Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, January 31, 2016

Akhirnya, after years.....


Assalamualaikum

Alhamdulillah…

27 Januari 2016, satu tarikh istimewa.. hari yang ditunggu-tunggu selepas hampir 4 tahun setengah… Hari tu tiba juga… Sebulan selepas saya balik dari Japan..

Indah perancangan dan jalan yang Allah sudah rancang untuk saya..

Pagi 27 Januari, waktu tengah breakfast, tiba-tiba rasa sebak, sangat sebak, akhirnya harini tiba jugak..  Saya yakinkan diri, saya kena buat sehabis baik hari ni. Jangan kerana harini, rosak semua apa yang saya dah usahakan hampir 4 tahun setengah. Harini, saya perlu pertahankan apa yang saa dah mulakan dengan penuh susah payah, dengan penuh airmata.. cewahhhh

Alhamdulillah, bersaksikan kawan baik saya syazana, saya dapat selesaikan viva dengan mudah (bagi saya mudah la), mendapat panel yang sangat baik, dan chairman yang sangat membantu dan sporting.. Betul, Allah makbulkan doa saya sewaktu di depan kaabah dulu, “semoga Allah lembutkan hati panel-panelku sewaktu viva nanti”…

Saya viva jam 2.30 petang, ofkos, saya tak makan lunch, perut saya cuma boleh masuk air saya..

Masuk bilik viva, saya tanya kebenaran chairman untuk benarkan kawan saya dapat ikut serta sesi viva saya..

Jawab chairman;
“Hari ni adalah hari awak, awak yang berhak tentukan siapa yang awak nak bagi masuk, its up to you”.. dengan senyuman manis…

Sesi pembentangan dan defense berlangsung hampir 2 jam 15 minit…

Selepas habis semua soalan dan komen, tiba-tiba chairman yang baik hati berkata;
“Hidayah, sekarang saya beri masa kepada awak untuk cakap apa yang awak nak cakap, anything yang you nak sampaikan, its your time”

Saya blur masa tu sebab sepanjang saya masuk sesi viva Bashir dan Guna dulu, takda pulak sesi macam tu… eh, nak cakap apa ni…

Dan, ini ucapan saya..
“Saya nak ambil kesempatan ini, untuk ucapkan terima kasih kepada supervisor saya Dr Mas, untuk guidance and support, its not easy, sebagai seorang yang bekerja, its really tough doing two different thing.. its tough… to my frens who always support me (sambil memandang syazana kat belakang, menyebabkan semua panel pandang dia jugak..haha)…” dan tiba-tiba saya sebak… dan semestinya bergenang air mata, dan kali kedua saya berkelakuan demikian dihadapan orang-orang yang tiada berkepentingan dalam hidup saya, its not me untuk menangis dihadapan orang walau keadaan tersebut amat payah, kali pertama dulu sewaktu balik dari umrah dalam bas dari KLIA ke Kulim dimana saya perlu memberikan ucapan (masa tu sedih sebab pergi umrah sorang, haha)…. “saya ambil masa yang panjang, hampir 5 tahun dan akhirnya saya viva jugak walaupun perjalanan ini bukan mudah”

Malu nya menangis depan orang, depan Dr Mas, prof Baha (ini lecturer zaman undergraduate dulu)… Tapi chairman senyum ja walaupun Prof Baha kata “its not about your job, kami cuma nak tengok hasil kerja you ni sambil tunjuk tesis”…
Tapi chairman yang baik tu siap tanya lagi, kerja bidang apa, buat apa…

Kenapa saya sebak tiba-tiba?

Macam ada satu piring hitam yang dimainkan, saya teringat respon bos sewaktu saya mula-mula bagitau dia cita-cita saya nak sambung master hampir 5 tahun lepas, sewaktu saya mintak pandangan dia…

Katanya “Kenapa you nak sambung master (dengan dahi berkedut), gaji you beza banyak ke nanti kalau you sambung master?”

Disebabkan jawapan dia lah, saya tak pernah bincangkan pasal niat saya nak sambung belajar selepas tu, even kalau dia bertanya, saya tak pernah sesekali buka mulut…saya tak berminat langsung nak mintak sponser SIRIM, memang masa tu biarlah susah mana pun aku takkan terhegeh-hegeh mintak dana sirim, gitulah... Dan saya pernah sound bos bila saya dengar nama saya dinaikkan berkait dengan hal master saya… 
“Dr, kalau orang lain tak buat kerja, jangan nak jadikan saya dan kerja master saya kambing hitam.. saya duduk kat lab, saya tau sapa masuk dan sapa tak masuk lab”

Dan saya teringat betapa mudahnya MyBrain15 luluskan permohonan saya, walaupun proposal yang saya hantar tak pernah disemak oleh sesiapa.. maknanya proposal tu saya buat dan terus hantar dan diluluskan… 
Dan selepas tempoh pembiayaan MyBrain15 tamat pada awal 2013, saya hampir give up. Tapi, disebabkan Eju suruh hantar surat memohon supaya dilanjutkan, saya pun ikut. Saya hantar surat kepada KPT mintak MyBrain15 lanjutkan tempoh pembiayaan setahun lagi..
Dan bila saya dapat balasan, rupanya MyBrain15 lanjutkan selama 2 tahun, menjadikan tempoh pembiayaan adalah selama 3 tahun… MasyaAllah… Saya pun tak sangka, mintak setahun tapi dapat 2 tahun… 

Sewaktu bos mintak proposal kerja, saya buat, dan saya submit serta defense, without sebarang expectation.. Tapi saya berharap sedikit supaya dapat, sedap sikit hati saya.. Sungguh, saya tak pernah langsung terfikir untuk belakangkan kerja kerana nak kejar master.. Biarlah samada seiring atau kerja lebih dipentingkan, itu pandangan peribadi saya.. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya.. Proposal lulus, ahli projek supportive dan saya happy.. Dengan projek inilah, akhirnya saya dapat belajar benda baru selama 3 bulan di Jepun. Bak kata Eju, "kalau niat kita baik, mesti allah mudahkan"

Dapat selepas saya hantar draft tesis ke IPS (Institut pengajian siswazah), malamnya saya terus naik flight ke Jepun dan berpoya-poya selama 3 bulan di Jepun hehe… Pulang dengan semangat dan keyakinan yang lebih… Alhamdulillah…

Selepas mesyuarat para panel, sebaik saya masuk ke dalam bilik viva untuk mendengar keputusan defense master saya, kata chairman;
“Congratulations Hidayah, awak pass dengan minor correction gred 2 dan kami beri awak masa correction selama 12 bulan.. Awak happy tak?”
Mau tak happy.,. Sepatutnya untuk gred 2, masa correction hanya 6 bulan..

Kata Dr Mas : “Sebab you menangis, mereka bagi you 12 bulan, lebih dari sepatutnya, sebab you bekerja. Take your time, buat correction betul2… Seminggu ni you pergi bercuti, jangan fikir apa2” Pastu dia sambung lagi ayat dia “You dah habis master ni, dah ada sapa2? (awal2 saya blur, pastu baru boleh pikap), kalau kamu nak saya tolong, ada ramai calon dalam IKM”…… haha.. takpala Dr….. saya nak balik tidoq…

Jumpa Eju lepas tu, Eju kata dia pun diberi masa untuk bercakap dan dia defense projek dia…
Aku jela yang lain dari yang lain…. Adoi… malu pulak…. Nak buat cemana, macam ada skrin layar dok tayang semua yang berlaku selama hampir 5 tahun ni….

Rasanya hampir 10 kali saya rasa nak stop, taknak dah.. Taknak dah buat benda yang taktau bila akan habis… penat, tertekan dan macam2 lagi….Berapa kali saya failed dalam eksperimen, saya down, naik semula, tried again and failed... Failed tu toksah kata la berapa kali.. Berapa kali saya tak dapat tidor malam sebab semua ni... Yang membuatkan banyak kali saya menyesal ambil keputusan sambung master dalam bidang yang lain dengan bidang kerja... hurm

Tapi, hari 27 Januari 2016, semua perasaan yang saya alami, semua tekanan jiwa tu, saya bersyukur saya tak tunduk dek tekanan… Saya bersyukur saya habiskan apa yang saya dah mulakan….
Berkat doa mak jugak semua ni.. Terima kasih semua…

Saya berjaya jugak habiskan master dalam bidang sains kimia ( a tough subject)…

Walaupun saya ambik masa yang agak lama, tapi saya happy.. Saya dapat apa yang saya nak.. I gain both, working experience and learning process.. 

Tak sia-sia saya ikut team naik gunung dulu...

Belajar ni umpama naik gunung.. ramai orang kecundang.. yang menyebabkan kita masih bertahan adalah semangat yang ada dalam diri kita.. Macam naik gunung, takda orang yang boleh pikul kita sehingga ke puncak, hanya semangat diri kita yang akan membawa kita ke puncak... Begitulah jugak dengan belajar, semua orang boleh beri semangat, apa yang penting adalah diri kita, jangan sesekali berputus asa... 

 
Sesi defense sedang berlangsung


Ramai jugak tetami supervisor masuk dengar viva saya

Nak buat macam mana, photographer yang saya bawak tak dak skill

Thursday, January 7, 2016

Selamat tahun 2016

Assalamualaikum….

Happy New Year 2016 ..

Yeah, tahun baru, semangat baru, kalua boleh nak semuanya baru..

Azam saya..

Totally berbeza dari tahun lepas..

“Saya nak melihat semua yang berlaku dalam kehidupan seharian dari sudut paling positif”

“Saya nak jadi lebih penyabar”….
Terutamanya berkaitan kerja… Taknak dah gaduh dengan bos macam lepas2.. hehe.. Taknak dah ada imej negative dengan bos, nak jadi lebih menerima… ewah-ewah..azam sangat..

Cukuplah dua…
Kata dah 31 tahun.. biar azam tu lebih matang gitu.. kehkeh…

Alhamdulillah, 2015 berakhir dengan memori indah biarpun awalnya penuh berliku dan berduri.. Kalau nak dikenang semula, mau menangis malam-malam..
Yang tak manis kita simpan jauh-jauh, yang manis-manis kita memorikan dalam blog… nasib baik ada blog ni.. Kadang, saya pun terlupa, siapa dan bagaimana saya dulu.. Bila baca semula, oh, gini rupanya aku… Jadi, kita perbaiki apa yang kurang, InsyaAllah…

Untuk awal tahun 2016, saya penuhkan dengan bercuti.. itu yang excited sangat awal tahun ni…
Sambil bercuti, saya masih menunggu tarikh viva dengan perasaan yang berdebar giler-giler..
Berdebar sebab dah lupa projek master buat apa.. haha… Lama sangat tinggai…

Please, doakan semua yang baik-baik sahaja…

 
Semoga 2016, menjadi tahun yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan.. 


Trip Medan tetap dalam ingatan.. Terima kasih atas talian persahabatan yang dihulurkan..

p/s: 

1. Tadi ke USM dan dah dapat tarikh viva.. Insyaallah hujung bulan ni.. Dupdapdupdap dah ni.. 
2. Mungkin lepas ni dah tak boleh kerap update blog. Tapi, sekurangnya 2 azam saya sepanjang berada di Japan dah terlaksana. Pertama, nak update semua aktiviti sepanjang di Japan, done.. Kedua, nak khatam quran sekurangnya sekali di Japan, done. 
3. Saya menunggu satu lagi impian hidup yang harapnya tercapai pada tahun ini, I.Allah... Tapi, andainya belum lagi waktu untuk jemputan tersebut, saya terima dengan hati terbuka.. Saya percaya, perkara terbaik akan hadir pada masa yang terbaik...