini... Tipu je
 
 
Doaka saya dapat hantar thesis bulan depan k.. babai.. ada banyak buku yang saya nak khatam, nak review, nak balut, nak tidor sesama, nak makan sekali, nak travel sekali yang hanya boleh realisasikan bila saya dah free dari mimpi ngeri sekarang...

Monday, September 29, 2014

Getaway ....Krabi im in love

Assalamualaikum,
Sawadikap.. Kap kun kap.. J
Baru sampai Malaysia hari sabtu tengah malam kat Penang and now I tak sabaq nak share pengalaman ke krabi, Thailand.. Lets make it simple. Dalam crita kali ni kata ganti diri yang akan digunakan adalah I for myself. Ada 4 orang gadis comel yang turut serta, ops 3 orang gadis comel dan seorang gadis kurus.. Silap pulak disitu.. which is I, Eju kawan baik I, Dayah rumet Eju,  dan Ayu adik Eju.. So lets….
23 September 2014.. Hari yang ditunggu.
After magrib I shoot ke Penang sebab nak tido bilik Kak Titik  (Indonesia student) kat USM. Esok pagi kak titik akan hantar ke airport.
24 September 2014..
I ambik flight awal pagi pukul 6.50 pg ke KLIA2. I bertolak sorang ja. Sampai KLIA2 wasap2 dan tak sampai setengah jam Eju and Ayu sampai dari Melaka. Breakfast kat KFC dulu ambik mood and tunggu dayah kat surau. Dalam pukul 10.30 am dayah sampai dari PD sebab dia dah tak senang duduk bila tau Eju and Ayu dah sampai airport jugak. Dalam pukul 11.30 kami check in luggage dan terus masuk ke departure hall. Flight pukul 1.30 tengahari. Dayah uruskan flight dan dia sangat cekap sebab even kami Cuma duduk sejam setengah ja dalam flight still dia add on nasi lemak Pak Nasser. Good job Dayah.
Sampai airport Krabi dalam pukul 2.20 petang. Time delay adalah selama sejam lewat yer di Krabi. Then, kami ambik sebiji taxi ke hotel. Harga taxi 600 baht. Sama dengan RM60 la lebih kurang, kalau naik bas sorang 150 baht, so baik kami naik taxi sebab bayar nilai yang sama tapi selesa and dia hantar sampai hotel terus. Tapi pertengahan perjalanan taxi stop kat satu shop lots and ada la pekerja kampeni depa yang mai dok ketuk tingkap offer pakej aktiviti kat sana. 

Actually kalau ikut review semua suggest pilih pakej bila dah kat Aonang tapi I and Eju turun jugak untuk cek samada kami boleh dapat harga yang bagus or tak. Bincang punya bincang, kami dapat Pakej untuk Phi Phi Island, taxi balik ke airport on 4th day dan penghantaran pergi balik night market dengan harga 1600 baht seorang. Congak punya congak kami pun setuju. Setel.  So kami teruskan perjalanan ke hotel. Asalnya kami book satu biji bilik family di Emerald Garden resort. Tapi bila sampai ja, kami dimaklumkan bilik kami di upgrade ke Mercure Hotel Krabi Deevana, 4* hotel.. Syukur rezeki. Siap dapat 2 bilik lagi. Besar dan sangat selesa. Macam hotel Concorde Shah Alam, malah lebih baik lagi. After letak barang, kami turun dan berjalan kaki saja ke Aonang beach. Tak sedar pun berjalan dalam 20 minit sebab ralit tengok barang sambal minum juice buah. Kami makan kat pekan Aonang dan harga makanan dia tersangatlah mahal.. Ces.. Dah la punya payah nak cari kedai yang tak jual beer. Majority kedai akan serve beer. Makan malam dalam 150 baht sorang. After makan kami ambik tut tut balik hotel. Malam tu tido awal sebab letih bangun dari pukul 4.30 pagi lagi sebab takut terlepas flight.
25 Sept 2014
Pukul 7.30 am waktu Krabi kami turun breakfast. Then tunggu orang datang jemput sebab kami dah beli pakej ke 4 Island Hoping. Pakej ni kami beli kat groupon since kat Malaysia lagi. Dalam pukul 9 pagi kami bergerak dari hotel ke tempat bot berkumpul. Pagi ni kami akan naik long tail boat. Ramai jugak dalam boat tu. Lebih kurang dalam 30-40 orang. Ok, mata tu jaga2 la sebab biasa la orang semua berpakaian macam nk g snorkeling. Tak boleh nak recall kami pi pulau apa. Yang penting dalam 4 biji pulau yang kami stop, termasuk Poda Island, chicken island, and apa kebenda tah 2 lagi island tu. 3 pulau kami snorkeling tepi pantai. 

Ini tragik sebab Dayah hampir lemas dan dia Berjaya diselamatkan oleh sorang mat saleh hensem, untung la Dayah. Katanya, mat saleh tu suruh dayah hold badan dia sampai ke tebing.. dah la memang dia hensem.  Cis. Kami tak pandai berenang. Tragik kes Dayah hampir lemas ni sebab kami kat pantai terjerit-jerit and semua yang dok snorkeling kat tepi pantai tak pandai berenang, abang thai kat atas bot pulak time tu and boat sangat jauh. Nasib baik di saat semua tengah menjerit “Help! Help ! Help” mamat tu datang and terus berenang dengan lajunya… So, after dayah dah hampir lemas tu kami start la pakai life jaket. Pastu, I ni tetiba ja rasa pening n nak muntah. Naik bot, terus buekkk.. hihi. Sampai abg thai yang hensem sorang tu asik tanya “are u ok?”. 

