Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, November 24, 2015

Earthquake training and Vincent-san Tanjoobi

Dalam kelas Nihongo, yang diadakan pada setiap malam isnin dan rabu, jam 7.00 mlm - 8.30 mlm, hanya ada saya, Dieter dan Vincent. Sebelum ni berempat tapi sorang lagi pindah ke kelas beginner, mungkin sebab sana lebih ramai geng dia. Setelah hampir 2 bulan belajar, kami dah mula kenal huruf, hari, number, and boleh la buat ayat simple.

Kebetulan pada 18hb December adalah hari lahir Vincent.. Saya nak bawakkan hadiah (read: sourvenir yang opismet di NIMS selalu bagi setiap kali depa ke mana-mana, banyak gila saya dapat tapi ofcoz la mostly saya tak boleh makan. Ada satu yang saya dah makan sebab katanya diperbuat daripada 100% ubi).. Tapi malangnya saya terlupa hendak bawak ke kelas malamnya..

Tapi teacher Emori-san yang sweet lagi penyayang terutamanya kepada Vincent, dan lebih kian ketara selepas tragedi di Paris itu, telah bertindak dengan lebih panjang akal dengan membawa kad serta hadiah... Haish, kenapa birthday aku dah lepas? Grrrrrrrrrrrrr

Sewaktu tragedi Paris, dia buatkan 3 stacking burung jenjang.. setiap stack ada 4 ekor dan dia jadikan seperti keychain... Amboi.. Lepas dia bagi tu yang saya terus kata, bukan di Paris saja serangan seperti itu, seluruh dunia pun di serang cuma media tidak hebahkan...Macam jeles pulak aku.. hahahaha

So, malam birthday Vincent, Emori-san bawakkan keychain sashimi (kononnya anak perempuan dia yang hadiahkan) dan kad (kami semua tulis nama atas tu)... Ini kad yang comel itu.....yang aku jeles tu...hahaha

Kaler biru tulisan besaq tu nama Dieter, nama saya yang guna pen hijau.. tulis sendiri ok..

Cantik sungguh cuaca pagi tu
cerah dan nyaman
 Hari Khamis, NIMS adakan earthquake training.. Excited nak tau macam mana.. Tapi jadual saya sangat pack hari tu sebab kena run alat confocal microscope. So, bila kami balik ke opis untuk Shan makan lunch dan saya nak solat (nasib baik saya puasa masa tu), Shan cadangkan kami tunggu sehingga training start sebab tak perlulah kami berlari jauh. Tempat berkumpul betul-betul depan building ofis saya je. Ofkos saya setuju. Depa buat real, semua team pakai pakaian masing-masing dan berlari-lari menjalankan tugas mereka. Nasib baik saya dan Shan keluar awal dari building, so, kami scan kad cepat-cepat dan tak perlu beratur panjang...

Saya tak payah beratur pun.. Masa ni barisan dah sampai ke pintu building tapi masih ramai lagi yang belum sampai ni...
Aku tak tau la pegawai tu dok membebel apa.. semua cakap dalam nihongo..aku nganga aja dari mula sampai habis

Yang pakai baju berkilat tu macam pasukan bomba nak padam kebakaran.. So depa train guna hose reel tu

Semua berkumpul dan dengar penerangan
Training ni ambil masa hampir sejam lebih. Geram betul saya dnegan pegawai bomba Tsukuba tu sebab cakap panjang sangat.. Aku dah la tak larat dah nak berdiri...Grrrhhhhh.. Hari training ini jugak adalah hari pertama pelajar Indonesia sampai. Tapi sewaktu training mereka telah dihantar ke Ninomiya untuk berehat. Makanya, hanya saya seorang kelihatan bertudung di situ.. Oh, ada seorang lagi, tapi rasanya dari Indonesia sebab cara dia berpakaian sedikit pelik.. Tapi dia langsung tak pandang saya, tak dapat saya nak melambai-lambai.. 

Ok daaaaaaa...

No comments: