Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, December 21, 2015

Fareweel Party Hidayah-san..

Tinggal lagi 3 hari sebelum berlepas pulang..
Sukar rupanya hari-hari terakhir ini..
Tiket bas untuk ke airport sudah dibeli, duit bilik sudah dibayar,
Minggu ini cuma kena siapkan report dan submit sebelum pulang,
Tapinya, jumaat lepas professor tambahkan lagi kerja untuk Shan,
 Makanya, kerja saya juga bertambah..

Jumaat lepas, ada lunch date bersama professor, Hoshikawa-san, Shan dan sorang intren student dari China (dia sudah sebulan disini, di opis duduk depan saya, tapi tetap saya tidak ingat namanya)..

Kelam kabut saya siapkan labwork, kerana disini lunch time sekitar jam 12. Jadinya kami akan keluar jam 11.45 am.. Saya masih dilab ketika jam 11.30 am..

Kami makan di hotel Okura Frontier Hotel, Tsukuba. 

Untuk lunch, hotel ini tak sediakan buffet, tapi kena order. Side dish seperti salad, cornsoup, vegesoup dan tea or coffee, disediakan secara buffet..
 
Kami berbual, macam-macam topik.. Saya suka..

Kemudian professor tanya, apa yang suka berkaitan Japan..

Saya speechless..

"Saya suka semuanya pasal Japan, semua perkara positif yang saya pernah dengar berkenaan rakyat Japan, saya saksikan kebenarannya disini... Saya suka dengan layanan Japanese kepada saya walaupun kita berlainan agama, saya tidak berasa tersisih disini.. Dan saya sukakan cara Japanese melayan anak mereka..."

Kami makan, bersembang, sambung makan, dan minum kopi..

Sehingga professor hulurkan hadiah kepada saya.. Satu kotak panjang...

Mereka ini, tinggal sebilik di opis, naik kereta asik bersembang aja, makan pun bersembang, apakah tidak bosan?
 Style mereka, setelah terima hadiah harus buka dan bagitahu samada suka atau tidak dengan hadiah tersebut...

Tergamam saya sewaktu buka kotak tersebut..

patung kimono... suka sekali
Saya suka..

Prof tanya "Suka tak?"

''Suka prof, suka... suka sangat.. Saya dah lama nak pakai kimono"... lepas tu menyesal sebab prof sibuk pikir nak bagi saya pakai kimono dimana....

"Kamu mahu saya bawa kan baju kimono, Isnin ini saya bawakan untuk kamu ya"... kata Hoshikawa..

"Eh, tak perlu, nanti saya cari di Asakusa"

Yeay, professor belanja...
Prof, Hoshikawa dan Chinese tu pilih pork, saya dan shan pilih ikan.
Eh, sejak bila aku tangkap gambar bergegar ni
 Kemudian saya ajak bergambar sebelum pulang..

Hoshikawa: "Is it ok with your religion to take picture with a christmas tree"

Saya: "Yup, there is nothing wrong"

See, mereka sangat hormat..

Hoshikawa sokmo buka spek bila bergambar, konon cun la tu.. Saya lainla, sebab saya pakai spek doremon haritu
Versi nampak kaki

 Bila minta pekerja hotel ambilkan gambar, memang ke laut la...

Nampak sangat pekerja hotel tu tangan tak bedung waktu baby

Saya teramat suka hadiah yang diberi... Sepertinya mereka tahu saya sangat mahukan hadiah ini.. 

Surely, i will missed them.. For the memories we shared together.. Especially dengan Shan, skema gila mamat ini.. 


paling disayangi dalam semua barang yang ingin dibawa pulang

Sekarang budak berdua ni memang berkampung dibilik saya.. Suka la mereka, bilik saya sudah pasang heater sekarang.. 

Lagipun, sayu sekali mahu tinggal dibilik sorang-sorang... Sambil menghitung hari..

Tapi dalam masa yang sama, saya juga excited mahu pulang.. 
Kata anak sedara saya,

"Penat tau kemas bilik makcik"...haha.. serius ya, semua rindu saya?

No comments: