Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, November 29, 2015

Masalah perut berbunyi

Seminggu sebelum datang ke Japan, saya sangat sibuk antara persiapan ke Japan dan kejar masa nak hantar tesis master, kadang makan hanya bila dah malam.. dan di situ masalah bermula..

Perut saya start berbunyi dengan sangat kuat beberapa hari sebelum saya datang Japan dan masalah berlarutan sampai sekarang.. Dia bukan bunyi manja-manja.. Bunyi sangat kuat walaupun dalam keadaan tak lapar.. 

Aduhai.. Kalau kat bilik sorang-sorang ok la nak bunyi walaupun sedikit annoying.. Tapi kalau di office atau di laboratory atau dalam train, tengah di khalayak orang ramai, malu nya... 

So, kalau ada siapa-siapa tahu macam mana nak solve masalah perut berbunyi, harap boleh share.. 

Makan cukup, semua cukup tapi perut berbunyi..


Takkan masalah tarikan magnet???

Minggu yang bercahaya di Tsukuba

Assalamualaikum...

Cuaca Sabtu (semalam) dan Ahad (harini) antara yang terindah sekali.. Sebabnya, minggu lepas, sepanjang weekdays, hujan asyik turun, dan suhu turun mencecah 7 degree walaupun pada siang hari)..

Sekarang dan semalam, matahari galak memancar.. Bumi Tsukuba terang dan kami (Saya, Indah dan Cindy) dapat berfotosintesis.. Fotosintesis ini ayat Cindy yang ditulis dalam facebooknya dan saya fotokopi ke blog.. Tak habis-habis Cindy sebut "kita bisa berfotosistesis Kak Nur" waktu kami buat keputusan untuk keluar bergrocery shopping kemarin.

Minggu ini, saya tidak ke Tokyo. Saya kira, duit cash saya sudah tidak memungkinkan saya untuk ke Tokyo selama beberapa minggu. Saya kena berjimat. Banyak keperluan asas dapur sudah habis. Lepas seminggu sampai Tsukuba, saya beli beras cuma 2kg, dan selepas 2 bulan, maka tamatlah riwayat beras tersebut.. Bila saya tengok harga beras betul-betul, beras yang saya beli 2kg harganya adalah hampir 860yen.. Saya pilihkan beras 5kg untuk Cindy dan Indah cuma 1100yen.. Apakah.. 

Hari jumaat malam lepas, saya ada kelas ganti Nihongo. Dan, sensei minta kami berbual dalam bahasa Nihongo. Makanya, saya Dieter dan Vincent pun berbual lah dalam bahasa Jepun. Dalam kami bertiga, penguasaan Nihongo saya paling lemah, saya kira. Vincent baru 20-an, cepat tangkap dan dia ramai kawan-kawan Nohonji.. Dan tahukah anda, bahasa jepun ada banyak persamaan dengan bahasa Perancis? Manakala Dieter pula sudah 5 tahun berkahwin dengan gadis Japanese, sejak mereka sama-sama sambung PHD di USA 5 tahun lepas, dan sudah 5tahun bermastautin di Japan. Saya selalu cakap dengan Dieter, "pi la balik belajaq cakap Jepun dengan bbini hang, dok perabih duit bayar kelas Jepun pasaipa, tak paham aku".... So, malam kelas ganti tu, Dieter bagitau yang weekend ini dia akan ke Disney Sea.. Saya terus "Whoaaaaaa".. Best nya la.. Tapi, saya cuma setakat rasa best, saya belum dibukakan hati untuk ke Disney Sea atau DisneyLand..

Sabtu pagi..

Dalam pukul 11.15 pagi saya dapat kol dari Indah. 

Indah: "Kak Nur, kita jadi kan mahu keluar pagi ini. Kami mahu ke Doho Park, kakak mahu ikut?"

Saya: "Eh, jadi. Tapi sebelum ke Doho Park, saya mahu bawa kamu lihat kedai-kedai jual makanan dan keperluan yang murah. Lepas tu baru ke Doho Park, boleh?"

Indah: "Oh, baik Kak Nur. Kita jumpa jam 12 boleh Kak Nur?"

Saya: "Boleh, jam 12 di lobby ya"..

Indah: "Jumpa nanti Kak Nur"

Tapiiiiii. pukul 11.55, waktu saya tengah kelam kabut bersiap, saya dapat kol lagi sekali.

