Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, March 21, 2016

SADA oh SADA...Nasib baik anak sedara kawen, takda la nak marah sangat

Hai!!!! Peeeewitttt :)


Sendu betul blog ni, sesendu tuan blog yang terlepek saja… Almaklong la, kedah sedang dilanda bahang elnino sekarang.. Bahangnya bak kata anak sedara saya “Panaih macam duduk dalam neraka”…. Amboi, sejak dah darjah satu ni, dah pandai buat perbandingan.. Maknya yang baik hati, telah membenarkan dia kadang ke sekolah kadang tak ke sekolah minggu ni..


Nak dijadikan cerita, dalam Kedah berbahang dan hots ni, ditambah pulak Alor Setar mencatatkan tempat bersuhu paling tinggi, Pokok Sena boleh pulak terputus bekalan air paip.. Termasuk harini, genaplah 10 hari saya sangat tak berpuas hati dengan pentadbiran SADA. Bayangkan 10 hari tanpa bekalan air bersih, mati kutu…. Masalah yang terjadi dengan SADA ni bukan masalah parti mana yang perintah Kedah, bukan masalah sapa dia menteri besar Kedah, no no no… SADA ni memang ada masalah… Tiap kali kol, ada ja alasan dia nak bagi.. “Tangki kecil puan kat kawasan puan” “Tekanan air rendah di kawasan puan” dan macam-macam lagi la… EH, satu hal pulak,, “Awak kan ada engineer, suruh la dia fikir cara nak atasi”…… sengal tak habis-habis SADA ni… SADA taknak tukar management ka???? Kihkih… Satu lagi, tolong uruskan E-Aduan tu bagi user-friendly sikit, sapa la yang buat system lagutu… Hampir 10 tahun pokok sena terutamanya kawasan saya ada masalah bekalan air bersih. Paling gawat bila musim bulan ramadhan dan raya. Tahu-tahu sajalah, bila raya semua pakat balik kampung.. Kan dah kecoh "Jangan makan banyak, rumah tok takdak ayaq.."... "Jangan berjalan jauh-jauh, satgi busuk takdak ayaq nak mandi"... dan bla bla bla... 


Please SADA, tolong improvekan servis anda.. Tapi bila dah improve tu jangan la pi dok bagi ayaq kaler merah pulak.. Anak sedara saya buka ayaq paip "Mak, ada darah".... chia chia chia



Mungkin next year saya bakal jadi nenek... oh em geeee 
 
Faiz, lain kali kalau buka mata time bergambaq boleh dak?? hahaha.. semua gambaq dia nak lena

Last week, anak sedara saya bertambah sorang lagi.. Kali ni anak sedara dewasa.. So, majlis welcoming Faiz ke dalam keluarga besar kami berlangsung dengan meriah walaupun cuaca sangatlah panas… Saya suka bila bertambah ahli keluarga dewasa, tak payah keluar duit raya, harapan semakin besar untuk dapat duit raya nanti, yeay!! Walaupun mungkin tak lama lagi akan jadi nenek terhormat (;


"Kepada Faiz dan Azni, selamat melayari bahtera yang penuh warna warni, semoga warna itu adalah warna yang membahagiakan. Dalam mengemudi bahtera ini, adakala ombak terlalu ganas, kemudilah bahtera ini dengan penuh berhemah, sabar dan bekerjasama, jangan sesekali ada perasaan pentingkan diri. Andai ada masa bahtera ini terkopak, baikila ia secepat mungkin, jangan biarkan anasir luar memburukkan keadaan yang bilaman ia berlaku nescaya karamlah bahtera itu. Jadilah pasangan yang saling melengkapi, saling berkomunikasi dan saling hormat menghormati. Walau apa pun pandangan manusia terhadap bahtera kalian berdua, percayalah hanya kalian yang mampu mengemudi bahtera ini sehingga ke akhirnya.. Semoga perkahwinan yang dibina ini diredhai oleh Allah dan diizinkan cinta ini sehingga ke syurga…."


p/s: semua gambar saya mengelilingi semenanjung Malaysia, rupanya telah tidak selamat.. hurmmmm.. tengah mengumpul semangat nak update.. Nak dijadikan cerita, saya taktau la lagumana jadi, tapi semua gambar waktu roadtrip hilang... Jap, nak menangis ditepian katil jap...

Wednesday, March 2, 2016

Februari 2016---- yang berlalu takkan kembali

Assalamualaikum



Lamanya rasa tak update.. Almost sebulan.. Fasa hiatus kengkonon..


