Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, December 9, 2015

Tsukuba semakin dingin serta waktu pantas berlalu

Sebelum saya bermusafir lagi esok pagi ke Mie Perfecture, eloklah kiranya saya habiskan cerita hari minggu lepas.. 

Kamu tahu,
Hari-hari Indah dan Cindy berzikir ditelinga saya,

"Kak Nur, kami mahu pasta lagi, Kak Nur kami teringin pasta Kak Nur"

Budak bertuah berdua itu..

Mereka kata saya bertuah, sebabnya saya lebih happy sejak mereka datang sebab saya ada kawan..
Eh, please.. Sebelum kamu datang, saya sudah happy. Bila kamu datang saya terus transform jadi bibik kamu berdua..

Sampaikan mama Indah di Indonesia sudah kenalpasti saya sebagai penjaga budak berdua tu..

Kamu tahu,
Mulai minggu ini, mereka panggil saya

"IBU TIRI"
"Ibu tiri sudah makan?" "Ibu tiri mau pulang jam berapa?"

Sebabnya, saya kan garang... Saya sudah ingatkan berkali-kali, sebelum nak makan apa, fikir.. 
Tapi, mereka dah makan kenyang baru tanya saya, "Kak Nur, itu boleh makan tidak?, Kohara-san kata kami boleh makan"....

Terus kena jelingan maut dari saya..

Kemarin, mereka ada welcoming party, dan Yamazaki-san serta team bawa mereka makan di Hotel.. 
Dan, balik selepas lunch, saya tanya mereka makan apa..
Kata Indah "Saya dan Cindy sudah tahu, kalau Kak Nur ada, pasti semuanya tidak dibagi makan"

Sebabnya, mereka makan semua jenis desserts yang dihidangkan, kopi yang ada macam-macam bentuk muka binatang cute tu (tengah malam baru saya diberitahu) yang pastinya menggunakan susu atau krimmer..sighhh.. dan paling istimewa mereka tak makan langsung sashimi...

"Sudah, kamu baca doa makan kan sebelum makan tadi?"... terus angguk-angguk sambil sebal sebab saya jeling sebelum tu...

Hari Sabtu lepas, saya tolak pelawaan Catherine dan kawan-kawannya untuk ke Mount Tsukuba. Saya dah pergi 2 minggu lepas, dan kos ke sana agak tinggi, tak mungkin saya mahu repeat dalam masa terdekat..

Pagi-pagi, saya ajak Indah dan Cindy breakfast di rooftop. Janjinya jam 8.00pagi datang ke bilik saya.. Sudahnya, seperti biasa, sudah jam 9.00 pagi saya masih tercongok menunggu.. Hish nak kena.. 

Malangnya, sampai di rooftop, automatic door tu tak berfungsi.. 
Kamu tahu, makan di rooftop, boleh menikmati pemandnagan Mount fuji dan patung buddha terbesar di Ibaraki.. 

"Kamu berdua tak perlu ke Mount Fuji, sebabnya, Mount Fuji tu tak cantik tengok dekat-dekat. Kamu kena tengok dari jauh, baru rasa wah cantiknya.. kalau tengok dekat, hanya nampak batu hitam"

Jadinya, kami turun ke lobby dan menikmati breakfast nasi goreng dalam kesejukkan macam orang bodoh.. Hahaha.. Habis makan, menggigil ketiga-tiga.. Apala yang bodoh sangat kami ni.. 

tengah setup makanan.. "Kami makan beras miskin aja" kata Cindy bila lihat bekal saya. Makanya, berebutlah mereka makan bekal saya


Malaysia di Jepun melihat cerita Korea bersarikata Indonesia... terbaik sekali


Berselera seperti piranha


Saya terus ajak mereka masuk bilik gym. Bukan nak exercise, tapi masuk untuk on heater dan pasang muvie korea.. 

Lepas zohor, kami keluar untuk buat grocery shopping sambil nak cari baju tebal dan kasut untuk saya ke conference. Saya mana ada bawak proper attire, ada sport shoes sepasang, jeans dan t-shirt sahaja.. Lantakla.. 

Lagi sekali, seperti biasa, adegan tunggu menunggu yang tak pernah selesai..

Ke Lala garden dulu cuci mata dan cuci poket.. Tapi dalam perjalanan, pantang sekali nampak pokok cantik tapi tak dimanfaatkan..

Indah memang suka sangat ambik gambar


Nanti kat pokok sena dah takdak daun kaler merah


Momiji tree


Cindy yang kuat berangan.. ada ja idea dia


Ok, walaupun gemok, tetap nak ada gambar


Sebelum daun-daun ni luruh minggu depan, baik abadikan siap-siap


Meaning : Hidayah di Japan

Saya cuma beli seketul snickers sebab lapar.. Mereka? Hurm, ada aja yang dibeli. Sebabnya pagi itu ada carboot sale di parking lot Lala Garden.. Patung kimono guna kertas sampai 4 dibeli. Disebabkan saya boleh la sikit-sikit bernihongo, dapat la pujuk-pujuk auntie tu bagi discount..
Cindy la ni nak sangat main.. Sekali owner keluar offer snapkan gambar kami


kesian budak ni, nak main tapi xpandai


tengah aim nak patung mana


Sekali, pakcik santa ajak bergambar.. Tapi tengah bergambar dia dok sibuk pandang lain macamkan ramai benar kenal dia


Kesian Cindy.. Nak main tapi nak gratis.. Takda maknanya.. Baik aku beli makanan


Indah masih lagi boleh kontrol


Budak ni la yang kesian.. Nama pun budak.. baru 19 tahun, bagi can lah


Dah bagi can suruh main, suruh saya yang belanja.. No, no, saya rela belanja kamu makan dari bagi kamu main game

nasib baik ada carboot ni.. ada jugak benda nak alihkan tumpuan baby tua dua orang tu


Auntie ni lah yang saya berjaya pujuk.. Wah, kemain lagi nak bernihongo


Setelah berpujuk-pujuk dengan auntie, baru perasan orang lain dah bungkus dah barangan depa.. aku jugak tak dapat beli

Dah habis shopping, terpaksa saya guna kuasa veto untuk heret budak-budak ni keluar dari Lala Garden. Sebabnya kami perlu Ke Gyoumu Supaa untuk beli barangan keperluan/makanan..
Mereka ni kan makan macam piranha.. Minggu lepas depa dah beli beras 5kg.. Dah hampir habis.. Dan Kali ni mereka beli beras 10 kg pulak.. Gila lah. Sebulan habis 15kg.. Beza sangat perempuan gemok dan perempuan kurus makan...

Di Gyoumu, kami jumpa ramai student Indonesia. Seronok la depa berdua. Dah ada orang nak tegur. Lepas ni, aci kerat jari, setiap minggu depa pi berwindow shopping di Gyoumu.. Depa kata T langsung tak tegur setiap kali jumpa di NIMS. Saya pulak dah lama tak jumpa T, masing-masing tak bump into each other sejak bebudak ni ada.. 

Saya cakap dengan depa dua "Dia takut kamu mahu tackle dia agaknya, hehe"

Dah habis shopping, pulanglah kami dengan perut yang bergendang-gendut. Kalini saya beli ramen untuk bekalan di konferens nanti..

Sebelum rindu-rinduan tahun hadapan
 
Hey, pandang sini.. Gambar kamu aja yang banyak
 
Matahari yang didambakan.. hujung minggu yang indah.. terang tapi tetap dingin



Depa dah jauh ke depan, saya dok sibuk snap lagi

 Balik tu mereka pujuk saya untuk masak pasta lagi.. Tapi, saya janji akan masakkan esoknya.. 

Malam tu saya goreng leftover cucur udang,sedap jugak cucur udang+bilis yang diperap dalam peti, hehe...

Esoknya, hari ahad, selepas zohor as usual, kami keluar lagi. Kali ini seperti biasa jugak, mereka lambat..Dan saya dah bagi amaran..

"Kamu berdua kenapa asyik lambat??.. Kamu sudah berada di jepang, ikutlah budaya sini, be ontime.. Rugi kamu berada disini tapi tak cedok lifestyle mereka yang baik-baik.. Selepas ni, saya dah tak mahu keluar dengan kamu.. Ini kali kedua terakhir. Kali terakhir, saya ke Akihabara nanti dengan kamu, pastikan waktu itu kamu ontime"

Terus lepas tu dapat panggilan ibu tiri.. 

Paksa Cindy snap.. "Gambar kamu berdua banyak sekali dalam fon saya kemarin"


Jauh pun dia snap


Hoi, hang sengaja yer nak balas dendam cindy?


Nah ibu tiri.. dah beribu saya snap.. kata cindy sambil muka sebal


Yeay, winter winter.. aku dah kat malaysia nanti


Harapnya budak dua tu dapatlah bertahan dengan cuaca sejuk nanti


Indah, apa kaitan pic ni.??? kamu sabotaj saya ya??


Model dah sama besar dengan pokok


Bagi can la


Saya sampai dulu, masih hijau, kemudian merah, sekarang hampir botak dah pokok-pokok sini


Pi dok sana, saya tangkap gambar kamu.. ni upah yer


Tuan punya blog


hurray, nak balik dah..Malaysia, tunggu aku


Jalan yang akan dirindui.. Jalan dalam kalau mau ke Seiyu atau Tsukuba station


Aktiviti weekend budak-budak sini.. Sabtu ahad adalah masa untuk training Baseball



Harini, saya berjaya membeli sehelai baju panas dan kasut. Yeay..

