Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Friday, December 4, 2015

Nurulita Indah dan Cindy Suci Ananda di Jepang

Kemarin, hari khamis, Cindy dan Indah gembira tak terkata. Sebabnya, Yamazaki-san cuma masuk kerja dari 9-10 pagi, dan dia perlu ke site sebab ada urusan lain. Budak berdua tu, rasa lebih relax, cuma perlu bekerja bersama Magae dan Kohara. Kata Indah, dia malu dengan Dr. Yamazaki sebab kadang-kadang dia tak paham apa yang Yamazaki-san cakap. Dengan Kohara dia tak malu, sebab English Kohara biasa-biasa saja. Apa-apa la kamu ni Indah. 

Dan semalam, mereka dapat pulang jam 5 petang. Oh, mereka berbeza dari saya. Saya bebas untuk datang dan pulang jam berapa, bergantung kepada keperluan eksperimen. Mereka perlu datang seawal 8.30 pagi dan perlu pulang paling awal jam 5 petang. Tapi biasanya, melalui pemerhatian saya, pukul 5 petang Yamazaki-san suruh pergi lab lagi. Lepas isyak, dah pukul 6.30-7.00 petang baru pulang. Nasib kamulah Indah dan Cindy. Itukan budaya kerja mereka. Hidup untuk bekerja.

Tapi di NIMS masih ok. Kamu tahu di sesetengah institute lain, loceng akan berbunyi untuk masa makan dan masa pulang. Gila bekerja betul mereka, sampai perlu diingatkan masa makan dan masa pulang. Dan di AIST, setiap hari rabu akan ada announcement ingatkan untuk pulang awal ke rumah. Tapi, takda sapa yang endahkan announcement tersebut. Nasib baik saya di NIMS, agaknya kalau di AIST atau institute lain, kejutan budaya pasti lebih ketara. Dan, Alhamdulillah saya bekerja di bawah station director, lebih flexible, dan saya tak di layan seperti student di sini. Sebab itulah saya diberi cordlessphone. Kalau student tak dapat cordlessphone. Dan, Alhamdulillah saya bekerja dengan Shan, yang layan saya macam puteri.. Hahaha.. 

Ok, berbalik kepada Cindy dan Indah.

Kami sudah dapat bil untuk bayaran bilik di Ninomiya House bagi bulan November, yang perlu dibayar sebelum 10hb tak silap saya. Untuk bilik saya (single room), saya kena bayar hampir 85000yen. Agak murah sebab saya agak berjimat. 85000 yen bersamaan dengan RM3200. Saya jangkakan, bulan ini bil saya akan melambung tinggi, kan dah masuk winter, haruslah pasang heater. 

Berlainan untuk Cindy dan Indah, mereka ambil bilik double, yang pastinya lebih luas dan lebih selesa. Awal-awal dulu, saya juga mahu bilik double tapi bila memikirkan keseorangan, buat apa nak bilik besar-besar. Bilik mereka dibayar oleh NIMS, cuma bil gas, air dan electricity dibayar oleh mereka. Tapiiiii.... hai, budak berdua tu. Bil mereka hampir dua kali ganda bil air, gas dan elektrik saya, padahal bil mereka hanya untuk 10 hari (sebab mereka sampai sini 19 November).. Saya tak dapat bayangkan bil mereka untuk musim winter nanti. Dah la elaun harian yang dibayar NIMS kepada mereka cuma 2550 yen sehari/seorang. 

Jadinya, 

Semalam kami pulang bersama selepas selesai Magrib. Tapi tak awal juga, dah pukul 5petang, baru berkemas pulang. Dan saya mengajak mereka mencari mesin ATM untuk mastercard (cash saya sudah licin dan saya perlu bayar bil bilik minggu ini atau awal minggu depan)... Tapi kami tak jumpa, mungkin sudah tutup masa itu, dan budak berdua tu asyik la mengadu kelaparan.. Mereka memang piranha, makan tapi tak gemok-gemok.. Saya nak lihat berapa lama beras 5kg itu dapat bertahan..

Indah: Kak Nur, kami sudah tak ada apa dibilik. Sisa aja tinggal, sebiji telur dan sedikit seafood, sisa-sisa.. 

Saya: Alahai, kesiannya kamu.. Jom kita pergi cari makanan..

Dan, saya ke Family Mart, pilih spagetti brand Family Mart (itu halal).

Saya: Kamu berdua makan dibilik saya ya. Nanti pulang, solat, datang makan. Kalau datang awal, boleh bantu saya...

Apa lagi, bersorak sakan la mereka..

Pulang dan terus saya bergegas masak..

Dah siap baru masak baru loceng bilik saya berbunyi..

Saya: Cis, ingatkan mahu datang tolong.. Kamu kena makan pasta ni walaupun tak sedap,...

Kan saya dah kata mereka seperti piranha.. Pasta tu sebungkus saya masak. Licin, saya cuci kuali kosong. 
Bukan setakat pasta goreng, mereka habiskan sebungkus ole-ole untuk orang Malaysia saya.. hahahahaha... Sorry la kalau ada yang tak dapat ole-ole nanti, budak berdua tu dah bedal..

Cindy: Indah, kita beli ayam minggu ini. Aku mahu makan ayam bakar.

Indah: Hey, mahal. 

Alahai, kesian pulak. Bekalan ayam saya pun dah habis. Kata mereka, asyik makan telur saja disini.. Sudah la di Simbawa, Bali juga asyik makan telur setiap kali hujung bulan. Biasasiswa hanya untuk bayar yuran pengajian. Saya bagitahu mereka, di Malaysia, student makan sedap-sedap, sebabnya scholarship banyak, ada yang dapat pergi melancong ke luar negara. 

Mereka datang kesini atas tiket exchange student dengan harga tiket yang perlu dibiaya sendiri, atau memang student exchange perlu bayar tiket sendiri?


Saya: Kamu mahu tengok muvie apa? Indonesia, atau korean?

Cindy: Kak, kita tengok upin-ipin, ayuh..

Tolong lah.. mestila idea tu kena rejek.. 

End up, kami tengok drama korea, sambil mereka bergaduh pasal jalan cerita walaupun mereka dah tengok cerita tu berulang-kali.. Dan paling parah sekali, saya kena tengok muvie korea tu dengan ber subtitlekan bahasa Indonesia... Aduh, tak boleh hadam, baca sarikata dah nak tergelak... 

Tak pernah terbayang saya akan tengok cerita Korea bersarikatakan bahasa Indonesia di Jepun...


Post a Comment