Indah: "Kak Nur, kami baru mahu solat ni. Kita lewat sikit boleh kak. Nanti kami sudah siap saya bagitahu sama kakak"

Saya: "Ok, saya tunggu kamu di NorthLounge ye"

Dan setelah hampir sejam, baru budak bertuah berdua tu muncul. Haish, nasib baik saya takda timing kali ni. Jadi lambat pun takpa. Jalan-jalan sekitar Tsukuba saja hari ini.

Kami berbasikal ke Hanamasa. Dan beberapa kali kami mengucapkan syukur dengan cuaca yang teramat cantik. Terang tapi angin masih dingin. Kulit kami seakan mendapat cahaya yang mencukupi untuk terus bernafas. 

Dalam kegembiraan, saya sudah mula merasakan sebak. Beberapa kali saya ulang.

"saya cuma ada sebulan untuk menikmati semua ini.."

Saya katakan pada Indah dan Cindy..

"Saya gembira sekali ada kamu berdua. Selepas hampir dua bulan saya bergrocery shopping sorang-sorang.. Malangnya cuma tinggal sebulan sebelum saya pulang ke Malaysia"

Bila ramai, kami dapat ber group photo.. Saya suka group photo..

Bukti kami berfotosintesis... Cahaya yang menyenangkan.. cukup didambakan




Sukanya cahaya matahari... Dingin tapi bercahaya


Cantik daun ni.. dah la renek


Lawaknya muka tak pakai spek.. tak suka la




Gambar T dan Iqbal pun ada macam ni.. Ini gambar Indah dan Cindy pulak

Selepas ke Hanamasa, kami ke Gyoumu. Kali ini, saya tidak ajak Hana, sebab saya kira Hana masih letih. Kalau dia perlukan khidmat saya, dia pasti akan kontek saya.

Ehem-ehem.. ni la perempuan kaya yang bawa BMW tayar dua

Dalam perjalanan pulang, sempat singkat dekat padang permainan sebab nampak budak-budak sebolah tengah main bola sepak.. Jom, gambar ramai-ramai...

 
Kat Jepun kat banyak taman... Singgah kejap melepaskan lelah


Saya suka pokok-pokok belakang tu walaupun muka saya besaq setaman


Me with Cindy dan Indah






Amboi syok no hampa, mai awai, dok main guling-guling.. Kakak tangkap gambaq ni hantaq kat coach

Dik, mai bergambaq sama-sama.. Kita selfie.... Dan, kagumnya depa paham.. Comel sangat depa ni

Dah, pegi main bola semula, nanti coach marah pulak
Indah: "Kak Nur, kami mahu ke Doho Park. Kak Nur mahu ikut kami?" 

Saya: "Saya mahu pulang ke Ninomiya. Barang saya banyak ni"

Begitulah, setiap kali saya bawa orang untuk tunjukkan kedai Hanamasa dan Gyoumu, bila pulang, saya yang akan banyak shopping. Waktu saya bawa Hana, dia langsung tak beli apa-apa, cuma ayam saja. Saya beli sampai tak cukup tangan nak angkut balik. Kali ini, budak berdua ni cuma beli beras dan buah oren. Saya beli sampai penuh raga, dan setengah barang kena letak dalam beg..

Saya: "Tapi kalau kamu mahu saya ikut, kita pulang ke Ninomiya letak barang dulu"

Cindy dan Indah: "Yeayyyyyyyy"

Hahahahahahahahaha.... lain kali cakap lah terang-terang wehhhh

Kami ke Doho Park, lagi sejam sebelum masuk maghrib. Dan suasanan petang mulai dingin.. 

Doho Park sudah semakin kekuningan. Tak seperti minggu pertama saya sampai di Tsukuba dulu, masih kehijauan dan sedikit saja kemerahan... Bergambar sakan la budak berdua tu...

Cantik ni kalau kita buat-buat macam daun tengah berguguran


Baru nak baling daun, Cindy dah snap gambar


Tak jadi...


Lawak pulak tengok.. macam baru lompat jauh


Memang takkan jadi la gambar yang diidamkan


Gemuknya la








Remaja belia tengah main bola sepak.. kalau nak mengorat lelaki Jepun yang macho, boleh la ke sini


On the way balik, 

Cindy: "Kak Nur, kita jenjalan jom malam ini. Lihat lampu di tsukuba centre"

Saya: "Hmmmm, menarik.. nanti semakin lama semakin sejuk, ok juga kita pergi malam ini.."

Sebenarnya saya dah tengok lampu tu last week, waktu saya balik dari Tokyo. Kan saya sampai Tsukuba dah pukul 9.00 malam masa tu..

Indah: "Kak Nur, jom makan di bilik kami. Kita masak-masak sama-sama. Kita balik, solat, masak, makan, dan keluar semula... Jom"

Saya: ***saya pikir dulu**** 

"Saya pulang dulu ke bilik, nanti saya datang bilik kamu. Nanti saya bawa satu lauk ok."

Dan ternyata mereka gembira..

Malam tu, makan dinner kami adalah tomyam seafood dan serunding daging dari saya, sup seafood, serunding ayam dan sambal istimewa Sumbawa dari mereka berdua.. Juga tak lupa lebihan telor dadar pagi tadi... Saya cuma makan seafood dan sambal.

Saya: "Tahun depan tunggu saya. Saya akan ke Bali dan terus ke Sumbawa cari kamu berdua. Lepas tu saya nak ke Lombok...."

Dan selepas isyak, pukul 615 petang, kami sudah turun. Keluar saja dari Ninomiya, terus angin dingin menyapa. Terus terasa macam nak batal saja ke Tsukuba centre. Malam sudah bawah 5 degree. Sejuk sampai ke tulang.. Jadi, saya berkeputusan untuk berjalan, sebabnya, kalau berbasikal, angin lagi kuat dan semakin sejuk lah saya..

Tsukuba Centre...
Ini bukan saya!!! Ini Cindy... Haha.. Lompat lagi Cindy




Posing-posing


Mintak tolong sorang makcik tangkapkan gambar...


Cindy sabar menunggu kebab yang diidamkan


Indah mengambil pendekatan "Henfon Kak Nur lebih cantik gambarnya"... Yela-yela, gunalah henfon akak..


Cindy dan Indah yang kurus tapi makan banyak.. Saya terkejut tengok portion nasi yang mereka masak tadi dan lebih mengkagumkan, nasi tu hampir habis dimakan.. Sampai di tsukuba centre, nampak Ali Kebab, terus mengadu lapar semula.. Nasib la kurus..

Cantik dan berkilauan..

Kami berborak di tangga sambil menikmati kebab. Mereka saja yang menikmati, saya masih kenyang sebabnya, tadi, saya makan nasi lebih banyak dari selalu.. Saya makan nasi bertambah tadi, mungkin sebab makan ramai-ramai...

Di Tsukuba Centre, mungkin sebab malam minggu. Banyak famili dan couple yang bersuka ria di situ. Tsukuba Centre ada shopping complex dan stesen bus, depan sikit terus jumpa tsukuba Station.. 

Saya: "Saya suka lihat semangat kekeluargaan orang Jepang. Mereka sangat sayangkan anak-anak kecik. Cuba lihat tu"

Masa tu ada satu famili. Ada ayah, ibu, anak lelaki dan perempuan (mungkin dalam usia 3-6 tahun)...

Saya: "Mereka sangat penyayang dan saya dapat lihat sikap penyayang tu di dalam train, di atas gunung Tsukuba, dalam bas, dalam supermarket, di park.. Saya suka dan saya kagum sekali.. Mereka melayan anak mereka dengan baik dan penuh kasih-sayang"

Cindy: Betul Kak Nur. Ingat tak di Mount Tsukuba mereka bawa anak kecil panjat. Dan mereka sabar tunggu anak-anak panjat.. Kata rektor Jepang di Universiti kami, di sini kamu bisa lihat islam dipraktikkan samada dalam aspek kebersihan, kesihatan, sukan dan kasih sayang walaupun mereka bukan muslim.."

Benar, mereka sangat membantu, mereka berusaha membantu walaupun mereka takut dengan orang yang bercakap english, mereka aktif bersukan (baseball, berenang, berbasikal), mereka sangat pembersih, dan mereka sangat pemurah dengan rasa hormat.. Mereka seakan muslim tapi mereka belum menerima ISLAM...

Saya suka lihat lelaki Jepun melayan anak mereka, nampak penuh kasih sayang. Mereka sabar sekali. Petang-petang bawa anak-anak berbasikal, main baseball atau bola sepak sama-sama.. Sweet sangat...