Dan, Indah telah tercicir henfonnya. Hai, jenuh mereka patah balik ke kedai baju sewaktu saya pilih kasut, sebabnya dia hanya perasan henfonnya tiada sewaktu saya tengah pilih kasut.

Kesian Indah.. Malamnya saya masakkan pasta paling sedap.. Habis licin macam biasa, sedangkan kali ini pasta yang saya hampir 2 kali ganda portion sebelum ini..

Isnin,

Saya paksa Indah ambil gambar saya sedang culturekan cell..

"Indah, saya takda gambar sedang bekerja, tolong ya... tolonglah ibu tiri kamu ni.."

Ni tengah sub culture


"Kamu snap tak Indah, sonyap ja"


"Tangkap la ibu tiri, beribu dah ni.."


Tengah prepare untuk viability test.. Kaizuna pula tengah cek cell dia.. Dia ni pendiam.. Tapi, saya suka tengok dia buat kerja. Payah kot nak jumpa lelaki yang buat kerja-kerja cell. Kat opis, dimeja dia ada 3 komputer. Dia permanent staff..


Lepas habis kerja di lab, saya pulang ke ofis.. 

Terus membaca newsfeed berkenaan pemergian Tunku Laksamana Johor, dan seperti biasa, Hidayah yang semakin cengeng..

Dan saat tu la jugak si Shan nak bercakap dengan aku.. ish..

"Hidayah, u tak boleh ka extend lagi at least tiga bulan disini.. Kita habiskan projek ni sama-sama?"

"No Shan, kampeni saya cuma sponsor for at least 3 bulan.." entah la, betul ka tak.. 

Kalau nak duduk lama, baik saya siapkan phd terus. Mungkin akan dipertimbangkan nanti, tapi xnak dah kat sini.. Biarlah saya tinggal bumi Tsukuba dengan kenangan terindah..

Malam tu kat kelas pun teacher berulang kali bagitau saya sudah mahu pulang ke Malaysia.. Minggu depan, adalah minggu terakhir kelas kami.. 

Selasa.. 

Saya tanya Shan macam mana nak cari barang hilang. Tapi saya cakap kawan saya di Ninomiya hilang fon. Budak berdua tu taknak identiti depa didedahkan.. Dan, Shan suruh ke balai polis dan mungkin ada beberapa procedure dan dia mintak saya tanya samada pada Hoshi-san atau kohara-san.. So, saya pun dok pikiaq baiklah tanya pada Magae-san sebab englishnya lebih superb.

Magae-san tu bukan single ok, walaupun kelihatan macam single-mingle. Anak sorang, baru 9 bulan. Dan husbandnya kerja di Osaka sebagai Engineer IT, dan cuma balik ke sini last summer.. Aduh, kalah orang Malaysia..

Lepas budak-budak tu bali dari lunch depa bersama group Yamazaki-san..

Saya: "Indah saya sudah tanya Shan bagaimana mahu cari fon kamu"

Indah: "Kak Nur, kami sudah ketemu. alhamdulillah..semalam kami telefon Kak Nur banyak kali mahu bagitahu, tapi tak diangkat"

Saya: "Lah, yaka, Alhamdulillah. Saya kan ada kelas Japanese semalam. Kamu jumpa di mana"

Indah: "Di kedai tempat Kak Nur beli sepatu. Saya ajak Cindy ke situ semula. Dan mereka memang tengah menunggu saya. Mereka lihat foto saya di picture.."

Saya: "Kan saya dah bagitahu. Di sini fon kamu takkan hilang. Mereka takkan curi telefon kamu.. Kamu bagi tak nombor telefon kamu kepada cowok-cowok itu semua, haha"

Selepas tu, kami bercerita sekiranya perkara yang sama terjadi di negara sendiri..

Saya: "Indah, kalau di Malaysia, dalam mulut pun mereka boleh korek untuk curi tau..."

Indah: "Sama aja kak di Indonesia juga"

Saya: "Sedangkan kita negara islam kan...'

Indah: "Kan saya bilang, rektor Universiti Simbawa cakap beliau belajar mengenai Islam di Jepang"

Dan, semalam saya lepak dan tidur di bilik mereka.. Bukan tidur. tertidur.. Bangun subuh dengan keadaan menggigil. Cek suhu, sudah 0 degree.. Patutlah menggigil..


P/S: Eju, selamat berangkat ke tanah suci esok. Aku pun nak berangkat jugak esok dengan Shan, sebab professor pi harini. Doakan yang terbaik untuk kami semua. Aku menanti cerita-cerita dan khabar istimewa dari tanah suci...

No comments: