Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, July 26, 2015

Pre-Raya, Raya dan Post-Raya 2015.. Dramatik sangat

Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya.. Maaf zahir dan batin..
Banyak benda nak share pasal Ramadhan, Raya dan Syawal 2015 (setakat harini la, tak pastila drama apa pulak lepas ni)
Ramadhan
Ramadhan yang tenang tapi mencabar minda.. Banyak jugak benda yang berlaku tak seperti yang diharapkan. Start dengan tempahan kerepek dan semperit last minit supplier bagitau tak dapat nak supply (erus malas nak deal taun depan, hahaha)…
Then, tiba-tiba dapat tau speaker Singapore taknak datang Malaysia ( satu hal pulak nak cari orang lain yang dapat suit dengan ongkos yang diluluskan sebab waktu isi proposal buat costing guna ticket flight Singapore and guna converter Singapore, sakit kepala pikir)…. Then En Nik bagitau pihak Japan takdapat nak kontek, langsung depa tak reply emel and so on (ah sudah, bertahun tunggu, lepas lulus ini pulak jadi)…
So, duduk diam2 lepas solat terawih, sambil minum kopi panas tengah rumah sorang2, renung semula, sampailah tenang, dan percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.
Inilah yang dikatakan kalau Allah kata Tidak, maka Tidak lah ia… walaupun ia kelihatan Ya pada kita..
Masa ni memang terlintas dalam hati
“Maka nikmat tuhan kamu manakah yang kamu dustakan”
MasyaAllah, a very soft reminder… So, lepas  tu terus rasa tenang dan OK, takda apalah, lets move on..
 
Kadang, takda la kadang sangat, memang selalu pun, kita (especially saya) terlalu gembira dengan nikmat bahagia sampai terlupa siapa yang buat kita rasa bahagia.. Kadang tengah duduk sorang, tiba-tiba macam ada angin lalu celah hati yang buat kita rasa tenang and rasa bahagia… korang pernah rasa tak… walaupun sekejap, sekali lalu je, tapi susah nak describe feeling tu… Especially bila duduk dalam kereta, samada dengar tazkirah atau lagu yang beri tamparan kepada kita dan kita rasa kena sangat dengan situasi kita masa tu…
Satu benda lagi bila suami kawan baik saya meninggal pertengahan Ramadhan. Bayangkan dia kol saya dalam 4.45 pagi, masa saya masih mamai sebab set alarm pukul 5 pagi.. Terus terbeliak biji mata sebab terkejut.. Lama dia tak pernah kol, saya pun tak sempat nak kol.. masing-masing bz.. Dengar je suara dia yang macam bermasalah, terus rasa bdebar. Bila dia bagitau husband dia meninggal semalam dan dah kebumi, saya macam tak percaya.. Saya taktau nak bagi respon macam mana.. Speechless… Tau saya jawab apa, OK La… hahaha… Sebab dia memang dalam proses nk bercerai dengan husband dia..(Teruk aku). Tapi still saya rasa kesian dengan husband dia. Yela, saya pernah jumpa, bersembang, mengikuti kes mereka, dan tiba-tiba saya dapati mereka berpisah dalam keadaan yang agak tragik. Lepas letak fon, terus tak lalu nak makan sahuq, minum susu dan tak sabaq nak kol dia nak update semula cerita…
Raya…
Saya kan tak buat baju raya, malam raya gigih jahit lace murah kat baju lama yang paling jarang pakai… Tau tak gigih gila jahit?. Bersungguh sangat walaupun mata tak larat buka… Dan sebab beli semester, letak kat tangan dan bahagian depan baju jer,, jadiklah...
 
