Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, October 30, 2015

My first meeting in NIMS with Sydney Nanotechnology Hub

Today marked my first month anniversary in Tsukuba.. How time flies.. 

Orang kata, tak kenal maka tak cinta.. Walaupun asyik rasa nak balik waktu minggu pertama disini, sekarang rasa macam, alamak tinggal tak sampai 2 bulan ja lagi.. Pelik kan perasaan ni.. Sebab tu jangan tak suka sangat, nanti suka sangat2, kan dah payah.. Beribu nak kena beli tiket datang sini..

Kadang2 saya rasa macam, eh, best jugak duduk sorang2, pegi kerja sorang2, makan lunch sorang, balik rumah sorang2, p trip sorang2.. haha.. masalah perempuan sindrom 30-an.. Tapi bila pikir balik, adoi balik malaysia nanti pun akan lalui kehidupan yang sama macam sebelum mai sini.. Terus mood swing semula.. I need a change.. Please.. Samada tukar lokasi atau tukar suasana.. Help.. help.. i need to consult with a psychiatric or else i kena masuk wad sakit jiwa pulak nanti.. 

Ok, berbalik dengan my very first meeting ni..

Since last two weeks, Shan had remind me, 

"Profesor said there will be a talk on 29th Oct in NIMS regarding our area of project and he asked me to bring you"

Me: "oh, ok...what is it about?"
Shan: "i dont know. Professor will give the info later"

So kemarin pagi baru dia tunjuk tentatif yg Professor hantar kat dia.. Just tulis nama speaker dan dari  mana..Talk akan start pukul 3.20pm..

Shan: "We will go down by 3.10pm because Professor will take we to the seminar room since i dont know where is it"
Me: "Ok"........ so, masuk ja asar pukul 2.30pm terus aku semayang.. Pukul 3.00 dah ready kat meja..

Shan: "lets go"......

Eh, mamat ni.. kata pukui 3.10pm.. ni baru pukui 3.00pm.. dok pi nganga buat apa.. Ok yang ni cakap dalam hati jela.. So, ikut la ke lobi.. Office kami ditingkat 4..

Rupanya professor dah tunggu kat lobi.. Awainya, agaknya pukui 3.00pm tu dia memang dah tunggu kat bawah... Office dia kat blok nanotech.. Ofis saya memang di blok pentadbiran...dia memang sempoi, pakai selipar ja..So folo la dia ke bilik mesyuarat..

Eh, kenapa ada 6 orang ja termasuk saya..

Rupanya itu adalah meeting collaboration antara NIMS dan Sydney Nano Hub.. Cuma ada vice president, managing director dan station director saya bersama seorang secretary NIMS.. Dan Director dari Aussie... Dan saya serta Shan.. Ni bukan talk Shan, ini namanya meeting.. 

At least saya berpeluang mengenali NIMS dengan lebih dekat dan mengenali Sydney Nano Hub jugak, sebab ia masih baru...

Rupanya professor jemput sebab, in NIMS we are the only two yang buat quantum dots for bioapplications.. Takda orang lain lagi.. See, its a totally new and fresh project.. 

So, to my boss, please dont make me sick.. i dah cukup homesick dah sekarang... hahaa

This is Shan, from Chennai University..

Professor during Arun farewell and Hidayah welcoming party

Minah senget mana tah..

Thursday, October 29, 2015

Mount Fuji 5th Station dan Shibuya Road-Crossing....

Since waiting nak ambik result toxicity, boleh la update sikit..

Tadi waktu lunch, Shan bagitau Profesor panggil dia sebab nak tau progress kerja saya.. Seb baik la tak panggil aku..

Well, kat sini budaya kerja depa sama macam di opis di AMREC.. Santai, asalkan kerja berjalan dan meet target.. Takda la macam kat University, setiap minggu jumpa tanya progress.. Atau maybe sebab itu cara bekerja Profesor saya.. Entah.. Tapi saya tengok depa semua santai..Kat sini sebulan kena kerja 19 hari.. Dan hari jumaat boleh balik pukul 3.00 petang.. Untuk visiting researcher macam saya, kami takda masa yang fixed.. Ikut suka nak mai pukui berapa n nak balik pukui berapa, asalkan setiap hari datang..