Then, kami dilepaskan untuk snorkeling kat tengah laut pulak. Haru. Sebelum turun utk snorkeling tu I sempat la muntah seround dulu. Yang bestnya, sebabkan diorang tak Nampak I muntah, diorang semua excited tengok ikan berkumpul kat tempat I muntah.. hahahahaha....Kat sini bahaya snorkeling dia sebab banyak landak laut tapi view dia sangat cantik.. Then, after snorkeling dalam 40 minit kami melawat pulau ayam dan dalam pukul 3.30 petang patah balik ke darat.. ODW balik tu muntah lagi sampai lembik. Sampaikan abg thai tu asik jengok ja sebab risau..Ye, dalam bot tu I sorang ja yang muntah. I muntah sebab I mabuk bila duduk dalam air. Duduk dalam bot atas air takpe lagi.
Balik bilik, mandi, rehat and lena and pukul 6 petang kami keluar makan kat depan hotel. Depan hotel Mercure berlambak kedai muslim yang reasonable la harga dia. Kami makan besar malam ni. Then, kami melawat 7eleven. Kat Krabi, 7eleven bersepah. Air paling best adalah redbull. Sebotol singgit je.. Boleh la buat penambah tenaga. Balik malam tu saya tak boleh tido sebab siang dah tido. Nak tengok pic siang kat laut takda sebab 2nd day kami tak bawak fon ke laut, just bawak kamera. So, layan wasap jela guna wifi hotel.
26 Sept 2014
Harini, after breakfast dalam pukul 9am kereta tut-tut dah datang angkut kami dan beberapa orang lagi dari hotel yang sama ke pantai. Kami akan ke phi phi island. Lepas berkumpul dan dengaq penerangan ringkas, kami ke boat. Yeay, naik speed boat. Bila bot dah gerak, cam hampagas. Ingatkan speed boat lagi best rupanya nan hado. Tersentak sentak kami kat dalam boat tu. Pompuan Thailand kat sebelah I sampai pegang tangan I kejap gila.. Sakit pinggang. Sebab tour phi phi island jauh berbanding island hoping.. 40 minit dalam speed boat untuk ke pulau pertama.. Gila tak kematu punggung. 

Kami di bawak ke beberapa pulau and also cave Viking. Macam tak percaya ada 10 orang duduk kat dalam cave tu untuk jaga keadaan di situ. Bosannya, diorang tak bosan ke. Dah la tourist tak boleh masuk lawat. Apo laaaa. Pas tu melawat monkey beach and island apa tah lagi, then kami ke phi phi island untuk lunch. After lunch tu melawat apa tah lagi dan kami di bawak snorkeling.. Ok, after habis snorkeling pertama  I pun muntah. Eh, muntak ke tak pun tak tau first tu. Tapi, eju muntah.. haha.. Then kami ke tengah sikit lagi untuk snorkeling kali kedua. Kali ni saya muntah after naik dari snorkeling ke dalam boat. Pening Ya Rabbi. Dalam pukul 4petang dah balik ke darat. Kali ni kena simpan tenaga sebab malam ni kami akan ke night market. So balik bilik, mandi and tido jap untuk cas semula tenaga.
Tour ke phi phi island ni menemukan kami dengan sorang cabin crew Air France. Ok, to be exact, steward la. Mula-mula, I la yang start tegur, biasala I, terlebih peramah. Then, sepanjang kat Phi Phi Don untuk lunch memang kami makan bersama ramai-ramai. N dia sangat la nak tau kenapa muslims must wear scarf. Haha. Siap pegang tudung I lagi nak tau materials tu panas ke tak. Dah la pakai spender kaler hijau, Eju dah buat kesimpulan bahawa beliau seorang Gay.. hahahahhaha.. Jadi baik ni sebab kitorang duduk satu hotel, so balik hotel pun jumpa lagi time nak check out.
Dalam pukul 6, van yang kami chartered sampai. So, kami ke night market. Ala, macam pasar malam sini, makanan pun tak menarik. Makanan n barang semua tak menarik. Tapi beli la jugak t-shirt for anak sedara seramai 20 orang tu and fridge magnet for kengkawan.. Lepas balik night market, kami round dekat kedai depan hotel untuk operasi mengurut. Belambak kedai urut Cuma nak pilih harga terbaik ja la. After urut tu, balik hotel and sambung tido dalam suasana nyaman sekali.
27 Sept 2014
Bangun lambat pagi ni sebab semalam nyenyak sangat. Pas subuh lena sampai pukul 7. 30 am. Lepas mandi siap2 turun breakfast and get ready untuk elephant trekking. Yeay.. Kami naik elephant dekat Elephant Safari. Siap bawak pisang sebab pisang kat tempat safari tu mahai nak mammmppppssss… 50 baht untuk satu bakul. I and Dayah naik gajah nama Sakhyam. Sakhyam ni boy. Boleh pulak pagi tu dia buat moody manja dia. Kejap2 nak merajuk and tak nak naik denai yang tinggi sikit. Asal Nampak makanan ja laju je berjalan. Pastu kat sungai dia main simbah air kat Eju and Ayu. Kesian budak dua tu, basah kuyup kena simbah air dengan Sakhyam. Sakhyam sweet. Tuan dia baru umur 20 tahun. Sepanjang jalan, tuan dia asik bergayut dengan awek je. Sebabkan I paham bahasa siam jadi I tau la dia bergayut apa dengan awek dia.. hihi.. Kami kat elephant safari selama sejam. Then, van dating ambik untuk balik ke hotel.
Sampai hotel, siap2, kemas luggage, and turun letak luggage kat bawah. Kami check out and terus g lunch. Yeay. Pukui 1.oo ptg driver limo dating ambik. So, dia dah janji nak singgah dekat kedai sourvenir and Krabi Mall.. Haha.. Kitorang tinggal sorang 5o baht and paling banyak Dayah dalam 100 baht.. So, cuci mata je la.. Baik g beli kat Pasar pagi Kulim ja kalau nak soping.. Pukui 2.45 kami sampai ke airport Krabi, solat siap2 then check in luggage and kami masuk ke departure hall.. Yeay.. Time to go home.. Flight pukul 5.30 petang dan sampai Malaysia tepat pukul 7.30 malam.. Alhamdulillah. Tapi saya tak selamat lagi.. berlari ke domestic untuk catch flight balik penang pukul 9.00 malam.. Klia2 kan besar, penat nak berjalan cari gate… huuuuuuhhh
Sampai penang dalam pukul 10.30 malam.. Alhamdulillahhhhh.. Syukur.. and Krabi, I miss U…
Total lost: for 1 person
Flight penang-Kl-Krabi-Kl-Penang include meals, Hotel Mercure Krabi Deevana 3D4N include breakfast, 4 island hoping include lunch – RM443
Taxi from airport to hotel – RM15
Phi Phi island, taxi from hotel to airport, pergi balik ke night market – RM160
Elephant trekking for 1 hour – RM42
Cost for 1 person: RM660
P/s: gambar akan ada session khas pulak.. sekarang mood masih dalam air laut.. lalalalaa

Monday, September 15, 2014

Selamat ulang tahun kelahiran

Selamat ulang tahun sayang!!!!

Rasa malu pulak bila terima phone calls, smses, wasapes dan wishes kat fb.. rasa macam tak sesuai.. auww..

Ya, ini ulang tahun ke-29.. Tua kan.. serius rasa macam tak percaya.. Terima kasih ya Allah atas nikmat usia ini.. semoga pertambahan usia ini akan menjadi saham akhirat yang bermakna untuk saya dan kedua ibubapa. Semoga usia yang berlalu adalah dalam keredhaan-Mu.. Semoga dimakbulkan semua doa-doa yang baik selama ini.. Dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan kerjaya dan belajar, dikurniakan pasangan soleh, dan paling utama supaya dapat menjadi anak yang solehah..Banyak mintak, tapi nak usaha tu tak setara mana, malu sangat aih...

Sekarang terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan belajar.. Sedaq-tak sedaq dah 15 September, baru teringat kena renew lesen.. Nasib baik kerajaan bijak. Kalau tak memang melagha sampai hujung tahun la jawabnya..

Oh ya, next week akan getaway ke obesi.. Plis pray for my safety...semoga dapat selamat pergi dan selamat pulang.. Serius tak sabaq.. will cerita more after get back to work..

Bai..

Lastly, happy birthday to you Hidayah,..

Sunday, August 10, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum.. Happy Eid Mubarak ya kawan-kawan...


Teheeeeee dah hampir nak masuk minggu ke tiga raya baru nak hapdet. Nampak sangat bizi bebenor berjalan raya sangat banyak bergosip sampai takdan nak update.. kihkih.. Takdak la, budak baik mana nak gosip ja.. Gosip tu ada la dalam 5% waktu raya sebab gosip 95% dalam group whattsapp.. Haha.. Beraya dengan kawan-kawan sekolah banyak benda yang dibincangkan lebih kepada hal peribadi. Menkala kata yang geng beraya tu pun tiga dara pingitan (nama grup kami) maka apa la sangat topik anak dara. Tak habih2 cerita pasai masalah tempat kerja, masalah nak tukar kerja, masalah rumah, masalah kereta.. So kami takdak ye cerita pasal susu anak yang terbaik, macam mana nak urus anak kencing malam, macam mana nak handle suami asik nak beli kereta baru la gila pasu bunga la (bagus punya suami) suami .......... So, kami lebih kepada masalah peribadi yang kalau orang dengaq nanti orang kata “eleh, masalah kecik pun nak bincang macam masalah negara”.. itu la,, semua orang ingat masalah kami maslaah kecik.. depa xtau, ni tak tidoq malam tau dok pikiaq masalah kecik ni...


Ok, now kita tengok haktibiti yang saya dah join ramadhan 2014. Sori, cik hidayah bukan nak kepochi tapi tulis kat sini supaya ingat wat hapen yang menarik sepanjang tahun. . So, xperlu nak soksek soksek kata kami ni nak menunjuk eh!


Ramadhan takdak la apa yg menarik tapi kali ni ramadhan terakhir sadis sebab masing-masing terperangkap dalam jem maka yang sempat buka posa kat rumah mak Cuma 4-5 orang. Gila xmeriah macam selalu.. Selalunya hampir 20 orang boleh berbuka. Semua sampai rumah after dah berbuka.. Melulu cari makanan berbuka, sib baik cik hidayah masak spageti tuk berbuka. Tahun ni, pertama kali dalam sejarah la bila mana cik hidayah tunjuk skill buat kue raya.. Huiyoooo, raya ketiga licin k semua kue raya yang i buat.. Gila lah sedap kue raya i.. Sampai kena seal sebab nak simpan raya kedua. Bila cik hidayah congak balik, kos nak membeli kue siap dan kos nak membuat kue sendiri, nampaknya kos kue sendiri sedikit tinggi. Biasa la, sapa suruh beli barang kat tesco kan.. Lain kali beli kat mydin k, murah sikit.


Sepanjang ramadhan, ada dua aktiviti utama yang saya dan kawan-kawan join or conduct. Satunya saya join jadi sukarelawan untuk pogram Nisa’ Raikan Raya bersama anak yatim sekitar kedah. Ingat tak tahun lepas untuk pogram yang sama saya dapat adik Haron.. Haaa, tahun ni saya dapat adik Syafik.. Beza rupanya anak yatim yang dibesarkan kat rumah anak yatim dan anak yatim yang dibesarkan di rumah oleh mak.. Hati saya lebih kepada anak yatim yang dibesarkan kat rumah anak yatim. Haish, menaip ni pun mata dah berkaca, tisu sangat cik hidayah ni.. Taknak la kecoh-kecoh tapi saya cukup tak gemar kalau orang kata anak-anak rumah anak yatim lagi dapat banyak bantuan berbanding anak yang ada ibu bapa. Walhal, kita ni hanya mampu bagi bantuan je, kita tak mampu pun nak bagi kasih sayang. Apala sangat bantuan berbanding kita duduk kat rumah mak ada orang tengokkkan sakit pening, ada orang yang kita boleh nak mengada-ngada berbanding anak-anak yati  kat rumah anak yatim yang hidup bergantung kepada penyelia. Sebab tu saya suka slogan Ustaz Hasrizal “Erti hidup adalah pada memberi”. Sebab tu setiap tahun kalau boleh nak ada satu pogram bersama anak yatim yang saya dapat conduct. Alhamdulillah, tahun ni kawan seopis saya Nurazilah banyak membantu. Walaupun berdua ja, tapi bagi saya kami dah berjaya realisasikan perancangan saya. Zilah banyak membantu, cari dana dan sediakan goodies. Dan tanpa disangka-sangka Allah gerakkan hati Rohaizu untuk tetiba ja disaat dia sangat sibuk writing final part thesis Phd nya, tetiba ja dia sms nak datang rumah. Ya Allah, tak tau saya nak cakap betapa besarnya hati saya untuk menyambut kedatangan eju. Eju la yang teman saya pegi beli barang untuk masak koktail dan spageti dan eju la yang proses semua barang dan eju jugak yang masak semua benda, dia bagi saya tolong sikit-sikit ja.. Big hug untuk eju.. Betullah, kalau niat kita baik Allah akan hadirkan orang yang baik untuk membantu kita.. Syukur sangat eju datang kulim walaupun dia sendiri taktau tarikh saya nak buat pogram anak yatim (sebab saya Cuma bagitau perancangan saya time xdak tarikh lagi dan kami langsung xsentuh isu pogram saya bila kami kontek sehari sebelum tu). Saya klasifikasikan pogram saya sebagai berjaya. Thanks zilah dan musri sebagai penyumbang terbesar, eju sebgai tukang masak terhebat serta cupin dan nasha sebab sudi memeriahkan majlis sebagai photographer dan abang long.. Even tak ramai yang turun padang tapi saya puas hati.. Insya Allah, walaupun tahun depan mungkin lebih mencabar as zilah dah jadi ibu dan eju dah balik melaka untuk bekerja, saya pun tak tau adakah saya akan masih kekal di kulim.


Ok2, cerita part hari raya. Lepas solat sunat raya (tahun ni saya dengan kakak sulung dan anak sedara ja sebab kakak lain demam dan sakit urat teruk menjahit dan berniaga bulan puasa), saya dan kakak pusing beraya kat rumah jiran berdekatan surau. Lepas tu balik rumah tengok-tengok ayaq masih takdak.. Hangin betol la. Sada bermasalah betul tahun ni. Dari jumaat sebelum raya lagi kami tak dapat bekalan air paip. Sampaikan ahad hari buat lemang tu saya terpaksa kol sada mohon hantar bekalan air. Malangnya air yang sampai kaler duit raya RM10. Choi sangat. Dah la kat rumah saya bila time raya ada dekat 30 orang yang akan berkampung sampai raya ketiga. Jadi, bila hari raya, tak boleh nak mintak budak-budak tolong kemas dapur sebab dpa bukan reti nak jimat air. Makcik ni la yang conduct dapur. Kami tak sediakan makanan raya kali ni sebab boikot takdak air. Hahhaa.. Tak sesuai langsung kan.. Mungkin sebab ni la kue raya i habis licin. Malam raya pertama dan raya kedua kami berkonvoi ke rumah kakak-kakak yang berdekatan untuk makan malam dan masak sedap-sedap makan raya kedua. Air tu takdak sampai raya ke enam. Bayangkan hampir sepuluh hari tak dapat bekalan air paip. Air paip Cuma berjalan sekitar pukul 2 pagi sampai 7 pagi. Kesian mak, dia la yang terpaksa berjaga untu tahan air nak mandi dan ambik wuduk sebab orang lain dah tidoq terkangkang dah sebab letih.


Cerita bab takdak air di hari raya buatkan rasa macam nak simpan duit beli SPRITZER botol besaq satu carton, macam pakteh. Katanya bapak sedara saya ni beli ayaq mineral SPRITZER berbotol-botol di malam raya untuk masak dipagi raya. Tak kuasa den, datang rumah i makan kuih samprit dengan ayaq buah tin sudah.