So, sepanjang sebulan… Agak banyak jugak yang dah berlaku… Meh nak update secara general:



  1. Saya menjadi sangat aktif di group-group wasap dan facebook.

Serius sangat penyakit ni merbahaya. Dulu saya sangat gila Instagram, sekarang gila facebook dan wasap lah pulak. Addicted, dan sedang dalam proses pengurangan kecenderungan secara sedikit demi sedikit. Apa yang berlaku sangat menggerunkan. Lebih gerun dari cerita munafik yang konon-kononnya sangat mistik itu.


Bila terlalu banyak menghabiskan masa dan wang di laman social, menyebabkan kuasa kanta mata dan berat badan meningkat mendadak… Ini lebih teruk kesan psikologinya berbanding menonton cerita cinta kolesterol. Hidayah oh Hidayah…. Kesian laman social menjadi mangsa amarah kamu!!!



  1. Roadtrip mengelilingi Semenanjung Malaysia menjadi bukan lagi fantasi tapi realiti… Alhamdulillah.. Pengembaraan bermula apabila saya bersama 2 orang teman serumah dan seorang rakan kepada salah seorang teman serumah telah ber roadtrip ke Hatyai..


Kemudian, selepas cuti tahun baru cina, saya eju dan dua orang adiknya telah mengembara secara roadtrip menaiki viva hitam kesayangan hati saya dengan kuasa kuda 850cc mengelilingi semenanjung bermula dari Kedah dan berakhir di Penang selama 5hari.


Selesai sudah satu impian hidup saya. Seronok tak terkata, hang ado???


Nanti saya buat satu post khas pasal roadtrip ni. Nak sangat tulis tapi awat taktaula, mood tu asyik nak pi laut ja… Fedap sungguh… Pahm-paham je la, harga ikan kan mahal sekarang.



  1. Dah start mengajaq kimia dah!!!... its like tadaaaaa!!!! Haha

Saya kan cikgu cemerlang, gemilang dan terbilang… Walaupun student cuma dua orang, tapi semangat sangat nak pi mengajaq. Kalau tak cemerlang jugak taktau la depa tu, perhatian khusus kat depa saja.. Kalau depa tak paham, cikgu ajaq slow-slow sambil buat contoh banyak-banyak.. Saya mengajaq subjek kimia Form 4, dan sebelah kelas saya pulak adalah kelas English budak darjah 4.. Masalah utama depa adalah depa ni tak reti diam, biasala budak-budak kan, dan paling bermasalah adalah bilamana cikgu depa pulak tak reti-reti nak mai awai… Dah la cikgu suka mai lewat, budak kelas dia tu pulak ada dekat 40 orang.. Budak-budak tu duduk berimpit sampai berlaga siku..



Last week, saya kesian kat diri sendiri dan opkos la dekat student saya jugak. Sebabnya bila budak-budak sebelah bising dan berlari kat luar kelas, kami bertiga asyik nak tengok. Masa ni perasaan sang guru umpama seorang guru disiplin yang garang, mengurung dua orang pelajar sehingga tidak bebas berlarian seperti pelajar cerdas yang lain… sighhhh.. Demi masa depan semua, saya pun ke kelas budak-budak darjah 4 tu.


Saya: Masuk semua.. cepat masuk kelas…


Budak-budak: Woi masuk la, cikgu panggei masuk.. hoi masuk.. Cepat la.. Hampa ni cepat la cikgu nak ajaq dah…


Saya: Ok, kenapa bising sangat ni. Mana cikgu kamu semua.. Duduk kat tempat masing-masing..


Budak-budak: Sempit la cikgu..


Budak-budak: Cikgu kami selalu mai lambat.. Cikgu nak ajaq kami ka???


Saya: Sat lagi habaq kat cikgu kamu, minggu depan mai awai sikit.. Sekarang ni bawak keluar buku… Saya ni mengajar kimia kat sebelah, kesian student saya kamu bising sangat. Kamu tau Kimia tu apa? Kamu belajar Sains kan? Kimia ni lagi susah dari Sains. Nanti kamu tingkatan 4, kamu akan belajar Kimia.


Budak-budak: Sains pun susah.. Kimia lagi susah ka cikgu? Ish,,,(sambil muka susah hati)


Saya: Ok, mana ketua? Takpa-takpa.. Saya nak kamu yang jadi ketua, pastikan kelas tak bising.. (bayangkan meja panjang dua biji, saya berdiri di pintu masuk, kebetulan ada sorang budak India depan saya, kedudukan dia betul-betul dekat pintu masuk)


Budak-budak: Cikgu awat pilih dia? Pilih la **** (sambil tunjuk sorang budak lelaki yang Nampak sedikit hero).. **** (budak india tu) suka buat bising…


Saya: Saya cikgu (bayangkan saya seorang PM, mampuih kena kutuk), saya yang tentukan siapa akan jadi ketua. Saya nak dia jugak jadi ketua. Jadi, kamu (sambil tengok budak india tu) kalau kelas ni bising, kamu orang pertama yang saya akan cari tahu!!!!!!


Budak india: Baik cikgu (sambil angguk-angguk dan minum ayaq kotak)…


Saya beredar ke kelas..What do you expect?? Of cos la akan kedengaran…


Budak-budak: Hoi diam la…. Shuttttttt, shuttttt…, Hoi sengap… Hangpa ni awat taktau sengap…


Saya buat taktahu je. Pastu saya pi jengok sekali lagi.. Saya masuk depa senyap sat… Lama kemudian dengar lagi…


Budak-budak: Hangpa ni bising la…. Hoi sengap la… Jangan la bising woi… Diammmmmmm laaa…


Tiba-tiba kedengaran suara budak india tu..



“SAPA BISING ANAK BANGLADESH”……



adui, cikgu di sebelah pulak yang gelak panjang…



  1. Kadang-kadang kita kalah dengan azam sendiri.. kihkih.

Saya kan dah berazam tahun 2016, taknak cari gaduh dengan bos… Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.. kihkih…


Tapi atas nasihat teman tapi mesra, cik puan zuhana, saya tak marah-marah pun.. Saya cakap elok-elok saja “Bos, saya nak keluar projek bos”… nampak seperti saya yang akan kehilangan sesuatu, tapi percayalah, saya belajar sesuatu yang besar selepas itu… Saya nampak sesuatu yang saya takkan nampak sekiranya saya tak ambil keputusan itu.. Dan saya percaya, rezeki itu dari Allah, kita kena bekerja dalam keadaan yang seronok.. Bidang ini adalah patience saya, andai ditakdirkan satu hari nanti saya sudah tak relevant di tempat sekarang, saya sangat terhutang budi dengan semua bos-bos saya yang telah memberi peluang dan ruang.. Cuma nya, nak buat macam mana, saya ni kadang-kadang atau lebih tepat semenjak dua menjak ni telah menjadi seorang yang out-spoken terlebih.. hehe.. 
Tapi, bukankah perlu untuk mempunyai seorang yang out-spoken untuk kesejahteraan bersama? Dan tahukah kamu, orang yang out-spoken ini kebiasaanya mempunyai hati yang baik, sebab dia telus bila bercakap dan dia takkan simpan lama perasaan dia.. hahaha, backup diri sendiri Nampak.. (sambil angkat kening sebelah)



  1. Seorang anak sedara saya akan berkahwin minggu hadapan, yer, si azni.. Bersama teman mesra tapi jauhnya, Faiz.. Penat saya asyik kena reply wasap.. Makcik tu semua nak kena disuruh dan diingatkan.. Nasib baikla makcik ni bujang..kihkih..


Dan, harini seorang anak sedara saya akan menjalani biopsy untuk pengesahan penyakitnya. Sepatutnya biopsy tu dah boleh buat 2 minggu lepas tapi disebabkan bilangan sel darah putihnya yang teramat tinggi, Dr minta dia rest dan tarikh seterusnya adalah hari ini. Keadaannya sangat lemah, sukar rupanya bilaman orang itu anggota keluarga terdekat..

Tolong doakan, apa juga keputusan yang akan kami peroleh, adalah yang paling terbaik untuk dia. Dan tolong doakan dia positif dan akan kembali aktif seperti sediakala…

BTW, jangan tanya saya apa-apa, just doakan senyap-senyap, dan insyaAllah saya akan update nanti.



  1. Anak sedar saya yang paling kecik, ADAM sudah 7tahun. Dan dia satu-satunya yang bermula pengajian seolah rendah di Sekolah Rendah Islam (saya tak ingat nama sekolah dia)… Saya ingatkan takda sekolah sedemikian di kawasan saya yang agak pedalaman tu, kagumnya saya.. Dia sangat bersemangat ke sekolah sebab di sekolahnya, mereka makan dalam talam beramai-ramai, belajar bersilat, belajar memanah, membela kuda dan belajar menunggang kuda… Nanti nak pi usha la, mana tahu, dapat jadi cikgu Kimia kat sekolah tu, kalau dapat ustad pun ok… J


  1. Latly, terima kasih kepada yang mendapat manfaat dari blog ini. Tak sangka ada yang komen kenal saya melalui blog. Oh em geeee… Kepada kawan-kawan yang telah lama tak bersua muka, tapi tiba-tiba bagitahu, “Aku dah baca blog hang, bila nak update, aku tengok takda update pun”, thanks a lot tapiiiii chek malu….  
  2. Tiba-tiba rindu pulak geng-geng Tsukuba...