Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, May 24, 2015

Perlu ke jadi bossy?

Assalamualaikum.. 

Nak lap peluh jap.. fuh fuh… baru habis mencangkul, peluh mencurah-curah, mood nak menaip pun masa ni la dia mai.. Waktu tengah dok bergolek-golek tu mood pun tergolek sama… 

2 minggu sudah, eju datang sini, dengan dijemput oleh saya. Memandangkan saya dah jemput dia mestilah dia pujuk-pujuk suruh saya hantar dia semula ke USM, yelah kuturutkan. Tengah menikmati nasi pecal lele sedap gila babas dekat depan U@Sains tu tiba-tiba sebut dia macam nak jumpa Dr Nasir. 

Saya pernah tulis pasal Dr Nasir, tahun 2010 agaknya entry tu. Mula-mula saya macam taknak jumpa lagi sebab segan pastu tak prepare apa nak pegi takkan nak melenggang tangan kosong. Tapi saya pun memang dah lama nak jumpa dia cuma selepas kes beliau diheret ke mahkamah, hasrat tu terkubur. Terkubur sebab kalau jumpa dia tak tau nak react macam mana. Then, saya pun cakap la setuju. Kol Dr N dan dia bagitau dia dah keluar dari desasiswa dan duduk di kondo dekat area USM jugak. Kitorang pun ke tesco beli hokkaidocake yang mabeles dekat King’s pastu berpusing la dekat setengah jam baru jumpa kondo Dr N. Benda pertama yang ditegur oleh wife Dr once pintu lif terbuka (tuan rumah kena turun ambik tetamu sebab rules condo tu tak benarkan tetamu naik sendiri) adalah 

“Lijah berubah dah”.. 

 Yeeeee, berubah tu maksudnya gemok lah… Kami bersembang lama jugak, saya pun sempat la tanya serba sedikit perkembangan terbaru DR dan makan bihun yang dihidangkan pastu balik sebab nak masuk opis semula petang tu. Dr N adalah supervisor FYP dan Mentor saya sepanjang tiga tahun zaman undergraduate, orang yang banyak mengubah saya menjadi seorang yang lebih yakin dengan tindakan yang akan diambil. Zaman di bawah beliau adalah zaman yang saya banyak ketawa, faham erti sahabat dan zaman banyak main air mata.. Beliau pernah panggil saya ke bilik dan bagi RM 3000. 

 “Lijah, kau ambik duit ni dan pegi ke bank, bankin ke akaun mak aku”… 

 Gila kau.. menggigil saya berjalan peluk beg kuliah ke bank, dah la jalan kaki tengah panas.. Haha.. Pastu sekali tu, dia panggil saya jugak, 

 “Lijah, kau hantar dokumen ni ke dekan Teknologi Industri. Kau hantar terus ke tangan dia jangan bagi sesiapa tengok dokumen ni termasuk diri kau sendiri”… 

Tu dia, saya pun apa lagi, grab dokumen celah ketiak, jalan dengan yakin sejauh hampir satu kilometer ke skul teknologi industry. Sebab tu dulu kurus, banyak berjalan. Sampai je school teknologi industry, jumpa setiausaha dekan, saya bagitau yang saya nak pass by hand kepada dekan. Yappadeiii 

“Adik, dekan lambat lagi. Mungkin setengah jam baru masuk sebab ada meeting. Adik nak tunggu ke?” 

Opkos la saya angguk, gila tak tunggu, arahan bos besar kat skul kimia tak boleh lawan. Kan dah dikata jangan bagi sesiapa, terus ke tangan dekan. Melangut la sorang2 depan pejabat dekan. Once dekan masuk, setiausaha dia panggil terus saya masuk jumpa dekan. Lepas pass dokumen, 

 “terima kasih” 

Kembang kuncup sebab dapat jumpa dekan. Bangga dapat pass by hand. Balik tu Dr tanya, 

“Lijah, kau dah bagi terus ke dekan ke?” 