Anak sedara saya ada berpuluh orang. Bila nak bagi duit raya, kena tulis nama siap-siap kat envelop, kalau tak nanti ada yang tak dapat, ada yang dapat dua kali... APTB.. So, bila tahun bertambah, umur makcik depa pun meningkat, bilangan yang nak dapat duit raya dah berkurang daripada puluhan kepada belasan... YEAY.. Ok lagi bab duit raya, dua tahun lepas raya kedua merasa kami bermalam kat spital sebab budak-budak ni exciden berjemaah.. Hurm.. Tahun ni pulak dihari raya pertama, depa buat hal lagi. Tengah syok berehat lepas penat basuh pinggan sementara nak tunggu zohor tetiba nampak segerombolan budak lelaki perempuan kanak-kanak awal remaja berlari sekuat hati macam kenaligan dengan orang gila.. Terkejut saya dan semua yang tengah bergosip ni kat rumah. Apahal bebudak ni.. Rupanya.. Tau depa buat apa. Depa panjat pokok rambutan depan rumah mak saya, bukan setakat panjat siap goyang-goyang lagi. Buah pokok tu pulak banyak, merah ranum. Nak jadikan cerita, mak lupa nak pesan yang kat pokok tu ada sarang tebuan.. Hahahaa.. Sorang memang bengkak satu badan sampai kepala, dua lagi lemak banyak plus takut jarum buat2 tak sakit, yang lain-lain sempat selamatkan diri,.hahaha.. Padan muka! Kena sengat dengan tebuan. Nak macho dah tak boleh, terpaksa la kami hantar ke hospital. See, raya ni pi spital lagi.. Hai la.. macam-macam. Rumah tu tak pernah la bila raya tak meriah. Takda tetamu pun makanan licin. Budak-budak ni bukan nak meraya ke rumah orang, kalau pegi pun lepas sebiji rumah balik minum air kat rumah lepas tu sambung beraya pulak, bila lapar balik makan kat rumah... Tak paham haku...


Teringat kisah raya memang senyum sorang la. Walaupun kawan-kawan mengadu penat mengadap jem nak balik kampung, satu ja kata-kata saya kat depa “APA LA SANGAT RAYA TANPA MENGADAP JEM”.. Kan??? Setuju??? Hihihihihi




Selamat hari raya, minalaidilwalfaizin!

Thursday, July 17, 2014

Dah tengah ramadhan, ponat asik lena jo

Assalamaulaikum..

Cemana semua?Ada baikkah, gastrik kah, kayap kah.. eh kayap pulak.. Hihi...


Sat sangat dah nak masuk syawal.. ramadhan ni mai keja balik keja dah tetiba nak masuk waktu berbuka.. Balik terawih dah nak tidoq dah sebab esok nak bangun masak soq...masak tu, up diri sangat nampak dayah..


Bukak news feed memang penuh update isu Ghazah.. Memang setiap kali baca update samada dari aqsa syarif atau muslim care atau dari sharing sesapa pun mesti akan tersedu.. Ya Allah.. beratnya tanggungjawab mereka.. Menjaga Al-Aqsa supaya tidak diceroboh.. Wang memanipulasikan manusia.. Kalaulah saya banyak wang, teringinnya nak buat sesuatu di sana.. Setakat ni tolong setakat termampu je la... So sempena dengan raya nak menjelma tak lama lagi, kurang lebih 10 hari, maka saya akan jual semperit dimana keuntungan akan disalurkan ke tabung viva palestin di bawah muslim care manakala jualan kerepek pisang akan disalurkan sebagai hadiah goodies bag dan sedikit duit raya kepada anak yatim BEDAYA KULIM. Alhamdulillah ada kawan-kawan yang sudi dan sanggup membantu bersama. Ya, semua tahu rumah anak yatim mendapat bantuan dari JKM. Mungkin dari segi kewangan BEDAYA masih gagah menjaga anak-anak ini, tapi JKM tak mampu nak bagi kasih sayang. Saya pernah mengaja sukarela di rumah anak yatim. Saya pernah dipujuk rayu adik disitu supaya tolong dia balik tinggal dengan mak.. Kesian, sedih, pilu semua ada dalam hati ni.. Mereka mungkin mewah dengan berbanding dengan anak lain yang tinggal di rumah dengan ibubapa yang kurang mampu. Tapi membesar tanpa kasih sayang yang sempurna dari ibu bapa bagi saya sangat sadis.. Dia tak sama dengan anak yang dihantar tinggal di asrama dengan anak yang dihantar tinggal di rumah anak yatim.. Bagi saya totally different walaupun dari beberapa aspek ada persamaan. Diharapkan sumbangan yang tak seberapa ni dapat menggembirakan mereka.  Oh, kalau korang satu opis dengan saya, boleh la pas duit or makanan or kain pelikat ka, kopiah ka, anything like sikat, minyak rambut, untuk disalurkan... Bergantung.. Patutnya bagi awal ramadhan supaya depa boleh guna, tapi dah tengah ramadhan baru toing idea nak bagi sesuatu kepada anak yatim timbul...


Untuk membantu Gaza, tak mampu lagi nak mengangkat senjata ke sana.. Cuma doa dan sumbangan supaya mereka tahu kita seluruh dunia ingin bersama membantu.. Beruntungnya depa di sana.. Mati dalam keadaan syahid. Saya tak pernah ke Ghaza jadi tak boleh nak ceritakan secara details. Tapi saya baca buku ustaz Dr Ridzuan Mohd Nor, aktivis yang juga penulis dan penerbit buku. Aktivis kemanusiaan ni memang perlu ada sumber kewangan sendiri. Jadi tugas kita la untuk support mereka.. Saya selalu baca tulisan Saiful Nang (admire dengan pendekatan yang beliau ambil).. Bila kita nak membantu, lakukan melalui perniagaan supaya orang yang kita nak bantu tak dilihat seperti meminta sedekah.. Sebab tu saya pun guna pendekatan yang sama. Niaga kuih supaya untung dapat digunakan secara bermanfaat.. Ok, korang boleh tiru method manusia-manusia hebat ni.. Oh, method ni pun sama macam method yang digunakan oleh Allahyarhamah Datuk Sh. Aini, bisnes digunakan untuk bantu anak yatim.. Yang penting bisnes tu halalan toyyibannnnn.. Oh sedis ingat tokpah, untung ada anak hafiz, dah la hensem pulak tu..kikiki.. Hai Abang Aliff.. ;) 


Kat opis kan... opis saya tu.. Haaaaa.. nak buat luahan la ni... bulan puasa nak buat luahan pulak ken.. tapi bulan puasa ni menag banyak benda la yang menduga.. asik nak marah ja.. Saya ni suka cipta skrip dalam hati, simpan dalam otak tapi mulut bisu.. Nak bagi cadangan, tapi pikiaq macam2.. Takpa.. One fine day kena cakap jugak..


Oh baju raya, oh kuih raya... dalam banyak2 persiapan raya, hajat di hati ni teringin sangat la nak dapat duit raya.. haha.. seriyes.. Dah dekat 10 tahun xdapat duit raya.. Tak kisah la pasal baju raya semua, kuih ka, makanan best ka,, yang penting dapat duit raya,. Baru la mengimbau kenangan silam.. Takda ka orang nak bagi? Bak sekupang.....



Tak nak bagi sudah, duit i pun penuh dah dalam bank sampai bank kol suruh pi ambik balik tanam dekat pokok pisang.. Ok Ca..Cincau..

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan Kareem 1435H

Assalamualaikum,


Salam Ramadhan Al-Mubarak semua.. Alhamdulillah.. cepatnya masa berjalan.. harini dah 5 ramadhan 1435H, dengaq kata felixia yeap akan menjadi seorang muslimah harini. Alhamdulillah, ahlan wa sahlan...semoga jalan yang dipilih ini akan menjadikan ramai lagi masyarakat sebangsa beliau mengikut jejak langkahnya..


So, what next???.. Actually bila tak start menaip banyak benda sangat dalam kepala sakti geliga ni tapi once dah depan lappy terus blank taktau nak tulis apa. Ok, start dari ramadhan ni la.. Ok, kali ni saya nak menjual semperit.. Sedap, lemak, crispy dan cair bila dah 2 minit di mulut (means ketahanan tensile dia sedikit tinggi, read: rapuh)... So, do contact me k.. btw, semperit ni bukan setakat musim raya ja, hari biasa pun bekalan sentiasa ada..


Next?... erm, menu berbuka... Ya, kali ni macam tahun lepas jugak, tak langsung memasak or membeli di bazar. Actually part membeli di bazar tu last membeli tahun 2010 kot.. Lepas tu memang memasak ja, even yang simple pun takpa asalkan tak perlu cium ketiak timbunan manusia kat bazar tu... Then start 2012 dah mula berbuka kat masjid sekali sekala.. 2013 memang tiap hari bedal kat masjid jer.. So, 2014 ni harapnya istiqamah.. Kalau korang tak pernah berbuka kat masjid, sangatlah disyorkan untuk di mulain.. seriyes seronok.. Selama 2 tahun ni saya berbuka sorang ja kat masjid.. Tak susah, sampai masjid, masuk solat tahiyatul masjid, aminkan doa imam, then pegi ambik makanan yang dah terhidang, then makan (tak perlu nak sembang ka hapa), bangun letak pinggan atas meja, pegi ambik wuduk kalau terbatal, then solat magrib jemaah... Simple and sederhana.. Paling best sebab tak perlu tolong hidang and basuh pinggan.. Tak tau la sapa yang sedia and basuhkan semua.. rasanya ada kariah kot yang sediakan semua.. Pastu part basuh pinggan banyak ja budak2 yang volunteer.. Bagus sangat kan budak2 ni, pandai cari pahala lebih, ringan tulang sunggoh..


Ada orang kata, jimat la berbuka kat masjid.. hahahahahha.. senyum ja, tak perlu nak tegakkan benang yang basah.. Actually ia terpulang.. kalau rasa nak pi makan saja boleh, nak bayar pun boleh.. Banyak tabung derma yang disediakan di pintu masuk.. Its up to you.. Takda sapa pun paksa untuk menderma.. Berbuka di masjid lebih besar dari sekadar berjimat.. Kalau hanya part berjimat yang orang pandang, maka jimatlah yang anda dapat.. Tapi kalau dipandang dari banyaknya masa untuk bertadarus, solat berjemaah dan makan secara sederhana maka ia akan memberi dimensi pandangan yang berbeza. Ia bergantung kepada keadaan mata yang memandang. Lagipun, kalau berbuka di masjid tak perlu nak pikir pasal menu nak masak dan air apa nak minum. Kat masjid biasanya la ada dua lauk ja dan air teh o panas. Kalau ada hamba Allah nak sedekah makanan bertambah la lagi menu, kalau tak, makan la apa yang ada.. Simple dan tak berat punggung nak solat. Paling mahal bagi saya adalah masa untuk berjemaah dan bertadarus.. Kadang kita Cuma pandang pada part yang kita rasai hari2, sesekali pandanglah guna kanta confocal microscope, mungkin kita akan nampak imej yang lain...


Oh, sebenarnya nak share pasal topik yang saya dok pikiaq setahun dua ni.. Actually pertumbuhan anak dipengaruhi oleh siapa ibubapanya.. Dah lama mencari bahan, kekadang lupa kekadang ingat, Cuma lately baru nak fokus semula.. Dolu2, saya memang nak cari orang yang ada basic arab and boleh membaca alquran dengan hukum tajwid yang superb.. Memang nak yang pernah belajar sekolah arab ja.. ceewah.. demand kan?... Then, pengalaman mengajar bahawa perlu ada nilai tambah lain yang perlu di beri perhatian besar.. Takda manusia sempurna, walau belajar arabic segala, tapi akhlak perlu superb jugak.. Then, misi diteruskan sampai sekarang.. (what r u trying to say hidayah?) Ok, back to keypoint.. Saya tengah study buku Cerita Cinta Ahmad Ammar dan Pahitnya Jadam.. Buku pahitnya jadam pasal Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz Nik Mat.. Haaaaaa.. fair and square kan. Dua tokoh yang superb bagi saya.. Tapi kenapa tak baca buku pasal anak Mahathir atau anak Najib? Oh, saya kan nak stady pasal manusia superb.. mana boleh ambik sebarangan manusia.. Memang dua orang ni memberi nilai tambah bahawa perkembangan sahsiah seorang manusia terbentuk dari rumah. Menjadi anak kepada seorang yang bernilai dalam masyarakat membentuk mereka menjadi manusia yang lebih tunduk dan berhati-hati. Tapi penat baca buku Ammar, penat tahan sedu sedan, penat lap ayaq hidung.. Dia manusia biasa yang bila saya baca kisah hidupnya Allah campakkan perasaan seperti dia sangat istimewa.. Mak dia cerita biasa ja, tapi saya baca prakata pun dah mata kabur.. Hai la, tisu sungguh hati ni sekarang.. Bagi mereka berdua, ayah adalah insan yang sangat mempengaruhi kematangan mereka, cara mereka dibesarkan dan siapa yang mereka jumpa sepanjang dibesarkan. Saya suka dan jatuh cinta dengan orang sains yang berseni, yang menjadikan seni sebagai karier walaupun hebat dalam bidang sains.. arghhh, cemana yer nak describe.. Ok, nanti saya bagi contoh, bila dah dapat contoh yang terbaik...


Saya suka pandang sesuatu dan harap sesuatu secara perfect.. (Padahal hang tu orang kampung bendang ja hidayah oiiii).. haha.. payah sebenarnya, bila kita put too much hope then kita kecewa.. Macam kerja, mengharap dapat naik pangkat tapi task ja yg makin bertambah, pangkat dok tang tu jugak.. hahha.. Nampaknya, mostly aim saya tak tercapai kecuali nak ada career development. Since dah dapat surat approval for e-science punya project, means salah satu doa saya dah dimakbulkan walaupun saya dah boleh nampak laluannya sangat berombak setinggi pokok nyoq, berliku berduri macam pokok bunga ros, tapi one thing yang kena set dalam minda adalah takda jalan mudah untuk berjaya. Tak perlu nak impress kan sesapa, just do my best supaya diri sendiri berpuas hati sebab takda orang nak tumpang bayar duit kereta pun kalau kena buang kerja nanti. Walaupun terasa tak dihargai bila takda achievement dalam grade personal tapi at least im proud of myself. I proved that i can be as best as the others... Yang penting aku hargai sangat diri sendiri.. So, lets treat and reward with something special pas raya k.. Krabi wait for me!!!!


Soalan yang sangat mengdownkan diri adalah, Dayah bila nak habis master?  Hahaha.. serius mood swing time tu.. hahaha... of cos kalau boleh nak habis tahun lepas lagi.. But, saya merancang tapi ada perancang yang lebih hebat.. Then, kita tengok secara positif and jangan terlalu menekan diri.. Sebab... Sebab.. ingat yer sebab ni, Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Hendak.. So, niat awal sambung belajar memang nak learn.. So, im in learning process know.. Terasa sangat semakin hari semakin belajar.. Belajar yang paling penting adalah belajar menjadi sabar.. Sabar adalah masterkey kepada banyak key lain.. Sampaikan supervisor sendiri pernah kata dia kagum dengan daya tahan saya... hahaha... Kena maki hamun dengan dia pun masih belum drop lagi.. Sakit hati bila ingat part maki hamun tapi bila ingat part kita berusaha nak capai tahap yang dia hendak tu jadi positif semula.. I still dalam process nak menjadi chemist not technologies.. Back to basic dalam chemistry.. Understand the fundamental.. Teory kena kukuh.. Its tough actually.. Really tough and kekadang rasa nak jatuh dah, bertahan sikit ja kat tembok2 tu...


Hish jauh plak merepek.. Selamat berpuasa semua.. Happy fasting uols.. Maafin kawe k. Doakan yang terbaik untuk kawe.. semoga sihat dan bahagia... Aminnn..




Wednesday, June 18, 2014

testing hapdet

Testing... testing ... testing...testis...opsss silap...

melucah dalam bahasa sains pulak.. sori darling..


payah jugak rupanya update tru fon ni.. cewah.. sebenaqnya nak habaq kata update guna fon. Maklum la pestime.. haaaa habaq lagi kata update guna fon.. lepaih ni senang la nak hapdet.. guna telefon murah pun boleh. Mengkala kata kat opis dh ada free wifi merata ceruk... why not kita gunakan bagi mengisi masa yg ada sementara dok tunggu mendalah mesin gedabak ni dok scan sampel...

eh dah habih scan... babai...fokus..fokus..fokus..

Saturday, June 14, 2014

Lamanya La...

Assalamualaikum..


Hai ebelibodi.. 

