Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, January 18, 2015

30 dan single? Kesimpulanya......

Assalamualaikum semua..
 
Selamat datang 2015.. pheeewittt.. tahun ni babies yang lahir tahun 1985 dah masuk 3 series.. 3-kosong ok..
Wuiyooo.. tajuk tak menahan kan??.. saya tak terfikir pun tajuk ni sampaila weken lepas nampak seseorang post dekat Instagram tajuk ni. Ada satu article tajuk sensasi ni yang diterbitkan oleh malaysiadigest.. Lucky me.. rasa macam diri sangat dihargai bila ada orang up artikel yang kena kat diri sendiri.. hehe..
Actually, tak terfikir sangat pasal betapa kritikalnya usia 30 untuk seorang perempuan dengan status bujang. Kecuali… kecuali kalau ada makcik-makcik (walaupun kau muda tapi kalau kau kaki penyibuk Tanya pasal status aku kau tetap tergolong sebagai makcik) yang sibuk nak ambik tau status sorok-sorok saya.. Sori la makcik.. Saya takda masa nak geli-geli ni semua.. Pernah saya kena tengking dengan sorang makcik hanya sebab saya senyum bila dia tanya bila nak kawen.. Orang suruh tunggu kad tapi dia sibuk jugak konon nak jadi exclusive tahu tarikh awal.. Dua soalan combo yang saya pakejkan sebagai soalan paling menyampah selepas soalan bila nak habis master “dah kahwin ke?” bila jawab belum “umur berapa”.. penyibukkkkkkkk… Dah la penyibuk, ada hati nak komen “memilih kot”… suka hati la nak memilih pun, kang kata penyibuk sentap pulak.. nasib baik la saya bukan jenis nak maki hamun orang..
 
Ada beberapa perkara saya setuju dengan artikel yang ditulis. Well… well.. well.. kata berada di situasi yang serupa, maka haruslah memahami.. Perkara paling setuju sekali adalah pasal kebebasan dan keterbiasaan.. Eh, ada ke point ni.. Tapi point ni penting buat masa sekarang sebab inilah kenikmatan yang sedang dirasai sekarang.. 30 tahun adalah satu jangka masa yang panjang.. Terutama nya untuk seorang wanita yang berdikari di atas kaki sendiri.. cewaaaahh.. macam saya.. Sebab tu kalau orang bercakap pasal bos perempuan bujang terlajak yang bossy, atau cerewet atau susah nak berkompromi, saya sedikit memahami bos tersebut.. alamak, matik laaaaaa… Haha.. Especially kalau bos tu duduk sendiri, family jauh n highly educated plus graduated from obesi…. Hahaaaaaa.. (habislah kalau bos baca, saya bukan nak bodek)…
Selain factor hormone, factor yang paling membantu menyebabkan wanita berusia, single dan Berjaya menjadi seperti perkara di atas adalah sebab dia terlalu berdikari.. Cabaran dan dugaan hidup akan menjadikan manusia lebih tabah, matang dan strict sebabbbbb dia percaya bila dia berjaya lalui dan dia tak boleh terima kalau orang lain tak boleh lalui macam yang dia lalui…. Just same like me.. Serius, bila saya tgk wanita yang macam tu, ia merefleksikan diri saya… Bukanlah sebab saya ni kategori terlalu berjaya,,, noooo, a big NO.. Tapi the determination.. Sebab term berjaya tu terlalu luas.. Bahaya sebenarnya menjadi wanita yang terlalu berdikari.. So, guys plis take note… Cuma… Kalaulah berjaya menjinakkan wanita yang terlalu berdikari ni, ia adalah satu peluang yang sangat besar. Malas la nak elaborate panjang-panjang kenapa, better find sendiri.. kuikui.. Tapi wanita berdikari yang saya kenai pandai memasak n pandai…….. haahaa.
Sepanjang 30 tahun yang pertama ni (nak jugak), selain diri sendiri rasai perubahan tu, kawan baik saya pun rasa jugak sikap bossy saya.. haha.. Tak la.. Bukan bossy tapi sikap tak suka orang letak saya dekat kaki. Ada certain perkara kita boleh bertolak ansur tapi ada certain perkara bila hormone jugak memainkan peranan, perasaan nak memberontak secara berhemah dan sopan tu akan muncul jugak. Dan kalau saya rasa saya sedang diperbodohkan saya akan melawan.. Haha..
Kawan saya pernah tanya: Aku nak jugak jadi macam hang, macam mana eh? Nak  cakap tak boleh bila tak boleh?
Jawapan saya kat dia: Hidup sendiri and hang akan rasa hang perlu fight untuk diri sendiri…
 
 
Lepas tu baru menyesal, habislah aku ajar kawan jadi seakan kurang ajar pulak..haha
 
Ada sorang kawan saya ni, dia tua sikit la.. Maksudnya dia dalam 30++.. Bila orang Tanya bila nak kahwin dia jawab “jodoh I dah mati”.. haha.. Macam tak best kan jawapan tu, cliche sangat.. Satu hari saya tengok cita cina and cina yang belum kawen tu bagitau kawan dia “I rasa jodoh I dah digugurkan oleh ibunya”… Haaaaa, jawapan tu best sikit.. Sori si cantik, I tau ure reading dis…
 
Kenapa kena kaitkan 30 dan perkahwinan? Saya tak suka!!!!.. Secara biology saya paham tapi aspek lain yang lebih luas saya tak dapat nak kaitkan secara khusus.. Kalau orang tanya saya, kenapa saya belum kahwin dan adakah saya memilih? Buat masa sekarang jawapan saya mungkin adalah “Saya memang sangat memilih tapi orang yang saya pilih lagilahhhhh sangat memilih, habis cemana??” Payah tau.. Saya memerhati banyak kehidupan kawan-kawan secara dekat dan masih ada kawan saya yang digantung tak bertali walaupun berkahwin atas dasar cinta… Kesian tapi dia sendiri tak tau kenapa diorang kena berpisah.. Dan ego lelaki payah nak terima bila isteri mintak berpisah.. Tak tau la apa masalah depa, dah kalau tuan punya badan pun tak tau masalah dia apa…
 
Ok, 30 tahun yang pertama,, lets.. tahun ni sangat mencabar.. kita tengok siapa yang kena.. UK tak dapat sebab sirim tak lepas, NZ tak dapat sebab masalah insurance (isu MH370 la tu), US tak nak sebab kononnya dia tak da bajet walaupun saya cakap kami akan bayar, so Jepun pulak nak MOA yang perlu persetujuan BOD.. 3 tahun buat benda yang sama sampai muak,, muak sebab beria tapi masih di kulim.. choi sangat… so, tahun ni silalah viva dengan skemanya, konvo kalau berkesempatan nak hadir, berkelana sekiranya diterima, menyambut panggilan sekiranya ditakdirkan dan berjemaah sekiranya diizinkan.. chayok Hidayah.. u can..
 
 
 
P/S:::: Zu, jangan lupa eh. Zu janji nak sambut birthday dayah besar-besaran tahun ni sebab angka depan dah sama dengan zu… akan kutagih janjimu…