Tu ok lagi. Ada sekali Dr suruh saya ikut dia ambik barang. Sekali kena sound, 

 “Lijah, kau jalan terkedek-kedek kenapa. Cuba jalan laju sikit. Jalan pun lambat” 

Tudia, mulut boleh tahan. Ada sekali time ITEX, saya buat latihan industry dengan DR masa tu sebab takda kilang nak ambik saya. Masa diorang ke itex, saya kena jaga lab dan bilik Dr. Dan kena jaga family Dr. Malam2 kena ke rumah DR temankan wife Dr… Haha.. Macam bibik pulak aku masa tu.Tidur je la, esok pagi saya masuk lab macam biasa. Ada banyak kenangan pahit dan manis sepanjang menjadi student DR. Satu yang dia tekankan, setiap kali balik dari kampong kena bawak buah tangan. Dan setiap kali nak balik kampung kena mintak permission dia sepanjang jadi student FYP. Tapi pernak kantoi sekali balik kampung tak mintak permission tapi muka saya masuk paper The Sun kena interview pasal pembinaan escalator di terminal feri Penang. Terus DR panggil marah-marah dan sebut,

" Dah la balik tak mintak izin, muka masuk paper besar pulak tu, muka aku masuk paper selalu kecik je"... hahaha.. masa tu perasaan sedih kena marah dan lawak nak tergelak bercampur aduk...

Tapi disebabkan cara Dr handle student, Lijah Temah Kiah Esah dan Sahak pun jadi sangat baik dan sayang menyayangi antara satu sama lain.. cewaaaahhh.. macam end up as a happy family. 

Lepas habis belajar, Dr sms saya dua kali. Satu bagitau ada sorang lecturer di school kejuruteraan dan sorang lagi di school Teknologi Industri perlukan student master dan dia mintak saya mintak. Saya pun mintak malangnya sorang saya tak berkenan, sorang lagi pulak tak berkenankan saya.. Yeah, what u give u get back Hidayah… So, bila saya ke rumah Dr last 2 weeks dan melihat dia dirumah sahaja sebab digantung dari mengajar sehingga kes selesai, rasa sedih dan sebak.. He taught me a lot, especially about life.. I am today sedikit sebanyak dicorakkan oleh beliau. Walaupun Dr sedikit menekan tapi bila melihat dari segi positif it’s a good thing. Menyebabkan saya menjadi seorang yang menyuarakan apa yang saya rasa.. 

Ok, bab outspoken ni bos pertama di opis pun salah satu penyebabnya. Yang tu pun menekan jugak. Saya pernah tanya direct kat dia bila dia asyik nak marah-marah saya bila saya buat salah, 

“Dr ni asyik nak marah saya sangat dah kenapa”.. haha.. 

Terbalik, staff pulak pegi sound bos, sifat bossy tu dah menyerlah dari waktu status kontrak staff lagi.. Last week, hari khamis, saya kena present financial pogress projek depan VP RnD SIRIM. Takda la apa sangat just present macam biasa.. Tapi once habis present VP tanya satu soalan yang saya memang dah sedia skrip dah.. Gila terkejut sebab sebelum tu saya riki2 depa kata dia fokus on presentation.. Dia tanya soalan yang saya memang nak sangat dia tanya, 

 "Hidayah, saya nak tanya, awak ni gred berapa?" 

Seriusly,,, omg.. Depan semua bos, memang fokus pandangan ke arah VP, saya terus luahkan apa yang terbuku dalam hati.. Yes, yes, yes.. lantak la apa nak jadi lepas tu,,, Dah bos2 taknak buat something kita terpaksa luah perasaan dekat VP walaupun taktau la VP tu akan take action ke tak. Tapi tengok dia dah angguk2.. Ok la tu.. 

 Kui2.. Itu je.. babai.. 

Eh, kita dah ada improvement tau... nanti la kita cite..lalalalala

Tuesday, May 5, 2015

Laptop, Inovasi dan erm erm Fahrin

Assalamualaikum..

 
Buat gapo.. Bajet macam ada orang nak baca blog ni. Lately ni laptop macam buat hal. First time saya detect dia macam kurang sihat bila nak tengok movie dengan izzati malam hari buruh last week, tiba-tiba dia buat hal jadi blue screen. Aiyak. Cuak sekejap tapi takda la cuak sangat sebab rasa macam boleh lagi ni nak format.. Tapi bila bawak balik kampong boleh la pulak budak-budak bertuah tu main game.. Saje la tu nak main-main dengan I laptop ni.. Tapi… Tiba-tiba semalam dia tak boleh baca pendrive yang simpan segala maklumat thesis.. Seriyes memang cuak habis..Gabra taktau nak cakap…  Sebab nya, takda buat back-up la pulak the latest version thesis and powerpoint presentation.. Berpeluh la sekejap. Nasib baik bila buka kat opis takda masalah. So malam ni laptop ni dah bagi kerjasama Cumanya taktau la dia selesema ka apa, dok sedu tak habih-habih.. Macam-macam, mentang-mentang la dah lapan tahun dia nak tunjuk hero la ni..

 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

New topic plis.. ilmiyah la sikit hidayah!!

Ok, ok,,,
 
Sapa suka dengar radio Malaysia Kedah. Chanel 96.5 untuk negeri kedah, tempat lain tak pasti la pulak. Saya memang peminat setia RMK especially slot pukul 6 petang setiap hari. Yelah, balik keja masa tu memang tepat la timing. Slot pukul 6 petang adalah slot agama. Macam-macam la topic yang dibincangkan, adal hal semasa, hal rumahtangga, macam-macam la.. Sampaikan saya dah boleh tau kalau yang dok kol tu sapa. Dengaq suara pemanggil pun dah tau sapa. Selalunya ada sorang mamu dari penang memang rajin sungguh la kol, memang dah cam la suara dia kalau dengaq dia sebut… “Helllloo, assalamualaikum, ni mamu dari penanggg…”
 
Ada satu hari tu, RMK jemput Ustazah Nik salida, kalau tak silap la nama dia nik salida suhaila kot.. So topic yang dibincangkan haritu adalah inovasi. Kita make it short je la k. Apa yang paling menyentuh hati saya bila dia cakap pasal jangan berkira melakukan inovasi dalam kerjaya. Sebab nya.. Ustazah kata, dalam hidup kita yang bekerja ada dua bos. Satu bos di atas kita dan satu lagi bos yang paling besar. Jadi, sekiranya kita melakukan inovasi dan tidak dipandang bos di tempat kerja, janganlah merasa sedih sebab ada bos besar yang akan memandang kita.. Andai tidak menerima imbuhan yang besar sekarang, I.allah ada imbuhan yang besar di sana kelak… Bagus sangat topic yang dibincangkan petang tu.. Actually slot dia panjang jugak dalam 45minit termasuk  soal-jawab.. Untuk orang yang keras kepala, terlalu agresif, outspoken macam saya memang kena sangat topic yang dibincangkan tu. Hahahaha.. So, ok la, lepas ni saya kena la berubah jadi lebih cool, lebih relax, lebih sopan santun, lebih down to earth dan lebih segala-galanya.. lebih ayu, paling penting lebih kurussssss…la, la, la, la,,,
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s:
Sekarang ni tengah berdebar fahrin nak kahwin dengan siapa.. berdebar la pulak tunggu dia nak nikah sabtu ni.. Janganlah tiba-tiba fahrin kol malam jumaat depan ajak kahwin dengan dia, nanti susah la nak buat keputusan, takkan nak kecewakan fahrin kot tapi at same time taknak hampakan orang lain.. plis fahrin jangan buat I berdebar, plis plis plis… I tak suka tau u biarkan I berteka-teki, I ni straight forward orangnya, kalau I rasa macam suka sikit-sikit pun I akan straight bagitau kat orang tersebut.. well, life is too short untuk nak pendam-pendam rasa pastu merana sensorang.. so not me..i lagi rela kena rijek dari tidur tak lena makan tak kenyang mandi tetap basah dok angau sorang-sorang..(ye, I memang muka tak malu)