Otak berkarat dah.. concentrated dengan ayat teknikal.. ceewah.. too much la sekarang nak kena pikir.. thesis lagi, proposal lagi, slide show bombastik terbabooom lagi, method skematik lagi, nak cantik lagi, nak kurus lagi.. ish too much.. Dalam pikiran ni, yang terpaling penting terpaling atas terpaling priority adalah KEKURUSAN... Kamon Hidayah.. Semak la tengok almari penuh dengan baju dah macam sarung nangka.. its too much.. pelis la...

Tahun 2014.. Well.. entahla aku bagitau ke tak yang tahun ni aku mulakan dengan penuh keserabutan. Serabut semak sampah lemak semua ada la.. Semak dengan master (nope, semak dengan supervisor sebenarnya), semak dengan kerja (paling semak samun lalang sampai dah jadi pokok serai).. semak dengan amalan hidupku hihihi i nampak macam nak menunjuk baik ka- ha ni paling semak.. amalan ni paling semak sebab tetiba aku dah jadi malas nak g kelas tajwid, week by week aku start ponteng kelas dengan alasan ustad selalu tak punctual datang ngaja (kuang ajar kan anak murid guna alasan ustad sebab taknak pegi kelas, then now slowly aku dah buat keputusan macam nak stop jap kelas arab sampai habis ramadhan... serabutnya la.. kenapa la malas ni nak sangat berkawan baik dengan aku, kenapa malas nak sangat adore dengan perempuan gemuk macam aku, no wonder la orang selalu kaitkan malas dengan gemok.. shuh la malas.. lu pi main la jauh2, wa manyak susah tau lepas mati kalau lu asik nak kawan dengan wa...

Aku nak share sikit.. Taun lepas beria aku siapkan proposal nak g training pasal quantum dots kat sheffield, UK. Siap dah ada tempat nak stay 3 bulan kat sana, dah bayang nak makan apa nanti supaya balik Malaysia semua orang pengsan sebab tetiba aku kelihatan sangat seksi kekurusanku.. Tapi biasala, dapat surat bahawa aku ni masih lagi penting berada di Malaysia. Yela, aku paham. Public figure macam aku memang orang payah nak lepas, sangat penting untuk industri hiburan Malaysia. Payahkan jadi orang cantik macam kita, eh macam aku... Pastu tahun ni aku tertarik dengan New Zealand.. Dah semangat ni siap semua flight ticket dah dapat quotation, dah penat berbalas emel dengan Dr. kat sana, tak larat balas emel kami ber skype pulak, tak clear dengan skype dia siap kol lagi, then suddenly Dr. tu bagitau aku tak diterima due to insurance issue..

Bagi mengubat hati yang kecewa lara terluka, aku ber escape di teluk bahang.. Tempat tu sangat ohsem, highly recommnded.. Cumanya toksah la pi time cuti sekolah macam aku.. Manusia berpusu pusu macam nak rebut tudung Fareeda.. Cuma bila aku guna laptop yg tak boleh bluetooth, aku menjadi lebih banyak beristigfar.. Nak transfer gambaq punya la azab.. Next time la. 

Tahun ni aku dah ke ganu.. Yup, shima hosmet lama aku kawen, tapi aku pi 3 hari sebelum kenduri. Stay 2 hari bagi merasai saat bahagia bekas teman serumah. Tak mampu aku nak tunggu sampai kenduri sebab kenduri shima bertindih dengan kenduri sepupu. Kami perlu berkampung di Jitra. Fun sebenarnya berkampung dengan sedara, mentelah dok jumpa pun dalam grup wasap je la selama ni. Lain feeling dia antara jumpa melalui bait kata dengan jumpa sambil mata bertentang mata...



Selamat membina keluarga sakinah yang diredhai Allah buat Hasimah (kawan i) dan Azrin (kezen i).. Semoga rumahtangga yang di bina akan menjadi aset berharga yang membawa ke Jannah. Selamat menempuh pahit manis kehidupan berkeluarga, selamat bertoleransi dan semoga setiap perkara yang mendatang dihadapi dengan bersangka baik.. Bagi insan yang hidupnya dihantui dengan formula kimia dan persamaan seimbang, sangka baik adalah satu method terbaik untuk kita mencorak kehidupan dengan lebih kalerful. 


Walaupun aku taknak sentuh pasal keja tapi aku nak jugak cakap satu benda. Aku suka kulim, aku suka tempat keja aku (serius betul) tapi aku masih berusaha supaya aku suka dengan persekitaran ditempat kerja aku sekarang.. Masih berusaha mencipta situasi gembira datang ke ofis setiap pagi. Betapa ramai kawan aku yang bila berubah arah angin depa lebih bersemangat dan bermotivasi. Aku masih menimbang baik buruh tapi aku masih belum mendapat konklusi, sukar rupanya menjadi perempuan yang hanya nak berlalu mengikut arah angin. Naluri dan arah anginku berbeza, tapi aku tak daya nak memilih. Hakikatnya aku masih ditempat sama tapi berusaha menjadikan diri lebih bermotivasi dan berinspirasi. End up aku kat depan laptop dok karang karangan yang anak aku baca sepuluh tahun lagi konfem pandang aku angkat kening sebelah sambil dahi berkerut... 

p/s: Anakku, ketahuilah, walaupun sekarang ibu mu adalah usahawan berjaya, namun suatu ketika dahulu ibumu hanyalah buruh kasar yang menikmati cuti hari buruh pada 1Mei setiap tahun, bersyukurlah dengan kehidupan kita sekarang setelah ibumu tidak lagi menjadi buruh kasar kerajaan seluruh malaysia...




zzzzzzzzzzzzZZZZ... nunite