Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Wednesday, February 25, 2015

Sakura di Kedah.. dan air pun kering..

Assalamualaikum…
 
Panas nya sekarang kan. Kat Kedah bunga dah start kembang, dah macam berada kat jepun.. Utk orang yang proposal tak approve lagi macam saya boleh la berangan kengkonon dah berada di Jepun menikmati sang sakura. Cit, berangan ja yang hang mampu… Sambil menunggu dinner ready (I la masak tapi sementara nak tunggu dia mereneh sempat la typing dan save).. ok pause jap nak gi tengok dah siap mereneh ke belum….
 
Yeay, dah ready. Nyum-nyum………
 
Apa jadi sepanjang hampir dua bulan tak update. Nak recall jap. Ahhhaaaa, paling utama dan paling sedih dan paling mengundang airmata sebab teringatkan impian nak hadir ke majlis ilmu yang disampaikan sendiri oleh ATGNA tak kesampaian. Rasa terpause sekejap aktibiti pada malam kematian beliau. Sedih yang utama adalah sebab merasa bersalah asyik bertangguh nak Kelantan mendengar secara live kuliah beliau. Dah-dah toksah nak elobarate pepanjang, karang ada la pulak drama air mata malam-malam ni..
 
Kita cakap benda lain k.. Tapi bukan benda kerja..
 
Tapi kan.. Tadi ada sorang kelik tanya “Dayah ada impian nak jadi bos”… 100% saya yakin dia menantikan saya jawab “opkos” tapi nampak reaction sedikit terkejut sebab saya jawab “taknak la, nak duduk rumah goyang kaki”….. kalau boleh nak sambung lagi ayat tu “nak baking, nak belajar menjahit, nak gardening, nak bela kambing dan lembu……..” tapi tak terhabaq la pulak.. Maybe dia nampak saya terlalu bossy sangat kot.. Nampak tak impian suci murni tu, nak baking you.. haha.. Tak pernah ada impian nak baking, tetiba lately nak-nak sangat.. Nak-nak tu maksudnya tergedik-gedik nak.. Dannnnnn dannnn dannn dah start dah baking… hihi.. Kanak-kanak ribena kat kampong tu tak pandai langsung nak ambik hati saya.. Ada ka patut dikutuk seikhlas hati kek saya.. “apa kek yang makcik buat ni, tak sedap pun”… sampai hati hampa noh.. ok, wait n see.. Esok-esok jangan la nak melutut minta makcik hampa ni bakarkan kek kahwin hampa secara percuma.. Aunty charge harga professional ok… Belagak yer korang.. Jangan harap dapat makan pizza dah minggu ni..
 
Korang pernah ada tak tetiba satu time tu rasa sayu dan bermasalah dan macam pikir something tapi tak tau pikir apa.. No.. bukan sindrom 30 tahun.. Entah la sindrom apa. Tapi ada hari yang takda berita happy pun tapi hati berbunga sangat.. So bila saya suarakan dekat gadis cantik kawan minum kopi, dia bagi tazkirah yang pendek tapi membuka hati.. Itula gunanya sahabat yang baik. Dalam hidup kita, kita tak dapat semua benda yang kita nak. Tapi bila kita boleh cari satu ketika bersendirian dan fikirkan betapa Allah dah atur perjalanan hidup kita dengan sebaiknya, Alhamdulillah. Saya selalu rasa saya tak dapat yang terbaik, tapi sebelum tido bila saya pikir semula, Ya Allah, semuanya berlaku dengan sangat indah. Allah hadirkan orang yang saya tak fikir perlu untuk memberi semangat disaat saya perlukan… Bila apa yang saya hajatkan tak sampai, saya cuba untuk relax, cool, ajak zuhana minum kopi sama-sama kat kopitiam yang sedap tu, Jemaah di masjid, then senyum dan semua benda menjadi positif. Tak da orang yang boleh hilangkan gundah hati kita. Sebab kebergantungan kita hanya pada Dia. Saya masih ingat dengan jelas kata-kata Dr Qama (sahabat dunia akhirat saya yang tersayang tu). Dia kata,
 
“U, jangan jadi sombong, mengharapkan u capai segalanya dengan usaha u. U akan dapat apa yang u nak bila Allah nak bagi tau. Semua doa-doa u yang baik yang u mintak di depan kaabah u akan dapat, u kena yakin.”
 
Kawan-kawan yang baik ni menjadikan kita lebih positif. Positif tentang masa depan. Kata zuhana lagi, oppsss Zuhana la kawan minum kopi saya tu, dia kata “kalau semua orang nak pandai dan dapat phD sapa nak jadi tukang kutip sampah”.
Kalau Syazana lagi la, pandai bagi kata-kata positif kat saya tapi bila jadi kat diri sendiri dia gabra lebih.. Haha.. Makcik tu memang dramatis sangat.. Dramatis yang menghiburkan hati, tapi kalau dia pakai lipstick merah dia tu, adoi la, dramatis kat tibi pun boleh menangis..
 
Ok la, dinner pun dah nak habis.. nak sambung buat kerja..
 
“ Kenapa awak nak kawan dengan saya”
“Sebab awak seorang yang vocal and articulate”
“ Ok, J
 
Tapi… tak lama kemudian, number… delete….. “J” teruk hang ni hidayah….
 ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….