Last week, saya dah rancang aktiviti untuk hari sabtu dan ahad.. Secara tentatif nya kengkonon Sabtu nak bangun awal dan nak hiking Mount Tsukuba. Walaupun hati berdebar, (sebab mak berkali-kali pesan sebelum mai Jepun, jangan naik gunung, ahhaha.. mak mak,, dah boleh agak apa anak dia nak buat kan) tapi kukuatkan azam. Dan rancangnya hari Ahad nak ke Tokyo, nak pusing semua kawasan tumpuan di Tokyo dan nak ke Rainbow Bridge..

Tup2 hari jumaat pagi Shan cakap, maybe next week dia dan kawan2 India nak ke Mt Tsukuba dan dia ajak saya join.. Eh, mestila aku nak join, at least ada cameraman.. Haha.. Mana best jenjalan sorang, sapa nak ambik gambar.. Selfie itu menampakkan segedabak muka panda..

So, tengahari jumaat tu terpaksa la saya plan semula aktiviti.. Ok, lets la ke Mount Fuji, ke Tasik Kawaguchi pun menarik.. So survey tiket dan bas nak ke sana.. Tiket train dan route setiap stesen boleh cek di Hyperdia.. Senang sebab dia akan bagi banyak option sekali dengan harga.. Siap tulis platform semua.. Dan biasanya saya akan cek sekali dengan google map..Supaya smooth perjalanan nanti kengkononnnya..

Tiba-tiba nampak KakNina upload gambar kat FB bagitau tak clear pemandangan Mount Fuji dari Kawaguchi Lake. OMG.. No, jangan di repeat benda yang sama Hidayah.. Sila cari alternatif lain.. Search blog tengok, dan tripadvisor cakap kalau nak cantik terus ke Mount Fuji 5th Station.. Wah, macam mendaki Mount Fuji dah ni.. So, terus saya booking reserved seat bas untuk naik di Shinjuku Highway Bus Terminal.. Kena print out siap2 tiket bas untuk return.. Tau pukul berapa bas..

Bas dari Shinjuku pukul 9.40 pagi
Bagi dari 5th Station Mt Fuji pukul 1.00 petang

Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit..

Di jangka tiba di Mt Fuji pukul 12.10 tghari...

Hoih 50 minit ja.. Terpaksa la pujuk hati, cakap takpala, asalkan nampak Mt Fuji...sob-sob, sedihnya.. kalau takda orang nak ambilkan gambar nanti macam mana.... huuhuuu

Sabtu (24 oktober 2015)

Semalamnya tak dapat tido ok. Lepas subuh memang terus ready.. Baju dah siap iron dari semalamnya lagi.. Nanti kita tengok k... Masa ni dah ber azam nak pakai bagi nampak macam orang Malaysia.. Dah tu selongkaq beg baru tau bendera Malaysia tertinggal di Malaysia...

Pukul 7.00pagi saya dah keluar bilik.. Terus ke stesen train.. Ambik train Tsukuba Ekspress yang super mahal tu ke Kita Senju.. Then tukar train 2 kali, (train di Jepun ni banyak kena naik turun tangga, kadang pening aku nak digest route dan platform... ayyok,,, banyak kejadian lawak, nasib baik orang tak kenal aku disini, buat silap bangang pun takdak sapa tau).....Terus sampai Shinjuku Station.. Shinjuku station antara station terbesaq tau di tokyo.. Punya la banyak platform.. Hadoi, nak mencari Shinjuku Highway Bus Terminal pulak.. Sila printscreen map siap2.. Saya, walaupun bukanlah seorang yang sistematik tapi telah berubah menjadi seorang yang agak well-prepared kerana sistem di sini... Ya, I have too, why? because im alone here.. i hate being lonely, seriusly, i hate it.. but, i have too...

Ok, nak g ambik reading jap...

Tadaaaaa... sehari baru boleh continue.. haha

 Saya berlegar-legar dalam stesen Shinjuku selama hampir 15 minit.. berlari sana-sini, hahaha,, lawaknya.. sebab masa tu dah hampir pukul 9.20 am.. Then jumpa jalan keluar..

Boleh pulak kedai yang saya masuk tu kedai game.. haha.. terkejut pekedai2 tu sebab depa dah close kedai cuma tak tutup pintu ja lagi.. (hang memang suka gelojoh masuk tak bagi salam dayah oii).. Pastu tanya depa mana kedai tiket dan bagitau kedai sebelah..Ok, ok, salah kedai rupanya..

Then saya pun masuk dan nak tukar reserved ticket yang saya bawak. Dah dapat original ticket, cek masa etoi2 bagi ok.. betul seperti yang tengok dalam website tu.. tapiiiiiii.....

Girl: But, the traffic now is heavier.. Maybe the bus will arrived at Mt Fuji by 1pm..
Me: Hah, then..

Girl: We have change the schedule..
Me: Ok, may i get a new return ticket...
Dan dia pun print out... Tadaaaaa... masa balik adalah 15:00.. 2 jam kat atas..

Tiket bus...bergerak tepat pada masanya

Tengok bas yang betul.. ada slide bergerak pada bas..


Perjalanan yang panjang pun bermula.. Masya Allah.. Perjlanan yang sangat memukau..

Pemandangan main roller coaster sambil pandang mt Fuji kengkonon

Gila sapa yg dok main menatang ni.. ish ish.. tengok pun gerun




Cantikkan bila autumn

Ni kayuh gerek naik Mt. Fuji.. gila jugak depa ni


Sekarang kan nak masuk musim autumn.. Kebanyakkan pokok dah start change colour.. Di Ibaraki tempat saya pun dah cantik sangat dah sekarang ni..

Perjalanan memakan masa hampir 3 jam.. Kami sampai atas Mt Fuji 5th station pukul 12.40.. Yeay,, ada hampir 2 jam setengah.. See, kita merancang tapi Allah rancang yang terbaik untuk kita..

Turun2 je bas... fuh, berlari semua orang cari kedai.. Sejuk gila, dah la angin kuat.. Tapi ada sorang perempuan maintain ayu, tak lari kemana-mana, keluarkan henfon dan terus... klik-klik-klik... haaa, tangkap gambar,, Lepas tu terus jenjalan.. Sambil dalam hati berkata, tak rock ar depa ni, macam ni pun nak sejuk.. 

Tengah jalan-jalan sambil dok perati kedai souvenir tetiba ada orang tegur

"Do u want me to take ur picture"

Terkejut badak,, sambil pikir, "eh, aku nampak macam desperate nak bergambar ka".. Eh, dia ni macam orang malaysia atau Indon.. Tak nak dia malu, saya pun hulur la fon.. Dan dia snapkan gambar.. 


Baru nak tanya asal mana kawan2 dia dah cepat2 ajak ke tempat lain.. Ceh, belagak betol kawan2 dia.. Sebenarnya masa ni saya taknak lagi tangkap gambar sebab saya nak pakai kain. Tapi dah mamat tu volunteer sangat nak tangkap gambar, layankan jela...

Pastu saya cari tempat tersembunyi, pakai kain dan start tangkap gambar.. Mintak ja sapa2 tangkapkan.. Tak jumpa pulak dengan mamat indon tadi..

Gambar ni ada jumpa sorang malaysian, chinese, dia tangkapkan. Tapi katanya pakai samsung tak cantik dan dia ada tangkap beberapa keping dah gambar saya pakai iphone dia.. Konon nak wasap, sure dia lupa save nama saya.. Sampai sekarang tak dapat gambar.. Ish, tula orang suruh add FB taknak, nak jugak hantar wasap kengkonon...

So, dalam simpanan ada gambar yg tak cantik ni jela..

















Then pukul 3.00 petang, bas datang untuk bertolak pulang ke Shinjuku Station.. Tengok2 mamat2 indon tadi pun datang naik sekali.. haha.. Depa terpaksa tunggu sampai takda orang yg reserved seat dah baru depa boleh dapat seat.. Rupanya saya sorang ja yg reserved seat awal2. Duduk depan sekali.. Waktu depa naik, mamat indon yang ambik gambar saya tu, cakap... HAI... hahahahahahahahahahhaha...sekali saya tengok dia pakai glove...

Then sampai stesen Shinjuku dah malam.. Dah isyak, pukul 6.30 dah.. Isyah pukul 6.20++.. Letih, sakit kepala semua ada sebab bila dah pukul 2.00 lebih kat atas Mt.Fuji tu dah sejuk sangat, saya pulak tak bawak glove, rasa nak beku tangan.. Tau tak, hampir2 saya nak mintak pinjam kejap glove mamat indon tu... Sejuk sangat..

Tapi disebabkan inilah peluang keemasan yang saya ada untuk menikmati satu lagi kehidupan kota Tokyo, saya gagahkan jugak la sambil psiko diri.. Saya ke Shibuya station... Tadaaaaaaa

Bersedia utk melintas

Orang tengah tunggu nak lintaih



Shibuya crossing

Sebelum lampu tukaq hijau

Bila lampu hijau..saja nak rasa muda remaja.. terkinja pun bukan ada orang kenai pun

Shibuya crossing ni dinobatkan sebagai antara road crossing paling sibuk di dunia.. Betul2 depan station Shibuya.. Sebenaqnya ramai gila orang dok tunggu nak cross the road sambil bergambaq.. Sampaikan ada grup yg bawak bendera negara depa.. Agaknya malam tu lebih dari 10x saya crossed road ni sambil ambik gambaq, sebab semua gambaq bergegaq... Memang happening..

Dah pukul 8pm camtu saya pun naik train ke Kita-Senju semula dan terus ambik Tsukuba Express balik Tsukuba.. 9.30 mlm baru sampai Tsukuba. Balik bilik mandi syampoo makan sambil minum kopi.. Terus lena.. Yeay... tercapai 2 impian..

Wednesday, October 28, 2015

Finally, ada gambar dah..Taaadaaaaa

Muka cuak sebelum nak naik MH88..
Tengok, kosong.. Kan dah habaq ada 50 ja dalam flight tu,.

Sampai2 Narita Airport terus menggagau cari tiket bas.. Harga 2600 yen untuk ke Tsukuba Centre
Katil selama 3 bulan
Tempat lepak setiap malam

Letak barang ja, malaih nak stadi (read as tengok muvi or chat) tang sini

Bakal memasak di tonjolkan di sini.. Sekarang dapuq ni dah bsepah aku kerjakan

Walaupun ada menatang tub tu, tapi xpernah guna lagi sbb time mandi selalu rushing sbb sejuk

Tapi xdak dryer.. kena jemuq kat balkoni jugak

Pemandangan dari balkoni... Selalu usha rumah2 yg takda gate ni.. Kaya depa

Seminggu sekali cek surat.. kot2 bakal pakwe bg surat layang

Dari ninomiya house (nama apartment).. keluaq ja parking terus jumpa jalan ni.. Hujung jalan adalah ofis i.. 3 minit sampai (sebab perempuan gemok kayuh lambat sampai)
Prayer room di NIMS

Tempat solat... luaih sangat

Bukti sebagai visiting researcher

Kawan2 kelas nihongo.. dan teacher Emori

BMW sepanjang 3 bulan... model Bridgestone

Alat untuk komunikasi di NIMS.. kena bawak sentiasa kot2 sapa2 nak jumpa.. just koling2