Dan, kami pulang ke Ninomiya House jam 9.30 malam.. Kaki saya dah lenguh.. 
Baru kami perasan penutup lubang najis di Tsukuba kebanyakkannya ada gambar-gambar aerospace..

Hari ini, kejap lagi saya perlu keluar untuk beli beras dan makanan ringan buat kunyah-kunyah di malam hari, almaklumlah, cuaca sejuk ni asyik lapar je perut.. Dalam rancangan saya, lepas tu nak cari baju tebal, tapi bergantung kepada lebihan duit 2000yen yang saya bawa ni. Semalam dah try beberapa baju tebal, tapi biasalah, rakyat jepun kan bersaiz kecil.. tak ada yang saiz sesuai dengan saya..


p/s: Sepanjang pagi, saya tengok semula entry-entry lama. Dan ada beberapa entry merapu yang saya tulis saja-saja tanpa arah tujuan, telah saya delete.. Sayang sebenarnya tapi bila baca balik saya rasa malu sendiri.. Buat apa disimpan kenangan yang boleh didelete kan???

Friday, November 27, 2015

2 bulan bagaikan setahun atau sesaat?

Sedar tak sedar, saya cuma ada tak sampai sebulan di bumi Japan.. Bagaikan bermimpi.. 

Kadang, saya cubit pipi kuat-kuat... bermimpikah aku?sambil melihat matahari menerobos melalui daun-daun kuning dipetang hari..

Merasai sendiri kedinginan bumi Tsukuba yang bertambah dingin kerana anginnya dari gunung Tsukuba (siang saja sudah 7-8 darjah celsius sekarang).. pastinya meninggalkan satu titik dalam kehidupan saya...

Pesan mak: 
"makan panadol selalu.. makan sebelum demam.. mak doa siang malam bagi selamat dinegeri orang" .. 
doa siang malam itu, alhamdulillah.. makan panadol sebelum demam, apakah? hahaha.. hai, nak tergelak pulak setiap kali dengar..

Tanya bapak: 
"Boleh ka tidoq malam sorang-sorang.. bilik sebelah ada orang dak?" 
concern seorang ayah, lelaki terbaik dalam hidup seorang wanita.. lelaki yang tak pernah saya uarkan sampaikan ada yang ingat saya tak berayah... Dia insan istimewa, teramat istimewa, mana mungkin saya uarkan... dia milik saya seorang, saya simpan ketat-ketat dalam hati.. 

Kata kakak sulung:
"Tak boleh ka kalau kansel ja pi jepun tu"
Ayat beliau 2 bulan lepas, pada malam sebelum saya bertolak

Kata anak sedara:
"Kami tak sabaq tunggu makcik balik"
Membuatkan saya tertanya, tak sabaq tunggu saya, atau tak sabaq tunggu hadiah seperti selalu?haha

Di bumi Tsukuba, di utara Tokyo, kebanyakkan pokok sudah mula tinggal dahan dan ranting.. Daun-daun kuning bertukar ke kemerahan, kemudian menjadi coklat dan gugur... 

2 bulan terindah dalam hidup.. harapnya bulan ke-3 juga begitu..

Saya bebas datang kerja pukul berapa, dan pulang pada jam berapa..
Bebas samada mau menjalankan eksperimen minggu ini atau minggu hadapan..
Bebas samada mau berada di sengen site, atau namiki site atau sakura site..

Dalam kebebasan yang diberi, terlalu banyak lompong..
Saya rindukan kehidupan di Kulim..
Rindu kuliah-kuliah maghrib, subuh atau kuliah pagi ustad mutalib..
Saya rindu kelas arab..
Saya rindu mengajar kimia walau gajinya hanya rm50 sebulan atau kadang tiada langsung..

Benarlah, dunia ini tidak sempurna.. 
Di Japan, saya tenang dan bebas tapi ada sesuatu yang kurang...
Di Malaysia, saya terikat tapi ada kebahagiaan..


Tak sabar, ingin meneroka lebih lagi bumi Japan..
Pulang ke Malaysia, entah bila pula akan ke sini semula..
Moga, saya menjadi lebih matang...

Semua yang terjadi, ada pengajaran dan peringatan Hidayah!

Maka, nikmat tuhan mana lagi yang kamu dustakan..