Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Saturday, March 7, 2015

Budi itu bukan dalam bentuk kuantiti..

Hai semua..
Dah beberapa hari ambik cuti. Mood nak bekerja tak berapa nak elok sekarang, daripada ke ofis dan merasa semua tak betol (macam aku sorang ja betul), baiklah gunakan cuti yang berbaki tu untuk setelkan apa yang boleh. Mana tau hujung tahun boleh berhijrah ke tempat baru pulak.. hehe.. Statik terlalu lama disesuatu keadaan boleh menyebabkan kebekuan fizikal dan mental.. Eh, fizikal tak membeku (elok ja dia mengembang), mental iyer beku.. Kalau diikutkan hati perasaan limpa jantung semua memang suka gila lah kerja sekarang.. suka gila-gila.. sampaikan belajar yang sepatutnya betol-betol dah jadi part-time, tapi tu la.. kadang-kadang kita perlu environment baru, perlu sesuatu yang lebih challenging dan sesuatu yang lebih fresh.. Paling penting perlu keluar dari comfort zone sekarang ni.. Part keluar dari comfort zone tu yang paling payah.. Tapi takpa kita cuba yang terbaik..
Eh, aku bukan nak cerita pasal kerjaya..
Semalam dan harini saya berkampung di USM.. dan pemastautinan kali ni di USM antara yang paling bermakna sebab Prof bagi green light.. Pertengahan tahun lepas, saya ada bagitau Prof, I need a change.. Then dia cakap, habiskan dulu master.. Baiklah.. Then sebulan lepas tu tengah discussion yang santai-santai sambil tunggu si Bashir pergi ke toilet kot, Prof tanya..
“Hidayah, apa perancangan jangka panjang u.. benda lain yang u nak buat selain kerja di sirim?” (prof tanya dengan muka seris.. Eh, dia sokmo muka serius, kekadang aku konfius dia tengah buat lawak ke marah)
“Erkk…Erk.. (ligat otak ni nak kelentong apa).. Saya nak masuk gomen kot..”
 No.. no.. your long term”
“Oh, saya nak buka nursery..”
“Dr dah agak you akan buka nursery.. Dr tengok you pun sesuai buka nursery..”
 
Sikit lagi saya nak tanya tang mana yang nampak kata sesuai buka nursery tu.. I. allah Prof.. Dari zaman belajaq dulu perancangan jangka panjang teramatlah banyak.. Tapi entah la nak berjaya dicapai ka dak.. Nursery tu payah la sikit sebab takda experience handle budak.. Kalau aku jadi parents pun aku tak percaya nak hantar ke nursery yang owner dia macam hang, Hidayah.. (paham2 sendiri lah)
 
Ok, cerita sepatutnya gini.. Tiga tahun lepas, satu pagi dalam pukul 11.30 pagi macam tu saya ke Lab di USM untuk buat eksperimen.. Nak jadi cerita hari sabtu minggu tu tetiba student kimia macam fobia nak ke lab.. Boleh takdak sesapa kat bangunan kimia tu.. Ada la dua tiga orang foreigner yang kelihatan berligar... Ok, tak kisah la kan, saya pun buat la eksperimen dengan bersungguh-sungguh sambil mendengar carta muzik sinar fm.. (ok, I kan sentimental).. Pastu nak ke toilet, memandangkan dalam lab tu ada segala fon, purse, kunci kereta, laptop kesayangan dan beg pink kesukaan, makanya dengan amat kecerdikkan sekali, saya telah menglock pintu tersebut.. P la ke toilet.. Keluar toilet, menuju ke lab, cari kunci dalam poket jeans.. ohemmmgiiii,, Tetiba monyet-monyet sarkas bertepuk tangan melihat sahabat mereka melompat-lompat dihadapan pintu lab tersebut.. u know.. kunci lab di dalam lab.. dan fon jugak di dalam lab.. termasuklah kunci kereta.. Yer, Hidayah memang sejak azali bijak.. Dan seperti diberitahu, hanya beberapa orang foreigner di Lab.. Seperti orang suku gila, berlarian la saya mencari setiap lab, dan saya jumpa seorang mamat kulit hitam berjalan sedikit tempang tengah cakap fon dalam lab dia.. Dengan sedikit muka memohon simpati, saya pun ceritakan masalah saya.. Saya mintak dia kol kawan-kawan Iraq dan Syria yang satu lab dengan saya (Bashir dan Luqman, malangnya lelaki kacak berdua tu tak angkat fon, terus saya isytiharkan depa tak kacak selepas tu).. Saya dah terlompat-lompat semula depan mamat kulit hitam tu (atau dalam bahasa sedikit tidak bertatasusila, mamat negro).. Dalam keadaan monyet tak dapat bunga tu, saya terlupa nak tanya dia asal negara mana, argghhh persetankan.. Yang penting, dapat masuk lab ambik semua barang dan fetch eju sebab dah janji nak p makan kenduri dengan eju by 12.30pm.. Ni nak kol eju pun tak boleh sebab tak ingat nombor fon eju.. Mamat tu pun dengan sedikit tempang gigih berjalan keliling floor memikiaukan strategi.. Kesian, saya cakap takpelah.. Saya cuba cari setiap lab yang under supervisor saya kot-kot ada kunci pendua…
 
