Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, December 7, 2016

AMC2016 in Langkawi with my happy pills

Laptop ni dah mula buat perangai kekwat dia.. Agaknya benda bila dah seasoned sikit akan mula la tunjuk belang mintak tukar baru. No way okay!!!! Tuan kau ni dah la sengkek, jadi silalah bertabah.. Sila bertahan sehingga ke denyutan nafas yang terakhir.. Tak mungkin kasih akan berubah, jangan main-main dengan perempuan setia macam I ni…

Ini adalah kali ketiga saya type entry ni.. Di ulang, kali ke-3.. First time dah tulis panjang dah, boleh pulak laptop tetiba automatic shutdown and tak save.. same goes to kali ke-2.. Bengang betol la.. Then, terus saya mogok taknak tulis and tido taknak bangun.. Esok malam (malam yang tengah typing ni) rasa bodoh pulak aku nak merajuk dekat laptop yang abjad pun dah tercabut separuh..

Sebenarnya nak cerita perihal event di Langkawi last week. Since, ada important person yang attend the conference, maka haruslah diabadikan dalam blog.. Kau tengok, entry konvo sendiri berzaman baru nak up dalam blog, entry Langkawi laju kemain nak up. Well, kan dah kata orang penting datang, maka adalah wajibulghunnah cepat-cepat tulis supaya tak lupa every inch apa yang terjadi.. (padahal lupa dah suku)…

Ingat Madoka? Japanese guy from Waseda Univ. yang kerja dekat Singapore!! Yang saya jumpa waktu Prof. bawak saya attend symposium dekat Mie Perfecture.. Ala, yang speaking tak bunyi slang jepun tu.. Yang saya banyak tangkap gambar candid dia.. Alahai, yang saya punya secretwish adalah nak jumpa dia tahun ni di Malaysia by whatever cara sekalipun… And, he was here last week.. Me? So so double triple happy.. Not only that guy, Prof., Shan and Min also here.. 4 people from Japan were here, my happy pills for last week.

Flashback sikit...
Early this year, lepas je saya attend our first conference meeting, memang terus emel ke Prof., Shan and Madoka.. Prof. dan Shan tak boleh bagi kata putus sebab depa pun ada anjurkan symposium minggu yang sama dan akan berakhir sehari sebelum our conference, too much works as Prof was the co-chairman for the event. Dah down dah masa ni.. Madoka pulak tak reply my emel. Serious dia tak reply langsung. After a week, no reply, so saya dah putus harap and anggap dia tak baca and tak berminat nak tengok emel saya.. Nak move on dah masa ni.. Tak berharap.. kuikuikui..Okay la, semua yang kat Japan tak datang, its alright..

After almost 2 weeks.. 2 weeks is a long time, hehehe.. He reply.. He replied.. and apologized.. Such a gentleman. Macam mana la saya nak buat tak suka. Katanya, dia sangat bizi, dan pada tarikh conference tu dia ada meeting yang dia perlu attend and present.. TAPI.. Dia tetap akan cari jalan untuk hadir.. See… Then, kami beremel-emel and dia confirmkan akan datang and terus bayar fee conference. Our first international participant yang bayar.. Sangat komited nak datang Malaysia (eh, ke nak datang jumpa saya??? Hurmmmmm)… kahkahkah…..And bila saya minta tolong surveykan testing kat Singapore, dia siap offer nak tolong arrange the testing di Japan.. Atas nasihat kawan saya, saya tak hantar pun kat dia.. menyesal daku, sebab mereput la sendiri cari that testing… Bodoh pulak rasa turn down offer dia.. Orang buat baik, kita pulak ragu-ragu.. Typical!!!!

After few months, Shan konfem akan datang. And ada seorang lagi staff bawah Prof iaitu Dr Min akan datang jugak. Only Prof yang belum konfemkan.. And he only konfem 2 months before kot.. Ka less than that.. Biasala orang bizi, too much dia nak kena jaga kat Japan, sebab dia pegang banyak sangat jawatan kat NIMS.

Time really flies too fast.. Like I said before in my previous entry, saya stress dengan papers and few things.. So, pejam celik pejam celik.. Its November.. OMG.. Dub-Dab-Dub-Dab.. AMC2016 is around the corner.. I am going to meet them soon.. and meeting Madoka too.. Goshhhhh
Since I am part of the committee, too much things to be done sehingga takda masa nak pikir pasal nak jumpa depa semua.. Sehingga lah dalam ferry ke Langkawi.. Saya dan Zu naik Langkawi Auto Express.. 2 hours dalam ferry, banyak masa terluang untuk layan perasaan and nervous.. OMG.. Its like REALLY???? Tapi bila dah sampai Langkawi, terus lupa perasaan berdebar tu sebab banyak keja menanti..
Sampai la Ahad, on their arrival date, berdebar sebab tak sabar nak jumpa semua.. And after dinner malam tu, jumpa Madoka.. And he came with 2 kids and a wife… kihkihkih. I still remembered how I jalan passed dia tak greet langsung sampai kawan saya tegur suruh patah balik, jauh orang tu datang katanya... Tak sabar nak jumpa another team esok pagi sewaktu registration… I had a good sleep malam tu.
And, on the first conference morning, Prof. came with Shan and Min sedikit lewat sebab depa duduk HIG hotel as Bayview dah penuh.. Alaaaaa… We had a good chat and rasa macam kat Japan semula.. Rasa jer la.. 


Dah la, enjoy the photos jela yer… Tapi gambar ni dah tak ikut turutan, malas nak susun elok2..

Jetty Kuala Perlis- sebelum bertolak ke Langkawi

Jetty Kuala Perlis

!st morning registration with Jabir and Dr Rosdi (kena tulis nama incase saya pindah kerja nanti still ingat kat depa)

With Lina, Zidah and Kak Ili.. Only Lina in SIRIM and she presented my project

Ex-AMREC.. mana tahu sorang lagi bakal menyusul

With Prof

With Izat and Cilah.. rehearsal for dinner malamnya

Eh, madoka tengah present.. ni dah 2nd day of conference


Naik cablecar on rabu pagi

Lucky suddenly we met Agong.. and we got a selfie, just me and Agong without protocol...

Dengan Helang.. mother of helang

Group photo

Morning breakfast kat pantai Cenang
Preparation sebelum ke Langkawi

Khusyuk mokcik bekerja
Kesian driver, letih dalam kereta.. ni waktu odw kat dalam ferry.. Cuaca panas terlampau sewaktu bertolak ke Langkawi

Gambar bertolak dari jetty Kuala Perlis

Ferry kat jetty kuala perlis lagi

Preparation di Bayview Hotel Langkawi
Malam dinner

Gambar waktu prof baru sampai

Kak Suhaina and Kak Ili on 2nd day

All the secretariat.. few missing

With jabir and cilah.. Jabir ni merangkap jiran rumah sewa

group photo with NIMS researcher

Eh, gambar atas ferry pun ada

A bit proper photo

Kalah pengantin.. hahahahaha

Masa ni tengah dub dab dub dab

Langkawi memanggil manggil masa ni.. arghhhh.. rinduuuuu


Group photo with Presiden of SIRIM
Madoka present as invited speaker.. We got a photo together.. Tapi eloklah kiranya disimpan sebagai gambar peribadi.. kuikui.. Sebab dalam semua gambar, thats the only gambar dia smile widely.. 


Madoka, a typical Japanese guy.. Waktu saya jaga bilik yang dia adalah invited speaker (tak rancang pun sebab saya di assign last minute untuk assist bilik tu), nampak sangat sisi sweet dia tu. Ada satu part tu, selepas Madoka setel present, ada presenter selepas tu minta tutupkan lampu depan sebab slide dia ada gambar sel yang dia nak highlightkan.. Saya dah nak bangun cuma lambat sikit je.. Waktu saya angkat kepala nak bangun, nampak Madoka dah bangun mencari suis lampu nak padamkan.. Its my task la, not him.. Plus, he is our invited speaker, duduk jela tunggu saya buat.. Kenapa nak gentleman sangat, depan saya pulak tu.. Aduuhhhhhhh… hahahahahaha.. Tapi saya bangun jugak la berlari-lari pergi cari sekali walaupun last sekali dia yang tutupkan lampu.. Aku perati sajor…

Sebelum dia balik selasa after lunch tu, sempat kami bergambar sekeluarga. Sekeluarga???? Apakah..hihihi.. Katanya dia ke Datai resort sehingga Jumaat. Saya taktau Datai and siap tanya dia kat mana Datai.. (bila tanya AJK lain baru tau, Datai adalah resort paling mahal kat Langkawi dengan harga semalam adalah RM2500++, gila lahhhhhhhh)… 

So itu la last jumpa.. Lepas ni tak tau la akan jumpa lagi ke macam mana.. Mungkin segalanya hanya akan tinggal kenangan.. 

Prof., Shan and Min stay sampai rabu petang.. Saya sempat bawak Prof and geng ke cablecar dan eagle statue kat Kuah. Dan berjaya pau prof suruh bayar tiket and lunch.. Ala, apa la sangat kan?? Hahahaha.. And after sending them back to hotel, perasaan bercampur antara seronok dapat bawak depa berjalan-jalan and sedih sebab taktau bila akan jumpa next..
Malam Rabu, saya dan Zu check in kat Cenang Beach.. Oh no.. rasa macam kat negara lain sangat duduk Cenang… Arak, social life and everthings adalah tak sesuai dengan signboard “Langkawi Permata Kedah”.. Samada permata atau neraka.. Please la, I dah taknak ke Langkawi especially Cenang.. menakutkan.. Rasa sinful sangat.. Entah kenapa, itu la yang aku rasa.. Kami berlapar saja malam tu dan cuma minum mocha dan cappuccino yang semahal starbuck tapi lagi teruk rasanya dari air pakcik kafe... hahahahha..

Meninggalkan Langkawi menggamit kenangan saya meninggalkan Jepun setahun yang lepas (tapi hati saya masih dilangkawi saat tu).. Itula adat kehidupan.. Setiap pertemuan pasti la kena berpisah.. hihihih.. ngengada sangat Hidayah..

And today, after a week, Madoka sent an emel to our secretariats.. A complimentary email.. and mentioning me.. Soo sweet sangat.. Tapi saya belum reply.. Masih mencari kata-kata nak reply.. And saja nak biarkan ia seketika agar tak cepat sejuk, biar suam and perlahan-lahan sejuk. Takda la terus disconnect kan.. Belajar dari kesilapan dayah… 


Dear AMC 2016 Secretariat,

Thank you very much for letting me to join in the wonderful AMC2016 that was quite well organized. I really enjoyed to know how the material sciences are going on in your country; the areas of your interest. I was also surprised to see the power of female researchers in this field because the majority is still males especially in material sciences in Japan. I understand that they strongly support the current momentum of material sciences to build the solid basis of the science in Malaysia.

Thanks again to you all, especially to Hidayah, for providing me the opportunity to attend the great conference.

Best regards,
Madoka

--
------------------------------
鈴木 団 (Suzuki, Madoka), Ph.D.

Principal Investigator, Waseda Bioscience Research
   Institute in Singapore (WABIOS)
Associate Professor, Comprehensive Research Organization,
   Waseda University
Researcher, PRESTO, Japan Science and Technology Agency (JST)

Waseda University
3F, Shillman Hall, 3-14-9 Okubo, Shinjuku-ku, Tokyo 169-0072, JAPAN
E: suzu_mado@aoni.waseda.jp
T&F: +81-3-5286-3437
W: http://www.waseda.jp/WABIOS/
FB: http://www.facebook.com/pages/Suzuki-Lab/130903053663319
------------------------------




So, next… Im waiting for next trip… Andai ia baik, semoga dipermudahkan…
  

Thursday, November 17, 2016

Kenduri Kahwin, Bapak Eksiden dan Konvokesyen



Assalamualaikum,

Ya Allah, lamanya tak update entry terbaru.. Terbengkalai sudah blog ni walaupun terlalu banyak peristiwa berlaku.. Setiap weekend memang dah habaq dah kat diri sendiri, nanti kena update jugak blog. Tapi, tula, bila time nak buka lappy and typing tu dia jadi kot lain.. Mula la tangan gatai nak klik folder movie.. 

Awal Oktober, anak sedara saya berkahwin. Very last minute punya plan, so majlis simple but still meriah. Plan asal nak kenduri tahun depan, tetapi pihak lelaki dah tak sabar sangat agaknya, datang hantar duit and minta cepatkan.. Benda baik, kitorang ikutkan saja.. Semoga Kakwa bahagia dan dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah.. Walaupun Yus tua sikit dari makcik, still, kena panggil makcik ok!!!