Pagi raya….
Jeng.. Jeng… Jeng… Saya pun ambik la baju raya saya, shawl, baju mak dan bapak… Ok, kita mulakan iron baju yang lebih berusia.. Then sampai lah baju saya… Saya pun tengok lace kat baju sambal berkata dalam hati
“cantik jugak lace ni, pandai aku pilih kaler”
Sekali letak nak iron..
“Eh, awat macam pelik lace ni tak sama dengan leher pulak ni”…. Ohhhhhhh noooooooo
Taktau la nak gelak ka nak ketawa.. So, relax sat dan teruskan iron baju raya kesayangan sangat tu..
Jeng … jeng…
“Mak, tengok ni, cantik dak?” sambil pusing pusing ala-ala Hindustan…
You know whattttttt…. I jahit lace tu bahagian belakang baju dan bahagian depan kosong… trendsetter sangat… Lantak la, terus pakai pi surau solat raya.. Kakak siap kata, “eh, pesyen baru ka?”
Syawal ke-2
Malam tu dapat wasap dari no tak di kenali.. Oh, rupanya dari kawan zaman belajar arab dulu.
Alhamdulillah… setelah hampir dua tahun tak jumpa, dia wasap bertanya kabar.. dan jemput datang ke rumah baru dia.. dan bagitau
“Awak, kita ambik anak angkat perempuan umur 3 tahun, nanti datang la rumah tau”
Ya Allah, soooo happy.. Dia sebaya saya and still single.. Tak sabar nak p rumah dia dengar cerita…
Syawal ke-6
Mak saya tak sihat, jadi saya just chill kat rumah, malas nak keluaq.. Tiba-tiba dapat satu kol dari Skynet suruh keluar ambil barang di bank Islam pokok sena, alasannya dia cover sampai area PEKAN POKOK SENA SAHAJA… Ceh, lain kali letak la area yang cover terus dalam website.. Ok la, sarung jubah semalam then terus keluar..
Waktu odw, saya ternampak sorang budak perempuan pakai t-shirt putih, seluar track, sandang beg sekolah, pegang buku sedang jalan kaki.. kesiannya, dah la panas rembang, masa tu dalam 3.30 petang… Anak sapa ayah dia tak datang jemput ni?. Terus la saya p jumpa orang Skynet tu, then singgah wah seah beli barang sikit…
On the way balik, lebih kurang dalam 1 kilometer dari tempat saya jumpa budak tadi, saya terserempak lagi dengan dia, terus la saya stop… brek mengejut kau, sebab kat situ macam selekoh yang ada semak sikit… Pulak tu, situ kawasan ladang getah yang berekar-ekar, memang takda rumah orang, sunyi sangat… Pokok Sena kan…. Terus buka tingkap…
“Adik, nak pi mana, mai naik kakak hantaq balik”
Dia geleng-geleng.
“eh mai la, bahaya ni jalan sorang, takdak orang jalan ni.. Mai naik” kemas2 sikit seat depan, dengan rambutannya, kotak Skynet, barang wah seah… ayyok..
Tiba-tiba adik tu mencebek… eh pahal pulak budak ni..
“Adik nak pi mana, mai la naik kakak hantaq, jom-jom, mai masuk”
Terus buka pintu, dan adik tu pun masuk, tutup pintu, dan dia start menangis dengan teresak-esak..
“La, awat ni. Jangan la teriak. Ni nak pi mana ni, Mai dari mana?
Nak pi tualang. Dari rumah tadi…. (terus menangis)… saya lari dari rumah”
Omg…. This is omg..
“Awat lari dari rumah, nak p tualang rumah sapa”
“Tak tau. Ibu halau. Dia tuduh saya curi duit.. Saya tak ambik pun duit ibu”... lepas tu dia bagitau kat Tualang ada rumah kawan dia... senang sikit hati
“Ish, awat lagutu.. Ni ibu tau dak? Ibu tu sapa? Mak tiri ka?”… tengok sinetron banyak sangat..haha
“Dak, ibu tu ibu la…Ibu tuduh saya ambik duit dia. Saya takmau dah balik rumah tu. Ibu tu sayang kakak lebih”
“Ok, ok. Duit tu hilang banyak mana? Adik ni form berapa?”
“160.. tingkatan dua”
“La hai, kecik lagi.. takpa takpa.. rumah adik kat taman tu yang mana satu (sebab taman tu ada low cost and medium cost)”
“Takmau, satgi kakak pi bagitau ibu”
“Yala, yala.. Jom kakak hantaq pi tualang, tapi satgi mesej ibu bagitau ada kat rumah kawan. Jangan dok buat ibu qisau.. Bahaya ni jalan sorang-sorang. Kalau kena colek ka kena rogol ka, ishhhhhh bahaya ni”
Diam ja budak tu…
Dia mintak saya berenti dekat simpang nak masuk ke rumah kawan dia.. Sebelum dia turun saya bagi duit raya lebihan duit shopping kat wah seah..
Balik tu saya cerita kat kakak.. Kakak saya kata
“Awat hang tak kunci pintu keta, hantaq budak tu pi balai polis”
Danggggggg… seriously, saya neves sangat bila dia kata dia lari rumah.. aku pulak yang takut… tak boleh nak pikiaq apa.. Petang tu terus tak senang duduk,, dah la tak mintak no fon dia.. CEREDIK SANGAT HANG HIDAYAH!!!!!
Tadi kat opis, cerita kat depa, terus kena ceredik lagi.. Zu siap
“Nanti tulis la dalam blog”…..
Ok Zu, as u wish….
 Setakat ni saya tengok takdak lagi berita budak hilang di pokok sena, I. Allah adik tu mesti contact mak bapak dia macam saya suruh.. Hai, maciam-maciam cerita raya tahun ni...