 
Tadaaaaaa.. Jumpa.. Sekali lagi monyet melompat sebab mendapat bunga..Haha.. Nasib baik la takda orang.. Kalau tak mesti diorang ingat ada gempa bumi sebab school kimia bergegar.. Cepat2 saya buka pintu ambik barang dan bagitau mamat tu yang saya dah berjaya buka pintu sambil melemparkan senyuman paling manis yang saya pernah ada..
 
Next week nya, saya jumpa Luqman, dan bila saya nak cerita jer, Luqman bagitau yang dia dah tau dah.. Mamat kulit hitam tu dah cerita.. maybe depa kawan kot, yela sama-sama foreigner.. Luqman dan mamat kulit hitam tu dua-dua student phD.
 
Dan tadi setelah hampir tiga tahun kejadian tu, saya naik lif dengan mamat kulit hitam tu dan saya tengok dia pakai dengan sangat smart sekali.. Tiba-tiba ada seorang budak perempuan yang naik lif dengan kami tegur dia “Good luck”.. Lepas keluar lif saya tanya
“Pasaipa wish dia good luck. Awat dia pakai proper sangat”
“Dia nak viva sekejap lagi” (ok, budak perempuan ni bukan orang Kedah sebab tu dia tak cakap sat lagi)
Saya berpaling dekat mamat kulit hitam tu..
“Good luck too”.. dan dia tersenyum manis.. agaknya mamat kulit hitam senyum memang manis, patut dia jarang senyum..
 
“Saya rasa dia dah lama kat sini kan”.. kata saya
“Tak la, dia habis on time.. Lagipun dia mintak dekat Dr Ros nak viva awal sebab dia ada masalah kewangan n nak balik ke Afrika awal. Dr dia bagus sangat, awalkan semua untuk dia…”
Saya rasa berbunga.. Syukur Allah mudahkan semua untuk dia..
 
Lepas asar, saya kemas nak balik, waktu turun tangga, saya pandang ke ground floor dan nampak dia baru keluar dari bilik viva, dengan muka yang sangat ceria.. Mula-mula saya nak ikut tangga yang terdekat (sebab nak ligan masa taknak terlekat dalam jem kat bridge).. Tapi hati saya kata, lalu la depan dia, boleh mintak nak ambik gambar dia sebagai kenangan.. Saya pun ikut tangga jauh sikit tapi saya tak sempat nak tegur sebab ada kawan2 dia datang ucap tahniah mungkin..
 Dan saya pulang ke Kulim, mungkin saya sempat jumpa kalau saya ke USM dalam seminggu dua ni, dia dok buat correction time ni rasanya.. Kalau pun takdan jumpa, saya just nak cakap...
 
 
"Dear Dr…..,
Congratulation and thanks…. "
 
Mungkin sebab dia pernah buat baik kepada orang yang dia tak kenal dulu, Allah mudahkan untuk dia.. Susah nak jumpa student postgraduate kat school kimia tu yang grad on-time.. Setiap kali nampak orang keluar dari bilik viva, rasa seronok pulak.. tak lama lagi turn saya pulak.. mohon doakan semoga dipermudahkan..