Makcik tetap nak vogue!!!
Penuh pelamin..hahahaha
Seperti yang telah dicanangkan kepada seantero dunia, saya dah selamat berkonvokesyen pada 24 Oktober 2016 lepas pada sesi petang. Sesi pagi untuk hat pakai topi bulat saja. Yer la… Yer la, lepas ni chek pulak pulun nak pakai topi bulat !!!!!

Ok, sebelum kisah topi bulat dicanangkan, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku dalam family saya… Noooo, takdak sapa masuk meminang saya!!! No nO no…

Ayah saya telah jatuh moto dan pengsan ditempat kejadian pada awal Oktober yakni 3 minggu sebelum konvokesyen.. Pengsan ok, pengsan!!! siap dihantar ke klinik kesihatan dan ambulans terus hantar ke hospital besar...kami pulak yang macam nak pengsan dengar... kecoh sekampung...Walaupun beliau cuma jatuh motor, bukan dilanggar lari, tapi beliau patah tulang tangan dan satu tulang rusuk kanan.. Kesannya, sampai saat ini, masih lemah, manja dan masih memerlukan pertolongan ramai untuk bangun dan bergerak.. Manja tu mak saya yang kata… Sebulan rumah kami dikunjungi tetamu tak kira siang dan malam, menyebabkan mak yang demam teruk kalah pesakit.. Tapi, antara hikmahnya kejadian ni, rupanya mak sangat talented jadi pakar tulang... Lepas 3 hari tangan kena simen (sepatutnya Dr suruh datang buka simen after 3 weeks), mak senyap-senyap buka sendiri simen bapak, OMG!!!!.. Terus la lepas tu dia dapat panggilan pakar tulang... hurggghhhh

Right after disimen, sebelah tu ada mayat fresh lagi baru ditolak keluar dari zon merah.. Bilik simen ni belakang pintu zon merah.. Saya yang tunggu bapak tengah simen yang pening kat situ.. Menunggu bapak disimen disamping mayat.. gituuu
Bila berlaku musibah begini, opkos la saya tak mengharapkan mak atau kakak untuk datang konvokesen saya.. Bapak apatah lagi, nak bergerak pun perlu dibantu manakan nak datang pesta yang penuh muda mudi sebegitu… Ahhhh… Rawan juga hati memikirkan… Tapi, dalam masa yang sama, saya rasa ok saja kalau tiada sesiapa datang. Apalah sangat majlis graduasi untuk sarjana, sudahlah sesi petang, singkat dan meletihkan kepada yang datang dari kejauhan… 

Tapi, itulah emak.. Itulah keluarga.. Sanggup juga datang.. Oh, bapak semestinya ditinggalkan bersama orang kesayangan beliau dirumah, eh, bukan mak baru la… 

Terima kasih kepada semua yang datang.. Keluarga, sahabat dan… erkkk, jambangan hadiah yang tak cukup nak dicekup… Terima kasih atas jambangan bunga, coklat, bears dan ciuman tahniah!!! Hihihi.. Terharu sungguh hati apabila zuhana sanggup ambil cuti semata-mata nak datang konvokesyen..
Terimakasih daun keladi, didoakan nanana konvo sekali lagi…. (macam sesuatu sangat)
 
Thanks si cantik berdua sanggup datang.. Syazana ada kelas di USM pagi tu.. Zuhana pulak driver saya ke USM.. Thanks siapkan saya.. I means pakaikan jubah and mortar

Hari yang ditunggu-tunggu... Masa ni family pergi solat zuhur sebab kejap lagi mak and kakak nak masuk dewan..

Thanks again cantik-cantik sekelian

Thanks for bunga Sanjana and mak mertuaku (cilah)...

Eh, mak, kakak and kakak pun bagi bunga...

Thanks for coming.. huhuhu... Walaupun tak sangka begini, ikutkan semua satu famili nak datang macam konvo degree dulu.. Takpa la, next pulak yer

My pillar of strength.. Sebab kekadang memahami walaupun banyaknya berbalah selalu.. kahkah

Si cinta hati sulung.. memahami and kekadang blur jugak... Thanks drivekan semua datang ke USM walaupun dia tak sihat.. Dia masih menerima rawatan kimoterapi.. Makcik doakan Diana sihat dan dapat kahwin tahun depan..

Sakinah yang gemok tetapi pojaan hati Adam!!! wek

Thanks again lovelies

Eju and KakTitik joined later.. Terima kasih ya untuk bunga dan perfume.. Lawak aja Eju.. Nak bagi perfume pun tanya dulu...

Tengah pikir next nak sambung phd atau cari kerja lain????

Bagi can la dekat sicantik manis kesayangan ni... hurmmmmm

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya mengalami gangguan dan tekanan kerja selama hampir 2 bulan..Tekanan yang dicipta sendiri sebab projek dah nak tamat.. hahahahha.. Bodoh betol.. Risau sebab tak betul-betul dapat results yang established dan takda scientific publication lagi.. 

Saya sangat jarang, jarang, dan amat jarang sakit… Tapi saya tahu saya stress sebab saya alami batuk berpanjangan selama hampir 2 bulan. Sampaikan staf kontrak saya suruh saya pergi buat details checkup.. Oh, saya tak pergi pun.. 

Dalam masa sebulan berakhir hari ini, saya dah selamat menulis dan submit 2 paper dimana satu paper akan disubmit untuk diindex, bayangkan semuanya dilakukan dalam satu bulan.. Memang hectic tapi still boleh berpoya-poya.. Hidayah memang lagutu.. Lepas tu, last 2 weeks, Shan yang di Jepun tu mesej saya bagitahu mereka masukkan nama saya dalam paper mereka dan submitted to Royal Chemistry Society. I am more than happy. And that 1 paper yang saya kata akan disubmit to index journal tu sedang menunggu kebenaran ministry untuk saya attend conference di Korea Selatan (lokasi terpaksa dirahsiakan sehingga diberitahu kelak)…  Another paper tu pulak, saya akan ke Langkawi minggu terakhir bulan ni sebagai participant dan organizer. Yeay… Nanti Madoka, Hanagata, Shan and 1 Taiwanese guy akan datang dari Jepun untuk attend.. tak zabar nak jumpa depa semua..

And, another happy news adalah…. Next year im getting new boss.. Yeay, please, feel happy for me.. hihihi.. Dengan masalah ekonomi negara dan dunia yang sangat kritikal, ini antara hikmah yang saya mulai rasai.. Opkos, sirim juga secara perlahan sedang melalui fasa yang sedang dilalui oleg GLC lain, salah satu alternative yang diambil adalah penyesuaian bidang kerja dengan bidang kritikal negara. Dan, melalui plan yang diambil, saya seolah menerima semangat baru untuk tahun 2017. Ya Allah, Im more than happy. 

Bila direnung kembali, disaat saya menerima projek ini dengan seribu satu perasaan gundah, menghadapi cabaran demi cabaran, dikatakan menengking bos dan sebagainya, tapi Allah bagi pelangi tu dengan indah..Sepanjang menyiapkan projek ini, saya dapat siap master, ada satu paper publish dalam journal berimpak, dapat pergi jepun, ada paper collaboration with Japan national institute after 3 months working with them, I.Allah kalau ministry luluskan saya mungkin akan ke satu pulau terkenal di Korea Selatan (hint!!!) dan saya berkerja dengan teamwork yang baik (dapat staff yang dedicated) dan murah rezeki (jenjalan je aku ni)… Ya, nikmat mana lagi yang aku nak tolak. Bila Allah uji, dalam masa yang sama Dia sedang sediakan kita… Untuk sesuatu yang indah..

Apa lagi yaaaa,
Oh, tibi kat rumah Kulim rosak.. Biasa la, mana ada dah orang pakai tibi kotak sekarang ni.. Maka, daku keluarkan wang KWSp dan membeli tibi flatscreen. Tapi bukan untuk dipasang siaran, sob-sob, siaran tak dapat detect, kena pakai astro atau njoy sahaja.. Penghujungnya, daku kumpul mubie, masukkan dalam pendrive and cucuk kat tibi.. Bolehlah labuuuuuuu

Apa lagi yaaaaaa… hurm… Nanti la pulak..
Tak ingat dah apa nak cite..
Biasa la, next year dah nak masuk 32… Oh my, tua sudehhhhhhh